Gunungjerai Dua Tertimbus Tanah Runtuh Dipercayai Cari Harta Karun



Dua lelaki yang tertimbus akibat tanah runtuh di kaki Gunung Jerai petang tadi, dipercayai sedang mencari emas di kawasan itu.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah, berkata dua mangsa dikenali sebagai Md Noor Shaari, 68, dan Roslan Saidin, 52, dikatakan melakukan kegiatan mencari emas di kawasan berkenaan sejak 10 tahun lalu.

Bagaimanapun, katanya, mereka menghentikan kerja penggalian pada 19 Mac lalu, namun datang kembali ke lokasi kejadian pagi tadi, bagi meneruskan kegiatan berkenaan.





“Mangsa dikatakan mempercayai terdapat emas bernilai berbilion ringgit di kawasan Gunung Jerai dan yakin semakin hampir menemui harta karun berkenaan.

“Disebabkan itu, dua mangsa meneruskan kerja menggali dan seorang mereka sempat menghubungi rakan di luar memintanya menghantarkan bekalan air.

“Bagaimanapun, rakan mangsa yang tiba kira-kira jam 4 petang gagal menemui dua mangsa sebelum mendapati terdapat kesan runtuhan di kawasan berkenaan,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian malam ini.

Pihak polis turut menemui kereta mangsa diletak berhampiran kawasan kejadian.

Sementara itu, Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penguasa Kanan Bomba I Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata, pihaknya masih menunggu bantuan jentera pengorek bagi mempercepatkan operasi.

“Operasi mencari dimulakan pada jam 6.30 petang tadi secara manual, namun hingga tengah malam ini, kita masih belum menemui kedudukan kedua-dua mangsa.

“Anggota bomba berhadapan kesukaran kerana kedalaman kawasan runtuhan lebih 12 meter dan mangsa dianggarkan tertimbus pada kedudukan antara 1.5 hingga tiga meter,” katanya.

Mohamadul Ehsan berkata, seramai 38 anggota bomba termasuk sembilan anggota Pasukan Khas Operasi, Taktikal dan Penyelamat Malaysia (STORM), polis dan pegawai Jabatan Perhutanan Negeri terbabit dalam operasi.

“Operasi mencari ditangguhkan sementara pada jam 12 tengah malam ini berikutan keadaan kawasan yang berbahaya dan tidak stabil.

“Kita menjangkakan operasi akan disambung menggunakan jentera pengorek pada jam 8 pagi ini,” katanya.









Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.penangkini.com/2020/03/gunungjerai-dua-tertimbus-tanah-runtuh.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tanah Runtuh 2 Dipercayai Tertimbus Di Gunung Jerai

Tanah Runtuh 2 Dipercayai Tertimbus Di Gunung Jerai

papar berkaitan - pada 23/3/2020 - jumlah : 588 hits
Bernama Menurut Jabatan Bomba dan Penyelamat berdasarkan maklumat awal 2 mangsa dipercayai tertimbus pada kedalaman 40 kaki di kaki Gunung Jerai Gurun dalam kejadian tanah runtuh petang tadi ALOR SETAR Dua dikhuatiri tertimbus sedalam kira ...
2 Tertimbus Tanah Runtuh Gunung Jerai

2 Tertimbus Tanah Runtuh Gunung Jerai

papar berkaitan - pada 23/3/2020 - jumlah : 528 hits
DUA mangsa dipercayai tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di kaki Gunung Jerai di Gurun petang tadi Dalam kejadian 6 petang tadi kawasan lereng bukit dikatakan runtuh secara tiba tiba ketika dua pekerja melakukan kerja penggalian di kawas...
Hibah Adalah Perancangan Pengurusan Harta Cari Islam

Hibah Adalah Perancangan Pengurusan Harta Cari Islam

papar berkaitan - pada 17/3/2020 - jumlah : 360 hits
Assalamualaikum Sebagai umat Islam kita perlu ambil tahu mengenai pembahagian harta cara islam Sebagai contoh Filem Tiga Abdul merupakan sebuah filem Melayu yang mana Ismet Ulam Raja meninggalkan banyak harta Disebabkan pembahagian harta ya...
Dua Tahun Menduda Rashidi Ishak Cari Pengganti Di Tinder

Dua Tahun Menduda Rashidi Ishak Cari Pengganti Di Tinder

papar berkaitan - pada 18/3/2020 - jumlah : 322 hits
Sudah dua tahun bergelar duda sejak bercerai pada 2018 pasti ramai tertanya tanya bilakah Rashidi Ishak mahu mencari pengganti Bagaimanapun Rashidi berkata dia The post appeared first on
Dua Minggu Ni Bani Melayu Jenuh Nak Cari Duit

Dua Minggu Ni Bani Melayu Jenuh Nak Cari Duit

papar berkaitan - pada 19/3/2020 - jumlah : 799 hits
Hari ini adalah hari pertama perintah kawalan pergerakan di negara kita Dengan kata kata mudah sila duduk di rumah dan jarakkan diri anda daripada orang lain Dua minggu ni lenggang ramai pakat berkurung dirumah Gara2 kerajaan pintu belakang...
Mangsa Tertimbus Dipercayai Pemburu Emas

Mangsa Tertimbus Dipercayai Pemburu Emas

papar berkaitan - pada 23/3/2020 - jumlah : 511 hits
DUA lelaki yang tertimbus akibat tanah runtuh di kaki Gunung Jerai petang tadi dipercayai sedang melakukan kegiatan mencari emas di kawasan berkenaan Ketua Polis Daerah Kuala Muda Asisten Komisioner Adzli Abu Shah berkata dua mangsa dikenal...
Netizen Kongsi Foto Ayam Membusuk Sayur Layu Lambakan Troli Ditinggalkan Dipercayai Akibat Pembelian Panik

Netizen Kongsi Foto Ayam Membusuk Sayur Layu Lambakan Troli Ditinggalkan Dipercayai Akibat Pembelian Panik

papar berkaitan - pada 18/3/2020 - jumlah : 700 hits
SALAH satu perkara penting yang kita sebagai orang awam kena cakna ketika konflik wabak Covid 19 ini adalah dengan tidak melakukan sebarang pembelian panik Namun baru baru ini tular beberapa gambar di media sosial tentang lambakan troli di ...
Dipercayai Di Buang Oleh Anaknya

Dipercayai Di Buang Oleh Anaknya

papar berkaitan - pada 21/3/2020 - jumlah : 266 hits
Anggota Polis yg menjalankan tugas meronda Perintah sekatan Perjalanan terhad terjumpa Seorang Bapa yg kena stroke terbaring di tepi Selepas letak Bapa tersebut di tepi jalan si Anak memberi ubat katanya Ubat stroke kat bapanya suruh makan ...
Maritim Malaysia Aktifkan Operasi Carilamat Mangsa Bot Karam Di Perairan Langkawi

Kejayaan Arsitektur Dan Warisan Budaya Di Paw Singa Sigiriya

Senarai Pemain Skuad Harimau Malaysia Untuk Pertandingan Terkini

Belum Terlewat Untuk Fam Kembali Ke Pangkal Jalan

From Romans Learn Shipbuilding From Malays To Flying Malays Top 10 Mockeries Levelled At Prof Sambal Belacan

Kedah Lelaki Baru Dua Hari Kahwin Ditemui Tidak Bernyawa

Trust Legal Process Says Ex Rep After Ewon S Premature Resignation

Bot Bawa 300 Imigran Karam Di Sempadan Thailand Malaysia 11 Mangsa Termasuk Seorang Maut Ditemui Di Langkawi


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Pengalaman Saya Buka Akaun Kaf Digital Bank

The Truth About Slot Gampang Menang And Consistent Wins

Kedai Makan Cantik Di Bangi Lauk Pauk Meriah Sedap Teruk Update Secara Pukal

Indonesia Plans Rupiah Redenomination Bill

Resipi Ayam Masak Madu Suri Hati Dan Moist Kek Cinnamon Roll Omggg

Delicious Authentic Indian Beef Curry Recipe With Coconut Milk