Gubahan Bunga Istimewa Dari Chenille Stem



Kenangan yang tertinggal tahun lepas.

Dak Nuha ni seorang yang kreatif, dalam diam ada saja benda yang dia buat. Ikut musim, ikut rasa hati — kadang seronok melukis, kadang sibuk mereka bentuk, dan ada masanya pula leka mewarna sampai berjam-jam. Ada waktu kita tengok dia tekun dengan pensel warna, ada masa penuh meja dengan hasil rekaan dia. Tambah pula dia si bongsu dalam keluarga, tiada adik kecil yang nak berebut atau kacau barang-barang dia. Sebab itulah segala hasil tangan dan barang peribadi dia boleh 'berkhemah' merata-rata dalam rumah, tetap kekal elok tak terusik.
Macam tahun lepas, dia minta aku belikan bahan-bahan untuk buat bunga. Katanya nak dijadikan hadiah istimewa untuk guru kelasnya. Bila barang semua dah ada, mulalah dia fokus dengan dunia dia sendiri. Pelbagai bentuk bunga dihasilkan ikut kreativiti dan citarasa dia, kadang aku pun tak sangka sejauh itu idea yang keluar dari kepalanya. Hanya bila semuanya betul-betul siap barulah dia tunjuk hasil tangan dia.
Bahan utama - 'batang berbulu'
Dia tak bagi aku buat, dia nak buat sendirian

Ini hasil pertama masa dia mula belajar buat dulu tapi bukanlah bunga ini yang dijadikan hadiah kepada guru kelasnya.

Di bawah ini antara hasil tangan dak Nuha yang dia buat tahun lepas. Setiap satunya bukan sekadar hiasan tapi ada niat dan makna tersendiri. Dia siapkan dengan penuh sabar untuk dijadikan hadiah kepada guru-guru kelas di SK dan juga SRA tempat dia belajar. Tak dilupa juga cikgu Amir, yang telah mengajar dan membimbing dia dan pasukan softball sekolah di [SINI]. Semuanya dia susun sebagai tanda ingatan, rasa hormat dan terima kasih yang lahir dari hati kecilnya. Bagi dak Nuha, hadiah itu bukan sekadar pemberian biasa tetapi kenangan manis yang ingin dia tinggalkan sebelum melangkah ke dunia SMK dengan pengalaman dan cerita baru.
Teacher Mageswari
Cikgu Suziana
Ustazah Jannati
Ustazah Aida
Cikgu Amir
- Semua dak Nuha buat sendiri tanpa bantuan sesiapa -
Buat semua guru yang mengajar dak Nuha:Moga segala jasa dan ilmu yang dicurahkan para guru menjadi bekal pahala berpanjangan dan semoga mereka terus diberikan kesihatan serta kekuatan untuk mendidik generasi seterusnya.

Tahun 2025
Ada juga dak Nuha membuatnya untuk dihadiahkan kepada kawan-kawannya. Lepas ni nak kena beli lagi sebab banyak warna chenille stem tu dah habis. 
Jual..
Belum lagi sebab dak Nuha buat pun sekadar untuk suka-suka dan mengisi masa terluang


======================================
CHENILLE STEM:Bunga tiruan yang dibuat daripada batang berbulu biasanya menggunakan chenille stem (atau dikenali juga sebagai pipe cleaner). Batang ini fleksibel dan berbulu, sesuai untuk membuat pelbagai jenis bunga tiruan. Kalau ikut bahasa mudah, chenille stem ni batang dawai berbulu lembut yang boleh dibentuk sesuka hati untuk hiasan atau kraf.
Berikut adalah beberapa contoh bunga tiruan yang dihasilkan menggunakan chenille stem:Bunga Tulip: Tulip kecil yang cantik sesuai untuk hiasan meja atau hadiah.Bunga Lily: Bunga yang elegan sesuai untuk dekorasi rumah.Bunga Matahari: Bunga ceria yang mudah dibuat dengan chenille stem.Bunga Ros: Bunga yang dihasilkan dengan teknik lipatan dan lilitan chenille stem.

@RemajaPurba: Bunga boleh layu tapi kenangan dan jasa guru kekal selamanya..


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://aizamia3.blogspot.com/2025/09/gubahan-bunga-istimewa-dari-chenille.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Rekaan Menyerlah Di Nyfw Musim Bunga Panas 2026

Rekaan Menyerlah Di Nyfw Musim Bunga Panas 2026

papar berkaitan - pada 19/9/2025 - jumlah : 1150 hits
NYFW Musim Bunga Panas 2026 memperlihatkan kepelbagaian idea dan estetika daripada rekaan praktikal hingga fantasi penuh imaginasi menjadikan landasan peragaan New York sebagai pentas yang segar dan bertenaga Minggu Fesyen New York Musim Bu...
Minggu Lalu Sekali Lagi Dia Datang Dalam Mimpi Bersandar Pada Bot Sambil Tersenyum Che Bunga

Minggu Lalu Sekali Lagi Dia Datang Dalam Mimpi Bersandar Pada Bot Sambil Tersenyum Che Bunga

papar berkaitan - pada 21/9/2025 - jumlah : 1084 hits
Minggu lalu sekali lagi dia datang dalam mimpi bersandar pada bot sambil tersenyum Che Bunga Che Bunga bersama lembu betina kesayangan suaminya Ahmad Husin NSTP Siti Rohana Idris TUMPAT Memasuki minggu ketiga Ahmad Husin hilang di laut sele...
Cara Masak Bunga Betik Supaya Tak Pahit Sedap Buat Kerabu Lauk Tumis

Cara Masak Bunga Betik Supaya Tak Pahit Sedap Buat Kerabu Lauk Tumis

papar berkaitan - pada 24/9/2025 - jumlah : 250 hits
Bunga betik mungkin jarang dijadikan lauk harian kita tapi bagi orang kampung ia adalah antara ulam dan sayuran tradisional yang sedap dan kaya khasiat Rasa pahitnya yang unik menjadikan bunga betik sesuai dimasak dengan pelbagai cara sama ...
Cara Mudah Isi Petrol Budi Madani Ron95 Guna Aplikasi Setel

Govt Takes Easy Way Out With Petrol Subsidy For All M Sians

After Jalur Gemilang It S Kuih Nyonya S Turn To Be Weaponised As Object Of Immigrant Hegemony

Kerajaan Tidak Hadkan Pembelian Ron95 Kepada Sekali Sehari

Pelakon Sathiya Selamat Jalani Pembedahan Potong Kaki

Apabila Kena Tipu Con Sultan

Talentcorp Perkukuh Tenaga Kerja Masa Depan Sarawak Dengan Geran Padanan Rm1 Juta

Kuih Muih Keripik Nangka Dan Keripik Apel


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Anugerah Makanan Minuman Tidak Pernah Habis Mia Boat Noodle Di Aeropod

Hari Gaji Datang Sekejap Pergi Pun Sekejap

Tl19 Travelog Kelantan

Confessions Of A Drained Mom When Your Cup Is Empty

Gubahan Bunga Istimewa Dari Chenille Stem

A Legend Reimagined Seven Honda Cb750s That Redefined An Icon