Guru Cemerlang Kimia Terima Anugerah Global Teacher Award 2021


Komathy menunjukkan pengiktirafan dan anugerah yang diterimanya sepanjang 14 tahun berkhidmat dalam profesion guru IPOH – Guru Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Ave Maria Convent Ipoh yang pernah menerima pengiktirafan sebagai Guru Cemerlang Kimia terpilih memenangi Global Teacher Award 2021.
V Komathy, 38, menerima pengiktirafan antarabangsa itu pada majlis yang dianjurkan secara maya melalui laman Facebook rasmi dan saluran YouTube AKS Education Awards sekitar jam 6.30 petang pada Ahad.
Lulusan Sarjana Pendidikan Kimia dari Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dan kini sedang melanjutkan pelajaran dalam Pendidikan Kimia di universiti sama, Komathy disenarai pendek daripada 26,000 penyertaan dari negara-negara lain.
Sepanjang 14 tahun bergelar pendidik, beliau bukan sahaja menjadi guru akademik bagi subjek Kimia, tetapi turut aktif dalam bidang inovasi sehingga namanya dikenali di peringkat antarabangsa.
Antara produk inovasi terbaik dihasilkan ialah Chem-Ester Kit: Chem-Ester Kit 2.0 iaitu produk PdPC Kimia dan Biomass Activated Carbon (BAC) for Toxic Dyes Removal: Towards a Sustainable environment yang merupakan produk aplikasi ilmu Kimia dalam penyelesaian masalah.
Ketika ditemui Komathy berkata, pengiktirafan yang diterima itu menjadi penyuntik semangat dan motivasi kepada dirinya untuk membawa lebih banyak pembaharuan dalam pembelajaran kimia.
“Penghargaan ini begitu besar dan sebagai guru sudah tentu saya terharu serta berbangga kerana usaha kecil yang dilakukan selama ini mendapat perhatian pelbagai pihak.
“Saya harap pengiktirafan ini dapat dijadikan inspirasi kepada guru-guru lain untuk berusaha lebih gigih mendidik anak bangsa dengan cemerlang,” katanya.
Komathy menunjukkan antara inovasi yang dihasilkan dalam subjek Kimia sehingga namanya dikenali di peringkat antarabangsa.
Penerima Anugerah Wanita Inspirasi Global 2021 dan pingat emas bagi Pameran Inovasi Saintis Muda Malaysia 2021 (Mysie2021) (Sains Persekitaran) itu berkata, kreativiti dan inovasi dalam pembelajaran mampu meningkatkan minat pelajar terhadap subjek Sains.
Atas faktor itu, beliau sedaya upaya menambah baik kaedah mengajar menerusi penghasilan inovasi subjek Kimia bagi memudahkan pengajaran dan pembelajaran (P&P) dalam bilik darjah.
“Kimia memang subjek kurang digemari kerana penuh formula dan banyak melibatkan pengiraan, sebab itu perlu mendidik dengan cara menghiburkan untuk menarik minat pelajar dalam mata pelajaran ini supaya tidak mudah putus asa untuk belajar,” katanya.
Ibu kepada tiga cahaya mata yang telah menghasilkan beberapa penulisan ilmiah buku kimia untuk terbitan Nilam itu mahu melihat jurang pencapaian antara pelajar bandar dan luar bandar khususnya dalam subjek Sains dapat dikecilkan melalui peningkatan kemudahan mengajar.
Jelas beliau, dalam perkembangan dunia pendidikan sekarang, banyak menggunakan konsep pembelajaran dalam talian, jadi penggunaan alat bantu mengajar dapat membantu ke arah peneguhan dan pemahaman pelajar.
“Orang kata saya menjadi inspirasi kepada guru lain, tetapi sebenarnya inspirasi saya lahir daripada anak-anak murid saya sendiri.
“Melihat keadaan mereka yang dahagakan ilmu membuatkan saya mengorak langkah lebih jauh dalam kerjaya guru,” katanya.
Guru Cemerlang Kimia terima anugerah Global Teacher Award 2021
Baca Artikel Menarik :
Idris Haron tersepit tidak tahu mahu menagih parti mana PRN Melaka acuan PRU-15 – Najib PRN Melaka: ‘Rakyat Rindu Zaman BN’ Parti kerajaan akan ‘berperang’ PRN Melaka: PAS, Bersatu tak setuju dengan tawaran UMNO – Nazri Isteri baharu Fizo Omar Ada jurulatih suka melawak lucah, 7 tahun kemudian terlibat kes rogol – Pandelela Apa kaitan Emma Maembong dengan Addy Kana? Adegan rogol Raja Farah, netizen simpati kepadanya Gangguan seksual pegawai JAIS, Sajat perlu buktikan SAl-Quran dibakar, polis siasat kejadian DAP beri amaran pada Norhizam, ‘Pengkalan Batu tetap milik kami’ Cerita sampah Vida, Iqbal, mereka yang untung, kita dapat apa? Ibu gajah pijak mati buaya hendap anak Layari Laman Facebook MYKMU
Gagal mendapat simpati UMNO di Melaka, Bersatu ugut tarik sokongan di Pusat?

 
The post Guru Cemerlang Kimia terima anugerah Global Teacher Award 2021 appeared first on MYKMU.NET.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2021/10/24/guru-cemerlang-kimia-terima-anugerah-global-teacher-award-2021/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ipoh Chemistry Teacher V Komathy Wins Global Teacher Award 2021

Ipoh Chemistry Teacher V Komathy Wins Global Teacher Award 2021

papar berkaitan - pada 25/10/2021 - jumlah : 251 hits
IPOH Chemistry teacher V Komathy from SMK Ave Maria Convent here has won the Global Teacher Award 2021 an annual awards event organised by AKS Education The 38 year old who has been serving for 14 years received the international recognitio...
Tessie Guru Sarawak Pertama Merangkul Anugerah Guru Global

Tessie Guru Sarawak Pertama Merangkul Anugerah Guru Global

papar berkaitan - pada 26/10/2021 - jumlah : 229 hits
Tessie guru Sarawak pertama merangkul Anugerah Guru Global Kaedah inovatif dalam mengajar Bahasa Inggeris kepada pelajarnya serta komuniti setempat menjadikan Tessie Rijem 30 guru dari Sarawak pertama memenangi Anugerah Guru Global 2021 Gur...
Primary School Teacher In Selangau Becomes First S Wakian To Win Global Teacher Award

Primary School Teacher In Selangau Becomes First S Wakian To Win Global Teacher Award

papar berkaitan - pada 26/10/2021 - jumlah : 252 hits
Tessy hopes to obtain assistance from the government so that her programme could be developed even further KUCHING A teacher s innovative way of teaching English not only to her pupils but also to the local community has earned her the hono...
97 Peratus Guru Seluruh Negara Terima Vaksin Lengkap

97 Peratus Guru Seluruh Negara Terima Vaksin Lengkap

papar berkaitan - pada 26/10/2021 - jumlah : 177 hits
Hanya sebilangan kecil tak dapat terima vaksin kerana masalah kesihatan PUTRAJAYA Sebanyak 400 678 atau 97 peratus guru di seluruh negara telah menerima suntikan lengkap vaksin COVID 19 pada hari Sabtu kata Timbalan Menteri Pendidikan Senat...
Perjalanan Karir Shenina Chinnamon Aktris Muda Indonesia Yang Hadir Di Asian Film Award 2021

Perjalanan Karir Shenina Chinnamon Aktris Muda Indonesia Yang Hadir Di Asian Film Award 2021

papar berkaitan - pada 14/10/2021 - jumlah : 171 hits
Shenina Syawalita Cinnamon atau akrab dikenal Shenina Cinnamon ini ternyata punya perjalanan karir yang keren lo
Pencalonan Awal 16 Kategori Anugerah Meletop Era 2021 Yang Fresh Yang Legend

Pencalonan Awal 16 Kategori Anugerah Meletop Era 2021 Yang Fresh Yang Legend

papar berkaitan - pada 15/10/2021 - jumlah : 422 hits
Anugerah MeleTOP ERA kini kembali Pihak Astro kini secara rasminya telah menyenaraikan calon Top 20 bagi setiap kategori yang dipertandingkan untuk tahun 2021 AME2021 merupakan acara penganugerahan kepada barisan selebriti daripada penyokon...
Modal Asing Rp710 Miliar Masuk Pasar Indonesia Di Pekan Ketiga Oktober 2021

Modal Asing Rp710 Miliar Masuk Pasar Indonesia Di Pekan Ketiga Oktober 2021

papar berkaitan - pada 22/10/2021 - jumlah : 227 hits
Secara tahun kalender berjalan atau sejak awal tahun hingga pekan ketiga Oktober 2021 nonresiden tercatat beli neto sebanyak Rp11 55 triliun
Analisis Teknikal Eur Usd Untuk 22 Oktober 2021

Analisis Teknikal Eur Usd Untuk 22 Oktober 2021

papar berkaitan - pada 23/10/2021 - jumlah : 239 hits
Tinjauan Pasaran Teknikal Selepas pasangan EUR USD telah dilihat menguji zon bekalan jangka pendek utama yang terletak di antara tahap 1 1648 1 1665 pasangan itu telah dikunci di dalam zon pengukuhan yang sempit dimana terletak di antara ta...
Kebenaran Rentas Negeri 11 Oktober 2021 Dapat Jugak Jejak Kaki Balik Ke Kampung

Kebenaran Rentas Negeri 11 Oktober 2021 Dapat Jugak Jejak Kaki Balik Ke Kampung

papar berkaitan - pada 22/10/2021 - jumlah : 280 hits
Assalamualaikum dan salam sejahtera Minggu ni agak sibuk sikit dengan kerja di office sehinggakan blog sedikit terabai untuk 3 4 hari blogwalking blog kawan kawan pun tertunda buat sementara waktu hari ini disebabkan ada sedikit masa terlua...
Pesanan Buat Sang Suami

Hari Pekerja 2024 Sejarah Tema Sambutan

Optimizing Your Twitter Feed Strategies For Positive Content Filtering

Adapting To Consumer Behavior

Rm232mil Road Project Awarded To Nepturis Witness Tells Wan Saiful Trial

There Is An Awakening

Kisah Bekas Pekerja Kfc Dan Boikot

App Inarah



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria

5 Amalan Muslim Yang Sering Dijadikan Bahan Lawak di Malaysia

6 Fungsi Kereta Yang Sepatutnya Ada Tapi Tak Dijadikan Standard

5 Perkhidmatan Yang Kini Entah Kenapa Kita Langgan Bulanan

5 Tumbuhan Penghalau Kucing Yang Turut Mencantikkan Laman Rumah


Akibat Boikot Tak Kena Tempat

Kritik Pm Tidak Mengapa Jangan Kritik Raja Raja Melayu Anwar

Jokowi Gowes Sepeda Bambu Saat Olahraga Pagi Di Mataram

Tanah Longsor Di Mamuju Tengah Tutup Jalan Trans Sulawesi

Ditangkap Di Palembang Ini Sosok Pembunuh Mayat Perempuan Dalam Koper

Pemerintah Kaji Blokir Gim Online Kekerasan Sandiaga Janji Tindak Tegas Untuk Melindungi Anak