Hadi Mahu Kekal Sebab Kurang Tekanan Dalaman Kata Penganalisis


 Azmi Hassan berkata Hadi Awang selesa untuk terus terajui PAS kerana tiada tekanan dari dalam dan luar parti.
Hadi Awang menyandang jawatan presiden lebih 20 tahun dan kali terakhir dicabar pada pemilihan 2015. (Gambar Bernama)PETALING JAYA: Kekurangan tekanan dan tiada gerakan besar-besaran mendesak Hadi Awang turun dari kerusi presiden menjadikan Ahli Parlimen Marang itu selesa mengepalai PAS untuk penggal seterusnya, kata penganalisis
Felo Majlis Profesor Negara, Azmi Hassan, berkata Hadi yang menyandang jawatan itu lebih 20 tahun dilihat selesa dan tidak berdepan desakan berundur, berbeza dengan ketua parti lain sehingga menimbulkan ketegangan.
Katanya, ‘percikan’ terdekat ‘menuju’ kepada pertandingan bagi jawatan tertinggi pada pemilihan PAS, September ini hanya apabila Naib Presiden Mohd Amar Abdullah dicalonkan bertanding timbalan presiden oleh Pemuda PAS Pengkalan Chepa.
Pencalonan itu dikatakan mungkin berkait gerakan mahu memposisikannya sebagai orang nombor dua parti selepas Tuan Ibrahim Tuan Man yang dikhabarkan menggantikan Hadi, jika beliau berundur.
“Jadi itu sahaja tekanan diterima, tidak ada ura-ura gerakan atau besar-besaran untuk menggantikan beliau.
“Sebab itu Hadi tiada masalah untuk terus menerajui PAS kerana tiada tekanan daripada dalam dan luar,” katanya kepada FMT.
Semalam, Bernama melaporkan Hadi mengesahkan akan mempertahankan jawatan presiden PAS dan berhasrat terus berkhidmat kepada parti sehingga akhir hayat kerana keadaan kesihatannya masih baik.
Kali terahir Hadi dicabar pada 2015 oleh Ahmad Awang, menyaksikan ramai tokohnya keluar selepas pemilihan antaranya Mohamad Sabu yang kalah kepada Tuan Ibrahim bagi jawatan timbalan presiden.
Syahruddin Awang Ahmad dari Universiti Malaysia Sabah (UMS) pula berkata, keadaan kesihatan Hadi yang menerima rawatan di Institut Jantung Negara, bulan lalu akan terus menjadi polemik menerusi pengesahannya kekal bertanding pemilihan.
“Mungkin terus menjadi perhatian kerana boleh mempengaruhi stamina dan keupayaannya untuk memimpin parti secara efektif untuk jangka panjang.
“Pengalaman sebelum ini seperti spekulasi pengunduran beliau juga menunjukkan pentingnya kesinambungan kepimpinan yang kukuh bagi PAS,” katanya. - FMT


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2025/07/hadi-mahu-kekal-sebab-kurang-tekanan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Banyak Impian Abah Sudah Tercapai Pu Riz Titip Kata Kata Menyentuh Buat Abbas

Banyak Impian Abah Sudah Tercapai Pu Riz Titip Kata Kata Menyentuh Buat Abbas

papar berkaitan - pada 14/7/2025 - jumlah : 101 hits
Mendirikan rumah tangga bersama selebriti terkenal Noor Neelofa pada 27 Mac 2021 pendakwah bebas dan figura popular PU Riz kini menikmati fasa kehidupan sebagai seorang suami dan bapa kepada dua cahaya mata lelaki Muhammad Bilal dan Abdulla...
Polisi Cukai Mahiaddin Ikut Dan Ikut Anak Tekak Kata Pengkritik Pro Pas

Polisi Cukai Mahiaddin Ikut Dan Ikut Anak Tekak Kata Pengkritik Pro Pas

papar berkaitan - pada 11/7/2025 - jumlah : 123 hits
HarapandailyJuly 11 2025Seorang pengkritik pro Pas berpendapat Pengerusi Perikatan Nasional Tan Sri Mahiaddin Yasin tidak mempunyai polisi yang konsisten dalam sistem percukaian yang dikenakan oleh kerajaan terhadap barangan dan perkhidmata...
Pelakon Hong Kong Jacky Heung Disaman Atas Hutang Judi Rm757 000 Kes Kini Telah Diselesaikan Kata Kasino Macau

Pelakon Hong Kong Jacky Heung Disaman Atas Hutang Judi Rm757 000 Kes Kini Telah Diselesaikan Kata Kasino Macau

papar berkaitan - pada 17/7/2025 - jumlah : 145 hits
Jacky Heung Ditetapkan Terlibat Dalam Kes Hutang Perjudian Pelakon Hong Kong Jacky Heung baru baru ini dibawa ke mahkamah oleh pengendali kasino Macau MGM China berikutan hutang perjudian yang masih belum dilunaskan berjumlah HK 1 4 juta Me...
Breaking News Renault Group Acquires A Former Nissan Manufacturing Facility In India

Exploring The Essential Marine Supplies For Smooth Sailing

Menantu Siti Nurhaliza Diserang Caprice

Rozi Kemang Berduri Tido Di Bilik Kekasih Chord

Malam Yang Tak Bisa Membawa Tidur

Hiburan Saya Tak Layan Suami Orang Syira Atiqah Akhirnya Respon Isu Penyondol Rumah Tangga Fattah Amin Fazura

Should Dap Now Apologise To Zahid For Accusing Him Of Graft Ala Its Apology To Beng Hock S Family

Donald Trump Currently Possesses An Armored Golf Buggy Golf Force One Video


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Almari Buku Antik

Supaya Tak Sepi Di Hari Tua

Komposer Ross Ariffin Meninggal Dunia

100 Kubur Di Kampung Pengkalan Maras Berisiko Hanyut Dipindahkan Mulai Hari Ini

Mdec X Bsn Team Up To Power Malaysia S Next Gen Digital Leaders

Mcdonald S Spicy Duo Concert Lit Up Putrajaya