Hadiah Handbag Charles Keith Sempena Hari Lahir
Tq shuben, next year bagi lagi ya hahaha
Sebenarnya banyak yang nak tulis kat blog ni. Tapi kekadang mood ke laut, so mulalah malas nak mengarang kat blog. Ingat tak last month birthday saya? Tak ingat? Sila baca entry best ni hahaha.
BACA —>> Birthday ke 38 tahun
Suami saya bukan yang type suka buat surprise untuk isteri dia. Bukan jenis yang hantar bunga kat opis, bukan bukan bukan!! Hahaha. Kalau dia buat macam tu mau histeria bini dia hahaha.
Tapi dia yang saya kenal, suka meraikan dan jenis suka tanya nak hadiah apa tahun ni? Apa yang nak abang hadiahkan? Kalau tanya on the spot memang tak boleh nak bagi jawapan. Kene ambil masa seharian baru boleh fikir dengan tenang
.
Last-last bila bini dia masih tak bagi jawapan, dia terus duit cash, suruh saya beli hadiah sendiri. Alhamdulillah dapatlah beli handbag baru hihi. Nak beli handbag MK, Coach, Furla dah over budget, so beli yang within the budget ya.
Kenapa saya suka handbag charles & keith?
Memang kita dah lama teringin nak beli handbag baru. Eh lama tau, percayalah!! haha. Last beli 3 tahun lepas. Lama kan? Bila survey-survey nampak macam terberkenan dengan handbag charles & keith.
Kenapa handbag charles & keith? Satu, sebab design dia 2 in 1. Boleh untuk shoulder dan juga crossbody. Kedua, sebab harganya oklah
.
Just muat untuk purse kecik comel dan handphone je. Takdelah nak angkut macam-macam barang dalam ni
manalah duit i yang berjuta ni, kosong je dalam ni hahaha. Owh lupa dalam bank rupanya
Bila pergi cari kat fizikal outlet, tak jumpa design yang berkenan di hati. Cuba itu tak berkenan, yang ini tak lawa. So kita usha online je.
Terjah website Charles & Keith
Tau jela kalau kita dah mula search jenama ni kat website, maka setiap kali buka blog kengkawan, semua iklan mula tunjuk handbag CK
. Sana sini pun CK, adui rambang mata.
Last-last saya pilih design ni dengan harga RM259.90 dan FREE SHIPPING. Walaupun diorang courier dari Singapore, tapi pembayaran online semua guna local banking juga. Mudah
.
TQ en suami
Terima kasih encik suami sebab bagi kita hadiah ni. Sebagai balasan saya masakkan sedap-sedap nanti. Pemurah sangat, suka-suka!! Nanti bagi hadiah lagi ya hahahaha.
Memula nak cari yang sama color dengan kasut i tapi susah pula nak match. jadi belasah jela janji cantik di mata sendiri
eh nampak kecik kurus pula lengan i, next time elok view macam ni
Tak susah nak buat perempuan ni happy. Bagi je hadiah sure senyum je sepanjang tahun
. Eh tapi kalau tak bagi hadiah pun ok je tau. Saya bukan materialistik hokey!
Ok dah dapat handbag baru, melaramlah kita ke opis. Rasa semangat lebih sikit lepas dapat handbag baru. Awal pagi dah tercegat kat opis, hahaha.
Kalau takde handbag baru pun memang saya akan sampai awal. Nak beat the jammed katanya, gitu!! Lagi satu tugas saya sebagai grab, hantar anak-anak ke rumah pengasuh dan ke sekolah. Memanglah kene awal. Kalau lambat keluar, kita pun lewatlah nak ke opis.
Handbag ni sederhana saiz nya. Tak besar dan tak kecik. Just nice! So sesuai untuk pakai ke pejabat dan juga jenjalan. Kalau ikutkan nak pilih warna hitam, tapi out of stock. Last-last pilih merah, sebab dia pun ada 2 kaler je
.
Tapi kalau tengok bahagian dalam, boleh muat purse kecil dan dan handphone seketul je. Kalau nak letak banyak-banyak barang memang tak muat. Memang taknak handbag besar sebab tau makin besar beg, makin banyak barang nak hangkut kan. So kita pilih yang sederhana je.
Jadi beg mekap pun dah kene bawak asing. Oklah tu takdelah berat bahu nak menggalas kan. Kalau tidak, rasa sakit bahu sebab handbag macam bawak lesung batu. Perempuan ni kalau almari tu boleh bergerak, dah lama diangkut berjalan sekali
.
Bila kita dah dapat hadiah, so turn suami pulaklah lepas ni. Harap-harap dia takdelah minta yang merapu. Sebelum dia tanya, baik kita yang suggest hadiahnya.
. Anyway, Love u Zairul!!!
(29)
The post Hadiah handbag Charles & Keith sempena hari lahir appeared first on Ajumohit.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.ajumohit.com/2019/09/hadiah-handbag-charles-keith-sempena-hari-lahir.html