Hadi Kekal Ahli Parlimen Marang


mediaprima.com.my
Suraya Roslan
[email protected]
ABDUL Hadi. FOTO Arkib NSTP
Putrajaya: Presiden Pas Tan Sri Abdul Hadi Awang kekal sebagai Ahli Parlimen Marang selepas Mahkamah Persekutuan di sini, hari ini menolak rayuan akhir bekas calon Barisan Nasional Jasmira Othman atas dakwaan menyogok pengundi pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) lalu.

Panel tiga hakim yang diketuai Tan Sri Abang Iskandar Abang Hashim sebulat suara memutuskan untuk menolak rayuan pilihan raya yang difailkan Jasmira Othman selaku perayu bagi membatalkan kemenangan Abdul Hadi pada PRU15.

"Perayu gagal membuktikan keraguan munasabah terhadap rayuan. Rayuan ditolak tanpa sebarang kos," kata Hakim Abang Iskandar.

Dua lagi hakim yang turut bersidang adalah Datuk Zabariah Mohd Yusof dan Datuk Rhodzariah Bujang.

Dalam prosiding hari ini, Jasmira selaku perayu diwakili peguam Datuk Mohd Hafarizam Harun, manakala Abdul Hadi selaku responden diwakili peguam Yusfarizal Yussoff.

Pada 27 Jun lalu, Mahkamah Pilihan Raya Terengganu mengekalkan Abdul Hadi Awang sebagai Ahli Parlimen Marang selepas menolak petisyen yang difailkan Jasmira bagi membatalkan kemenangan Presiden Pas itu.

Hakim Datuk Hassan Abdul Ghani memutuskan Jasmira gagal membuktikan wujud unsur rasuah mengikut Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

Petisyen pilihan raya itu difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu pada 3 Januari lalu, antara lain mendakwa Pas menyogok pengundi dengan mengagihkan wang bantuan yang diberikan kerajaan negeri.

Perayu mendakwa perkara itu berlaku menerusi program i-pencen, i-Belia dan i-Siswa, pada 15 hingga 17 November 2022, iaitu beberapa hari menjelang PRU15.

Pada PRU15 lalu, Abdul Hadi memenangi kerusi Parlimen Marang dengan majoriti 41,729 undi menewaskan Jasmira, calon Pakatan Harapan (PH) Azhar Ab Shukur dan calon Pejuang, Dr Zarawi Sulong.
Disiarkan pada: November 15, 2023 

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2023/11/hadi-kekal-ahli-parlimen-marang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ahli Parlimen Gua Musang Umum Sokong Anwar

Ahli Parlimen Gua Musang Umum Sokong Anwar

papar berkaitan - pada 8/11/2023 - jumlah : 174 hits
Ahli Parlimen Gua Musang umum sokong Anwar Dikemas kini 2 jam yang lalu Diterbitkan pada 7 Nov 2023 11 20PM
Gagal Berfungsi Ahli Parlimen Cadang Bubar J Kom

Gagal Berfungsi Ahli Parlimen Cadang Bubar J Kom

papar berkaitan - pada 6/11/2023 - jumlah : 181 hits
Ahli Parlimen pembangkang mencadangkan Jabatan Komunikasi Komuniti dibubarkan untuk menjimatkan RM13 juta kerana kegagalannya berfungsi memberi penerangan dengan baik Abdul Latiff Abdul Rahman berkata agensi bawah Jabatan Perdana Menteri it...
Lebih Ramai Ahli Parlimen Pembangkang Akan Sokong Pm Kata Zahid

Lebih Ramai Ahli Parlimen Pembangkang Akan Sokong Pm Kata Zahid

papar berkaitan - pada 10/11/2023 - jumlah : 440 hits
Setakat ini empat Ahli Parlimen dari pembangkang telah menyatakan sokongan kepada Perdana Menteri Anwar Ibrahim Timbalan Perdana Menteri Zahid Hamidi menjangkakan lebih ramai Ahli Parlimen daripada Perikatan Nasional akan menyokong Perdana ...
Nama Ahli Parlimen Ponteng Sidang Parlimen Mungkin Dipaparkan

Nama Ahli Parlimen Ponteng Sidang Parlimen Mungkin Dipaparkan

papar berkaitan - pada 5/11/2023 - jumlah : 382 hits
BERNAMAGeorgetown Nama nama Ahli Parlimen yang didapati dengan sengaja tidak hadir atau ponteng sidang Parlimen mungkin akan dipaparkan di laman web Dewan Rakyat supaya pengundi kawasan parlimen mereka maklum perkara tersebut Yang Dipertua ...
Ahli Parlimen Pas Pula Sokong Anwar

Ahli Parlimen Pas Pula Sokong Anwar

papar berkaitan - pada 15/11/2023 - jumlah : 212 hits
K PRAGALATHSelepas empat ahli parlimen Bersatu bertindak menyokong kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim kini tiba pula giliran ahli parlimen Pas berbuat demikian Menurut khabar angin yang kencang kedengaran ahli parlimen ters...
Beri Semua Guru Kuasa Guru Disiplin Ahli Parlimen

Beri Semua Guru Kuasa Guru Disiplin Ahli Parlimen

papar berkaitan - pada 15/11/2023 - jumlah : 276 hits
KUALA LUMPUR Semua guru perlu diberi lebih kuasa supaya dapat bertindak sebagai guru disiplin dalam usaha menangani kes buli di sekolah Kalam Salan berkata peraturan Kementerian Pendidikan Malaysia menetapkan hanya guru disipl
Ahli Parlimen Pn Yang Memalukan Terang Terang Minta Rm30 Juta Syarat Sokong Anwar

Ahli Parlimen Pn Yang Memalukan Terang Terang Minta Rm30 Juta Syarat Sokong Anwar

papar berkaitan - pada 10/11/2023 - jumlah : 379 hits
Seorang lagi Ahli Parlimen blok pembangkang menyatakan secara terbuka kesediaannya untuk menyokong kerajaan Madani pimpinan Anwar Ibrahim Bagaimanapun sokongan itu hadir dengan syarat jika Putrajaya boleh memperuntukkan dana yang mencukupi ...
4 Ahli Parlimen Bersatu Mahu Tukar Tempat Duduk Di Dewan Rakyat Kata Speaker

4 Ahli Parlimen Bersatu Mahu Tukar Tempat Duduk Di Dewan Rakyat Kata Speaker

papar berkaitan - pada 10/11/2023 - jumlah : 375 hits
Johari Abdul berkata undang undang antilompat tidak terpakai kerana mereka hanya isytihar sokong Perdana Menteri Anwar Ibrahim Empat Ahli Parlimen Bersatu yang menyokong Perdana Menteri Anwar Ibrahim memohon menukar tempat duduk mereka di D...
Tukar Sokongan Ahli Parlimen Usaha Hancurkan Bersatu

Tukar Sokongan Ahli Parlimen Usaha Hancurkan Bersatu

papar berkaitan - pada 14/11/2023 - jumlah : 258 hits
Elill EaswaranPETALING JAYA Hampir semua Ahli Parlimen Bersatu didekati untuk menyuarakan sokongan kepada kerajaan Anwar Ibrahim sebagai usaha menghancurkan Bersatu kata sumber dalaman parti Seorang ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu me...
Hiburan Hei Betina Berhenti Malukan Keluarga Amp Suami Sedar Sikit Kau Tu P Lacur Berstatus Datin Nabila Huda

Titan A Roaring Nitrous Boosted Bmw R 1300 R Built In House

Tarif Us Malaysia Mulai 1 Ogos 2025 Kadar Impaknya

Cure For Malaysia S Generational Judicial Curse

Hiburan Lebih 82 000 Petugas Kesihatan Kkm Dikecualikan Waktu Kerja Syif 45 Jam Seminggu

Breathing Easier How Smart Sensors Stop Vaping In Schools

Kedah Fashion Week 2025 1 3 Ogos 2025 Bertemakan Berlian Di Aman Central Alor Setar

Serlahkan Acara Anda Dengan Mascot Costumes Yang Unik Dan Menarik


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Cara Langgan Starlink Di Malaysia Panduan Lengkap 2025

Cara Mudah Lafaz Dan Niat Solat Sunat Taubat

7 Cara Penjagaan Luka C Zer Selepas Bersalin Secara Pembedahan

Bila Mula Membaca Keajaiban Taqwa

Perspektif Dan Solusi

Sains Cern Temui Dua Pecahan Misteri Partikel Tuhan Yang Sukar Dikesan