H U S H Lebih Tajam Daripada Mata Pedang
Drama ini mengisahkan empat intan (baca: intern) yang menjalani latihan di sebuah syarikat media prima, Daily Korea. Daripada empat intan tersebut, paling menonjol adalah Sooyeon – paling tua, berbakat dan mempunyai banyak pengalaman bekerja part-time. Cuma isunya, beliau lulusan universiti kelas ketiga dari luar bandar.
Bayangkan kalau semua intan diterima jadi pekerja sepenuh masa dan salah seorang kelulusan lekeh, pasti akan ada bunyi-bunyi makcik bawang keluar di Siakap Keli, “Tak ada kualiti sangat ke intan sekarang sampai budak lulusan bodoh pun boleh masuk? Syarikat mana tu?”
Jadi Ketua Editor mengarahkan mentor mereka Han Ju-hyuk untuk buat Sooyeon berhenti sukarela. Perbincangan mereka berdua kantoi kerana Sooyeon and the gang cuma berada di meja sebelah pada ketika itu. Kerja bukan main, usaha sungguh-sungguh, tapi dengar Ketua Editor cakap terus terang tempat beliau bukan di Daily Korea, remuk redam hati Sooyeon.
Situasi jadi bertambah parah apabila Sooyeon terjun dari bangunan Daily Korea kemudiannya. Padahal baru sahaja sengih-sengih makan kimbap, sembang dengan Jisoo (Yoona). Begitulah depresi tak boleh diukur dengan muka senyum, tuan puan.
Di sebalik kematian Sooyeon sebenarnya terdapat seribu satu cerita; konspirasi, politik, tipu helah, tangis air mata, dan suka duka. Drama ini genre slice of life, bukan aksi thriller. Memang takkan ada adegan lari kejar penjahat dan samseng pukul orang.
Ini rasanya kali kedua Yoona jadi wartawan. Sebelum ni pernah nampak dalam Prime Minister and I, jadi wartawan hiburan cari gosip murahan pasal perdana menteri Korea, Lee Bum-soo. Tapi kali ini Yoona jadi avatar penonton, melihat isu dari pelbagai sisi, tambah lagi tulisan-tulisan beliau sebenarnya menyentuh hati menjentik akal pembaca termasuklah kita sendiri.
Ada beberapa simbolik sebenarnya di sebalik tajuk HUSH.
Pertama, konsep drama yang berkisar bagaimana pemain-pemain media dan politik memilih untuk menyembunyikan kebenaran dalam mengetengahkan agenda mereka. Apa yang kita lihat pada luaran bukan segalanya. Ada cerita besar yang tersimpan.
Kedua, perkataan HUSH digunakan sewaktu Han Ju-hyuk decide untuk rebel dalam senyap terhadap Daily Korea setelah berkali-kali cerita-cerita yang mereka keluarkan dimanipulasi untuk kepentingan pihak tertentu.
언론 신뢰 회복을 위한 저널리즘 성상 회고록
eonlon sinloe Hoebog-eul Uihan jeoneollijeum Seongsang Hoegolog
“Memoir Kewartawanan untuk Mengembalikan Keyakinan Terhadap Media”
Dalam era teknologi maklumat memang berlaku lambakan maklumat tanpa tapisan. Jadi siapa yang perlu dipercayai? Media gergasi yang sememangnya diketahui mempunyai kepentingan, atau media bebas perseorangan yang diragui kesahihan?
Gerakan HUSH adalah gerakan untuk jadi semula media yang dipercayai pembaca.
Kali ketiga perkataan HUSH muncul adalah penghujung episod 12.
“Helpless Unfortunate Sooyeon’s Hanguk (Korea)”
Ini adalah luahan terhadap situasi Korea yang dicemari isu-isu seperti rasuah, pengangguran, fake news, fitnah. Ringkasnya Hell Joseon. Sebenarnya kita pun boleh relate, mungkin ia luahan terhadap situasi seluruh dunia.
HUMM Helpless Unfortunate Malaysian’s Malaysia?
Pacing drama ini agak perlahan, jadi kalau tontonan tersekat-sekat berhenti separuh jalan, mungkin drama ini bukan untuk anda. Bagi saya, masih lekat dengan komentari-komentari isu semasa. Ada 4 lagi episod.
Penulis-penulis media sosial atau di mana sahaja, drama ini untuk anda. Cerita-cerita yang ditulis boleh jadi menyelamatkan, atau tolak manusia jatuh dari tebing tekanan.
Masih kagum bagaimana Jisoo tulis satu cerita fakta, tapi boleh jadi mainan emosi pada yang membacanya. Hikmah pada kejujuran, mungkin.
Diketahui mata pena lebih tajam daripada mata pedang. Tapi sebenarnya Bap (nasi) lebih berkuasa daripada sebatang pen. Terpulang pada kita nak makan Bap halalan toyyiban atau sanggup tulis apa sahaja demi kehidupan.
Telah disiarkan dalam Facebook Group GengKDrama
The post H.U.S.H: Lebih Tajam Daripada Mata Pedang first appeared on AkuDarahAnakMalaysia.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://blog.akudarahanakmalaysia.net/2021/01/h-u-s-h-lebih-tajam-daripada-mata-pedang/?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+akudarahanakmalaysia+%28AkuDarahAnakMalaysia+Dot+Net%2