Gulai Ikan Tongkol Nasi Dagang Kelantan




Alhamdulillah 22 Julai 2021 akhirnya saya mendapat suntikan vaksin astra zeneca dos yang pertama. Walaupun agak terlewat berbanding dengan rakan rakan sebaya dalam group WhatsApp, saya bersyukur kerana urusannya telah dipermudahkan. Sebelum itu, jangan lupa klik iklan yang keluar di blog ini tau dan klik follow blog sekali. Terima kasih. 
Memang menakutkan bila melihat angka kes baru jangkitan covid harian yang makin meningkat. Terutama bagi kes yang melibatkan pekerja pekerja kilang yang beroperasi dan melibatkan warga asing. Selamba sahaja mereka dengan memakai gelang pink, keluar membeli belah dengan menaiki motor berdasarkan gambar gambar yang viral.
Pandemik covid 19 menyebabkan kita menjadi takut dengan semua orang, takut untuk bertemu dengan orang, walaupun ahli keluarga sendiri jika mereka keluar di musim pandemik ini. Lebih lebih lagi, bila melihat ramai orang yang tidak mengambil berat bab pematuhan SOP. 
Ramai yang merasakan mereka mematuhi SOP walaupun kita yang melihatnya mendapati sebaliknya. Pakai pelitup hidung pun longgar asyik jatuh sahaja sehingga nampak lubang hidung. Jarang jarang membasuh tangan selepas menyentuh barang atau balik ke rumah. 
Jadi dalam keadaan seperti ini apa yang boleh dilakukan ialah berdoa dan bertawakal agar diri kita, keluarga kita dan seluruh rakyat negara kita dilindungi dari jangkitan virus covid 19. Sedih saya membaca catatan di IG story yang menulis neneknya meninggal selepas 6 hari dijangkiti covid 19. Hari pertama disahkan, masih lagi bergelak gelak semasa membuat video call.   
Di dalam keadaan ini, siapa yang boleh menyelamatkan kita? Tidak ada. Hanya Allah semata mata. Sesungguhnya tiada daya dan kekuatan melainkan dengan pertolongan Allah jua. Aameen. Sekarang kita masuk pula, bab resipi dan masakan.


Orang Kelantan kalau sarapan pagi memang dengan menu berasaskan nasi seperti nasi berlauk, nasi dagang dan nasi kerabu. Kebelakangan ini sahaja, mulai ada nasi lemak. Ketiga tiga nasi tersebut adalah kegemaran saya. Kalau nasi berlauk dan nasi dagang, lauknya boleh dipilih samada gulai ayam, kerutuk ayam atau daging dan gulai ikan. 
Manakala nasi kerabu pula berlaukkan ayam percik atau daging bakar. Tapi kalau saya, saya akan makan juga nasi kerabu dengan gulai ayam atau gulai ikan atau kerutuk kerana saya mahu makan kesemuanya. 
Gulai ikan untuk nasi berlauk adalah gulai kuning kunyit lengkuas yang kuahnya pekat pekat dan dimasukkan sekali sayur kacang, timun dan lada solok. Berbeza dengan gulai ikan untuk lauk nasi dagang Kelantan. 
Gulai ikan untuk nasi dagang biasanya menggunakan ikan tongkol, yang isinya hitam. Tapi hari ini saya guna ikan tongkol yang isinya putih. Kuahnya juga hampir sama dengan gulai ikan nasi berlauk, cuma dimasukkan sedikit rempah kari ikan. 
Kalau nasi dagang, pasti ramai yang tahu perbezaan nasi dagang Terengganu dengan Kelantan kan? Untuk nasi dagang Kelantan, boleh masukkan 1 genggam beras pulut ke dalam beras nasi dagang supaya nasi tidak berderai. Itu sahaja lain lain macam biasa.   
Jom layan resipi gulai ikan tongkol lauk nasi dagang Kelantan yang saya gunakan hari ini. Selamat mencuba...


Gulai Ikan Tongkol Lauk Nasi Dagang KelantanOleh: Azie Kitchen
Bahan rebus:1 ekor ikan tongkol hitam6-7 keping asam keping1 sudu besar garam¼ keping gula MelakaSedikit cuka
Bahan lain:1 paket kecil rempah kari ikan½ kg santan segar pekat10-15 biji cili api - dibuang tangkai½ cawan minyak GaramGulaAsam keping
Bahan kisar:6 biji bawang merah3 ulas bawang putih1 inci lengkuas1 inci kunyit hidup5-7 biji cili kering - 1 sudu besar cili kering kisar
Cara-cara:Rebus ikan dengan semua bahan rebus sehingga air tinggal ¼ sahaja. Nota: saya suka biarkan semalaman. Keesokan baru dimasak. 








Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga naik bau. Masukkan rempah kari ikan dan kacau rata dengan cepat. Masukkan sedikit air dan tumis hingga terbit minyak.





Masukkan air rebusan ikan, asam keping, garam. Kacau rata.


Masukkan santan dan kacau rata sehingga mendidih. Kacau hingga mendidih kali kedua atau hingga naik minyak dengan cantik. 


Akhir sekali, tabur cili padi. Nota: Kalau Kelantan, biasanya menggunakan lada solok.  





Nota:
Gulai ni mesti ada rasa masin, manis dan masam secukupnya.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.aziekitchen.com/2021/07/gulai-ikan-tongkol-nasi-dagang-kelantan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Resepi Nasi Dagang Gulai Ikan Tongkol

Resepi Nasi Dagang Gulai Ikan Tongkol

papar berkaitan - pada 25/7/2021 - jumlah : 328 hits
Walaupun dah 26 jodoh dengan orang Pantai Timur inilah kali pertama ana masak nasi dagang Pertama nya kerana nak dapat beras nasi dagang ni agak payah di sini kedua nya pula selalu makan nasi dagang kat kedai makan Mee Kuah Udey yang sedap ...
Petua Nak Bezakan Ikan Tongkol Hitam Ikan Tongkol Putih

Petua Nak Bezakan Ikan Tongkol Hitam Ikan Tongkol Putih

papar berkaitan - pada 22/7/2021 - jumlah : 212 hits
ikan tongkal hitam dan putihBagi yang tidak biasa mengenai jenis jenis ikan pasti agak keliru bila disuruh beli ikan tongkol Tidak sahaja anda Saya sendiri pun keliru Menerusi perkongsian di bawah ini mungkin boleh membantu Ikan Tongkol Hit...
Gulai Ikan Yu Daun Kesum Resepi Dari Terengganu Katanya

Gulai Ikan Yu Daun Kesum Resepi Dari Terengganu Katanya

papar berkaitan - pada 13/7/2021 - jumlah : 1253 hits
Gulai Ikan Yu Daun Kesum Resepi Dari Terengganu Katanya Gulai Ikan Yu Daun Kesum Resepi Dari Terengganu Katanya
Lempeng Nasi

Lempeng Nasi

papar berkaitan - pada 13/7/2021 - jumlah : 273 hits
Bila kehabisan roti makanya cari lah idea nak breakfast dengan apakan masa2 pkpd ni memang tak lah nak sesaja keluar g beli roti semata dan kebetulan ada lah nasi lebih semalam punya so kita olah lah jadikan lempeng ni tak de gulai kita cic...
Nenek 87 Tahun Gigih Jual Sayur Di Kaki Lima Demi Sesuap Nasi Tengok Apa Lelaki Ini Buat

Nenek 87 Tahun Gigih Jual Sayur Di Kaki Lima Demi Sesuap Nasi Tengok Apa Lelaki Ini Buat

papar berkaitan - pada 16/7/2021 - jumlah : 212 hits
Boleh diibaratkan kais pagi makan pagi kais petang makan petang Itulah nasib seorang warga emas berusia 87 tahun yang terpaksa menjual sayur sayuran di kaki lima Pasar Siti Khatijah Kota Bharu demi mencari sesuap nasi Kisah warga emas berke...
Nasi Goreng Cendawan Pedas Yang Sedap

Nasi Goreng Cendawan Pedas Yang Sedap

papar berkaitan - pada 16/7/2021 - jumlah : 453 hits
Saya tahu masing masing punya pendapat dan pendirian berbeza dalam satu satu perkara Setiap orang patut menghormati perbezaan pandangan orang lain Apa yang saya perhatikan bila tak setuju netizen secara berjemaah mengecam orang yang tidak s...
Resepi Terung Goreng Berlada Makan Dengan Nasi Panas Confirm Makan Bertambah

Resepi Terung Goreng Berlada Makan Dengan Nasi Panas Confirm Makan Bertambah

papar berkaitan - pada 13/7/2021 - jumlah : 442 hits
Siapa penggemar terung Tahukah anda terung mempunyai banyak khasiat kerana makanan ini baik untuk otak Terdapat penyelidikan yang dijalankan ke atas tumbuhan ini memberikan tumpuan kepada kandungan anthocyanin phytonutrient yang terdapat pa...
Bersiaran Dari Office Bersama Nasi Lemak Saleha

Bersiaran Dari Office Bersama Nasi Lemak Saleha

papar berkaitan - pada 16/7/2021 - jumlah : 294 hits
Assalamualaikum Hi korang Seperti yang dah dimaklumkan semalam hari ni SA bersiaran dari office seawal pagi SA dah ada kat office 7 30 pagi dah masuk sampai KL kul 7 10am Sempat la SA beli sarapan kat Pasar Seni tadi ada booth Nasi Lemak Sa...
Trump Mahu Penduduk Gaza Dipindahkan Ke Negara Jiran

Subsidi Tambang Penerbangan Musim Raya Kurang Rungutan Rakyat Kata Loke

Khutbah Jumat Isra Mi Raj Dan Palestina

Biodata Soloz Kerjaya Filem Terbaru Game Of Life

Kemalangan Di Mesir 8 Pelajar Malaysia Cedera Dapat Bantuan Wisma Putra

Cara Mengatasi Tekanan Emosi Dalam Kehidupan Sehari Hari

Kumpulan Khutbah Jumat 2025

Resepi Bbq Kambing


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

10 Drama Melayu Terbaru TV3 2024 2025 Best Mesti Tonton Juga Tersedia Online

4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy


Lirik Lagu Anak Raja De Fam

Monday Blues

Telefilem Buah Hati

Aprilian Terbujuk Rayu Chord

Maxwel Franklin Saran Telempai Ke Bukai Chord

Mencari Rasa Nasi Lemak Sebenar Di Lembah Klang Boleh Datang Ke Yalo Yalo Yumm