Guna Tisu Basah Cuci Najis Bayi Ibu Ayah Wajib Tahu Hukum Ini


Penggunaan tisu basah memang menjadi penyelamat utama ibu ayah. Mudah, cepat dan praktikal itulah sebab ramai yang memilihnya untuk membersihkan najis bayi, terutamanya ketika berada di luar rumah.
Namun begitu, baru-baru ini tular di media sosial apabila seorang pengguna Threads mendakwa bahawa menyapu najis bayi hanya dengan tisu basah tidak menyucikan najis tersebut, lalu menyentuh soal hukum mendukung bayi semasa solat. Dakwaan ini menimbulkan pelbagai persoalan dalam kalangan ibu bapa: adakah tisu basah benar-benar tidak menyucikan najis? Dan apakah kesannya terhadap ibadah kita sebagai ibu bapa?
Jenis Najis Bayi & Cara Menyucikannya Menurut penjelasan dari Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, najis bayi terbahagi kepada dua kategori utama:

Najis Mukhaffafah – Najis ringan, contohnya air kencing bayi lelaki berusia bawah dua tahun yang hanya menyusu badan.
✅ Cara suci: Hilangkan ain najis, kemudian renjis air ke kawasan najis.
Najis Mutawassitoh – Najis biasa termasuk najis bayi yang sudah mula makan atau najis selain air kencing bayi lelaki.
✅ Cara suci: Perlu dibasuh dengan air mutlak hingga hilang warna, bau dan rasa najis tersebut.
Kenapa Tisu Basah Tak Menyucikan? Tisu basah atau baby wipes biasanya mengandungi air bercampur sabun, pewangi atau bahan kimia lembut. Ia hanya bertindak untuk menghilangkan kotoran fizikal (ain najis) tapi tidak memenuhi syarat air mutlak untuk menyucikan najis.
“Wipe baby hanya menghilangkan kotoran, tetapi tidak menyucikan najis. Tempat yang terkena najis tetap dikira tidak suci jika tidak dibasuh dengan air mutlak,” jelas Pejabat Mufti Wilayah.
Contohnya, jika ibu mendukung bayi yang najisnya hanya dibersihkan dengan tisu basah semasa solat atau tawaf, ibadah tersebut boleh terbatal kerana dianggap membawa najis.

3 Perkara Ibu Ayah Perlu Lakukan? Langkah yang disarankan oleh syarak:
Bersihkan najis kasar dengan tisu basah (untuk hilangkan ain najis).
Cuci semula kawasan itu dengan air mutlak – air paip biasa yang suci dan menyucikan.
Keringkan dengan kain bersih atau tisu kering, kemudian barulah pakaikan lampin baharu.
TIP Pa&Ma: Sediakan botol spray kecil dalam beg anak jika keluar rumah. Mudah digunakan untuk bilasan selepas guna wipes.
💧 Kalau Tak Ada Air, Macam Mana? Islam itu mudah dan praktikal. Jika benar-benar tiada akses air, ibu ayah boleh gunakan alat istinjak lain seperti tisu kering, batu atau daun. Tapi pastikan:
Najis masih basah dan belum merebak ke tempat lain.
Alat yang digunakan bersih dan kesat.
Tisu basah tetap tak sah sebagai alat istinjak jika mengandungi bahan tambahan.
Namun, sebaik-baiknya tetap gabungkan dua cara bersihkan dahulu dengan tisu atau alat kesat, kemudian bilas dengan air untuk benar-benar suci.
Kadangkala, kerana ingin cepat dan mudah, kita terlepas pandang hukum. Tapi sebagai ibu bapa, kita juga bertanggungjawab untuk menjaga kebersihan dan kesucian anak, lebih-lebih lagi bila mereka sudah mula solat atau kita sering mendukung mereka semasa solat.
Perkara ini mungkin nampak remeh, tetapi ia memberi kesan besar pada sah atau tidaknya ibadah kita. Dengan ilmu yang betul, insya-Allah kita dapat didik anak bukan saja membesar dalam keadaan bersih, tetapi juga faham asas agama sejak kecil.
Kesimpulan Pa&Ma: ✔ Gunakan tisu basah hanya untuk bersihkan najis kasar
✔ Tetap bilas dengan air mutlak selepas itu
✔ Jangan solat atau tawaf sambil dukung anak yang belum disucikan najisnya
✔ Ilmu fardu ain ini wajib diketahui semua ibu ayah
Ingat, anak yang bersih tubuhnya akan membesar jadi anak yang bersih akhlaknya juga. Insya-Allah. 🌱
BACA LAGI : Nak Beli Mahal, DIY Tisu Basah Untuk Bersihkan Dapur, Lagi Jimat!


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/guna-tisu-basah-tak-suci-najis-bayi-ibu-ayah-wajib-tahu-hukum-ini/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pendidikan Menengah Kini Wajib Ibu Bapa Boleh Didenda Rm5 000 Jika Tak Daftar Anak

Pendidikan Menengah Kini Wajib Ibu Bapa Boleh Didenda Rm5 000 Jika Tak Daftar Anak

papar berkaitan - pada 31/7/2025 - jumlah : 139 hits
Sistem pendidikan negara mencatat sejarah tersendiri apabila Rang Undang Undang Pendidikan 2025 berjaya diluluskan di Dewan Rakyat menjadikan pendidikan menengah sebagai sebahagian daripada pendidikan wajib di bawah Akta Pendidikan 1996 Pen...
Ramai Ibu Ayah Tak Tahu Main Trampolin Boleh Lumpuhkan Anak

Ramai Ibu Ayah Tak Tahu Main Trampolin Boleh Lumpuhkan Anak

papar berkaitan - pada 22/7/2025 - jumlah : 196 hits
Bermain trampolin nampak seronok tapi bahayanya bukan biasa biasa Buat ibu ayah yang suka bawa anak ke taman tema indoor atau pusat permainan kanak kanak pasti dah biasa tengok trampolin jadi tarikan utama Seronok tengok anak melompat gembi...
Bayi 7 Bulan Menangis Tanpa Henti Punca Di Dera Ibu Angkat Hingga Maut

Bayi 7 Bulan Menangis Tanpa Henti Punca Di Dera Ibu Angkat Hingga Maut

papar berkaitan - pada 4/8/2025 - jumlah : 140 hits
Sayunya hati ibu bapa yang membaca Tangisan bayi bukan alasan untuk bertindak kejam Jadikan kisah ini iktibar agar kita tidak alpa menjaga amanah bernama anak kecil Menurut seorang bayi perempuan berusia tujuh bulan maut dipercayai akibat d...
Wanita Cuci Kereta Guna Alat Cuci Cermin Cetus Rasa Marah Netizen

Wanita Cuci Kereta Guna Alat Cuci Cermin Cetus Rasa Marah Netizen

papar berkaitan - pada 26/7/2025 - jumlah : 200 hits
Tindakan seorang wanita mencuci keretanya menggunakan alat pencuci cermin di sebuah stesen minyak mencetuskan rasa kurang senang dalam kalangan pengguna lain Rakaman Tular Menerusi satu klip dashcam dimuat naik pengguna Facebook Sminipoh wa...
Ibu Angkat Bayi Maut Di Cheras Positif Dadah

Ibu Angkat Bayi Maut Di Cheras Positif Dadah

papar berkaitan - pada 1/8/2025 - jumlah : 126 hits
KUALA LUMPUR Wanita yang juga ibu angkat kepada bayi perempuan berusia tujuh bulan yang maut selepas ditemui tidak sedarkan diri di sebuah kondominium di Bandar Sri Permaisuri Cheras didapati positif dadah Ditahan Reman Bantu Siasatan Timba...
Tak Tahan Bunyi Tangis Ibu Bapa Angkat Disyaki Dera Bayi Sampai Maut

Tak Tahan Bunyi Tangis Ibu Bapa Angkat Disyaki Dera Bayi Sampai Maut

papar berkaitan - pada 3/8/2025 - jumlah : 159 hits
FMT ReportersPETALING JAYA Tidak tahan mendengar tangisan tanpa henti disyaki motif ibu bapa angkat mendera bayi perempuan tujuh bulan sehingga retak tengkorak sebelum disahkan maut Pemangku Ketua Polis Kuala Lumpur Mohamed Usuf Jan Mohamad...
Apa Hukum Azan Iqamat Bayi Yang Baru Lahir Ustaz Azhar Idrus Beri Penjelasan

Apa Hukum Azan Iqamat Bayi Yang Baru Lahir Ustaz Azhar Idrus Beri Penjelasan

papar berkaitan - pada 29/7/2025 - jumlah : 146 hits
Pendakwah bebas Ustaz Azhar Idrus menerangkan tentang hukum mengazankan dan mengiqamatkan bayi yang baru lahir Menerusi sebuah video yang dimuat naik di TikTok Ustaz Azhar menjelaskan bahawa hukum azan dan iqamat adalah sunat seperti yang d...
Budak 4 Tahun Maut Terjatuh Tingkat 8 Ibu Ayah Tolong Ambil Iktibar

Budak 4 Tahun Maut Terjatuh Tingkat 8 Ibu Ayah Tolong Ambil Iktibar

papar berkaitan - pada 1/8/2025 - jumlah : 143 hits
Tragedi memilukan di Flat Seri Perantau Pelabuhan Klang menggemparkan seluruh negara apabila seorang kanak kanak lelaki berusia empat tahun maut selepas terjatuh dari tingkat lapan pangsapuri Insiden yang berlaku sekitar jam 2 30 petang tad...
Nak Anak Masuk Mrsm Ini Panduan Pilihan Program Yang Wajib Ibu Bapa Tahu

Nak Anak Masuk Mrsm Ini Panduan Pilihan Program Yang Wajib Ibu Bapa Tahu

papar berkaitan - pada 5/8/2025 - jumlah : 186 hits
Nak Anak Masuk MRSM Ini Panduan Pilihan Program Yang Wajib Ibu Bapa Tahu Setiap ibu bapa pastinya mengimpikan anak yang berjaya dalam pelajaran dan mampu membina masa depan yang cemerlang Sama ada dapat melanjutkan pelajaran ke peringkat le...
Drama Rumah Tanpa Luka

Beli Kopi Cafe Mesra Di Stesen Minyak Petronas Desaru

Aktiviti Kunjungan Hormat Ketua Aktivis Ppim Ke Pengarah Tanah Dan Galian Wilayah Persekutuan Ppim 21 08 2025

Tiga Lelaki Ditahan Curi Kabel Rempuh Kenderaan Ketika Cuba Larikan Diri

Lg Brings Ai Powered Comfort To Malaysian Homes With Lg Ai Air

Makan Malam Lewat Di Restoran Terapung Seafood Bujang Firefly

Harapan Yang Hidup Hati Yang Sabar

Mr D I Y S Invites Malaysians To Celebrate Merdeka With Bersama Satu Bazaar


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Jangan Abaikan Obat Cacing Jenis Cara Kerja Dan Pentingnya Untuk Anak

Lunch At Mr Biryani Senibong Cove

Bila Anak Dibuli Di Sekolah Jangan Biarkan Mereka Pendam

Betul Ke Air Ketuban Dah Pecah Jangan Cemas Ini Cara Nak Bezakan Air Ketuban Air Kencing

Berapa Tempoh Umur Yang Terbaik Untuk Mendirikan Rumah Tangga Di Zaman Sekarang

Kemas Kebun