Hadiah Valentine S Dari Husband 14 February 2020
HADIAH VALENTINE'S DARI HUSBAND 14 FEBRUARY 2020 - Ha, kemahen entri hari ini, kisah hari kekasih / Valentine's Day. Mahu ada yang ceramah mummy ni,kang ! Sabar korang ! Jangan ceramah dulu ye. Sememangnya kami tak sambut pun hari kekasih / Valentine's day ni. Sambut apo jadahnya dalam wad weiiii. Busy jaga Daim dan belah petang nak discharge dari hospital pulak ! Daim boleh keluar wad pada 5 petang 14 Februari 2020. Saje je ni, bagi tajuk blog gempak. Almaklumlah sejak Google buat apa ntah, teruk juga jatuh UV, PV blog mummy ni.
HADIAH VALENTINE'S DARI HUSBAND 14 FEBRUARY 2020
HADIAH VALENTINE'S DARI HUSBAND 14 FEBRUARY 2020 mummy dapat 6 kuntum bunga ros. Sebenarnya, sepanjang kami kawan, kahwin memang tak pernah daddy bagi bunga. Katanya, membazir ! Mahal dan bukannya boleh makan pun. Mummy pun tak kisah pun, tapi mummy ni nakal juga. Suka ajuk..ajukkan daddy. Tak pernah bagi bunga :(
Amek ! Setelah 9 tahun, nah 6 kuntum bunga ros HADIAH VALENTINE'S DARI HUSBAND 14 FEBRUARY 2020
Kat hospital memang ada kedai bunga. So, daddy kat hospital je ni. Agaknya appreciated mummy jaga Daim sepanjang duduk dalam wad sebanyak 3 kali.
Mummy memang tak bagi daddy cuti, sayang cuti tu ha..Biarlah daddy berkorban kerja cari duit untuk keluarga mummy.
Mummy pula berkorban jaga Daim di hospital. Hidup ini memang kena give and take lah ! Nak bahagia. Jangan ada hasad atau nak berkira !
Haaaaa..dari mummy tak berkira tu lah dapat macam-macam hadiah dari daddy hehehehe. Terima kasih sayang !
Balik je rumah, ada lagi surprise dalam bilik VICTORIA'S SECRET ! Allahu ! Banyaknya HADIAH VALENTINE'S DARI HUSBAND 14 FEBRUARY 2020 ni. Malu pulak rasa !
Hat ini, memang mummy tak pernah meminta, sebab kami ada banyak stok body perfume, hand sanitizer Bath & Body Works (stok jual). Kalau rasa nak pakai, boleh je beli dari kedai sendiri hehe.
Perfume, body mist, losyen dan lip gloss lengkap. Macam hantaran kahwin pulak hahaha. Perfume, body mist dan losyen semua dari bauan Victoria's Secret Bombshell
Lengkap dengan pouch lak tu....OMG mummy suka sangat. Tak pernah ada dalam wishlist.. Tetiba dapat depan mata.
Rezeki yang tak di sangka !
Moga Allah berikan rezeki yang tak di sangka-sangka juga buat suamiku...ameeennnnn..
Mummy tak bagi daddy apa-apa ke hari kekasih ini. Haaa..sebenarnya, memang kebetulan sangatlah.
Last month kitorang ada singga butik Coach di Johor Premium Outlet. Ingatkan saje nak belanja daddy wallet. Since beliau kata walletnya dah buruk.
Tapi, daddy kata harga macam mahal. Baik beli dengan PS kitorg je.
So, mummy order kat PS mummy untuk wallet coach daddy.
Tup..tup..tup wallet Coach tu sampai ngam-ngam 14 Februari...kekdahnya hari tukar-tukar hadiah gamaknya hehehehe
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.azlindaalin.com/2020/02/hadiah-valentines-dari-husband-14-Februari.html