Hadkan Kelajuan Motor Kapcai Tidak Relevan


NURUL HUDA HUSAIN




SHAH ALAM - Cadangan mengehadkan kelajuan motosikal berkapasiti kecil atau kapcai kepada 70km/jam dilihat tidak relevan untuk dilaksanakan dalam mengurangkan kes kemalangan melibatkan penunggang motosikal di negara ini.

Perunding keselamatan jalan raya, Tengku Ahmad Marwan Tengku Mahmud berkata, secara asasnya cadangan itu mungkin boleh digunakan untuk tempoh jangka pendek, tetapi bukan bagi penyelesaian menyeluruh.

Menurutnya, penguatkuasaan bukan jalan terbaik dalam menangani isu keselamatan di jalan raya, sebaliknya apa lebih penting adalah pendidikan kepada orang ramai.

"Saya rasa pihak yang memberi cadangan ini telah fokus kepada benda yang salah. Kita sepatutnya memberitahu mereka (dengan cara mendidik) mengapa memandu laju itu salah.

"Kalau kita (ambil tindakan) sekat kelajuan motosikal ini dengan cara hadkan kelajuan, saya yakin mereka bukan sahaja akan memberontak tetapi akan cari jalan untuk ubah suai motosikal jadi lebih laju.

"Jadi pada saya kita jangan fokus kepada benda salah (cadangan tidak masuk akal). Memang betul penguatkuasaan sangat bagus namun kita kena pastikan ada orang yang hendak pikul tugas itu," katanya kepada Sinar Harian ketika dihubungi di sini semalam.

Tengku Marwan yang juga Ahli Tetap Majlis Keselamatan Jalan Raya Negeri Selangor itu berkata, memberi didikan tentang isu keselamatan di jalan raya kepada orang ramai merupakan jalan penyelesaian terbaik untuk jangka masa panjang.

Katanya, pendidikan sangat penting bagi memberi kesedaran kepada orang ramai untuk mematuhi had laju yang ditetapkan.

"Pada pendapat saya, sudah tiba masanya kerajaan perlu memperuntukkan masa dan wang yang lebih untuk kerahkan tenaga bagi mendidik masyarakat.

"Justeru, besar harapan saya untuk melihat kerajaan memberi fokus kepada mendidik masyarakat berbanding hanya menguatkuasakan undang-undang semata-mata kerana kesedaran akan datang dengan sendirinya jika masyarakat diberikan kefahaman yang jelas," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Kerajaan teliti cadangan hadkan kelajuan motor kapcai

Sebelum ini, The Safety First Group iaitu kumpulan prokeselamatan jalan raya, menggesa kerajaan untuk menguatkuasakan had laju 70km/j untuk motosikal kapcai.

Selain itu, kumpulan tersebut turut meminta lebih banyak laluan khas motosikal dibina bagi mengurangkan kemalangan jalan raya membabitkan golongan itu.

Ogos lalu, Menteri Kerja Raya, Baru Bian dilaporkan berkata, saranan untuk mengenakan peraturan had laju kepada penunggang motosikal kapcai masih belum boleh dilaksanakan memandangkan ia memerlukan pemerhatian yang teliti untuk satu tempoh yang panjang.

Semalam, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook dilaporkan berkata, cadangan itu memerlukan kajian lebih teliti tentang implikasi pelaksanaannya kerana ia melibatkan kira-kira 10 juta pemilik motosikal berdaftar di negara ini.

Selain melibatkan isu keselamatan, kerelevanan cadangan itu juga perlu dilihat daripada pelbagai sudut dan sejauh mana ia dapat dilaksanakan.

Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/62819/BERITA/Nasional/Hadkan-kelajuan-motor-kapcai-tidak-relevan




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/12/hadkan-kelajuan-motor-kapcai-tidak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Cadangan Mengehadkan Kelajuan Motosikal Kapcai Perlu Kajian Teliti Loke

Cadangan Mengehadkan Kelajuan Motosikal Kapcai Perlu Kajian Teliti Loke

papar berkaitan - pada 21/12/2019 - jumlah : 222 hits
Cadangan mengehadkan kelajuan motosikal berkapasiti kecil atau lebih dikenali sebagai kapcai kepada 70km jam memerlukan kajian lebih teliti tentang implikasi pelaksanaannya kerana ia melibatkan kira kira 10 juta pemilik motosikal berdaftar ...
Pencuri Motor Di Malang Nyamar Pakai Jaket Ojek Online Saat Beraksi

Pencuri Motor Di Malang Nyamar Pakai Jaket Ojek Online Saat Beraksi

papar berkaitan - pada 13/12/2019 - jumlah : 193 hits
Pencuri Motor di Malang Nyamar Pakai Jaket Ojek Online Saat Beraksi Namun sial bagi PP ketika mendorong sepeda motor hasil curiannya dari lokasi parkir sebuah warung dipergoki oleh warga sekitar Pelaku pun dikepung dan seketika menjadi sasa...
Cubaan Langgar Lari Gagal Viral Wanita Kelam Kabut Lompat Dari Motor Dihentam Lembu

Cubaan Langgar Lari Gagal Viral Wanita Kelam Kabut Lompat Dari Motor Dihentam Lembu

papar berkaitan - pada 11/12/2019 - jumlah : 335 hits
Kemalangan adalah sesuatu yang sukar untuk dielakkan namun bagaimana pula dengan kemalangan yang agak luar biasa seperti ini Satu video yang tersebar di Internet memaparkan kejadian seekor lembu mengejar penunggang serta pembonceng motorsik...
Dikejar Warga Jambret Di Kuta Tinggalkan Motor Dan Kabur Ke Tengah Rawa

Dikejar Warga Jambret Di Kuta Tinggalkan Motor Dan Kabur Ke Tengah Rawa

papar berkaitan - pada 11/12/2019 - jumlah : 149 hits
Subandi pelaku penjambretan di Kuta Bali kabur ke tengah rawa lantaran berusaha menghindari kejaran warga Pelaku menjambret HP milik karyawan swasta bernama Siska Cintiaka
Dihina Istri Tak Pernah Dapat Uang Besar Erik Kambuh Curi Sepeda Motor Lagi

Dihina Istri Tak Pernah Dapat Uang Besar Erik Kambuh Curi Sepeda Motor Lagi

papar berkaitan - pada 14/12/2019 - jumlah : 188 hits
Erik Lukmana Putra S sudah tiga kali menjadi pelaku pencurian sepeda motor Tetapi aksi terakhirnya dilakukan sebagai pembuktian kepada sang istri yang selalu menghinanya tak pernah membawa uang besar ke rumah
Begal Motor Antar Kabupaten Tewas Ditembak Polisi Di Karawang

Begal Motor Antar Kabupaten Tewas Ditembak Polisi Di Karawang

papar berkaitan - pada 15/12/2019 - jumlah : 301 hits
Kapolres Karawang AKBP Arif Rachman Arifin mengatakan pelaku bernama Winata alias Denggol warga Dusun Kalen Asem Desa Tempuran Kecamatan Tempuran Karawang Penangkapan terhadap pria 28 tahun itu dilakukan di wilayah Citra Kebun Mas Karawang ...
Terjebak Di Busway Pengendara Motor Terobos Pemisah Jalan

Terjebak Di Busway Pengendara Motor Terobos Pemisah Jalan

papar berkaitan - pada 18/12/2019 - jumlah : 155 hits
Pantauan merdeka com mereka saling bantu melintasi pagar hijau pemisah jalur Memang terlihat ada celah dengan lebar kurang dari satu meter Akibatnya jalur menuju Jalan Letjen Suprapto sempat tersendat
Straw Boleh Rangsang Oral Motor Membantu Si Kecil Yang Cerewet Makan Atau Tiada Selera Makan

Straw Boleh Rangsang Oral Motor Membantu Si Kecil Yang Cerewet Makan Atau Tiada Selera Makan

papar berkaitan - pada 11/12/2019 - jumlah : 450 hits
Apabila berpeluang makan di luar maka si kecil pun sibuklah untuk minum Ia memberikan banyak faedah asalkan minuman yang diminum bukan minuman ringan terlalu manis atau terlalu panas Risiko air tumpah dan mengotorkan baju memang ada jadi an...
Menikmati Hidangan Malam Di Halal Kitchen Restaurant Nippori

Bisnes Yang Macam Mana Lagi Nak Dicari

Fadhlina Offers Help To Alleged Child Abuse Victim In Perlis

Bernama Rtm Urged To Promote Awareness Campaigns On Repaying Loans

Walking The Silk Road Malaysia Kazakhstan Ties And The Path To Muslim Unity

Kerajaan Razak Baginda Diperintah Bayar Rm9 Juta Kepada Keluarga Altantuya

Fuel Prices Remain Unchanged

Pm Anwar And President Erdogan Enjoy An Ev Joyride


echo '';
Info Dan Sinopsis Filem Perayaan Mati Rasa 2025 Adaptasi Lirik Lagu Berjudul Sama Kini Di Pawagam Malaysia

Info Dan Sinopsis Filem Sumala 2024 Adaptasi Kisah Nyata Dari Kabupaten Semarang Kini Di Platform Online Netflix Malaysia

Ramalan Peserta Gegar Vaganza 2025 2026 Musim 12 GV12

Keputusan Markah Konsert Akhir Final Gegar Vaganza 2024 2025 GV 11 Juara Pemenang Finalis

Senarai Lagu Tugasan Konsert Akhir Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Minggu 12


Rm150 Juta Subsidi Pesawah Syed Mokhtar Sumbang Rm30 Juta

Doko Koko Bawa Pengalaman Anime Jepun Ke Malaysia

Clicks To Conversion E Com Startups

Mak Pergi Menuai Hasil Tanaman

Amalan Kelebihan Malam Nisfu Syaaban

11 Cinta Sebelum Kamu