Habis Rim Kereta Saya Pun Bengkok Sultan Johor Titah Baik Pulih Lebuhraya Pasir Gudang Jalan Johor Bahru Ke Mersing


'Habis rim kereta saya pun bengkok' - Sultan Johor titah baik pulih Lebuhraya Pasir Gudang & Jalan Johor Bahru ke Mersing


Foto Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar berharap kerajaan Persekutuan akan menyalurkan peruntukan khas kepada negeri ini bagi membaiki infrastruktur awam yang rosak dan harta benda yang musnah, akibat banjir.

Baginda bertitah, hingga hari ini masih terdapat banyak kawasan yang belum pulih sepenuhnya, terutama di Batu Pahat, sejak negeri itu dilanda banjir pada 28 Feb lepas.


"Selepas bencana ini berakhir, saya harap kerajaan pusat beri peruntukan khas untuk baiki pulih infrastruktur awam yang telah rosak dan harta benda yang musnah.


"Saya juga seru kepada orang ramai untuk hulurkan bantuan dan sumbangan kepada mangsa banjir supaya mereka dapat baiki rumah yang sudah rosak dan gantikan perabot dan alatan rumah yang telah musnah," titah baginda ketika merasmikan pembukaan Mesyuarat Pertama Bagi Penggal Persidangan Kedua Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor ke-15, di Bangunan Sultan Ismail, di Iskandar Puteri, hari ini.


Sultan Ibrahim bertitah masalah banjir adalah kesan daripada perubahan iklim dunia, justeru, bangsa Johor digesa supaya membudayakan amalan mesra alam dan mengurangkan pencemaran alam sekitar.


Baginda turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, kerajaan Persekutuan dan semua pihak atas bantuan serta sumbangan yang dihulurkan kepada rakyat negeri ini ketika berada dalam keadaan sukar.


"Terima kasih kepada Perdana Menteri yang beri peruntukan kewangan segera bagi meringan beban mangsa banjir dan meluluskan projek tebatan banjir di Kota Tinggi, Batu Pahat dan Segamat untuk dilaksana segera. 


"Suka saya mengatakan ucapan penghargaan kepada semua petugas yang bekerja bertungkus lumus, siang dan malam untuk bantu dan menyelamatkan mangsa banjir," titah Sultan Johor.


Di samping menzahirkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang menghulurkan sumbangan kewangan, bekalan makanan dan alatan pembersihan, baginda bertitah bantuan tenaga sukarela daripada seluruh pelosok tanah air juga sangat penting.


"Saya sangat bangga dengan semangat kerjasama dan bantu-membantu tanpa mengira kaum dan agama, ini budaya kita yang mesti dipertahankan," titah baginda.


Baginda dalam pada itu turut berharap agar peruntukan dapat disalurkan kepada negeri Johor untuk pembaikan jalan yang rosak dan berlubang di Lebuhraya Pasir Gudang dan jalan dari Johor Bahru ke Mersing yang membahayakan pengguna jalan raya.


"Saya berharap agar bajet pembaikan Jalan Persekutuan akan disalurkan untuk membaiki Lebuhraya Pasir Gudang dan Jalan Johor Bahru ke Mersing yang berlubang dan membahayakan pengguna jalan raya. Habis rim kereta saya pun bengkok.


"Saya juga ingin mengambil kesempatan untuk merakamkan terima kasih kepada Perdana Menteri yang telah mendengar permintaan Johor dengan memberikan peruntukan dalam Belanjawan 2023 untuk menaik taraf Lebuhraya Utara Selatan dari Yong Peng ke Senai kepada enam lorong,” titah Sultan Johor.


Sumber: Bernama


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://ceberita.blogspot.com/2023/03/habis-rim-kereta-saya-pun-bengkok.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Johor Sultan S Post On Dented Rims Grabs Attention Of State Govt

Johor Sultan S Post On Dented Rims Grabs Attention Of State Govt

papar berkaitan - pada 20/3/2023 - jumlah : 218 hits
The high volume of overloaded heavy vehicles has been identified as one of the main factors causing the damage to the Pasir Gudang Highway PETALING JAYA The Johor sultan s complaint about the poor condition of the Pasir Gudang Highway has g...
Don T Disrupt Johor S Unity Sultan Warns

Don T Disrupt Johor S Unity Sultan Warns

papar berkaitan - pada 23/3/2023 - jumlah : 153 hits
Sultan Ibrahim Sultan Iskandar called on the people of Johor to reject extremism PETALING JAYA Johor ruler Sultan Ibrahim Sultan Iskandar has issued a warning against those attempting to disrupt the unity in the state For years I have alway...
Johor Sultan Says Working Well With Anwar Compared To Past Pms Wants Putrajaya To Get Get Rid Of Corruption Cancer

Johor Sultan Says Working Well With Anwar Compared To Past Pms Wants Putrajaya To Get Get Rid Of Corruption Cancer

papar berkaitan - pada 23/3/2023 - jumlah : 336 hits
Johor Ruler Sultan Ibrahim Iskandar said he has been able to work well with Datuk Seri Anwar Ibrahim as prime minister compared to any past heads of the Malaysian government He told The Star in an interview published today that he was able ...
Ajk Masjid Surau Akan Dipecat Serta Merta Jika Benarkan Penceramah Tak Bertauliah Beri Ceramah Agama Sultan Johor

Ajk Masjid Surau Akan Dipecat Serta Merta Jika Benarkan Penceramah Tak Bertauliah Beri Ceramah Agama Sultan Johor

papar berkaitan - pada 17/3/2023 - jumlah : 174 hits
Semua Ahli Jawatan Kuasa masjid dan surau berdepan dengan tindakan pemecatan sekiranya membenarkan penceramah tanpa tauliah memberi kuliah atau syarahan agama di Johor Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar bertitah mana mana pencerama...
Kami Dah Lama Patuh Titah Sultan Selangor Kata Pas

Kami Dah Lama Patuh Titah Sultan Selangor Kata Pas

papar berkaitan - pada 14/3/2023 - jumlah : 171 hits
Roslan Shahir Mohd Shahir berkata titah Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah mengenai larangan menggunakan surau atau masjid sebagai pentas ceramah dianggap sebagai satu peringatan PETALING JAYA PAS Selangor tidak mempunyai sebaran...
Sprm Reman 4 Pegawai Ismail Sabri Kes Keluarga Malaysia

Punca Nahas Maut Isteri Tentera Menurut Polis

Macc Arrests Ismail Sabri S Officers

Lirik Lagu Biar Syafiq Reez Ft Zulhadi

A Guide To Caring For The Borneo Redline Halfbeak Practical Fishkeeping

Kuih Cucur Topi Kelantan Bukan Cucur Jawa Ya

Tindakan Cpr Ketika Terjadi Kecemasan Jantung Terhenti

Van Kelvin Feat Iera Milpan Dalam Sampiku Chord


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Makan Tengah Hari Di Sds Taman Universiti

China Strolling Around Green Lake Park

Go Small And Deregulate To Spur Economic Growth

Zakir Naik Speaks English At Perlis Sunnah Convention

As Ismail Sabri S Name Re Surfaces As 2nd Term Pm The Macc Swoops In All Too Convenient

Selamat Datang 2025