Hadiah Mangkuk Tingkat
Selepas musim pinggan mangkuk ayan, musim mangkuk tingkat klasik pula muncul. Bila mangkuk tingkat viral, maka ramailah pemborong mangkuk tingkat berwarna-warni ada dipasaran.
Masuk shopee, boleh rambang mata dibuatnya. Tengok harga dan tepuk poket lah kan
Mangkuk TingkatMangkuk tingkat disebut juga tiffin, tiffin enamel, tiffin food carrier dan mangkuk tingkat sia. Dikalangan Masyarakat Melayu lama panggil mangkut tingkat. Dengan kemunculan semula mangkuk tingkat ayan ni mengingatkan semula nostalgia lama
Orang dulu bekalkan makanan guna mangkuk tingkat. Masa tu mana ada zaman tupperware. Bila ada majlis kahwin, nak bekalkan pihak pengantin sebelah sana mesti bekalkan dengan mangkuk tingkat.
Takpun bawa bekal pergi kebun pun guna mangkuk tingkat. Memang nostalgia sungguh mangkuk tingkat ni. Tapi mangkuk tingkat dulu banyak yang jenis besi aluminum bercorak tu. Tahan lama mangkuk tingkat tu
Kadang mak kat kampung nak bekalkan lauk guna mangkuk tingkat, Fiza berkeras tak nak guna mangkuk tingkat. Nak tunggu balik kampung memulangkan tu ambil masa juga. Kot mak nak guna ke kan. Baik tak payah.
Lagipun faham mak-mak kita ni sayang koleksi pinggan mangkuk dia macamana. Sama macam tupperware tu jugalah cerita dia
Rezeki Dapat Hadiah Mangkuk TingkatSiapa sangka, rezeki memang tak pernah salah alamat. Sedang berkira-kira juga nak membeli mangkuk tingkat bila ada bajet nanti sebenarnya. Tup tup, dia datang dalam bentuk hadiah
Salah satu gambar Fiza terpilih dapat Top.1 dalam satu challenge. Tak sangka sebenarnya terpilih terus nombor 1 tu. Padahal diri sendiri rasa kurang puas hati dengan gambar sendiri
Iyalah, penilaian pandangan mata sendiri tak sama dengan mata orang lain. Mungkin pandangan mata kita biasa je. Tapi pandangan mata orang lain sebaliknya
Alhamdulillah. Tak sangka dapat hadiah mangkuk tingkat tu. Ikut perancangan Fiza memang nak beli bila ada bajet lebih sikit. Benda bukan keutaamaan kita kebelakangkan dulu.
Plannya membeli untuk kegunaan dan juga sebagai props gambar of course! Bila dapat hadiah tiffin ni seronok betul. Tak payah dah lah beli
Yang Fiza dapat ni pun saiz comel je. Untuk bekalan portion sikit boleh lah untuk bekal sorang makan. Nak gunakan untuk props pun better sebab muat dengan ruang yang ada. Besar-besar nanti tak muat susah pula nak adjust ruang
Sedang elok juga dapat warna putih. Nampaklah sikit mangkuk tingkat klasik. Nak guna pun macam sayang je. Buat perhiasan dan props gambar je lah nampaknya nanti.
Mangkuk tingkat ni sesuai sangat dibuat sebagai hadiah. Hadiah kahwin, hadiah lucky draw, doorgift dan hadiah untuk event yang sesuai. Itu kalau ada bajet lebih lah. Harga mangkuk tingkat tiffin enamel ni boleh tahan juga ye harganya
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.azhafizah.com/2020/09/hadiah-mangkuk-tingkat.html