Guillemard View Kusial Tanah Merah Tarikan Terbaru Di Kelantan
Guillemard View @ Kusial Tanah Merah Kelantan | Tempat menarik di Kelantan sekarang ini semakin banyak seperti cendawan yang tumbuh selepas hujan. Kalau dulu rasanya agak susah untuk cari tempat yang sesuai untuk dijadikan tempat beriadah tetapi sekarang dimana sahaja korang berada pasti ada tempat yang best untuk dikunjungi termasuklah tarikan terbaru ini yang dinamakan Guillemard View Kusial Tanah Merah Kelantan.
Tarikan Pelancong Baru di Tanah Merah, Guillemard View @ Kusial Tanah Merah KelantanSebelum ini Guillemard Bridge sudah pun menjadi salah satu tarikan pelancongan dimana ramai orang akan berkunjung ke jambatan tersebut untuk mengambil gambar dan video untuk dikongsikan di sosial media seperti instagram dan juga Tiktok.
Terdapat banyak kisah sejarah yang melibatkan Guillemard Bridge ini sebagai contohnya sewaktu pertama kali ianya dibina jambatan ini digunakan untuk laluan keretapi dan kenderaan lain tetapi selepas ianya diletupkan dan dipulihkan kembali ianya hanya digunakan sebagai laluan keretapi sahaja sehingga sekarang. Kalau korang nak tahu lebih lanjut tentang sejarah keretapi di Kelantan boleh datang ke Guillemard View @ Kusial Tanah Merah Kelantan
Untuk pengetahuan semua, Guillemard View @ Kusial Tanah Merah Kelantan adalah projek kerjasama antara Majlis Daerah Tanah Merah Kelantan dan Jabatan Landskap Negara menjadi kawasan ini sebagai tempat beriadah dan rekreasi. Pada masa yang sama mengenengahkan Guillemard Bridge sebagai salah satu tarikan di tempat ini.
Pertama kali aku berkunjung ke sini adalah pada waktu pagi seawal jam 7:30 dimana aku berpeluang untuk melihat matahari terbit yang sangat cantik. Aku sempat mengambil beberapa keping gambar matahari terbit yang menakjubkan.
Taman beriadah dan rekreasi Guillemard View @ Kusial Tanah Merah dipenuhi dengan tempat duduk yang banyak untuk mereka menikmati pemandangan indah bersama keluarga dan kawan kawan. Bagi korang yang datang bersama anak anak, mereka juga menyediakan buaian untuk mereka bermain.
Selain datang beriadah menikmati keindahan pemandangan cantik guillemard bridge korang juga berpeluang untuk belajar lebih banyak tentang sejarah keretapi di kelantan. Mereka menyediakan pelbagai informasi menarik mengenai keretapi untuk pengunjung.
Buat korang yang nak berkunjung ke sini untuk melihat sendiri keindahan alam pada waktu pagi bolehlah datang bersama keluarga dan kawan kawan. Kalau datang awal korang bukan sahaja berpeluang untuk melihat dan bergambar dengan matahari terbit tetapi korang juga boleh melihat keretapi melalui Guillemard Bridge.
Guillemard View @ Kusial Tanah MerahAlamat : Q47W+2H, 17500 Tanah Merah, Kelantan
*Untuk memudahkan gunakan google maps sahaja untuk kesana. Korang hanya perlu taip "Taman Guillemard View Kusial"
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.luqmanzakaria.com/2023/03/guillemard-view-kusial-tanah-merah.html