Habislah Pmx Kali Ni Muda Tak Puas Hati Zahid Bebas



PETALING JAYA: Parti Ikatan Demokratik Malaysia Muda (Muda) mengancam keluar daripada Kerajaan Perpaduan jika tiada penjelasan terperinci daripada Jabatan Peguam Negara (AGC) berhubung keputusan mahkamah yang melepaskan tanpa membebaskan (DNAA) Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi daripada pertuduhan rasuah.
Presidennya, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, dalam mesyuarat parti yang diadakan semalam, Muda menganggap keputusan itu adalah salah satu ‘garis merah’ yang sudah dilanggar.
Dengan itu, katanya, sebelum keluar daripada kerajaan, Muda akan menggerakkan kempen protes di jalanan dan juga di media sosial jika beberapa tuntutannya tidak ditunaikan.
“Muda tidak teragak-agak untuk menilai kedudukan kami dalam Kerajaan Perpaduan. Sebab itu, Muda ambil langkah menggerakkan kempen protes di jalan raya dan media sosial.
“Kami mendesak tiga perkara dilakukan dan jika tidak ditunaikan, kami akan mengambil tindakan (keluar dari kerajaan),” katanya kepada pemberita dalam sidang media tergempar di sini hari ini.
Muda dalam kenyataan menuntut tiga perkara iaitu menggesa AGC menjelaskan di Parlimen mengenai keputusan melepaskan tanpa membebaskan Ahmad Zahid apabila mahkamah memutuskan terdapat prima facie; mengasingkan kuasa Peguam Negara dengan Pendakwa Raya dengan segera dan mengadakan kempen #DakwaZahid bagi menggesa Pendakwa Raya mendakwa beliau semula.
Sebelum itu, Timbalan Presiden Muda, Amira Aisya Abdul Aziz terlebih dahulu menyuarakan dalam sidang media sama yang mana partinya akan mengambil ‘keputusan keras’ berhubung kedudukan mereka dalam kerajaan jika tiada tindakan lanjut diambil.
“Muda minta semua Ahli Parlimen Kerajaan Perpaduan beri kenyataan mereka berkenaan isu ini. Ini penting kerana Kerajaan Perpaduan dibentuk atas dasar percaya akan bersungguh-sungguh melawan rasuah. Ini juga sebab mengapa Muda bentuk kerajaan hari ini.
“Saya juga menegaskan dalam mesyuarat lepas, Muda tidak akan teragak-agak mengambil keputusan keras tentang kedudukan Muda dalam Kerajaan Perpaduan jika tiada tindakan lanjut daripada kerajaan dan pimpinan tertinggi Malaysia,” katanya.
Amira Aisya mempersoal jika ada pendakwaan baharu akan dibuat oleh AGC sedangkan kes Ahmad Zahid sudah sampai di peringkat pembelaan.
“Jika ada, apakah garis masanya? Ini satu perkara yang AGC perlu jelaskan kepada rakyat? Hal ini kerana ini bukan kes kecil tetapi berprofil tinggi.
“Kedua, apakah tanggungjawab AGC untuk mengurus persepsi dan menambah keyakinan orang ramai apabila belum ada penjelasan berkenaan kes Ahmad Zahid? Jawapan ini perlu diberi segera kerana orang ramai sudah membuat persepsi sendiri.
“Ketiga, adakah keputusan Ahmad Zahid ini akan menjadi kes duluan (precedent) kepada mana-mana ahli politik akan dibawa ke mahkamah? Adakah selepas ini, jika kes lain masuk peringkat bela diri, AGC boleh mohon untuk melepaskan tanpa membebaskan (DNAA)?,” soalnya.
Selepas 77 hari dibicara, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam melepaskan tanpa membebaskan Ahmad Zahid daripada 47 pertuduhan rasuah, pecah amanah dan pengubahan wang haram dana Yayasan Akalbudi.
Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah (kini Hakim Mahkamah Rayuan) membenarkan permohonan AGC supaya prosiding perbicaraan diberhentikan bagi kesemua pertuduhan terhadap Ahmad Zahid.
Hakim Collin berkata, pendakwaan melalui Peguam Negara menjalankan kuasanya mengikut Perkara 145 (3) Perlembagaan Persekutuan dan Seksyen 254 Kanun Prosedur Jenayah (CPC) dan memohon DNAA.
Pihak pendakwaan memohon menghentikan prosiding yang sedang berada di peringkat bela diri dengan 15 saksi pembelaan termasuk Ahmad Zahid sudah memberi keterangan.
Mahkamah bagaimanapun menolak permohonan pasukan pembelaan supaya Ahmad Zahid dilepaskan dan dibebaskan daripada pertuduhan-pertuduhan yang dihadapinya.- UTUSAN


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.anaksungaiderhaka.com/2023/09/habislah-pmx-kali-ni-muda-tak-puas-hati.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kita Patut Simpati Dengan Zahid Hamidi Dia Pun Sama Tak Puas Hati

Kita Patut Simpati Dengan Zahid Hamidi Dia Pun Sama Tak Puas Hati

papar berkaitan - pada 7/9/2023 - jumlah : 246 hits
Setelah berhari hari isu DNAA yang diterima Ahmad Zahid Hamidi berkaitan salah guna dana Yayasan Akalbudi mencetuskan gelora dalam negara yang lebih mencemaskan lagi kerana masih tidak ternampak ada tanda ia akan reda begitu saja dalam wakt...
Muda Psm Desak Zahid Letak Jawatan Tpm

Muda Psm Desak Zahid Letak Jawatan Tpm

papar berkaitan - pada 12/9/2023 - jumlah : 476 hits
Faisal AsyrafPUTRAJAYA Muda dan Parti Sosialis Malaysia mahu Presiden Umno Zahid Hamidi melepaskan jawatan timbalan perdana menteri Mereka berkata beliau mesti berada di luar kerajaan agar boleh dituduh dan dibicarakan semula bagi kes berka...
Tak Puas Hati Dengan Kenyataan Isteri Individu Diminta Jumpa Caprice Amp Selesaikan Masalah

Tak Puas Hati Dengan Kenyataan Isteri Individu Diminta Jumpa Caprice Amp Selesaikan Masalah

papar berkaitan - pada 30/8/2023 - jumlah : 314 hits
Baru baru ini penyanyi rap dan pempengaruh media sosial Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli telah memuat naik sebuah video memaparkan keadaan kereta isterinya dikotorkan oleh seseorang Bahkan Caprice dalam satu hantaran menyifatkan tind...
Ahmad Zahid Akan Bebas

Ahmad Zahid Akan Bebas

papar berkaitan - pada 4/9/2023 - jumlah : 253 hits
KUALA LUMPUR Pihak pendakwaan mengemukakan permohonan di Mahkamah Tinggi di sini sebentar tadi agar perbicaraan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bagi 47 pertuduhan rasuah pecah amanah dan pengubahan wang haram dana Yayasan Akalbudi diberhen...
Muda Psm Want Dpm Zahid To Step Down Demand That Ag Charge Him Again Within Five Days

Muda Psm Want Dpm Zahid To Step Down Demand That Ag Charge Him Again Within Five Days

papar berkaitan - pada 11/9/2023 - jumlah : 350 hits
Two political parties today demanded that Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi step down as deputy prime minister until his Yayasan Akalbudi case is resolved and also threatened to hold a demonstration if the attorney general does not charge Zahid...
Pulak Dah Sebab Tu Lain Kali Kena Hati Hati Bila Nak Berpolitik

Pulak Dah Sebab Tu Lain Kali Kena Hati Hati Bila Nak Berpolitik

papar berkaitan - pada 26/8/2023 - jumlah : 222 hits
Mat MatTuu diaaa MakPak ic merahhh Duk sini buat fitnah hasut dan sebar kebencian Walaontolol PAS punn selamba pelahab abis segala fitnah anak pendatang asing
Awak Tiga Kali Lewat Bulan Ini Bulan Depan Saya Tukarkan Punch Kad Awak Warna Lain Kisah Guru Besar Tiada Hati Perut

Awak Tiga Kali Lewat Bulan Ini Bulan Depan Saya Tukarkan Punch Kad Awak Warna Lain Kisah Guru Besar Tiada Hati Perut

papar berkaitan - pada 30/8/2023 - jumlah : 347 hits
Masalah lambat datang kerja ni terjadi setiap daripada kita Bukan saja berlaku di sekeliling kita malah seluruh dunia Satu kajian dijalankan oleh Career Builder di Amerika Syarikat menunjukkan bahawa 16 pekerja akan datang lambat ke pejabat...
Tak Puas Hati Ph Menang Mak Cik Pas Dedah Keluarga Besan Di Johor Berjudi Tak Solat

Tak Puas Hati Ph Menang Mak Cik Pas Dedah Keluarga Besan Di Johor Berjudi Tak Solat

papar berkaitan - pada 11/9/2023 - jumlah : 457 hits
HarapanDaily comSeorang penyokong tegar Pas tular di media sosial apabila mendedahkan aib keluarga besannya di Johor gara gara kemenangan calon Pakatan Harapan pada Pilihan Raya Kecil Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri Simpang Jeram s...
Muda Planning Anti Zahid Protest With Cso Undecided On Pn S Rally

Muda Planning Anti Zahid Protest With Cso Undecided On Pn S Rally

papar berkaitan - pada 12/9/2023 - jumlah : 335 hits
Muda is planning a rally with civil society organisations soon to protest the withdrawal of corruption charges against Deputy Prime Minister Ahmad Zahid Hamidi Party secretary general Amir Hariri Abd Hadi Amir said Muda and PSM in submittin...
Meet Mona And Kyra Ai Insurance Assistants That Actually Get You

Influencer Sounds Alarm After Paedophile Fb Group Uses Her School Pics

Wan Fayhsal Defends Pas Over Hate Speech Claim Blames Dap Instead

Huawei Powers Ai Future With New Xinghe Network

Navigate The World Of Online Business

5 Ways To Grow Your Truck Repair Business Online

Express Bus Driver Nabbed After Testing Positive For Morphine Use

Tadabbur Al Quran Jalan Menuju Hati Yang Hidup


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Ngekost D Paragon Dan Djurkam Pilihan Utama Mahasiswa Cari Kost Nyaman Dekat Kampus

Resepi Roti Kering Bergula Yang Rangup

Coklat Pemberian Anis

Berkahwin Dengan Iblis Untuk Sembuhkan Anak

Dah Berapa Lama Tak Cuci Berus Mekap

Your Toasty Little Shortcut To A Low Carb Lifestyle