Hafreez Adam Belum Temui Pengganti Zara Zya







Trauma berjauhan dengan keluarga selama tiga bulan berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) membuatkan pelakon Hafreez Adam, 30, mengambil keputusan menyewa kediaman lebih selesa semata-mata mahu membawa ibu dan adik beradiknya tinggal bersama.

Sepanjang PKP, Hafreez berkata, dia langsung tidak bertemu dengan ibu dan adik beradiknya, sedangkan hampir saban minggu mereka meluangkan masa bersama, sebelum ini.

Hafreez berkata, dia menumpang di rumah penyanyi, Ariz Forteen dan keluarganya yang terletak di Bangi berikutan kediaman bujangnya yang terletak di Semenyih jauh daripada kemudahan.

"Saya menumpang di rumah keluarga Ariz selama tiga bulan. Ariz dan keluarganya melayan saya dengan baik.

"Keluarganya memahami keadaan saya yang tinggal sendirian dan kawasan tempat tinggal pula tiada perkhidmatan penghantaran makanan, memandangkan tidak sempat pulang ke kediaman keluarga di Wangsa Maju," katanya.

Takut keadaan sama berulang, Hafreez berkata, dia nekad mencari kediaman lebih selesa sekitar ibu kota. Seandainya PKP dilaksanakan semula, keluarganya sudah berada di sisi dan tidak perlu bimbang berjauhan dengan mereka dalam tempoh yang lama.

"Sejujurnya, tempoh tiga bulan ini paling lama saya tidak bertemu dengan keluarga. Saya hanya dapat berjumpa keluarga beberapa hari sebelum sambutan Aidilfitri. Saya bimbang sekiranya tidak dapat berjumpa mereka.

"Saya mempunyai gangguan kebimbangan, jadi saya mengelak keluar rumah kerana takut dijangkiti COVID-19 sepanjang PKP. Saya bimbang dan mengelak keluar rumah bersendirian, sebaliknya ditemani adik atau kakak.

"Saya tidak tahu mengapa, tetapi perasaan ini sudah lama wujud. Jika keluar bersendirian saya akan mudah gelabah seolah-olah diperhatikan," kata Hafreez.

Hafreez berkata, ada rakan yang menyarankan supaya bertemu dengan pakar psikologi, malah hampir mengatur temu janji, namun membatalkan hasrat kerana tidak mahu bergantung kepada ubat.

Sebelum ini, pelakon Hikayat Cinta Si Pematah Hati dan Puteri Yang Ditukar itu pernah membuat pendedahan mengalami tekanan mental pada 2013, bagaimanapun merawat penyakitnya secara sendiri tanpa bergantung ubat.

Sementara itu, berkongsi perkembangan kerjaya seni, Hafreez berkata, dia masih masih ligat menerima tawaran lakonan. Namun, ada yang menyangka kerjaya seninya mula dingin disebabkan cerita mengenainya kurang digembar-gemburkan.

"Saya sebenarnya sedang menjalani penggambaran drama Derita Untuk Bahagia sebanyak 30 episod untuk siaran Astro.

"Alhamdulillah, setakat ini, tawaran lakonan tidak pernah terhenti sejak penghujung tahun sehingga kini saya sudah pun menjayakan tiga buah drama.

"Saya akui agak senyap sepanjang tempoh PKP hingga tempoh tamat. Kehidupan saya hanya berulang alik dari rumah ke lokasi penggambaran. Ia menjadi rutin, saya mengelak menghadiri majlis kerana risau dengan keadaan COVID-19.

"Tambahan pula, sekarang angka jangkitan COVID-19 semakin meningkat. Saya lebih gemar duduk di rumah, muhasabah diri dan belajar mengenai kehidupan. Saya terlalu banyak menghabiskan masa di tempat kerja hingga rakan mula menjauh, jadi saya cuba refleks diri untuk mencari di mana kekurangan dan tidak hanya menyalahkan orang lain," katanya.

Berkongsi kisah peribadi, Hafreez yang pernah bertunang dengan pelakon, Zara Zyaa pada Oktober lalu, namun ikatan yang tersimpul terlerai dalam tempoh sebulan berkata, dia tidak pernah menutup pintu hati untuk mana-mana wanita.

Tidak kisah dijodohkan dengan orang biasa mahupun artis, Hafreez berkata, apa yang penting, wanita itu haruslah memahami kerjayanya sebagai pelakon, terutama sekiranya perlu bergandingan dengan pelakon wanita lain.

"Saya tak mencari, tetapi tidak menafikan, ada yang cuba mendekati. Bagaimanapun, bukan bermakna saya berhenti berusaha, cuma jadual kerja saya agak padat. Masa saya banyak dihabiskan antara lokasi dan rumah, jadi agak sukar untuk memikirkan soal hati buat masa sekarang.

"Andai ditakdirkan bertemu pengganti yang bukan di kalangan warga seni, saya cuma mengharapkan dia faham dengan kerjaya sebagai pelakon yang perlu bergandingan dengan pelakon wanita.

"Saya tidak menolak jika ditakdirkan bertemu jodoh dengan golongan selebriti, tetapi jika boleh, saya ingin mencari wanita yang ceria, suka tertawa dan berfikiran terbuka.

"Mungkin kesilapan pada perhubungan yang lalu berpunca daripada masalah komunikasi. Justeru, saya tidak mahu mengulangi kesilapan sama. Dahulu, saya suka memendam dan semakin lama, keadaan menjadi tidak terkawal. Jadi, saya tidak mahu lagi bersikap sedemikian," katanya.

Belajar kesilapan perhubungan lalu, Hafreez berkata, dia enggan terlalu berkongsi kisah peribadi dalam laman sosial seandainya ditakdirkan bertemu seseorang yang istimewa dalam hidupnya.

"Saya tidak akan berahsia jika ada insan istimewa dalam hidup, tetapi saya tak mahu terlalu berkongsi dalam media sosial," katanya.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://artismeletop.blogspot.com/2020/10/hafreez-adam-belum-temui-pengganti-zara.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Temui Aqasha Dan Zara Zya Dalam Drama Beri Sedikit Waktu

Temui Aqasha Dan Zara Zya Dalam Drama Beri Sedikit Waktu

papar berkaitan - pada 15/10/2020 - jumlah : 1051 hits
Temui Aqasha dan Zara Zya dalam Drama Beri Sedikit Waktu Drama bersiri Beri Sedikit Waktu gandingan Aqasha dan Zara Zya di slot Samarinda TV3
Temui Pendemo Gubernur Edy Rahmayadi Mengaku Belum Pegang Uu Omnibus Law

Temui Pendemo Gubernur Edy Rahmayadi Mengaku Belum Pegang Uu Omnibus Law

papar berkaitan - pada 13/10/2020 - jumlah : 217 hits
Gubernur Sumatera Utara Edy Rahmayadi menjumpai massa Dia naik ke mobil komando Edy mengaku belum tahu persis isi UU Cipta Kerja Omnibus Law
Bapa Masih Belum Ditemui Balkisyh Gembira Temui Salasilah Keturunannya

Bapa Masih Belum Ditemui Balkisyh Gembira Temui Salasilah Keturunannya

papar berkaitan - pada 21/10/2020 - jumlah : 276 hits
Meskipun bapa Semundur Khan Gulam Khan masih gagal ditemui walaupun ramai mendakwa dia kerap dilihat sekitar bandar Tawau Sabah namun pelakon Balkisyh Semundur Khan 34 memberitahu dia gembira apabila sudah mengetahui salasilah keturunannya ...
Hiburan Bertudung Bukan Sebab Nak Kahwin Zara Zya Akui Hati Lebih Tenang Sejak Berhijrah

Hiburan Bertudung Bukan Sebab Nak Kahwin Zara Zya Akui Hati Lebih Tenang Sejak Berhijrah

papar berkaitan - pada 30/10/2020 - jumlah : 639 hits
Pelakon Zara Zya yang kini sudah berhijab sepenuhnya mengakui bahawa hidupnya lebih tenang dan gembira apabila berhijrah sejak September lalu Zara Zya atau nama sebenarnya Zainurul Razia Mohd Zainuddin 35 berkata keputusannya untuk bertudun...
Sebelum Ini Hati Tak Tenang Zara Zya Nafi Bertudung Kerana Nak Kahwin

Sebelum Ini Hati Tak Tenang Zara Zya Nafi Bertudung Kerana Nak Kahwin

papar berkaitan - pada 30/10/2020 - jumlah : 284 hits
Kehidupan selepas penghijrahan ini saya rasa tenang gembira dan lebih dekat dengan Allah Sebelum ini saya selalu terfikir kenapa hati tak tenang ada saja masalah source
Hiburan Alami Masalah Jiwa Kacau Hafreez Adam Akui Namanya Kini Tenggelam Timbul Dalam Industri Seni

Hiburan Alami Masalah Jiwa Kacau Hafreez Adam Akui Namanya Kini Tenggelam Timbul Dalam Industri Seni

papar berkaitan - pada 19/10/2020 - jumlah : 241 hits
Pelakon Hafreez Adam 30 mengakui namanya kini seolah tenggelam timbul dalam industri seni tempatan namun menafikan bahawa dia kini tidak menerima sebarang tawaran berlakon Hafreez atau nama sebenarnya Hafreez Azam Aizat Zahalan berkata baha...
Tiada Dendam Zara Zya

Tiada Dendam Zara Zya

papar berkaitan - pada 26/10/2020 - jumlah : 154 hits
Tiada Dendam Zara ZyaPercaya di hati telah menghilangKerana sering kali didustaMenggapai indah gerbang asmaraHanyalah mainan kataMengapa diriku kau persiaSaat mahu percayakan cintaHarusnya kita bersama rasaNikmat kasih yang terciptaBiarlah ...
Drama Beri Sedikit Waktu Lakonan Aqasha Zara Zya

Drama Beri Sedikit Waktu Lakonan Aqasha Zara Zya

papar berkaitan - pada 17/10/2020 - jumlah : 1075 hits
Nantikan drama bersiri Beri Sedikit Waktu gandingan Aqasha dan Zara Zya di slot Samarinda TV3 Drama arahan Zamri Zakaria terbitan Suhan Movies Trading JUDUL BERI SEDIKIT WAKTUEPISOD 15TARIKH TAYANGAN Oktober 2020WAKTU SIARAN Isnin Khamis 10...
Umno Belum Bincang Pendirian Terhadap Anwar

Umno Belum Bincang Pendirian Terhadap Anwar

papar berkaitan - pada 14/10/2020 - jumlah : 276 hits
KUALA LUMPUR UMNO belum berbincang mengenai pendirian parti itu terhadap dakwaan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mendapat sokongan ahli Parlimen untuk membentuk kerajaan Persekutuan yang baharu Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Z...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

10 Laluan Penerbangan Antarabangsa Tersibuk Di Dunia Bagi Tahun 2024

Prosedur Pengesahan Lafaz Cerai

Duna Dara Asam Maram Chord

Terima Kasih Allah Kerana Menjadi Satu Satunya Harapanku Khaby Lame Tunai Ibadah Umrah Di Mekah