Habislaa Haji Hadi Kali Ni



MARANG: Seluruh ahli dan pe­mimpin UMNO Bahagian Marang perlu mengelakkan amalan ‘cah keting’ sekiranya mahu merampas semula Parlimen Marang pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), 19 November ini.
Bekas ahli Parlimen Marang, Datuk Seri Abdul Rahman Bakar yang dikenali sebagai giant killer percaya, Barisan Nasional (BN) mempunyai peluang memenangi Parlimen itu sekiranya semua pihak dalam parti saling menunjukkan semangat solidariti dan kesatuan tinggi.
Katanya, UMNO perlu mengambil kesempatan daripada pengaruh Pas di kawasan itu yang semakin merosot berikutan kegagalan kerajaan negeri yang diterajui Pas pada penggal ini.
Pada masa sama, katanya, kebanyakan pengundi di Parlimen tersebut kecewa dan serik meng­undi Pas kerana penyandang kerusi itu, Tan Sri Abdul Hadi Awang gagal menjalankan tugasnya apabila tidak mengambil perhatian terhadap kebajikan penduduk dan pembangunan.
“Antara punca kekalahan BN di Parlimen Marang dalam beberapa pilihan raya umum sebelum ini adalah amalan ‘cah keting’ dalam kalangan ahli dan pemimpin UMNO sendiri.
“Mereka sepatutnya memberi sokongan yang tidak berbe­lah bahagi kepada setiap calon yang dipilih bertanding di Parlimen Marang,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.
Berdasarkan rekod, Abdul Hadi yang juga bekas Menteri Besar Terengganu pernah tewas di Parlimen ketika berhadapan Abdul Rahman pada pilihan raya umum (PRU) 1986 dan 2004.
Dalam PRU14, Abdul Hadi memenangi kerusi Parlimen Marang dengan majoriti 21,954 undi selepas menewaskan calon Barisan Nasional (BN), Moha­mad Nor Endot yang memperoleh 31,795 undi, manakala calon PH daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR), Zawawi Sulong pula 5,138 undi.
Sehubungan itu, menurutnya, pengundi di kawasan ini perlu memberi sokongan kepada calon BN sekiranya mereka mahu melihat pelbagai perubahan yang akan dilaksanakan selepas PRU-15.
“Saya percaya kebanyakan pengundi di Parlimen tidak sabar keluar mengundi untuk memberi sokongan kepada BN,” ujarnya.
Sementara itu, Pas yakin parti itu akan memperolehi majoriti undi yang jauh lebih besar di kerusi Parlimen Marang jika Abdul Hadi kekal bertanding dalam PRU15.
Pengarah Pilihan Raya Negeri Pas Terengganu, Ariffin Deraman berkata, keperibadian Abdul Hadi sangat disenangi oleh pengundi di Parlimen Marang dan tidak sesekali goyah walaupun dicabar sesiapa pun pada PRU15 akan datang.
“Bagi kami pimpinan Pas sendiri sangat berbesar hati sekiranya beliau sanggup terus berkhidmat kepada rakyat di Marang kerana itu adalah pilihan terbaik.
“Ketokohan Abdul Hadi tidak perlu dipertikaikan lagi, terlalu banyak jasa dan sumbangannya untuk rakyat negara ini dan saya pasti pengundi Marang sendiri masih mahukan beliau sebagai Ahli Parlimen mereka kali ini,” katanya ketika dihubungi.
Penolong Setiausaha Badan Perhubungan Pas negeri, Hanafiah Mat pula berkata, Abdul Hadi adalah seorang pemimpin yang sangat berwibawa yang bukan hanya terkenal dalam kalangan rakyat Malaysia malah keilmuannya turut diiktiraf di peringkat dunia.
“Golongan ulama di Timur Tengah juga sangat mengagumi dan sentiasa menghormatinya sejak dulu lagi kerana telah memainkan peranan yang sangat besar dalam isu-isu Islam di peringkat antarabangsa.
“Pengalamannya sebagai Naib Ketua Kesatuan Ulama Islam Sedunia pada tahun 2014 telah mengharumkan lagi nama Malaysia dan Terengganu serta Marang khususnya.
“Tidak perlu takwil lagi Pas masih mahu Abdul Hadi meneruskan khidmatnya dan bertanding di Parlimen Marang pada PRU15 tidak lama lagi,” katanya.
Abdul Hadi yang telah menjadi Presiden Pas sejak 19 tahun lalu mula bertapak di situ sejak tahun 1978 iaitu pada ketika Marang masih merupakan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) sebelum dinaik taraf sebagai Parlimen pada 1986. – UTUSAN

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.anaksungaiderhaka.com/2022/10/habislaa-haji-hadi-kali-ni.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ustaz Azhar Akan Lawan Haji Hadi Di Marang

Ustaz Azhar Akan Lawan Haji Hadi Di Marang

papar berkaitan - pada 21/10/2022 - jumlah : 170 hits
BORHAN AHMADBekas calon AMANAH dalam Pilihan Raya Kecil Sungai Besar 2016 lalu ustaz Azhar Abdul Shukur bakal dipertaruhkan Pakatan Harapan untuk melawan Presiden Pas Tan Sri Abdul Hadi Awang di Parlimen Marang Menurut sumber pemilihan Azha...
Boleh Ke Tok Guru Abdul Hadi Awang Tumbang Kali Ini

Boleh Ke Tok Guru Abdul Hadi Awang Tumbang Kali Ini

papar berkaitan - pada 24/10/2022 - jumlah : 220 hits
Boleh ke Tok Guru Abdul Hadi Awang tumbang kali ini Hadi Awang telah kalah kerusi parlimen Marang pada tahun 1986 dan 2004 dan pada tahun 1990 dan 1995 menang dengan undi yang tipis
Anggota Dprd Dki Temukan Rumah Warga Hampir Roboh Tergerus Luapan Air Kali

Anggota Dprd Dki Temukan Rumah Warga Hampir Roboh Tergerus Luapan Air Kali

papar berkaitan - pada 29/10/2022 - jumlah : 162 hits
Kent berharap dengan temuannya di wilayah Haji Briti Kembangan Selatan ini bisa dijadikan program kerja prioritas Pj Gubernur DKI Jakarta Heru Budi Hartono
Lirik Kong Kali Kong Floor 88 X Namie

Lirik Kong Kali Kong Floor 88 X Namie

papar berkaitan - pada 29/10/2022 - jumlah : 281 hits
hari hari aku masuk kerjapagi pagi butasampai tak sempat sarapankerana aku duduk di bandarkereta makin banyakpaling ku pusing kepalakalau lambat takut gaji kena potongbalik lambat takde pula aku untunghari hari aku mengadap benda samaouh ke...
Floor 88 X Namie Kong Kali Kong

Floor 88 X Namie Kong Kali Kong

papar berkaitan - pada 31/10/2022 - jumlah : 346 hits
Floor 88 x Namie Kong Kali Kong Hari hari aku masuk kerja Pagi pagi buta Sampai tak sempat sarapan Kerana aku duduk di bandar Kereta makin banyak Paling ku pusing kepala Kalau lambat takut gaji kena potong Balik lambat takde pula aku untung...
Kali Pertama Tengok Race Day Motogp 2022 Malaysian Motogp

Kali Pertama Tengok Race Day Motogp 2022 Malaysian Motogp

papar berkaitan - pada 31/10/2022 - jumlah : 196 hits
Ini kali pertama tengok Race Day MotoGP Sebelum ni dapat tengok Qualifying Round je sebab ihsan tiket member Masa Race Day ni tak banyak sangat footage dirakam So amik je la footage ride and mana mana yang ada
Kekerasan Seksual Berbasis Elektronik Naik Drastis Capai 108 Kali Lipat

Kekerasan Seksual Berbasis Elektronik Naik Drastis Capai 108 Kali Lipat

papar berkaitan - pada 28/10/2022 - jumlah : 160 hits
Peningkatan terus terjadi di sepanjang periode 2017 2021 Komnas Perempuan mendesak kepastian adanya peraturan yang berkaitan dengan kondisi tersebut
Ai Tools For Monitoring Terrorist Threats

Mortgage Your House Understanding The Meaning And Implications

Terima Kasih Pak Lah Perdana Menteri Malaysia Ke 5 Bapa Pembangunan Modal Insan Negara

Iconic Photo Of Pak Lah Mother Worth A Million Votes

User Acquisition And Retention

Maruah Negara Diperleceh Isu Bendera Malaysia Maszlee Gesa Tindakan Tegas

Kitchen Design Creating A Functional And Beautiful Space

Navigating The Legal Landscape Lawyers In Washington D C


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Ww Koleksi Pokok Bunga Orkid

Indahnya Syawal Pantun Hari Raya Menyemarakkan Suasana Aidilfitri

Dividen Bank Rakyat 2024 17

Salam Aidil Fitri Buat Pembaca Blog Cik Matahariku

Level Up Your Style The Coolest Geek Nerd Shirts At Geeksoutfit

Parcel Akak Suria Amanda Pak Zain