Guardian Anjur Bengkel Kebersihan Dan Sumbang Produk Mandian Kepada Pelajar Sekolah


Hi Korang,

Kira-kira 200 pelajar Tahun 2 dan pelajar Berkerperluan Khas dari Sekolah Kebangsaan Shah Alam baru-baru ini, telah menyertai Bengkel Kebersihan Guardian interaktif anjuran Guardian Malaysia yang merupakan sebahagian daripada program khidmat masyarakatnya di seluruh negara, “Bersama, Menjaga Kebersihan dan Kesihatan Kanak-Kanak”, yang bertujuan membantu kanak-kanak daripada keluarga berpendapatan rendah kekal bersih dan seterusnya, kekal sihat

Soren Lauridsen, Ketua Pegawai Eksekutif, Kesihatan dan Kecantikan Asia Tenggara, Guardian Health and Beauty Sdn Bhd berkata;
“Kami berasa senang hati dan bangga menyaksikan keseronokan pada wajah kanak-kanak ini ketika mempelajari tentang amalan kebersihan yang baik di Bengkel Kebersihan kami. Di Guardian, kami percaya bahawa semua orang berhak untuk menjadi bersih dan sihat. Ia adalah hak asasi manusia. Hal ini tidak sepatutnya menjadi satu kemewahan atau keistimewaan, terutamanya bagi kanak-kanak. Kanak-kanak daripada keluarga berpendapatan rendah terdedah kepada serangan penyakit kerana keluarga mereka tidak mempunyai sumber untuk membeli produk kebersihan, lebih-lebih lagi selepas Covid-19 kerana keutamaan diberikan kepada menyediakan makanan untuk anak-anak mereka.”


“Inilah sebab tercetusnya Kempen ‘Bersama, Menjaga Kebersihan dan Kesihatan Kanak-Kanak’ Guardian yang dilancarkan dengan sasaran untuk menyediakan 20 juta mandian untuk kanak-kanak kurang bernasib baik, bukan hanya di Malaysia, tetapi di semua negara Asia Tenggara yang lain seperti Singapura, Indonesia, Kemboja dan Vietnam. Ini adalah kempen Tanggungjawab Sosial Korporat yang merentasi seluruh rantau operasi Guardian.”
Selain Bengkel Kebersihan, kanak-kanak sekolah itu turut menerima produk mandian Guardian percuma. Sebanyak 820 botol produk mandian dan pencuci tangan disumbangkan kepada mereka



Dalam pada itu, sukarelawan Guardian juga telah turut serta untuk melukis sebuah mural yang menampilkan Beruang Guardiancares yang menggambarkan kepentingan kebersihan dan amalan mandi di sekolah tersebut

Guru Besar SK Shah Alam, Puan Hamidah Bt Shamsudin turut merakamkan ucapan terima kasih beliau di atas sumbangan Guardian

“Kami sangat bersyukur di atas sumbangan yang bermakna dan usaha Guardian untuk memastikan kebersihan dan kesihatan kanak-kanak ini. Kami juga sangat menghargai usaha Guardian untuk menceriakan lagi sekolah kami dengan lukisan mural yang berwarna-warni. Ia benar-benar memberi semangat kepada para pelajar,” kata Puan Hamidah

Turut hadir, Dato’ Lawrence Low, Pengerusi dan Pengasas, MyPerintis & School of Life Malaysia, rakan kongsi NGO Guardian dalam program ini

Soren menambah; “Di samping itu, untuk setiap satu liter produk mandian Guardian yang dijual di Malaysia, 15 sen akan disumbangkan untuk membeli produk mandian untuk kanak-kanak kurang bernasib baik ini. Jadi kami berharap agar pelanggan kami dapat menyokong usaha khidmat masyarakat kami dengan membeli produk mandian badan Guardian.”

Sementara itu, patung beruang Guardiancares akan dijual pada harga RM30 sahaja, di semua stor Guardian di seluruh Malaysia dan di stor dalam talian serta aplikasi mudah alih Guardian. Semua hasil jualan patung Beruang Guardiancares akan disalurkan ke dana #guardiancares bagi menyokong keperluan penjagaan diri kanak-kanak kurang bernasib baik di Malaysia




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.ciklilyputih.com/2023/04/guardian-anjur-bengkel-kebersihan-dan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Lebih 42 000 Pelajar Sekolah Hamil

Lebih 42 000 Pelajar Sekolah Hamil

papar berkaitan - pada 13/4/2023 - jumlah : 240 hits
AFP DAR ES SALAAM Sekurang kurangnya 42 954 pelajar perempuan berhenti sekolah antara Julai 2021 dan Jun 2022 kerana hamil menurut laporan terbaharu oleh Pengawal dan Ketua Audit Negara Tanzania Menurut laporan CAG 2021 2022 yang dibentangk...
Sekolah Rosak Dilanda Ribut Pelajar Diberi Cuti Awal

Sekolah Rosak Dilanda Ribut Pelajar Diberi Cuti Awal

papar berkaitan - pada 17/4/2023 - jumlah : 289 hits
Keadaan SK Ujong Batu Kangar rosak teruk selepas bumbung diterbangkan ribut petang tadi PETALING JAYA Cuti sekolah sempena Aidilfitri bagi pelajar Sekolah Kebangsaan Ujong Batu Jalan Mengkuang Layar Kangar diawalkan selepas bumbung bangunan...
Driver Axia Dicekup Lakukan Aksi Jelik Dengan Kekasih Dipercayai Pelajar Sekolah

Driver Axia Dicekup Lakukan Aksi Jelik Dengan Kekasih Dipercayai Pelajar Sekolah

papar berkaitan - pada 7/4/2023 - jumlah : 1019 hits
Polis dilaporkan berjaya menahan dua orang suspek pasangan remaja yang berkelakuan jelik di sebuah tempat awam di Johor Bahru Berdasarkan video berdurasi 23 saat yang tular itu pasangan berkenaan melakukan perbuatan tersebut di tempat letak...
Ayah Ditukarkan Sekolah Turun Pangkat Secara Mengejut Tanpa Alasan Setelah 30 Tahun Berkhidmat Anak Luah Rasa Sedih

Ayah Ditukarkan Sekolah Turun Pangkat Secara Mengejut Tanpa Alasan Setelah 30 Tahun Berkhidmat Anak Luah Rasa Sedih

papar berkaitan - pada 18/4/2023 - jumlah : 670 hits
Seorang guru dari Sekolah Sultan Alam Shah Putrajaya yang telah bertugas selama 30 tahun di sekolah itu telah ditukarkan sekolah serta diturunkan pangkat secara mengejut tanpa diberi sebarang sebab Sebuah video tular yang dimuatnaik oleh an...
Jerebu Batal Aktiviti Luar Kelas Tutup Sekolah Bila Perlu Timbalan Menteri

Jerebu Batal Aktiviti Luar Kelas Tutup Sekolah Bila Perlu Timbalan Menteri

papar berkaitan - pada 19/4/2023 - jumlah : 428 hits
Imej hiasanSEREMBAN Pihak sekolah perlu membatalkan semua aktiviti luar bilik darjah jika bacaan indeks pencemaran udara melebihi 101 kata Timbalan Menteri Pendidikan Lim Hui Ling Beliau berkata tindakan itu ialah prosedur operasi standard ...
Nak Ke Sekolah Impian Jom Join Kelas Persediaan Pksk Ukkm Sesi Mei 2023 2024

Nak Ke Sekolah Impian Jom Join Kelas Persediaan Pksk Ukkm Sesi Mei 2023 2024

papar berkaitan - pada 21/4/2023 - jumlah : 720 hits
Nak Ke Sekolah Impian Jom Join Kelas Persediaan PKSK UKKM Sesi Mei 2023 2024Assalamualaikum Hi korang Selamat menjalani ibadah puasa buat rakan pembaca yang beragama islam Alhamdulillah sedar tak sedar dah nak sampai ke penghujung puasa dah...
Kemuka Tuntutan Palsu Bekal Makanan Mentah Sekolah 2 Individu Mengaku Tak Salah

Kemuka Tuntutan Palsu Bekal Makanan Mentah Sekolah 2 Individu Mengaku Tak Salah

papar berkaitan - pada 14/4/2023 - jumlah : 274 hits
Tertuduh Malik Ibrahim dan Erlina Zulkifli mengaku tidak bersalah menggunakan invois palsu dalam tuntutan pembekalan bahan mentah asrama sekolah dibuat antara 2015 dan 2016 PETALING JAYA Pengurus sebuah syarikat dan pembantu murid prasekola...
Mak Mak Boleh Tarik Nafas Lega Menteri Pendidikan Umum Sekolah Cuti Khas Pada 19 April

Mak Mak Boleh Tarik Nafas Lega Menteri Pendidikan Umum Sekolah Cuti Khas Pada 19 April

papar berkaitan - pada 11/4/2023 - jumlah : 371 hits
Ibu ibu boleh menarik nafas lega bila mana kerajaan mengumumkan tarikh 19 April sebagai cuti persekolahan sempena sambutan Hari Raya nanti Cuti sekolah yang sepatutnya bermula pada 20 April ini diawalkan kepada 19 April ini Pastinya memudah...
Erra Fazira Sah Bergelar Isteri Ezwan Zain Majlis Penuh Syahdu Di Rinjani Majestic

Smartphone Hotpicks On Lazada S 12 12 2025

Hujan Lebat Pusat Beli Belah Trx Bocor Lagi

Reinstate Ptptn Loan Waiver For Top Scorers From Private Varsities Govt Urged

Writing Love Letters That Feel Honest Not Overwritten Or Fake

Cucur Cendawan Enoki Rangup Ketagih Resipi Mudah Tapi Padu

Lazada S Christmas Promotion

Confirm Tak Lemau Ini Cara Kekalkan Kerangupan Ikan Bilis Goreng


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Bagaimana Huawei Melindungi Anda Di Jaringan Wi Fi Publik

Cepat Habis Jika Begini

Apabila Moraliti Bertemu Undang Undang Perlembagaan Harus Diutamakan

Pertarungan Sengit Di Separuh Akhir Fifae World Cup 2025 Efootball Mobile Menunjukkan Kehebatan

Ejen Hartanah Dedah Tanah Belakang Rembayung Dijual Dengan Harga Rm1 9 Juta Boleh Untung Jika Buat Bisnes Parkir

Hampir 700 Lubang Benam Muncul Di Turkiye Akibat Kemarau Ekstrem