Hadi Dengan Penjodoh Bilangannya


 
Adakah Hadi Awang salah dalam menggunakan penjodoh bilangan ‘ekor’ pada hal yang dirujuknya ialah manusia? Jika salah wajarkah beliau meminta maaf? Pada hemat saya iya salah sekali gus wajar minta maaf.
Sebelum hurai lanjut, imbau semasa presiden PAS itu selaku Ahli Parlimen Marang membahas usul menjunjung kasih titah diraja di Dewan Rakyat tempoh hari. Beliau menzahirkan kekecewaan kerana kata beliau bahasa Melayu masih terpinggir manakala bahasa asing (baca: khususnya Inggeris) masih menjadi keutamaan termasuk dalam urusan kerajaan.
Setuju atau tidak dengan pandangan beliau terpulang tetapi jika nawaitu beliau memang untuk mempertahan dan mendaulatkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan saya kira Hadi wajar disokong malah dipuji.
Dalam mempertahankan bahasa Melayu beliau berkata: “Apa berlaku hari ini bercelaru, kedai di bandar, ibu negara semua bahasa ada, bahasa Melayu kadang-kadang halus sahaja, bahasa Inggeris besar, Inggeris dah tak ada”. Bagi saya jika ini pandangan atau pemerhatian beliau, setuju atau tidak ia harus dihormati. Tidak ada masalah.
Namun beliau juga berkata: “Dalam majlis orang putih ada tiga ekor sahaja, yang orang kita ni ramai semua boleh berbahasa Melayu, cakap Inggeris, juga surat rasmi, bicara dalam mahkamah masih Bahasa Inggeris”.
Ini ada masalah. Bukan kerana beliau tuduh orang kita guna bahasa Inggeris tetapi beliau kata ‘orang putih ada tiga ekor’. Saya setuju dengan seorang kawan lama, Syed Putra Ahmad, bekas pengarang Harakah. Kata beliau, ‘ekor’ sebagai penjodoh bilangan bagi manusia bukan sahaja salah dari segi bahasa tetapi juga salah dari aspek adab sopan.
“Apatah lagi apabila ia datang daripada ilmuan agama terkenal, pemimpin parti politik besar dan Ahli Parlimen veteran yang sepatutnya sudah cukup dewasa untuk tidak bersikap selekeh dan sewenang-wenang sedemikian,” kata Syed di Facebook.
Kata beliau tidak terkecuali Hadi juga bercakap tentang tasamuh dan kepelbagaian kaum serta budaya tetapi tanpa ragu telah ‘membinatangkan’ orang putih.
“Bagi saya,” kata Syed, “sewajarnya Tan Sri Hadi memohon maaf kepada Dewan dan rakyat amnya atas keterlanjurannya ini”. Sekali lagi saya kata saya setuju.
Syed menggunakan istilah ‘keterlanjuran’. Ya mungkin Hadi begitu bersungguh-sungguh atau penuh emosi mahu menguatkan hujah sehingga ‘terlanjur’?
Apa pun kata Syed beliau disanggah beberapa orang yang membaca catatan Facebook itu. Mereka mempertahankan Hadi dengan memberi pelbagai alasan termasuk penggunaan bahasa dialek, bahasa kolokial dan sebagainya.
Bagi saya reaksi seperti itu memang dijangkakan. Penyokong Hadi akan kata beliau tidak ada niat menghina dan istilah ‘ekor’ adalah percakapan biasa orang kampung yang simple.
Kata Syed mohon maaf adalah jalan keluar terhormat Hadi atas kesilapannya. Adakah beliau akan berbuat demikian? Menurut saya jika beliau mohon maaf apa yang ditunjukkan kelak ialah sikap rendah diri, jiwa besar, tidak ego dan berani.
Tetapi kemungkinan besar Hadi tidak akan mohon maaf, jika beliau sendiri mahu pun penyokongnya tidak akan membenarkan. Bagi mereka Tuan Guru tidak bersalah mengapa minta maaf? Adalah memalukan alim ulama dan presiden parti besar meminta maaf. Mungkin itu kata mereka.
Kata Syed dengan menggunakan alasan-alasan yang sama iaitu bahasa dialek atau kolokial, bolehkah menerima dan mewajarkan penggunaan dan penjodoh bilangan yang sama (yakni ‘ekor’) bagi ustaz, penceramah, mufti, menteri, naib presiden PAS, MB negeri-negeri PAS dan seterusnya.
Beliau beri kesimpulan terbaik: “Kepanasan api akan lebih mudah difahami dan dirasai jika ia terkena kulit sendiri”. Tepat. - FMT
Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2025/02/hadi-dengan-penjodoh-bilangannya.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hadi Revisits Allah Controversy Warns Of Misuse By Non Muslims

Hadi Revisits Allah Controversy Warns Of Misuse By Non Muslims

papar berkaitan - pada 16/2/2025 - jumlah : 174 hits
PAS president Tan Sri Abdul Hadi Awang stepped back into the Allah word controversy this time saying kafirs using the word in mistranslations may mislead Muslims He explained that the word Allah carries a profound and comprehensive meaning ...
Hadi For Tiga Ekor Orang Putih Bm Takes Backseat

Hadi For Tiga Ekor Orang Putih Bm Takes Backseat

papar berkaitan - pada 19/2/2025 - jumlah : 134 hits
PARLIAMENT Abdul Hadi Awang has expressed disappointment that the Malay language is often sidelined in favour of English especially when only a few foreigners are present The PAS president said that English is used at functions even when th...
Kenapa Tak Ajak Hadi Awang

Kenapa Tak Ajak Hadi Awang

papar berkaitan - pada 12/2/2025 - jumlah : 105 hits
Desa HMAwat tak ajak Haji Hadi barua Sri Sanjeevan Ramak PM Anwar Ibrahim tak hadir Thaipusam 2023 dan 2024 Dia melawat Batu Caves 4 hari sebelum Thaipusam Itupun saya dengar hanya 30 minit Hari Thaipusam dia jemput Presiden Turki datang ke...
Supaya Tak Sepi Di Hari Tua

Bring Back The Rotan Lapaq App Founder Calls For Return Of Caning In Schools

Kerana Seorang Lelaki

Konsert Xpdc Kita Peng Yu Gegarkan Tawau

Resipi Bubur Pulut Hitam Mudah Dan Sedap

Zahirah Macwilson Kongsi Momen Bersenam Video

Komposer Ross Ariffin Meninggal Dunia

Permohonan Kolej Vokasional 2026 Syarat Lokasi Kursus


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Mengenali Pembedahan Thyroidectomy Apa Yang Perlu Korang Tahu

Kejohanan Akuatik Dunia Elvis Tersingkir Di Separuh Akhir 10m Platform Bernama

Perlu Ada Sinergi Kukuh Antara Kerajaan Bagi Pembangunan Sektor Pertanian Pm Berita Harian

Lain Kali Sensitif Sikit Awak Tu Ada Pengaruh Pempengaruh Mohon Maaf Dakwa Ada Plot Twist Dalam Kes Zara Qairina

Hiburan Baru Nikah 3 Bulan Suami Tergamak Jual Isteri Di Michat Servis Harga Rm44 Sehingga Rm98

Berpolitik Jangan Sampai Meruntuhkan Negara Harus Ada Pertimbangan