Gunung Kinabalu Bakal Miliki Balai Bomba


 
Farhan (dua dari kiri) bersama pegawai dan anggota bomba Sabah meninjau Gunting Lagadan Hut yang bakal dijadikan lokasi pusat operasi MOSAR. (Gambar Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia)RANAU: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah tidak lama lagi bakal mempunyai balai bomba yang terletak di lokasi paling tinggi di Malaysia atau mungkin di dunia, iaitu di Gunung Kinabalu, di sini.
Balai bomba atau Pusat Operasi Pasukan Mencari dan Menyelamat di Gunung (MOSAR) itu bakal diwujudkan di bangunan bekas asrama penginapan di Gunting Lagadan Hut, Gunung Kinabalu yang dikosongkan selepas kejadian gempa bumi pada 2015.
Apabila beroperasi kelak, ia bakal menjadi satu-satunya balai bomba di kawasan altitud tinggi di Malaysia, iaitu pada ketinggian lebih 3,382.2m dari paras laut.
Timbalan Pengarah JBPM Sabah, Farhan Sufyan berkata, sejak MOSAR ditubuhkan pada 2015 susulan insiden gempa bumi di Gunung Kinabalu pada 5 Jun 2015, tiada bangunan khas yang sesuai untuk keperluan operasi gerak kerja MOSAR.
Katanya, pasukan MOSAR hanya ditumpangkan di bilik penginapan di kawasan Panalaban dan kini keanggotaan MOSAR semakin bertambah, iaitu seramai 42 anggota bagi menghadapi sebarang kecemasan dan bencana di sepanjang laluan ke puncak gunung berkenaan.
“Kita ada melakukan tinjauan ke tempat penginapan MOSAR di Panalaban dan ia kurang sesuai dan perlu penambahbaikan.
“Oleh itu berdasarkan perbincangan awal kita bersama Taman-Taman Sabah (TTS) dan mereka (TTS) cadangan supaya Gunting Lagadan Hut dijadikan lokasi pusat operasi MOSAR.
“Bagaimanapun ada beberapa perkara yang kami kena semak lagi dari segi keselamatan dan aset atau pergerakan dan perbincangan lanjut akan diadakan dengan TTS,” katanya ketika ditemui di Gunting Lagadan, Gunung Kinabalu, semalam.
Terdahulu, Farhan dan Ketua Zon 3 Kudat, Sahidih Mahali bersama 15 pegawai dan anggota JBPM Sabah memulakan pendakian pada 22 Jan lalu untuk memantau gerak kerja MOSAR di Gunung Kinabalu.
Farhan (depan) memulakan pendakian untuk memantau gerak kerja MOSAR di Gunung Kinabalu, Sabtu lalu. (Gambar Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia)Pendakian yang dirasmikan oleh Pengarah JBPM Sabah Md Ali Ismail itu juga bertujuan memantapkan lagi kerjasama strategik antara JBPM Sabah dan TTS dalam aspek penyelamatan melalui MOSAR.
Sementara itu, Farhan berkata, pihaknya akan menyemak semula keanggotaan serta prosedur operasi standard (SOP) MOSAR untuk memberi perkhidmatan yang lebih efektif.
“Selain itu, hasil pendakian kami melihat mungkin beberapa ‘staging area’ bagi memastikan kestabilan mangsa dapat dipantau dari semasa ke semasa.
“Kita tidak boleh membawa mangsa terus ke bawah tanpa melihat kestabilan mangsa itu sendiri dari semasa ke semasa, jadi kita merancang beberapa lokasi sebagai ‘staging area’ bagi memastikan tahap kestabilan mangsa terbabit,” katanya.
Dalam pada itu, Farhan berkata, sebanyak 259 kes penyelamatan dijalankan membabitkan pendaki untuk turun dari Gunung Kinabalu dan tahun ini sahaja, sebanyak enam kes penyelamatan dijalankan.
Katanya, kebanyakan kes yang dijalankan adalah menyelamat pendaki yang mengalami akut gunung atau Altitude Mountain Sickness (AMS), kesejukan melampau dan tercedera.
“JBPM juga menasihatkan sekiranya pendaki yang ingin mencabar diri untuk ‘menawan’ puncak Gunung Kinabalu supaya kenal pasti limitasi tahap kecergasan masing-masing.
“Selain persiap diri dari segi fizikal dan mental dengan membuat latih tubi sesuai dengan cabaran pendakian Gunung Kinabalu yang beraltitud tinggi dengan kadar oksigen rendah selain persediaan dari segi pakaian yang bersesuaian yang boleh mengurangkan risiko kejadian tidak diingini termasuk risiko kecederaan,” katanya. - FMT


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2022/01/gunung-kinabalu-bakal-miliki-balai-bomba.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Balai Bomba Tertinggi Di Dunia Bakal Dibina Di Gunung Kinabalu

Balai Bomba Tertinggi Di Dunia Bakal Dibina Di Gunung Kinabalu

papar berkaitan - pada 27/1/2022 - jumlah : 164 hits
January 27 2022 Jika Pos Malaysia mempunyai peti pos tertinggi di Malaysia di Panalaban Gunung Kinabalu Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia tidak lama lagi bakal mempunyai balai bomba yang mungkin terletak di lokasi paling tinggi di dunia...
11 000 Guru Kemas Bakal Bakal Dinaik Taraf Miliki Ijazah

11 000 Guru Kemas Bakal Bakal Dinaik Taraf Miliki Ijazah

papar berkaitan - pada 15/1/2022 - jumlah : 250 hits
B Pelaksanaan naik taraf guru itu yang bakal memberi lonjakan terhadap pendidikan di tabika Kemas Kanak kanak membuat aktiviti bersama guru ketika berada dalam kelas Tabika Kemas di Ampang Kira kira 11 000 guru Tabika Jabatan Kemajuan Masya...
View Sekitar Lebuhraya Bukit Kukus Penang Yang Bakal Di Buka Hujung Bulan Ini

View Sekitar Lebuhraya Bukit Kukus Penang Yang Bakal Di Buka Hujung Bulan Ini

papar berkaitan - pada 17/1/2022 - jumlah : 298 hits
Lebuhraya berkembar Bukit Kukus yang telah siap 100 bakal dibuka pada 13 Januari ini Dengan pembukaan lebuhraya ini bakal mengurangkan 30 kesesakan di Pulau Pinang Lebuhraya yang berketinggian 60 meter dan akan menjadi lebuhraya tertinggi d...
Lagi Parti Baharu Dalam Negara Bakal Dilancarkan

Lagi Parti Baharu Dalam Negara Bakal Dilancarkan

papar berkaitan - pada 17/1/2022 - jumlah : 178 hits
KOTA KINABALU Bekas Naib Presiden Parti Warisan Datuk Peter Anthony akan melancarkan parti baharunya secara rasmi pada 28 Januari ini Beliau berkata parti berkenaan sudah pun didaftarkan dan hanya tunggu masa untuk pelancaran Majlis pelanca...
Covid 19 Selangor Bakal Cecah 800 000 Kes Positif Terkumpul Esok

Covid 19 Selangor Bakal Cecah 800 000 Kes Positif Terkumpul Esok

papar berkaitan - pada 17/1/2022 - jumlah : 176 hits
AGENDA DAILY Pecahan kes Covid 19 mengikut negeri negeri pada 16 Januari 2022 Sumber Jabatan Kesihatan Negeri Lima sahaja negeri merekodkan peningkatan jangkitan baharu dalam tempoh 24 jam sehingga 12 tengah hari tadi tetapi semuanya mencat...
Sukan Paramotor Bakal Jadi Tarikan Terbaharu Perlis Suk

Sukan Paramotor Bakal Jadi Tarikan Terbaharu Perlis Suk

papar berkaitan - pada 17/1/2022 - jumlah : 192 hits
Oleh SEBAHAGIAN daripada peserta menunjukkan kemahiran mereka SERAMAI 68 juruterbang paramotor dari seluruh negara menyertai Northern Tour Paramotor Funfly 2022 di Kangar Jaya Kangar bermula Jumaat lalu hingga hari ini Majlis pelepasan prog...
Seramai 100 Orang Pelajar Tahfiz Bakal Di Rai Sempena Pembukaan Mari S Buffet Di Kuantan

Seramai 100 Orang Pelajar Tahfiz Bakal Di Rai Sempena Pembukaan Mari S Buffet Di Kuantan

papar berkaitan - pada 16/1/2022 - jumlah : 469 hits
KUANTAN Seramai 100 orang pelajar pusat tahfiz di daerah ini akan dijemput dan diraikan pada hari pembukaan Cafe Mari s Buffet pada awal bulan depan yang terletak di pusat bandaraya ini Pada majlis itu Cafe Mari s Buffet akan menghulurkan s...
Bawa Artis Antarabangsa Bandar Di Arab Saudi Bakal Anjur Konsert Tanpa Henti 2 Hari Berturut Turut

Bawa Artis Antarabangsa Bandar Di Arab Saudi Bakal Anjur Konsert Tanpa Henti 2 Hari Berturut Turut

papar berkaitan - pada 16/1/2022 - jumlah : 263 hits
Sebuah konsert bakal diadakan di Bandar Diriyah Riyadh di Arab Saudi tanpa henti selama dua malam di Diriyah E Prix 2022 lapor Arab News Menurut laporan anjuran konsert tersebut bakal menampilkan barisan artis antarabangsa dan berlangsung p...
Rentasan 1050 Gempar Pm 9 Bakal Nasihatkan Ydpa Pecat Azam Baki

Rentasan 1050 Gempar Pm 9 Bakal Nasihatkan Ydpa Pecat Azam Baki

papar berkaitan - pada 14/1/2022 - jumlah : 176 hits
MENARIK DALAM RENTASAN 1050 1 BERANIKAH PM NASIHAT AGONG BERTINDAK KE ATAS KP SPRM 2 SAMPAI BILA NAK IMPORT PEKERJA ASING 3 JANGAN JADIKAN MEDIA KAMBING HITAM
Addressing Flaws In Mrt3 S Strategy

Lirik Lagu Rasa Lia Aziz Ft Treehill

Yoursay Will Anything Come Out Of Ayer Keroh Accident Probe

Makan Tengah Hari Di Jeti Nelayan Kesang

Comment On Nasihat Untuk Mereka Yang Ingin Berkunjung Ke Sungai Kedondong Batang Kali Selangor By Zul

Merry Christmas And Happy New Year

Rakyat Digital Cara Daftar Senarai Kursus Percuma

Hiking Gunung Bubu Gerik


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Restoran Teppan Maru Take Menyediakan Hidangan Autentik Osaka Jepun Chef Takeshi Wada

Lirik Lagu Suara Hati Repvblik

Lirik Lagu Aiman Tino Wani Kayrie

We Didn T Force Staff To Attend Xmas Do Says Ministry

Criminal Lawyer Defends Public Whipping Of Man Convicted Of Khalwat

No Projects No Kemasukan Rm400k Linked To Kuamut Rep