Hadi Mesti Undur Jika Pas Mahu Tawan Putrajaya Kata Penganalisis




 UNDUR UNDUR UNDUR HADI





PETALING JAYA: 15 Jun -- Penganalisis politik berpandangan Abdul Hadi Awang wajar berundur sebagai Presiden PAS, sambil memberi amaran bahawa jika kepimpinannya diteruskan ia berisiko menyebabkan parti itu tidak berkembang.


Azmi Hassan dari Akademi Nusantara berkata, Hadi, 77, boleh diberi pujian kerana berjaya mentransformasikan parti Islam itu sepanjang dua dekad kepimpinannya.


“Beliau berjaya menyuntik nafas baharu kepada PAS, yang kini muncul sebagai parti paling berjaya dalam PRU lalu,” katanya kepada FMT.


Bagaimanapun, katanya, Hadi kini sudah ‘mencapai siling’ dari segi potensi parti di peringkat nasional.


Pada PRU-15 pada 2022, PAS memenangi 43 kerusi Parlimen dan membentuk kerajaan negeri di Kelantan, Terengganu, Kedah serta Perlis.


“Tetapi kini PAS seolah-olah sudah sampai ke tahap tepu dalam menarik sokongan pengundi Melayu dan gagal memikat pengundi bukan Melayu. Masa Hadi sudah berlalu,” katanya.


Parti perlukan kepimpinan baharu


Azmi berkata walaupun PAS memiliki sokongan kukuh di kawasan majoriti Melayu konservatif, parti itu masih gagal menembusi sokongan pengundi bukan Melayu.


Untuk menerajui kerajaan Persekutuan, katanya, PAS perlu melantik barisan kepimpinan baharu terdiri daripada golongan profesional serta menampilkan imej nasional yang lebih luas.


Sama seperti Azmi, Syaza Shukri dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) turut berpandangan bahawa PAS sukar untuk maju ke hadapan selagi parti itu tidak diterajui kepimpinan baharu.


Namun, katanya, beliau tidak yakin parti itu akan melantik profesional sebagai pemimpin baharu.


“Mereka yang akan menggantikan (Hadi) tetap akan datang daripada kelompok ulama. Orang seperti Menteri Besar Terengganu, Ahmad Samsuri Mokhtar, pun dianggap ‘tidak cukup ulama’.


“Jadi retorik terhadap bukan Islam tidak akan banyak berubah,” katanya.


Pada 7 Jun lalu, Naib Presiden PAS Amar Abdullah mengakui parti Melayu-Islam itu bergelut meraih sokongan bukan Melayu.


Namun, katanya, pengundi yang membentuk sokongan teras PH dilihat semakin lantang mengkritik kerajaan pimpinan Pengerusi PH, Anwar Ibrahim dan PAS menyasarkan kumpulan ini menjelang PRU akan datang.


Kartini Aboo Talib dari Universiti Kebangsaan Malaysia berkata PAS sebenarnya memiliki pemimpin yang berwibawa untuk mengambilalih teraju parti itu daripada Hadi.


Antaranya ialah Samsuri, Ahli Parlimen Jerantut Khairil Nizam Khirudin dan Ahli Parlimen Pasir Mas Ahmad Fadhli Shaari.


Menurut Kartini, Hadi boleh diberikan peranan sebagai penasihat utama parti.


James Chin dari Universiti Tasmania pula berpendapat tidak mungkin Hadi akan berundur.


“Beliau sedar bahawa dirinya adalah ‘gam’ yang menyatukan PAS,” kata Chin kepada FMT. “PAS yang kita lihat hari ini sebenarnya mencerminkan Hadi.”


Chin berkata pengundi bukan Melayu tidak akan menyokong PAS walaupun Hadi tidak lagi menjadi Presiden, kerana pemimpin lain dalam parti itu turut membawa ‘pandangan ekstrem’ dalam isu kaum dan agama.


“Walaupun Hadi berundur, tidak banyak yang akan berubah kecuali berlaku rombakan menyeluruh dalam parti,” katanya.






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2025/06/hadi-mesti-undur-jika-pas-mahu-tawan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Menjelang Muktamad Pas Hadi Undur Betul Atau Tidak

Menjelang Muktamad Pas Hadi Undur Betul Atau Tidak

papar berkaitan - pada 8/6/2025 - jumlah : 205 hits
Mohsin AbdullahAdakah benar Abdul Hadi Awang mahu berundur atau kekal presiden PAS selepas dilaporkan memberi bayangan mengenai kedudukannya Banyak nama sudah timbul untuk menggantikan Abdul Hadi Awang apabila beliau mengundur diri daripada...
Pas Mungkin Terjejas Seketika Jika Hadi Undur

Pas Mungkin Terjejas Seketika Jika Hadi Undur

papar berkaitan - pada 9/6/2025 - jumlah : 176 hits
Anne MuhammadPETALING JAYA PAS mungkin hanya terjejas seketika jika Abdul Hadi Awang tidak lagi menjadi presiden kata penganalisis mengulas spekulasi kedudukan nombor satu parti itu Syaza Shukri berkata bakal pengganti Hadi mungkin memerluk...
Rafizi Dan Prinsip Prinsip Mesti Konsisten Tak Boleh Bertukar Tukar Kata Rafizi

Rafizi Dan Prinsip Prinsip Mesti Konsisten Tak Boleh Bertukar Tukar Kata Rafizi

papar berkaitan - pada 15/6/2025 - jumlah : 358 hits
Hishamuddin AunTidak tunduk kepada pujuk dan rayu selepas berasa dirinya dipermainkan Genap 17 hari selepas Rafizi Ramli menghantar surat peletakan jawatan selaku menteri ekonomi untuk berkuat kuasa hanya tiga hari lagi Perdana Menteri Anwa...
Menjelang Muktamar Pas Selepas Diserang Geng Ustaz Ini Pendirian Sanusi Terhadap Abdul Hadi

Menjelang Muktamar Pas Selepas Diserang Geng Ustaz Ini Pendirian Sanusi Terhadap Abdul Hadi

papar berkaitan - pada 11/6/2025 - jumlah : 391 hits
HarapandailySelepas diserang Geng Ustaz Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor menyifatkan desas desus Tan Sri Abdul Hadi Awang berundur daripada jawatan Presiden Pas sebagai tidak berasas Sanusi menganggap dunia masih memerlukan Abdul Hadi untu...
External Parties Behind Push For Hadi To Step Down Say Pas Leaders

External Parties Behind Push For Hadi To Step Down Say Pas Leaders

papar berkaitan - pada 8/6/2025 - jumlah : 300 hits
Terengganu PAS leader Hanafiah Mat says Tok Guru is still mentally sharper than others though his physical health has not been great Abdul Hadi Awang a seven term MP for Marang has been president of PAS since June 2002 PETALING JAYA Two PAS...
Pas Prepares For Leadership Change As Hadi Signals Exit

Pas Prepares For Leadership Change As Hadi Signals Exit

papar berkaitan - pada 8/6/2025 - jumlah : 369 hits
PAS leader Tan Sri Abdul Hadi Awang s hint at retiring as president has sparked big questions about his successor Ilham Centre CEO Hisommudin Bakar is of the view that a potential exit of Hadi from the Islamic party will be a major turning ...
Betul Ke Flash Express Malaysia Tutup Operasi 2026

Cara Daftar Saudi Visa Bio Untuk Bakal Haji

Tahniah Malaysia Menggapai Kecemerlangan Bersama

Usman Awang Peranan Sasterawan Sebagai Patriot

Sabtu Kimchi Homemade Type M

Keadaan Mangsa Banjir Di Aceh Kritikal Bantuan Masih Diperlukan Utusan Melayu Plus 18 12 2025

Delicious Recipe Corned Beef Hash Casserole

Pendapatan Usdt Automatik Solusi Realistik Untuk Kewangan Masa Kini


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Pokok Cili Pelangi

The No Fluff Guide To Local Seo In Parker What Moves Rankings And What Wastes Money

Tragedi Serpentina Kisah Karl Patterson Schmidt Dan Satu Gigitan Fatal

Lebihan Dagangan Malaysia Merosot Drastik 58 8 Pada November 2025 Implikasi Ekonomi Dan Tindak Balas

Budi95 Jimat Rm800 Juta Sebulan Ke Mana Perginya Pm Anwar

Villa H Ark Architecture Tunisia