Hadi Awang Seorang Oportunis



Tinta Merah
Hadi Awang, iaitu Presiden PAS telah lama melihat dan menyedari peluang baginya untuk menjadi Menteri Kabinet atau TPM adalah dengan bergabung dengan kerajaan BN / UMNO sahaja.
Langkah ini telah dimulakan Hadi pada tahun 2008 setelah BN kalah di Selangor dan di Perak. Di Perak, Hadi sendiri telah mengusulkan agar kerajaan gabungan UMNO + PAS diadakan dan MB adalah daripada UMNO. Kerana PM pada waktu tersebut dipegang oleh BN / UMNO. Namun usul tersebut telah ditentang sekeras-kerasnya oleh Mursyidul Am PAS, ATGNA sehingga ingin mengadakan Muktamar Khas PAS untuk membuang Hadi daripada PAS.
Hadi telah memikirkan dan mendapat akal, jika PAS selamanya menjadi pembangkang sudah pasti hasrat Hadi ingin menduduki kerusi kabinet atau jawatan TPM tidak akan tercapai selama mana tidak bergabung dengan UMNO.
Sehinggakan Hadi telah menuduh Kumpulan ATGNA (PAN) sebagai mereka yang mencipta fitnah terhadapnya dan kononnya ingin membunuh karakter Hadi untuk bergabung secara senyap-senyap dengan UMNO.
Sehinggalah era PRU-14 di mana Hadi telah sanggup bertindak sebagai “King Maker” supaya cita-cita beliau untuk menjadi TPM tercapai samada PAS menjadi kerajaan campuran dengan BN atau pun dengan kumpulan DAP, sebelum PH didaftarkan secara rasmi.
Setelah PRU-14, Hadi juga telah bertindak untuk menyokong Kerajaan Tun M jika usul undi tidak percaya diadakan di kalangan parti politik, kerana itulah juga peluang dan impian menggunung Hadi untuk menjadi TPM. Sehinggakan Hadi telah menandatangi surat bersumpah untuk menyokong Tun M.
Setelah ‘Sheraton Move’ melanda sebagai titik noda sejarah hitam negara Malaysia, Hadi juga telah bertindak untuk menyokong Kerajaan TSMY kerana ditawarkan sebagai TPM ke-2 jika ianya menjadi kenyataan. (Sekarang jawatan TPM tiada maka tiadalah TPM ke-2).
Maka setelah seronok berada di atas kerusi empuk baldu sebagai Menteri, Hadi dan pimpinan tertinggi PAS lain sudah mulai lupa dasar-dasar perjuangan asal PAS iaitu Islam sebagai Addin dan Hudud diibaratkan sebagai NYAWA PAS.
Tiada lagi kedengaran RUU 355 hendak dibentangkan di dalam Parlimen, juga tiada lagi himpunan RUU 355 walau pun Menteri Undang-Undang sekarang adalah Takiyuddin, ahli Parlimen Kota Bharu daripada parti PAS.
Malah Timbalan Menteri Agama daripada PAS sendiri memaklumkan, ianya tidak dapat dilakukan atau diluluskan di dalam Parlimen kerana pindaan RUU 355 adalah bercanggah dengan Perlembagaan Negara.
Sekarang UMNO juga mulai resah, tidak senang duduk dengan tindak tanduk PAS yang sudah mulai seronok dengan kerajaan campuran TSMY sehingga bersetuju untuk menganggotai AJK Pakatan Nasional untuk didaftarkan secara rasmi akibat tawaran TSMY yang menarik ditawarkan kepada pemimpin PAS. Di mana jawatan TPM kelak akan menjadi milik Hadi sebagai TPM pertama jika PN masih menjadi kerajaan pusat yang memerintah di Putrajaya.
Inilah sebenarnya impian Hadi selama ini, bukannya Hudud seperti dongengan PAS selama ini. Di mana setelah dulunya Hadi cukup-cukup taksub menuduh UMNO sebagai kafir yang merupakan peluru atau modal PAS dalam politik. Sedangkan hakikatnya parti UMNO juga sama seperti parti PAS pada hari ini.
PAS sudah mulai berubah wajah setelah merasai nikmatnya GHANIMAH yang dikecapi setelah menjadi kerajaan pusat yang memerintah di Putrajaya.
Mungkinkah selepas ini jika diberikan peluang kedua untuk bersama dengan DAP sebagai kerajaan memerintah, PAS juga tidak kisah mengenainya. Dalil halal boleh dicari sepertimana sebelumnya PAS menghalalkan tahalul siyasi dengan DAP, sehingga dalil Hadi wajib meyokong / mengundi DAP sehingga kiamat dilafazkan.
Asalkan segala cita-cita Hadi untuk menjadi Menteri dan TPM tercapai dan seterusnya dalam situasi politik sebegini yang paling malang adalah 100% ahli PAS yang terbukti ditipu hidup-hidup sebagai MEWA dan ada juga yang ditipu sehingga mati di atas perjuangan yang palsu (Memali).
Inilah politik yang dahulunya PAS cukup menentang jika dipisahkan daripada agama atau pun mengikut kata pegangan UMNO adalah “agama suku, politik suku”.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://suarapakatandaily.com/archives/29410

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Presiden Pas Hadi Awang Terlupa Kerajaan Perikatan Nasional Hari Ini Majoriti Melayu

Presiden Pas Hadi Awang Terlupa Kerajaan Perikatan Nasional Hari Ini Majoriti Melayu

papar berkaitan - pada 14/8/2020 - jumlah : 370 hits
nbsp KUALA LUMPUR Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mungkin terlupa bahawa dalam kerajaan Perikatan Nasional hari ini majoriti anggota parlimennya adalah Melayu Islam ketika mengeluarkan kenyataan penting supaya kaum yang menguasai m...
Kewujudan Mn Tidak Memadai Untuk Lakukan Perubahan Tuan Guru Haji Hadi Awang

Kewujudan Mn Tidak Memadai Untuk Lakukan Perubahan Tuan Guru Haji Hadi Awang

papar berkaitan - pada 24/8/2020 - jumlah : 292 hits
Kewujudan Muafakat Nasional sahaja hasil habungan UMNO dan Pas tidak memadai untuk melakukan perubahan kata Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang Katanya ini kerana walaupun dua parti terbesar yang mewakili Melayu itu bergabung bersama M...
Pas Akan Pecat Ahli Langgar Nilai Moral Tuan Guru Haji Hadi Awang

Pas Akan Pecat Ahli Langgar Nilai Moral Tuan Guru Haji Hadi Awang

papar berkaitan - pada 2/9/2020 - jumlah : 297 hits
PAS mementingkan nilai moral yang tinggi dalam kalangan ahli dan pemimpin parti itu dan jika ada yang melanggarnya serta melakukan tindakan yang bercanggah dengan Islam maka mereka boleh dipecat kata Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang...
Seorang Guru Smp Di Garut Positif Corona Diduga Tertular Dari Luar Sekolah

Seorang Guru Smp Di Garut Positif Corona Diduga Tertular Dari Luar Sekolah

papar berkaitan - pada 21/8/2020 - jumlah : 259 hits
Seorang guru Sekolah Menengah Pertama Negeri di Kabupaten Garut terkonfirmasi positif Covid 19 Dengan adanya guru yang terkonfirmasi positif seluruh guru di sekolah tersebut akan di swab test
Seorang Anak Bunuh Ibu Kandungnya Di Kuningan Jawa Barat Penyebabnya

Seorang Anak Bunuh Ibu Kandungnya Di Kuningan Jawa Barat Penyebabnya

papar berkaitan - pada 22/8/2020 - jumlah : 259 hits
Peristiwa menghebohkan di Desa Kadatauan Kecamatan Garawangi pecah jelang waktu solat magrib Jum at OS warga Dusun Bojong RT 01 02 Desa Kadatuan Kecamatan Garawangi tega menghabisi nyawa ibu kandungnya yakni Jumirah Didi salah seorang warga...
Kerana Menyangka Dia Ingkar Perintah Kuarantin Seorang Lelaki 81 Tahun Dipukul Sebelum Dikejarkan Ke Hospital

Kerana Menyangka Dia Ingkar Perintah Kuarantin Seorang Lelaki 81 Tahun Dipukul Sebelum Dikejarkan Ke Hospital

papar berkaitan - pada 22/8/2020 - jumlah : 575 hits
KUALA LUMPUR Seorang lelaki berusia 81 tahun dipukul oleh beberapa orang pengunjung masjid apabila melihat dia masuk ke dalam masjid untuk menunaikan solat dengan memakai gelang berwarna merah jambu Kejadian tersebut berlaku pada 19 Ogos la...
Lavel Sebenar Seorang Yang Ada Gelaran Doktor

Lavel Sebenar Seorang Yang Ada Gelaran Doktor

papar berkaitan - pada 21/8/2020 - jumlah : 209 hits
PANTUN ATTAKIRIPapaku pulang dari TurkiPapaku belikan ku sariNama papaku AttakiriMaksudnya tak payah kuarantin diriPapaku pulang dari TurkiMamaku senyum kembang pipiRakyat tak kuarantin kena gariPapaku terlepas sebab dia menteri nampak tak ...
Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

Raih Gigi Putih Alami Dengan 7 Bahan Sederhana Ini

7 Tanda Kerusakan Otak Yang Kerap Dianggap Remeh

5 Rahasia Mata Sehat Yang Direkomendasikan Pakar Mata

Presiden Pas Kupas Isu Syria Balah Mazhab Gangguan Seksual Um

Do Our Infamous Bali Bombers Deserve A Second Chance At Life


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Bawak Khalaf Zikri Makan Di Kopiloco

Lauk Paling Sedap

Hiburan Aktif Kegiatan Mencuri Ayam Di Pasar Awam Sekitar Daerah Batang Padang Tiga Lelaki Akhirnya Ditangkap

Keutamaan Berdoa Dalam Islam

Isshhh Tak Kan La Hangpa Ni Takat Sekampit Beras Ja

Jalan Kaki Tapi Magic Sampai India Dah