Guna Seat Belt Clip Tipu Tahu Tak Betapa Ramai Yang Dah Tercampak Keluar Kenderaan


Tali pinggang keledar merupakan satu kelengkapan penting yang perlu ada pada setiap kereta. Fungsinya adalah untuk memastikan kedudukan pemandu atau penumpang kekal pada posisi ketika terlibat dalam hentakan yang kuat. Selain itu, tali pinggang keledar juga dilihat dapat mengurangkan risiko kecederaan daripada terhantuk pada stereng ketika kereta merempuh sesuatu pada bahagian depan.
Kebanyakan kereta keluaran terbaru akan memberi amaran kepada pemandu dengan mengeluarkan bunyi bagi menandakan tali pinggang keledar tidak dipasang. Namun begitu, kebanyakan pemandu memilih untuk menggunakan alat yang dikenali sebagai ‘seat belt clip’ supaya bunyi tersebut tidak lagi mengganggu mereka.
Namun, tanpa sedar, perbuatan itu boleh menyebabkan mereka terdedah kepada risiko kecedaraan parah sekiranya berlaku kemalangan.
Menerusi perkongsian oleh seorang individu di dalam laman Facebook, penggunaan alat ini telah menyebabkan mangsa kemalangan tercampar keluar kereta.
Saya pernah tegur seorang pemandu, kenapa beliau gunakan “seat belt clip”.
“Senang doktor, takde berbunyi alarm tu. Runsing saya!”
Masa tu, saya baru sahaja pindah ke tempat bertugas yang baru. Takkan baru seminggu jagung, nak terus tunjuk taring kan?
Bagi yang kali pertama dengar tentang “seat belt clip”, ia adalah suatu alat untuk “menipu” penggera tali pinggang keledar dalam kebanyakan kenderaan moden. Klipkan sahaja di ruang klip tali pinggang keledar dan bunyi bingit penggera akan hilang begitu sahaja.

Hebatkan inovasi orang kita? 
Kita berjaya menipu sistem yang dibangunkan orang Barat. Kita berjaya jatuhkan Illuminati, Rockefeller dan Yahudi. Syabas!
Ok, jangan jadi pembaris pergi percaya ayat akhir tu. Itu namanya Sarcasm.
Tuan – tuan, perasan tak sejak kebelakangan ini banyak mangsa kemalangan jalan raya yang maut akibat tercampak dari kenderaan?
Pada tahun 2017, ada satu kes kemalangan maut dimana pemandu tercampak keluar dari kenderaan. Dalam salah satu gambar yang dikongsi, jelas kelihatan “seat belt clip” telah digunakan. Airbag berfungsi dengan baik (deployed) kerana kenderaan “tertipu” menyangka pemandu telah memakai tali pinggang keledar. Malangnya klip dan airbag tidak mampu menyelamatkan mangsa dari tercampak keluar.

Syarikat Volvo yang mencipta tali pinggang keledar 3 point (3 point seatbelt) tidak mahu meletakkan patent ke atas ciptaan mereka kerana mahukan ciptaan mereka menyelamatkan sebanyak nyawa yang mungkin. Ia ciptaan yang “low tech, high impact”. Orang putih cakap “It’s simple Physics”.
Tapi di Malaysia, tak ramai yang mampu fahami “simple physics”, malah “simple logic” pun susah. Sistem yang dibina untuk selamatkan nyawa, dianggap menyusahkan.
Dah beli kenderaan berharga puluhan ribu Ringgit dengan berbagai sistem keselamatan pasif dan aktif, ditambah pula aksesori berharga hingga RM 20 untuk “tipu” sistem yang ada.
Saya mohon rakan – rakan hentikan “menipu” sistem keselamatan kenderaan. Hentikan buat perkara tak berguna macam ni.
“Aah, aku drive elok – elok. 20 tahun bawak kereta takde masalah punya. Takdenye nak accident.”
Ya, setiap kemalangan jalan raya yang berlaku semuanya berlaku tanpa disangka. Nama pun “accident”. Tapi, kita mesti la berikhtiar. Kena la usahakan supaya jika berlakunya kemalangan jalan raya, kita tidak tercampak keluar dari kenderaan.
Selamatkan nyawa. 
Pakai tali pinggang keledar. 
Buckle up.
Dr Ahmad Firdaus Bin Mohd Haris 
Medical Mythbusters Malaysia
Sumber: Ahmad Firdaus


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2019/08/07/guna-seat-belt-clip-tipu-tahu-tak-betapa-ramai-yang-dah-tercampak-keluar-kenderaan/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Anak Tercekik Mainan Ibu Sedut Keluar Guna Mulut Dan Turut Tercekik Sama

Anak Tercekik Mainan Ibu Sedut Keluar Guna Mulut Dan Turut Tercekik Sama

papar berkaitan - pada 9/8/2019 - jumlah : 287 hits
The ReporterSeorang bayi perempuan berusia setahun dari Zhuhai Guangdong China tertelan mainan blok berbentuk T dan tersangkut di kerongkongnya Ibunya yang melihat kejadian itu mendapat idea bagaimana mahu mengeluarkan mainan itu dengan men...
Perut Terkoyak Ditarik Seat Belt Selepas Kereta Berpusing 7 Kali

Perut Terkoyak Ditarik Seat Belt Selepas Kereta Berpusing 7 Kali

papar berkaitan - pada 1/8/2019 - jumlah : 311 hits
The ReporterSeorang pelajar perempuan mendedahkan bagaimana tali pinggang keledar membelah perutnya seperti pisau selepas dia terbabit dalam kemalangan jalan raya Gina Arnold dari Michigan hilang kawalan ketika memandu menyebabkan keretanya...
1 6 Juta Kenderaan Dijangka Guna Lebuh Raya Karak Menjelang Aidiladha

1 6 Juta Kenderaan Dijangka Guna Lebuh Raya Karak Menjelang Aidiladha

papar berkaitan - pada 10/8/2019 - jumlah : 279 hits
1 6 juta kenderaan dijangka guna lebuh raya Karak menjelang Aidiladha Dikemas kini 1 jam yang lalu Diterbitkan pada 9 Aug 201
Keluar Iklan Bukan Bukan Ini Caranya Nak Buang Pop Up Ads Ketika Guna Internet

Keluar Iklan Bukan Bukan Ini Caranya Nak Buang Pop Up Ads Ketika Guna Internet

papar berkaitan - pada 26/7/2019 - jumlah : 285 hits
Pernahkah anda dalam situasi sedang melayari internet untuk tugasan atau tujuan lain tapi tiba tiba muncul iklan pelik pelik yang memalukan anda Pasti ramai yang tidak selesa dan malu apabila iklan ini muncul terutamanya jika ia berlaku di ...
Politik Selangor Kusut Mb Keluar Group

Politik Selangor Kusut Mb Keluar Group

papar berkaitan - pada 7/8/2019 - jumlah : 300 hits
MalaysiaGazette Menteri Besar Selangor Amirudin ShariKUALA LUMPUR Keadaan politik di Selangor menjadi kusut dengan sebaran khabar angin bahawa terdapat usaha untuk menjatuhkan Speaker Dewan Undangan Negeri Ng Suee Lim dan Menteri Besar Amir...
Waktu Kena Gegata Air Mata Pun Keluar Darah Kini Adik Luthfi Makin Sihat

Waktu Kena Gegata Air Mata Pun Keluar Darah Kini Adik Luthfi Makin Sihat

papar berkaitan - pada 7/8/2019 - jumlah : 611 hits
Ramai dari kalangan kita tidak percaya penyakit misteri Tapi hakikatnya ada berlaku Cuma bagaimana kita merawatnya mestilah dengan penawar sesuai dan tak membelakangkan Allah Usaha dan tawakal penting untuk pastikan keadaan kembali pulih Be...
Harimau Sumatera Keluar Habitat Diduga Akibat Kebakaran Hutan

Harimau Sumatera Keluar Habitat Diduga Akibat Kebakaran Hutan

papar berkaitan - pada 8/8/2019 - jumlah : 249 hits
Febri menilai ada faktor lain yang membuat si belang raja hutan itu muncul ke lokasi dekat pemukiman masyarakat Menurut Febri harimau juga bisa berpindah mencari teritori atau areal baru
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

10 Laluan Penerbangan Antarabangsa Tersibuk Di Dunia Bagi Tahun 2024

Prosedur Pengesahan Lafaz Cerai

Duna Dara Asam Maram Chord

Terima Kasih Allah Kerana Menjadi Satu Satunya Harapanku Khaby Lame Tunai Ibadah Umrah Di Mekah