Gurupanda Berjaya Memperoleh Dana Berjumlah Rm500k Untuk Projek Pengembangan E Pembelajaran



Kuala Lumpur, 11 Januari 2022 - Platform atas talian yang dikenali sebagai GuruPanda Sdn Bhd berjaya memperoleh pelaburan berjumlah RM500,000 hasil daripada kutipan dana khalayak bersama pitchIN buat kali pertama pada 15 November 2021.

Wang terkumpul dijadualkan untuk membiayai rancangan syarikat untuk menghasilkan aplikasi serba baharu, tampilan visual yang terkini serta ciri-ciri menarik untuk menggalakkan penyertaan dari pelanggan sedia ada serta menghasilkan pasaran yang lebih meluas.

“Kami juga berharap untuk menggabungkan AI dan Big Data ke dalam platform kami. Ini merupakan masa depan bagi e-Pembelajaran dan kami ingin memastikan bahawa kami mampu untuk kekal berdaya saing dan kekal menjadi tumpuan dalam industri yang membangun. Kami menawarkan aplikasi e-Pembelajaran yang terkini,” ujar pengasas GuruPanda, Kingsley Ting.

Dilancarkan pada Januari 2021, GuruPanda merupakan platform e-Pembelajaran untuk kanak-kanak berusia 4-15 tahun dengan pelbagai pilihan berdasarkan sukatan pelajaran Malaysia

Pengasas GuruPanda, Kingsley Ting
Platform pembelajaran kini terbahagi kepada dua kandungan iaitu Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu untuk kanak-kanak berusia 4-7 tahun. Terdapat kandungan Mandarin juga untuk kanak-kanak berusia 10-15 tahun berdasarkan sukatan pelajaran SJKC bagi subjek Sains, Matematik, Sejarah dan Bahasa Mandarin. Program untuk kanak-kanak berusia 8-9 tahun juga bakal dilancarkan. GuruPanda juga menawarkan pendidikan muzik untuk kanak-kanak peringkat rendah di platform mereka.

“Inisiatif pertama untuk melangkah ke hadapan ialah pelancaran aplikasi baharu yang membolehkan pelanggan untuk mengakses program pembelajaran di mana sahaja. Aplikasi ini tersedia untuk ketiga-tiga sistem pengendalian iaitu IOS, Android dan Harmony,” ujar Ting.

Dengan pelancaran aplikasi ini, dijangkakan pada suku pertama tahun hadapan, GuruPanda ingin menggandakan jumlah pelanggan sebanyak tiga kali ganda, terutamanya dengan memasuki pasaran Melayu dan mengembangkan akses e-Pembelajaran yang berkualiti serta berpatutan untuk para pelajar. Dengan kadar langganan sebanyak RM130 hingga RM220 setahun, GuruPanda merupakan platform pembelajaran berasaskan animasi dan kartun yang paling berpatutan di Malaysia.

“Program kami sangat interaktif secara digital dan menawarkan kandungan lengkap serta berkualit tinggi yang sesuai untuk tahap pembelajaran kanak-kanak,” tambah Ting


Selaras dengan objektif untuk menghasilkan pembelajaran yang lebih menyeronokkan, menarik, mudah diakses dan berpatutan untuk semua, tampilan visual baharu akan meningkatkan gamifikasi dan elemen animasi program tersebut.

“Buat masa kini, pelajar menjawab ujian dan kuiz serta bermain permainan dalam talian bagi proses pembelajaran dan mengumpul lencana sebagai ganjaran. Tampilan visual yang direka akan lebih interaktif dan membolehkan pelajar untuk menukarkan lencana yang terkumpul dengan hadiah fizikal seperti komputer riba dan telefon mudah alih serta avatar dan kartun dalam program tersebut.

GuruPanda hanya boleh didapati di pasaran Malaysia buat masa kini dengan bilangan pelanggan mencecah 6000. Syarikat ini juga bakal menembusi pasaran serantau dengan melancarkan program Bahasa Mandarin, yang bakal diajar di Thailand, pada tahun hadapan. Rancangan pengembangan untuk menembusi pasaran Indonesia dan Vietnam juga bakal dijalankan

“Tujuan kami adalah untuk membangunkan aplikasi GuruPanda yang dikenali di Malaysia dan serantau Asia; sinonim sebagai aplikasi menarik, mudah diakses dan menawarkan pembelajaran efektif”, ujar Ting


Bagi mencapai tujuan, syarikat ini meramalkan lebih banyak pelaburan melalui dana khalayak serta mencari rakan kongsi dan pelabur yang mempunyai tujuan yang sama untuk mengembangkan lagi kemudahan e-Pembelajaran. Untuk keterangan lanjut, sila layari laman sesawang www.gurupanda.com.my


Mengenai GuruPanda

Sebuah syarikat perintis EdTech, GuruPanda menawarkan program e-Pembelajaran untuk kanak-kanak berdasarkan sukatan pelajaran terkini. Kandungan bagi subjek-subjek yang ditawarkan telah direka dan dihasilkan oleh guru-guru yang mempunyai pengalaman mengajar selama 30 tahun dan ianya merangkumi subjek Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu, Mandarin, S.T.E.A.M., Matematik, Pendidikan Islam, Sains Eksperimen, Pendidikan Muzik dan Slot Bercerita. Ia merupakan satu-satunya platform e-Pembelajaran yang menggunakan animasi kartun di Malaysia dengan harga berpatutan serta penggunaan tampilan visual yang meluas serta menarik dan membolehkan sesi pembelajaran menjadi lebih menyeronokkan.






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.zazaiman.com/2022/01/gurupanda-berjaya-memperoleh-dana.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kembangkan Kasus Suap Hibah Bnpb Di Pemkab Koltim Kpk Usut Dana Pen Daerah 2021

Kembangkan Kasus Suap Hibah Bnpb Di Pemkab Koltim Kpk Usut Dana Pen Daerah 2021

papar berkaitan - pada 29/12/2021 - jumlah : 197 hits
Ali mengatakan seiring berjalannya pengusutan perkara yang menjerat Bupati Kolaka Timur Andi Merya Nur dan Kepala Badan Nasional Penanggulangan Bencana Daerah Koltim Anzarullah ini tim lembaga antirasuah menemukan dugaan pidana lain
Kpk Geledah Beberapa Lokasi Terkait Kasus Pinjaman Dana Pen Daerah

Kpk Geledah Beberapa Lokasi Terkait Kasus Pinjaman Dana Pen Daerah

papar berkaitan - pada 29/12/2021 - jumlah : 200 hits
Kasus ini merupakan pengembangan dari operasi tangkap tangan terhadap Bupati nonaktif Kolaka Timur Andi Merya Nur dan Kepala BPBD Kolaka Timur Anzarullah dalam kasus dugaan suap pengadaan barang dan jasa di Kabupaten Kolaka Timur Sulawesi T...
Denzel Washington Sahkan Projek Seterusnya Adalah The Equalizer 3

Denzel Washington Sahkan Projek Seterusnya Adalah The Equalizer 3

papar berkaitan - pada 19/1/2022 - jumlah : 242 hits
Sudah tiga tahun sejak tayangan The Equalizer 2 dan nampaknya Denzel Washington akan kembali meneruskan peranannya sebagai Robert McCall dalam projek sekuel yang akan datang Ketika ditanya wartawan Collider mengenai projek seterusnya selepa...
Projek Tambak Laut Di Langkawi Ancam Alam Sekitar

Projek Tambak Laut Di Langkawi Ancam Alam Sekitar

papar berkaitan - pada 17/1/2022 - jumlah : 170 hits
Oleh NUR AMALINA AZMAN PENGERUSI Persatuan Nelayan Pangkalan Sungai Menghulu Abdullah Man menunjukkan kawasan laut yang didakwa akan dilaksanakan projek penambakan laut di Sungai Menghulu Langkawi Kedah LANGKAWI Persatuan Pengguna Pulau Pin...
Cara Menukar Koin Tiktok Menjadi Saldo Di Aplikasi Dana

Cara Menukar Koin Tiktok Menjadi Saldo Di Aplikasi Dana

papar berkaitan - pada 30/12/2021 - jumlah : 230 hits
Bukan rahasia lagi bahwa aplikasi TikTok dapat menjadi sumber penghasilan bagi para konten kreator Mengudara di tahun 2016 TikTok sukses menjadi perbincangan banyak pihak dan termasuk dalam jajaran media sosial populer di dunia Aplikasi ini...
5 Asn Nagan Raya Tolak Vaksinasi Pemberian Dana Kesejahteraan Ditunda

5 Asn Nagan Raya Tolak Vaksinasi Pemberian Dana Kesejahteraan Ditunda

papar berkaitan - pada 2/1/2022 - jumlah : 144 hits
Lima aparatur sipil negara di Kantor Bupati Nagan Raya Aceh mendapatkan sanksi berupa penundaan pembayaran tunjangan kinerja atau dana kesejahteraan karena mereka menolak penyuntikan vaksin Covid 19
Baik Mansuhkan Jawatan Duta Khas Salur Dana Latihan Atlet Negara

Baik Mansuhkan Jawatan Duta Khas Salur Dana Latihan Atlet Negara

papar berkaitan - pada 9/1/2022 - jumlah : 227 hits
Kerajaan BN PN jelas tidak berwawasan dalam pembangunan atlet negara yang mengharumkan nama Malaysia apabila mengurangkan peruntukan latihan altet kepada RM27 5 juta sahaja pada 2022 Dengan pengurangan itu dilaporkan Majlis Sukan Negara ter...
Kawal Kekhususan Aceh Ahy Janji Perjuangkan Perpanjangan Dana Otsus

Kawal Kekhususan Aceh Ahy Janji Perjuangkan Perpanjangan Dana Otsus

papar berkaitan - pada 8/1/2022 - jumlah : 135 hits
Ketua Umum DPP Partai Demokrat Agus Harimurti Yudhoyono menegaskan akan mengawal kekhususan Aceh Pihaknya akan memperjuangkan skema perpanjangan dana otonomi khusus Aceh
Lancar Tabung Dana Wakaf Al Quran Bantu Beli 50 000 Al Quran

Lancar Tabung Dana Wakaf Al Quran Bantu Beli 50 000 Al Quran

papar berkaitan - pada 6/1/2022 - jumlah : 188 hits
Lancar Tabung Dana Wakaf al Quran bantu beli 50 000 al Quran Jabatan Agama Islam Selangor melancarkan Tabung Dana Wakaf al Quran Selangor bagi menggantikan al Quran yang rosak akibat banjir Pengarahnya Datuk Mohd Shahzihan Ahmad berkata dan...
We Didn T Force Staff To Attend Xmas Do Says Ministry

No Projects No Kemasukan Rm400k Linked To Kuamut Rep

Lirik Lagu Suara Hati Repvblik

Era Baru Kecemerlangan Penjagaan Kesihatan Di Pusat Damansara

Criminal Lawyer Defends Public Whipping Of Man Convicted Of Khalwat

Restoran Teppan Maru Take Menyediakan Hidangan Autentik Osaka Jepun Chef Takeshi Wada

Orang Kelantan Hari Ini Kena Standby 9 Jajahan Dijangka Banjir

Johor Umno Rep Wants Organisers Prosecuted Over Chinese Flag Fiasco


echo '';
Kenapa Sambutan Krismas Disebut Sebagai Hari Natal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Persahabatan

Tular Bakar Motosikal Seorang Wanita Ditahan

Bapa Didakwa Lilit Leher Lambung Anak Ke Katil

Malas Layan Tong Kosong Kredibiliti Dipersoal Man Bai Ini Jawapan Ramli Ms

Anwar Thaksin Bincang Isu Serantau Ekonomi Asean

Tiada Apa Yang Salah Atau Nak Dimalukan Ramlah Ram Tak Kisah Jika Digelar Penyanyi Tiktok