Guardian Raya Untuk Semua
Hari Raya ini, rasai kenyamanan kebersamaan keluarga dengan sokongan guardian.
Hari Raya adalah masa untuk mengeratkan ikatan kekeluargaan dan menghargai hubungan dengan orang tersayang, tanpa mengira jarak, umur, jantina, atau keadaan. guardian sentiasa berada di sisi anda pada musim-musim sambutan perayaan, memastikan anda memiliki semua keperluan untuk menjalani kehidupan yang sihat dan indah,” kata Priscilla Wu, Pengarah Pemasaran guardian Malaysia.
Raya Untuk Semua
Berucap pada majlis pelancaran kempen ‘Raya Untuk Semua’ di TRX Kuala Lumpur, Priscilla menambah: “Seperti tajuk kempen Raya kami, guardian meraikan Raya dengan keterangkuman, sebagai jenama yang sesuai untuk segenap lapisan masyarakat - yang muda mahupun tua, merentasi generasi yang berbeza. Produk dan perkhidmatan kami yang disusun khas, direka untuk memastikan agar semua orang dapat menghayati semangat perayaan dengan sihat dan penampilan hebat bergaya.”
“guardian Ialah jenama yang memupuk kebersamaan keluarga, memainkan peranan penting dalam kehidupan para pelanggan kami melalui tawaran rangkaian produk yang pelbagai pada nilai hebat,” tegas Priscilla
Guardian Untuk SemuaBersempena dengan kempen ‘Raya Untuk Semua’ guardian, sebuah video muzik Raya telah dilancarkan di Youtube. Video tahun ini, yang merupakan sekuel video terdahulu, sekali lagi mengetengahkan kepentingan hubungan yang kukuh dan nilai-nilai kekeluargaan semasa musim perayaan utama sepeti Hari Raya.
Menjayakan kembali watak mereka dalam video tersebut, watak-watak utama terdiri daripada Sham Visa dan Amy Mastura masing-masing sebagai bapa dan ibu; dan empat anak perempuan yang dilakonkan oleh Dr Amanda Elli, Puteri Shazwani Megat Ahmad Shahriman, Yasmin Khalid dan Afeefa Ooi. Lagu rancak dengan irama joget itu juga akan disiarkan di Era FM bermula 1 hingga 12 April
Video Muzik Raya Untuk Semua
Untuk saksikan video ini boleh juga layari ke https://youtu.be/34tW2_cSzfE. Dan juga di https://www.youtube.com/shorts/TzOsFFCdnrQ
Video tersebut memaparkan bagaimana guardian menyokong perjalanan sesebuah keluarga menuju kehidupan yang sihat dan indah, merentas generasi daripada peringkat datuk dan nenek hingga ke peringkat cucu dan cicit.
Hadiah Raya Guardian Untuk Pertubuhan Kebajikan Dan Perlindungan Nur Qaseh Malaysia
Oleh kerana kita digalakkan untuk introspeksi diri, memperbaiki diri dan prihatin terhadap golongan yang kurang bernasib baik di bulan yang mulia ini, rakan-rakan media, pempengaruh dan tetamu pada majlis pelancaran itu telah dijemput untuk mengambil hadiah Raya di stor guardian di TRX untuk 100 kanak-kanak dari Pertubuhan Kebajikan Dan Perlindungan Nur Qaseh Malaysia, yang terdiri daripada 50 perempuan dan 50 lelaki, dengan jumlah keseluruhan sumbangan bernilai RM10,000.
Selain itu, ‘Pulut Kuning Zarina’ telah diagihkan sebagai hadiah kepada para tetamu yang hadir. Zarina Zainuddin, seorang ibu dan usahawan, diiktiraf sebagai salah seorang tokoh Hari Wanita Sedunia guardian. Walaupun berdepan dengan pelbagai cabaran, Zarina mengimbangi aktiviti keusahawanannya dengan tanggungjawab sebagai ibu kepada anak-anak autism dengan penuh keanggunan.
Diskaun Guardian Sehingga 60%
Sempena meraikan kempen ‘Raya Untuk Semua’, pelbagai tawaran hebat telah disusun dengan penjimatan sehingga 50% termasuk diskaun 60% untuk semua Warna Rambut dan semua Topeng Kecantikan dan Pelembap Bibir bagi pembelian item kedua.
Hadiah Dengan Pembelian di Guardian
Selain itu, tawaran Hadiah Dengan Pembelian yang menarik boleh didapati di stor-stor guardian sepanjang tempoh promosi yang bermula pada 21 Mac 2024, seperti:
Uncang Puffy Beauty Percuma dengan pembelian RM180 dan ke atas dalam satu resit untuk mana-mana produk kecantikan termasuk Penjagaan Kulit, Penjagaan Kulit Sensitif, Kosmetik, Aksesori Kecantikan dan Wangian.Kotak Makanan Tahan Karat Quby dengan Beg Thermal Percuma dengan pembelian RM120 dan ke atas dalam satu resit untuk produk Penjagaan Rambut, Penjagaan Mandian, Penjagaan Mulut, Deodoran, Pencukur, Penjagaan Wanita dan Kelengkapan Mandian Bayi.Troli Boleh Lipat Percuma dengan pembelian RM188 dan ke atas dalam satu resit untuk semua produk Penjagaan Kesihatan, GMS dan Makanan dan Konfeksi.Sampul Duit Raya guardian Percuma (8pcs) dengan pembelian RM68 dan ke atas dalam satu resit sementara stok masih ada.Kupon RM5 Percuma dengan setiap pembelian melebihi RM68 dalam satu resit.Untuk maklumat lanjut dan promosi, boleh terus layari ke :-
Facebook: @guardianmyInstagram: @guardianmyYouTube: @guardian MY
#guardianMYApp #guardianMy
____________________________________________________________________
Tentang Guardian Malaysia
Guardian Malaysia bermula sebagai sebuah kedai runcit farmaseutikal berkeluasan 200 kaki persegi, yang menyajikan perkhidmatan kepada komuniti ekspatriat 56 tahun lalu. Hari ini, ia merupakan peneraju rangkaian kesihatan, kecantikan dan farmasi runcit di negara ini, dengan lebih 600 buah stor di seluruh negara, menyediakan pelbagai produk kesihatan, kecantikan dan farmaseutikal yang tiada tandingannya. Setiap tahun, stor-stor kami menyediakan perkhidmatan kepada lebih 30 juta pelanggan di seluruh negara.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.azlindaalin.com/2024/03/guardian-raya-untuk-semua.html