Guardian Malaysia Sumbang 40 Juta Mandian Kepada Golongan Yang Memerlukan Untuk Kehidupan Yang Lebih Bermaruah


Assalammualaikum semua! guardian Malaysia perluas misi kebersihan diri kepada remaja. Beri harapan dan maruah kepada golongan kurang bernasib baik. Ruby tertarik dengan isu kebersihan diri di dalam kalangan golongan kurang bernasib baik (kanak-kanak, remaja, orang dewasa dan warga emas) memang penting dan sensitif, terutama apabila kekangan kewangan memaksa mereka memilih antara sabun dan sesuap nasi. Namun, ada beberapa cara masyarakat dan pihak berkepentingan boleh bantu menggalakkan serta memudahkan amalan kebersihan diri mereka tanpa membebankan. 
Ruby juga percaya, isu kebersihan ini bukan hanya tertumpu kepada golongan yang tidak berkemampuan sahaja. Ia adalah ilmu kebersihan yang perlu diamalkan oleh setiap individu. Sambil kita menghargai usaha murni guardian Malaysia. Ruby ingin berkongsi sesuatu yang agak peribadi tetapi sangat penting. 
Kadangkala, ketika berada di tempat awam di pusat membeli-belah, di kawasan menunggu LRT, di dalam lif dan di kawasan yang memerlukan kita berada berdekatan dengan masyarakat. Saya berdepan dengan situasi yang tidak selesa. Bau badan orang sebelah yang kuat, pakaian yang kotor, rambut yang berminyak, bau perfume yang tengik bercampur dengan bakteria serta nafas berbau. Mungkin ada yang akan cepat menghakimi, tapi kenapa ini berlaku? 
Sebab cuaca Malaysia yang panas menyebabkan kita berpeluh? Tahukah anda, peluh satu hari tidak membuatkan bau busuk keluar automatik. Ia terbentuk apabila berhari-hari tidak besihkan diri. Jadikan rutin mandian harian sambil membersih. Sental kawasan lipatan dan seluruh badan. Enjoy membersihkan diri. Jangan kasar dengan badan kita. 
GUARDIAN MALAYSIA SUMBANG 40 JUTA MANDIAN KEPADA GOLONGAN YANG MEMERLUKAN UNTUK KEHIDUPAN YANG LEBIH BERMARUAH


guardian Malaysia bermula sebagai sebuah kedai runcit farmaseutikal berkeluasan 200 kaki persegi, yang menyajikan perkhidmatan kepada komuniti ekspatriat 57 tahun lalu. Hari ini, ia merupakan rangkaian kesihatan, kecantikan dan farmasi runcit terkemuka di negara ini, dengan 550 buah stor di seluruh negara, menyediakan pelbagai produk kesihatan, kecantikan dan farmaseutikal yang tiada tandingannya. Daripada statistik dan gaya hidup pelanggan, guardian Malaysia telah melakukan inisiatif tanggungjawab sosial korporat kepada insan yang memerlukan

Pada 26 Mei 2025, guardian Malaysia menukar keperluan harian menjadi tindakan prihatin yang bermakna. Sebagai sebahagian daripada inisiatif serantau yang melibatkan lima negara termasuk Malaysia, guardian telah menyumbangkan lebih 40 juta mandian kepada kanak-kanak kurang bernasib baik dalam tempoh dua tahun yang lalu. 
Pencapaian luar biasa ini mencerminkan komitmen bersama seluruh rantau untuk memulihkan maruah dan memperbaiki tahap kebersihan diri harian dalam kalangan golongan yang paling memerlukan, membuktikan bahawa amalan ringkas seperti mandi boleh membawa perubahan besar dalam kehidupan seorang kanak-kanak

MISI SERANTAU, IMPAK SETEMPAT
“guardian telah menjadi sebahagian daripada komuniti Malaysia selama 57 tahun, dan hubungan kami dengan masyarakat adalah sangat erat dan peribadi,” kata Anna Ng, Pengarah Pemasaran guardian Malaysia. “Janji jenama kami, #MYWellbeingMatters, melambangkan komitmen kami untuk menjaga kesejahteraan rakyat Malaysia di mana sahaja, setiap hari.”

KELEBIHAN ADALAH HAK, BUKAN KEISTIMEWAAN
Inisiatif ini dilancarkan sebagai respons terhadap kebimbangan yang meningkat semasa dan selepas pandemik COVID-19, apabila peningkatan kos sara hidup memaksa ramai keluarga untuk mengutamakan keperluan asas seperti makanan dan tempat tinggal, berbanding penjagaan diri. Bagi kanak-kanak dalam keluarga ini, menjaga kebersihan diri menjadi satu cabaran harian.

“Misi kami mudah tetapi penuh makna: memastikan setiap kanak-kanak tanpa mengira latar belakang mempunyai akses kepada mandian yang bersih,” kata Anna. “Kebersihan bukan sahaja menambah keyakinan diri, malah menyumbang kepada kesejahteraan mental dan penglibatan yang lebih baik di sekolah. Ia adalah hak asasi manusia, bukan satu bentuk kemewahan.”

DARI KANAK-KANAK KE REMAJA: JANGKAUAN YANG LEBIH LUAS
Pada tahun 2025, guardian Malaysia memperluaskan jangkauan misinya dengan menyasarkan golongan remaja kurang bernasib baik, selain kanak-kanak sekolah rendah. Langkah ini diambil berdasarkan kesedaran bahawa remaja, terutamanya dalam komuniti berpendapatan rendah, menghadapi cabaran kebersihan yang tersendiri dalam fasa perkembangan emosi dan sosial yang kritikal

Walaupun pencapaian 40 juta mandian merupakan hasil usaha gabungan daripada lima pasaran serantau guardian, Malaysia terus memainkan peranan utama dalam menerajui inisiatif tempatan yang memberi impak besar terutamanya melalui kempen “Bersama, Menjaga Kebersihan dan Kesihatan Kanak-Kanak”.

Selain menyumbangkan produk penjagaan mandian asas, guardian turut menganjurkan bengkel kebersihan interaktifdi sekolah-sekolah, memperkasa pelajar denganpengetahuan dan kemahiran untuk menjaga diri mereka.

KUASA TINDAKAN BERSAMA
Kempen ini turut digerakkan oleh sokongan pelanggan guardian. Dengan setiap pembelian produk mandian guardian bersaiz 1 liter, sebanyak 15 sen disumbangkan kepada kempen ini menjadikan pembelian harian satu bentuk sumbangan yang berimpak.

“Kami sangat menghargai sokongan berterusan daripada pelanggan kami,” kata Anna. “Sokongan mereka telah membantu kami mencapai kejayaan luar biasa ini 40 juta mandian. Dengan sokongan yang berterusan, kami yakin angka ini akan meningkat pada tahun 2025.”

TINDAKAN PANTAS KETIKA KRISIS
Apabila bencana melanda, guardian bertindak segera. Sebagai lanjutan kepada misi ‘kesihatan dan kebersihan’, guardian juga komited untuk membantu rakyat Malaysia yang terjejas dalam situasi krisis. Sebagai contoh, ketika insiden kebakaran saluran paip gas di Putra Heights baru-baru ini, guardian bertindak pantas dengan mengedarkan 80 pek penjagaan diri melalui MERCY Malaysia kepada keluarga yang terjejas.

Selain itu, ketika banjir besar melanda Pantai Timur dan Malaysia Timur, guardian telah bekerjasama dengan Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSM) untuk menyalurkan bantuan barangan penjagaan asas bernilai lebih RM140,000 kepada mangsa-mangsa banjir di Semenanjung dan Malaysia Timur.

MENJAMIN KESEJAHTERAAN
Sebagai usaha meningkatkan kesedaran mengenai kanser payudara dalam kalangan wanita di Malaysia, sebanyak10,000 kit pemeriksaan sendiri kanser payudara “Pink Glove” telah diagihkan kepada wanita kurang bernasib baik melalui Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia pada Oktober tahun lalu.

JANJI GUARDIAN
Selama lebih 57 tahun, guardian Malaysia telah menjadi rakan kesihatan dan kecantikan yang dipercayai rakyat. Hubungan kami dengan komuniti bukan sekadar urusan jual beli, ia berakar umbi dari keprihatinan.

Melalui pendekatan bersepadu merangkumi pendidikan, bantuan kecemasan, dan tindakan prihatin setiap hari, guardian memperkasakan rakyat Malaysia untuk “Serlahkan Kecantikanmu” baik dari segi kebersihan fizikal mahupun kesejahteraan emosi.

KEBERSIHAN DIRI JUGA MARUAH YANG PERLU DIHARGAI
Ruby faham ramai di antara kita yang biasa dengan air bersih, sabun wangi, dan mesin basuh. Tapi bagi sesetengah golongan, memilih antara sebuku sabun atau sebungkus nasi adalah dilema harian. Golongan kurang bernasib baik termasuk kanak-kanak, remaja, orang dewasa yang bekerja keras, dan warga emas yang bersendirian sering meletakkan keperluan asas makanan jauh lebih utama dari kebersihan diri. Namun, kebersihan diri bukanlah soal mewah. Ia adalah asas maruah diri dan kunci kepada kesihatan yang baik. Betul kan

Dari faktor kesihatan, diri kita terdedah kepada kuman, jangkitan kulit, masalah kutu atau kudis boleh menular cepat tanpa penjagaan diri yang konsisten. Manakala faktor keyakinan diri, anda boleh lihat diri kita atau anak-anak kita yang bersih, berbau segar dan kemas akan lebih berkeyakinan di sekolah. Selain itu, kita yang hari-hari keluar mencari rezeki, bertemu dengan ramai orang akan lebih selesa bergaul. Malah kita akan menerima tawaran kerja dan bantuan apabila seseorang melihat diri kita terurus



Fenomena “spray perfume untuk tutup bau badan” menjadi amalah harian dan berlaku sehingga ke hari ini, terutama dalam kalangan remaja atau dewasa dari golongan kurang berkemampuan. Sebenarnya, ini bukan soal mereka memilih untuk bau, tapi lebih kepada kurangnya pendedahan dan kefahaman tentang cara kebersihan yang berkesan. Nak buat macam mana kan? 
Perfume Lebih “Mewah” Secara Visual. Dalam masyarakat, pakai minyak wangi sering dianggap lambang gaya dan status. Mereka mungkin fikir orang akan nampak mereka “terjaga” jika berbau wangi walaupun tanpa mandi. Tahukah anda, banyak perfume tiruan atau semburan RM1–RM5 di pasar malam yang mudah dibeli dan memberi ilusi bau wangi sementara. 

Apabila kebersihan asas tak dijaga, campuran bau badan dan perfume tiruan boleh menghasilkan bau yang lebih menyengat dan menyedihkan. Kebersihan bukan untuk hari istimewa seperti majlis kahwin, hari raya atau temuduga sahaja. Jadikan ia amalan setiap hari walau hanya dengan air dan sabun buku murah. 
Saya harap penulisan ini bukan untuk menghakimi, tetapi untuk mengajak kita semua peduli. Kerana satu sabun mampu menyelamatkan maruah, kesihatan dan keyakinan seseorang. Mari bantu mereka menjaga kebersihan bukan kerana kita tak tahan bau, tapi kerana mereka layak hidup dengan bermaruah.
www.guardian.com.my


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.ruby.my/2025/05/guardian-malaysia-sumbang-40-juta.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jabatan Kastam Diraja Malaysia Pahang Berjaya Rampas Bunga Ganja Bernilai Rm1 4 Juta Di Klia Awal Mei Lalu

Jabatan Kastam Diraja Malaysia Pahang Berjaya Rampas Bunga Ganja Bernilai Rm1 4 Juta Di Klia Awal Mei Lalu

papar berkaitan - pada 26/5/2025 - jumlah : 125 hits
KUANTAN Jabatan Kastam Diraja Malaysia Pahang berjaya mematahkan kegiatan sindiket pengedaran dadah yang menggunakan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur sebagai transit dalam tiga siri pemeriksaan awal Mei lalu Sindiket berkenaan dik...
Sami Curi Dana Kuil Lebih Rm38 7 Juta Untuk Berjudi

Sami Curi Dana Kuil Lebih Rm38 7 Juta Untuk Berjudi

papar berkaitan - pada 17/5/2025 - jumlah : 131 hits
AgensiBangkok Polis Thailand menahan seorang sami disyaki menyeleweng lebih 300 juta baht daripada dana derma kuil terkenal yang dipimpinnya Phra Thammachiranuwat dari kuil Wat Rai Khing di pinggir barat Bangkok dituduh memindahkan wang dar...
Kutipan Hasil Pahang Cecah Lebih Rm400 Juta Setakat Ini Landasan Betul Catat Lebih Rm1 Bilion Seperti Sebelumnya

Kutipan Hasil Pahang Cecah Lebih Rm400 Juta Setakat Ini Landasan Betul Catat Lebih Rm1 Bilion Seperti Sebelumnya

papar berkaitan - pada 17/5/2025 - jumlah : 109 hits
KUALA LIPIS Kutipan hasil negeri Pahang mencecah lebih RM400 juta setakat ini sekali gus berada di landasan yang betul untuk mencatat kutipan lebih RM1 bilion seperti tahun sebelumnya Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Is
Rokok Tak Bercukai Lebih Rm2 Juta Dirampas

Rokok Tak Bercukai Lebih Rm2 Juta Dirampas

papar berkaitan - pada 29/5/2025 - jumlah : 73 hits
PGA rampas 6 100 karton rokok pelbagai jenama dari selatan tanah air untuk pasaran utara Komander Briged Utara PGA Ulu Kinta Shahrum Hashim berkata rokok berkenaan dirampas dekat susur keluar persimpangan Jambatan Pulau Pinang IPOH Batalion...
Lebih 285 000 Kes Kad Pengenalan Hilang Setengah Daripadanya Milik Golongan Belia Mereka Cuai

Lebih 285 000 Kes Kad Pengenalan Hilang Setengah Daripadanya Milik Golongan Belia Mereka Cuai

papar berkaitan - pada 20/5/2025 - jumlah : 114 hits
Sebanyak 142 535 kes kehilangan kad pengenalan direkodkan tahun lalu membabitkan 50 peratus daripada keseluruhan 285 568 kes dan majoritinya melibatkan golongan belia berumur antara 15 hingga 30 tahun Memetik laporan Berita Harian Menteri B...
Guardian Malaysia Perluas Misi Kebersihandiri Kepada Remaja Beri Harapan Dan Maruah Kepada Golongankurang Bernasib Baik

Guardian Malaysia Perluas Misi Kebersihandiri Kepada Remaja Beri Harapan Dan Maruah Kepada Golongankurang Bernasib Baik

papar berkaitan - pada 27/5/2025 - jumlah : 119 hits
Hi Korang guardian Malaysia memenukar keperluan harian menjaditindakan prihatin yang bermakna Sebagai sebahagian daripada inisiatif serantau yang melibatkan lima negara termasuk Malaysia guardian telahmenyumbangkan lebih 40 juta mandian kep...
Say Hello To Do Drama Malaysia S First Vertical Short Drama App

Say Hello To Do Drama Malaysia S First Vertical Short Drama App

papar berkaitan - pada 15/5/2025 - jumlah : 207 hits
Say Hello to Do Drama Malaysia s First Vertical Short Drama App Malaysians now have an exciting new way to binge dramas fast fun and made for our busy lives Introducing Do Drama Malaysia s very own short drama app that officially launches t...
Sap Build Process Automation Malaysia Transforming Workflows

Sap Build Process Automation Malaysia Transforming Workflows

papar berkaitan - pada 15/5/2025 - jumlah : 178 hits
As digital transformation accelerates across industries Malaysian companies are seeking smarter faster and more cost effective ways to manage operations has become a leading solution for businesses in Malaysia looking to automate processes ...
Tanggung Cedera Paling Teruk Sepanjang Bermain Bola Habibi Akur Rawatan Fisio Di Physiogo

Pemuda Bandung Tolak Wacana Pengakuan Akan Israel

Mee Segera Buat Otak Jadi Lembab Betul Ke

Hiburan Kongsi Tips Pertahanan Diri Untuk Wanita Netizen Spekulasi Neelofa Hamil Anak Ketiga Baby Bump Comel

Jalur Gemilang Burned Stomped Women Harassed In Escalating Malaysian Sri Lankan Tiktok War

Memberdayakan Pasar Tradisional Melalui Inovasi Digital

Penceramah Agama Ditahan Disyaki Memberi Ceramah Tanpa Tauliah

Era Baharu Perbelanjaan Bijak Rakyat Malaysia Kini Seimbangkan Harga Dengan Kualiti


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Isteri Punca Suami Jadi Silent Treatment

Suka Yang Mana

Flight To Precision The Subtle Power Of K Flex In Competitive Darts

Guna Tong Gas Bersubsidi Tapi Anda Peniaga Ini Risikonya Yang Ramai Tak Sedar

Sajat Saya Akan Berpenampilan Lelaki

Buat Tuntutan Palsu Amp Salah Guna Bon Pinjaman Bina Lebuh Raya Sprm Sita Aset Mewah Tan Sri Bernilai Rm32 Juta L