Guardian Perkenal Rangkaian Baru Aksesori Kecantikan Essential Guardian
Hi Korang,
Guardian Malaysia telah memperkenalkan satu rangkaian baharu dan eksklusif Aksesori Kecantikan Essential Guardian yang boleh didapati di semua stor Guardian dan di dalam talian.
Menampilkan lebih 40 item baharu yang terdiri daripada span muka, paf muka, berus solekan, pencukur kening, pelentik bulu mata, penyepit, penghapus bintik hitam dan jerawat, gunting bulu kening, kapas pembersih, pengetip kuku, set tatarias kuku dan pengilap kuku
Anna Hull, Pengarah Komersil Malaysia dan Brunei dan Pengarah Jenama Sendiri, Kesihatan dan Kecantikan Asia Tenggara berkata:
“Sebagai peruncit Nombor Satu Kesihatan dan Kecantikan Terbaik di negara ini, Guardian sentiasa mengkaji dan membawakan produk terbaik yang tersedia pada nilai hebat kepada pelanggan. Produk-produk ini termasuk aksesori kecantikan terkini dan berkualiti tinggi yang dihasilkan secara eksklusif untuk Guardian mengikut standard dan spesifikasi Guardian untuk dijual pada harga yang sangat kompetitif kepada pelanggan kami.
“Rangkaian Aksesori Kencatikan Essential Guardian menampilkan trend dan ciri kecantikan terkini. Kami mempunyai 12 jenis span muka, sebagai contoh, termasuk satu yang dihasilkan dengan fiber akar sayuran Konjac, menjadikan ia span pembersih semula jadi yang memiliki tekstur lebih halus untuk membersih dan menanggalkan kulit mati dengan lembut. Kami juga mempunyai span 3D yang telah direka bentuk untuk mengoles dan mengadun semua formula kosmetik sama ada bedak, krim atau cecair untuk kemasan yang halus dan sempurna. Pendek kata, kami mempunyai span untuk setiap keperluan kecantikan tertentu.”
“Terdapat juga 15 jenis berus untuk pelbagai jenis kegunaan daripada berus kening hinggalah ke berus garisan ke berus kontur ke berus celahan dan berus noda. Terdapat juga set berus kembara, set berus mata dan set berus wajah.”
“Rangkaian Aksesori Kecantikan Essential Guardian dijual pada harga yang sangat mampu milik iaitu RM5.90 untuk span bedak asas hingga RM33.90 untuk set tatarias kuku. Jadi berkunjunglah ke stor kami sekarang atau lawati stor dalam talian kami untuk segala keperluan kecantikan anda. Terdapat banyak pilihan untuk dipilih untuk memastikan anda sentiasa tampil rapi dan menawan,” tambah Anna Hull
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.ciklilyputih.com/2022/05/guardian-perkenal-rangkaian-baru.html