Hadi Cemburu Lihat Kami Dalam Kerajaan Kata Pemimpin Umno


 
Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno, Othman Desa meminta PAS yang diketuai Abdul Hadi Awang supaya melihat diri sendiri sebelum tegur parti lain.
PETALING JAYA: Seorang pemimpin Umno mendakwa Presiden PAS Abdul Hadi Awang mungkin cemburu melihat parti itu menjadi sebahagian kerajaan perpaduan sehingga beliau sanggup menggambarnya sebagai sesat.
Ahli Majlis Kerja Tertinggi, Othman Desa menegaskan mereka tidak perlu mengikut gesaan Hadi supaya parti itu ‘kembali ke pangkal jalan’ selepas bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) yang dianggotai DAP.
Beliau yang juga pengerusi veteran Umno berkata PAS sepatutnya melihat dirinya sendiri sebelum mahu menegur parti lain dan melihat kepada fakta termasuk berkait pembentukan kerajaan perpaduan pasca PRU15.
“Saya takut Hadi keluar kenyataan itu kerana cemburu Umno jadi kerajaan, apa asas beliau suruh kami ke pangkal jalan? Adakah sebab dah sesat?
“Beliau lupa kerajaan perpaduan ini diwujudkan atas arahan Yang di-Pertuan Agong sewaktu itu kerana tiada pemerintah, maka Umno sebagai parti berjiwa besar setuju bersama PH,” katanya kepada FMT
Semalam, Hadi menerusi catatan Facebooknya menggesa Umno kembali ke pangkal jalan dan mengkritik kerjasama dengan PH yang didakwanya didominasi DAP, disifatkannya parti membawa konsep sekular meminggirkan Islam serta kepimpinan Melayu dan Bumiputera.
Ahli Parlimen Marang itu mendakwa pemimpin Umno memilih bersama PH bukan menguatkan partinya sebaliknya lebih kepada usaha menyelamatkan diri daripada terjerat dalam kes mega rasuah selain mengaut jawatan serya projek mega.
Ketua Umno Sabah Bung Moktar Radin pula menyifatkan kenyataan Hadi sebagai keterlaluan sambil menambah walaupun parti itu bersama kerajaan perpaduan namun tidak bermakna mereka tidak prihatin terhadap batas Islam.
“Apa yang penting kerajaan yang didukung Umno boleh bawa manfaat kepada rakyat,” katanya yang parti mereka tidak lupa pengkhianatan Hadi sebelum PRU15 sehingga hubungan kedua-dua parti putus. - FMT


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2025/03/hadi-cemburu-lihat-kami-dalam-kerajaan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Umno Akan Terjerat Dengan Pengundi Yang Sama Hadi Cuba Bunuh Umno

Umno Akan Terjerat Dengan Pengundi Yang Sama Hadi Cuba Bunuh Umno

papar berkaitan - pada 15/3/2025 - jumlah : 148 hits
Tak pasti kalau memang betul betul bodoh politik atau dia untuk ahli UMNO Sebab hakikatnya tindakan bersama PN dan PAS lah umpama UMNO Buat perumpamaan semua parti politik ibarat bengkel kereta bikin enjin bikin aksesori dan pula jual tayar...
Pas Untung Jika Pemimpin Umno Masih Dikait Rasuah

Pas Untung Jika Pemimpin Umno Masih Dikait Rasuah

papar berkaitan - pada 8/3/2025 - jumlah : 135 hits
Minderjeet KaurPETALING JAYA Penganalisis politik berpendapat PAS mungkin mendapat manfaat susulan dakwaan bahawa beberapa pemimpin Umno dikaitkan dengan rasuah hasil siasatan dibuat pihak berkuasa ketika ini Syaza Shukri dari Universiti Is...
Foto Berita Anwar Seru Pemimpin Masyarakat Perjelas Kejayaan Kerajaan Madani

Foto Berita Anwar Seru Pemimpin Masyarakat Perjelas Kejayaan Kerajaan Madani

papar berkaitan - pada 14/3/2025 - jumlah : 149 hits
FOTO BERITA Majlis Berbuka Puasa MADANI 2025 YAB Perdana Menteri Turut hadir YAB Dato Menteri Besar Selangor bersama sama pimpinan masyarakat tempatan Negeri Selangor di Dewan Raja Muda Musa Kompleks Belia Seksyen 7 Shah Alam Selangor 13hb ...
Kelantan Malang Dapat Pemimpin Tak Berguna Tidak Memikirkan Kesusahan Rakyat

Kelantan Malang Dapat Pemimpin Tak Berguna Tidak Memikirkan Kesusahan Rakyat

papar berkaitan - pada 16/3/2025 - jumlah : 131 hits
Pembukaan tanah dipercayai punca sungai cetekPaya Linda YahyaPenduduk kampung menunjukkan keadaan Sungai Jalgek yang cetek akibat mendapan daripada pembukaan tanah di hulu Foto NSTP Paya Linda YahyaGUA MUSANG Lebih 400 penduduk di Kampung M...
Biasalah Pemimpin Pas Taklah Secerdik Mana Pun

Biasalah Pemimpin Pas Taklah Secerdik Mana Pun

papar berkaitan - pada 6/3/2025 - jumlah : 183 hits
Adun Pas sibuk cari orang ponteng puasa dipersoal ramaiSITI NUR ZAWANISeorang Adun Pas di Terengganu mengundang kecaman ramai selepas memuat naik aktiviti bulan Ramadannya dengan melakukan tinjauan di gerai gerai untuk mencari umat Islam ti...
Cj S Tenure Not Tied To Pm S Feelings Ambiga Schools Nazri On Judiciary

Gain In Demand Skills With An Sap Training Course In Malaysia

Suka Makan Ikan Salmon Di Daily Coffee Keningau

Teoh Beng Hock A Tragedy That Pushed Malaysia Toward Legal Reform

Bullies Face Up To 10 Years Jail As Amendments Come Into Force

New Rules To Control Ship To Ship Oil Transfers Out This Month

Menangis Bukan Sebab Tak Redha Tapi Rindu

Discover Ironpandafit Gym Apparel That Combines Performance And Style


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Lirik Lagu Setanggi Syurga Inteam

Pemain Warisan Semakin Mudah Dipantau Yusoff Mahadi

Drama Abang Imam Minah Skuter

Saat Aku Serba Salah Siapa Aku Sebenarnya

Apakah New Age Movement Ketahui Ajaran Amalan Isu Akidah

Spekulasi Kesihatan Jokowi Terus Jadi Tanda Tanya