Habis Licin Duit Simpanan Haji Abah Dicuri Aeon Credit



Kisah hari ini, balik kampung jumpa parents. Abah mengeluh bila akaun BSN miliknya, hasil menjadi guru kafa bertahun-tahun tiba-tiba saja kosong. Padahal, dia tidak pernah mengeluarkan duit dari akaun tersebut. Kerana itulah simpanannya untuk pergi haji dan umrah.

Bila ditanya pada BSN, rupa-rupanya dipotong oleh Aeon Credit secara auto debit.

Kisahnya bermula bila abah membeli motosikal skuter untuk kegunaan mak pada tahun 2013.

Harga motosikal: RM5,760
Deposit: RM1,150
Pembiayaan Aeon: RM4,610
Ansuran bulanan: RM167 selama 36 bulan (3 tahun).
Jumlah keuntungan Aeon: RM1,402
Jumlah keseluruhan bayar pada Aeon: RM6,012

Abah dimaklumkan bahawa dia perlu membayar di wakil kutipan Aeon di Sen Heng, bandar Tanah Merah. Abah diingatkan untuk membayar sebelum 2 haribulan setiap bulan. Jika tiada bayaran diterima sehingga 2 haribulan, Aeon Credit akan terus memotong secara debit dari akaunnya.

Oleh kerana bayaran gaji guru kafa ialah di antara 15-22 haribulan, maka abah tidak pernah lewat membayar walaupun sehingga 30 haribulan.

Kini menjelang April 2016, tiba-tiba abah menerima panggilan telefon dari Aeon yang mengatakan dia perlu membuat pembayaran tertentu kerana pihak Aeon tidak dapat membuat pemotongan dari akaunnya. Abah yang kebingungan hanya menuruti arahan dan membuat pembayaran di Sen Heng.

Sampai satu masa, abah menerima sms mengatakan motosikal akan ditarik kerana pihak Aeon tidak dapat membuat pemotongan dari akaunnya. Padahal abah tidak pernah gagal membuat pembayaran setiap bulan. Abah yang kebingungan pergi ke BSN dan barulah dia sedar bahawa semua simpanannya telah habis, kosong. Pihak bank memaklumkan bahawa simpanannya dipotong secara autodebit setiap bulan oleh Aeon.

Maknanya, Aeon Credit telah mengambil pembayaran dari abah melalui Sen Heng dan pada masa yang sama mencuri dari akaunnya setiap bulan

Pembayaran di Sen Heng selama 3 tahun
RM167 x 12 bulan x 3 tahun = RM6,012

Jumlah yang dicuri dari akaun selama 3 tahun
RM168 x 12 bulan x 3 tahun = RM6,048

Jumlah bayaran kepada Aeon termasuk yang dicuri adalah RM12,060!

Hari ini saya membawa abah dan mak ke Manal Motor dan Sen Heng Tanah Merah untuk mendapatkan penjelasan.

Kedua-dua wakil Aeon ini mengakui bahawa memang pernah berlaku kes seperti ini dan seolah-olah ini adalah perkara biasa bagi mereka.

"Jika orang kampung kurang pendidikan dan tidak sedar akan perkara ini, maka duitnya hangus begitu sahaja?" tanya saya kepada mereka

Dan jawapan mereka?

"YA!"

Jadi berhati-hatilah dengan Aeon Credit ini. Kalau ada mak ayah di kampung atau adik beradik uyang membuat pinjaman, rajin-rajinkanlah bertanya khabar. Mereka ini akan mengambil kesempatan mengaut keuntungan dari orang-orang kampung yang kurang faham dengan sistem jahat mereka ini.

Kami menuntut wang kembali adalah satu hal tetapi bagaimana dengan orang-orang lain yang tidak menyedari mereka telah ditipu?

Tolong share ramai-ramai agar tiada lagi yang menjadi mangsa penipuan Aeon Credit ini.

Sumber: Ahmad Junaidi Abdul Aziz



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://rangerkacak.blogspot.com/2017/12/habis-licin-duit-simpanan-haji-abah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Abah Vs Ainan Tasneem

Abah Vs Ainan Tasneem

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 190 hits
Hoho ape ke halnya aku tibe tibe nak mention Ainan Tasneem ni dan apa lak kaitan abah aku dengan si Ainan ni ha kecelaruan utk buat mukadimah hahaOkey sape yang xkenal Ainan Tasneem ni meh sini aku nak peluku kepala sorang sorang haha ni ha...
Hiburan Netizen Dakwa Habis Duit Buktikan Diri Lelaki Sejati Label Anak Oku Dr Say Terkilan

Hiburan Netizen Dakwa Habis Duit Buktikan Diri Lelaki Sejati Label Anak Oku Dr Say Terkilan

papar berkaitan - pada 1/11/2021 - jumlah : 257 hits
Doktor selebriti popular Dr Say Shazril terkilan dengan kata kata pengguna media sosial yang meninggalkan komen melampaui batas mendakwa dirinya menghabiskan duit demi membuktikan bahawa dia lelaki sejati ARTIKEL BERKAITAN AdvertisementApa ...
Newbie Vlogger Youtuber Apoooooooooooooo Buat Duit Dengan Youtube Pula Jom

Newbie Vlogger Youtuber Apoooooooooooooo Buat Duit Dengan Youtube Pula Jom

papar berkaitan - pada 2/11/2021 - jumlah : 192 hits
Buat Duit Dengan HobiHeyyyy hallo Hai korang haha Tiup sikittt sawanggggg ok done lettts borakkkk As like what u seen nowwwww im a vlogger now HAHAHA Blogger Vlogger APOOO Blogger ada blog menulis menaip Vlogger Video blogger buat video edi...
Bank Enggan Terima Duit Rosak Lakukan Ini Segera

Bank Enggan Terima Duit Rosak Lakukan Ini Segera

papar berkaitan - pada 2/11/2021 - jumlah : 381 hits
Bank enggan terima duit rosak lakukan ini segera BARU BARU ini seorang netizen telah mengadu kepada Bank Negara Malaysia bahawa pihak bank tidak mahu menerima pertukaran duit rosak Netizen yang dikenali sebagai CH Zeeta telah komen dan tag ...
Takkan Tak Mampu Selepas Dah Sebat Duit Kerajaan Tmj Persoal Keadaan Padang Negara

Takkan Tak Mampu Selepas Dah Sebat Duit Kerajaan Tmj Persoal Keadaan Padang Negara

papar berkaitan - pada 2/11/2021 - jumlah : 314 hits
Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim baru baru ini bersuara tentang keadaan padang padang bola sepak negara yang tidak terjaga dan diselenggara dengan baik di media sosial baginda
Hiburan Bukan Sebab Duit Ibu Kes Tertukar Bayi Teruskan Saman Terhadap Sebuah Hospital Swasta

Hiburan Bukan Sebab Duit Ibu Kes Tertukar Bayi Teruskan Saman Terhadap Sebuah Hospital Swasta

papar berkaitan - pada 1/11/2021 - jumlah : 204 hits
Sekitar bulan Jun lalu tular di media sosial mengenai insiden tertukar bayi di antara Siti Suriani dan Diana Hanani yang sekaligus menjadi tumpuan rakyat Malaysia ARTIKEL BERKAITAN AdvertisementTerbaru kedua ibu tersebut dilaporkan akan ter...
Hiburan Bersyukur Cik B Tak Restui Aksi Iqbal Pijak Duit Mengundang Kemarahan Netizen

Hiburan Bersyukur Cik B Tak Restui Aksi Iqbal Pijak Duit Mengundang Kemarahan Netizen

papar berkaitan - pada 4/11/2021 - jumlah : 444 hits
Selepas single pertamanya berjudul Hujan menerima kecaman hebat daripada netizen sekali lagi usahawan sensasi Iqbal Zulkefli mendapat perhatian ramai apabila beliau dilihat memijak puluhan ringgit kertas bernilai RM50 baru baru ini ARTIKEL ...
Lirik Lagu Biar Syafiq Reez Ft Zulhadi

Van Kelvin Feat Iera Milpan Dalam Sampiku Chord

Perak Cops Raid Job Scam Call Centre In Pangkor 15 Arrested

Hantar Kucing Kampung Buat Grooming

Misi 2025 Tingkatkan Kemahiran Untuk Pencapaian Peribadi

6 Fakta Mengejutkan Pada Zaman Pertengahan

Kepada Azalea Yang Dihormati Surat Terbuka Untukmu Hentikan Serangan Terhadap Fra

Wet World Pedas Adventure Park Harga Tiket Waktu Operasi Dan Lokasi


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


The 11 Best Pet Fish To Start Your Freshwater Aquarium Purewow

Verandas Outdoor Living Creating A Relaxing Space In Your Garden

Penyanyi Sambilan Dibunuh Disyaki Kerana Cemburu

Bekas Kp Sprm Sekolahkan Azam Suntingan Video Rasuah Sabah Adalah Bukti

Lebih Rm100 Juta Disita Sprm Daripada Rumah Bekas Pegawai Kanan Ismail Sabri

18 Malaysian News Tiktok Accounts Mysteriously Vanish Here S What We Ve Learned