Guan Eng Tidak Puas Hati Cabar Zuraida Dedah Surat Ksu


Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng mencabar Zuraida Kamaruddin mendedahkan surat permohonan Ketua Setiausaha Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan pada 2018 untuk projek rundingan terus RM170.3 juta kepada Kementerian Kewangan.
Projek-projek yang dimaksudkan ialah Projek Sisa Pepejal Taman Beringin atau PSPTB (bernilai RM170,294,400.00) dan Sistem Perisian Perakaunan Century (bernilai RM501,206.37).
Guan Eng berkata, surat permohonan KPKT yang diterajui Zuraida itu ditulis oleh pegawai kanan yang berpangkat Ketua Setiausaha (KSU) memandangkan projek itu melibatkan jumlah yang besar.
”Zuraida tidak boleh menafi bahawa ada surat permohonan KPKT sedemikian. Saya mencabar beliau untuk mendedahkannya supaya rakyat boleh mengetahui kisah sebenar,” katanya.
Tegas bekas Menteri Kewangan itu, KSU KPKT tidak mungkin menulis surat rasmi pada tahun 2018 kepada Kementerian Kewangan tanpa pengetahuan atau restu menterinya, iaitu Zuraida.
Sekiranya benar permohonan dibuat tanpa pengetahuan Zuraida, KSU boleh dikenakan tindakan disiplin.
”Saya tidak percaya bahawa KSU KPKT ialah seorang yang sanggup bertindak “khianat” sedemikian walaupun terhadap seorang menteri “pengkhianat” PH. Ataupun Zuraida begitu jahil tentang perihal Kementeriannya sehingga tidak tahu KSU telah membuat permohonan RT kepada MOF.
”Sekiranya ini benar, maka Zuraida memang tidak layak “not fit and proper”, untuk memegang jawatan Menteri,” ujarnya.
Semalam Zuraida mendedahkan dua projek runding terus di kementeriannya memang diluluskan oleh Guan Eng selaku Menteri Kewangan kerajaan Pakatan Harapan ketika itu.
“Semalam, saya sudah katakan saya akan siasat dakwaan dibuat pemimpin PH bahawa dua projek diluluskan menerusi rundingan terus dalam KPKT. Seperti yang dijanji, saya sudah siasat dan mengumumkan apa yang sudah ditemui.
Saya boleh mengesahkan bahawa rundingan terus ini dilaksanakan oleh bekas menteri kewangan sendiri iaitu Lim Guan Eng,” katanya.
Zuraida menambah, Penasihat Syarikat Bumi Segar Indah ialah Tamrin Tun Ghaffar yang juga penyokong PH.
Katanya, pada pertemuan 26 November 2018, Guan Eng bukan haja membincangkan rundingan semula projek itu bersama Tamrin tetapi juga bersetuju mengurangkan kos yuran pemberian 10 peratus lebih sedikit daripada kos asal kononnya dapat menjimatkan wang untuk kerajaan.
Guan Eng kemudian menasihati Bumi Segar Indah untuk berhubung dengan KPKT untuk membentangkan dan susulan dengan cadangan rasmi.
Mengulas kenyataan itu, Guan Eng menyifatkan Zuraida berpaling tadah dan menyalahkannya pula.
“… kononnya sayalah yang meluluskan PSPTB pada 20 Februari 2019 sebanyak RM170.3 juta tanpa pengetahuannya. Ini perkara yang mustahil. Saya ingin tegaskan bahawa amalan biasa ialah kementerian yang bertanggungjawab akan memohon kepada Kementerian Kewangan untuk projek RT dijalankan. Justeru, semestinya akan ada surat daripada KPKT kepada Kementerian Kewangan.
”Sila dedahkan juga surat kepada KPKT daripada Kementerian Kewangan atau daripada saya, kalau ada. Saya berharap Zuraida boleh mendedahkan surat-surat yang berkaitan agar rakyat dapat menilai sendiri kebenarannya. Janganlah sorok-sorok, sembunyikan fakta, menutup kebenaran atau lari daripada hakikat sebenarnya. MalaysiaGazette
The post Guan Eng tidak puas hati, cabar Zuraida dedah surat KSU appeared first on My KMU NeT.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2020/08/30/guan-eng-tidak-puas-hati-cabar-zuraida-dedah-surat-ksu/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Beritahu Zafrul Jika Tak Puas Hati Bukan Saya Guan Eng Beritahu Zuraida

Beritahu Zafrul Jika Tak Puas Hati Bukan Saya Guan Eng Beritahu Zuraida

papar berkaitan - pada 28/8/2020 - jumlah : 368 hits
Bekas menteri kewangan Lim Guan Eng menggesa Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Zuraida Kamaruddin supaya memaklumkan rasa tidak puas hatinya berhubung senarai 101 projek rundingan terus di bawah kerajaan Pakatan Harapan kepada Menteri...
Sila Dedah Siapa Dapat Projek Runding Terus Guan Eng Cabar Tengku Zafrul

Sila Dedah Siapa Dapat Projek Runding Terus Guan Eng Cabar Tengku Zafrul

papar berkaitan - pada 25/8/2020 - jumlah : 471 hits
YB Menteri Kewangan sebut Kementerian Kewangan zaman PH luluskan 101 projek secara langsung bernilai RM6 6 bilion dalam tempoh 22 bulan Ataupun RM 65 3 juta secara purata setiap projek Kerajaan PH mengamalkan tender terbuka tetapi pengecual...
Zuraida S Aide Guan Eng S Ministry Handled Direct Award Contracts

Zuraida S Aide Guan Eng S Ministry Handled Direct Award Contracts

papar berkaitan - pada 28/8/2020 - jumlah : 379 hits
An aide to Housing and Local Government Minister Zuraida Kamaruddin has reiterated that the minister was not involved in the awarding of direct tenders under her ministry s purview Instead political secretary Nor Hizwan Ahmad said the matte...
Lim Guan Eng Dedah Projek Diwarisi Dari Bn Dalam Senarai 101 Projek Rundingan Terus Ph

Lim Guan Eng Dedah Projek Diwarisi Dari Bn Dalam Senarai 101 Projek Rundingan Terus Ph

papar berkaitan - pada 27/8/2020 - jumlah : 431 hits
PH hanya luluskan 70 projek rundingan terus Oleh Muhammad Yusri Muzamir yusri muzamir bh com my KONGSI ARTIKEL Share Tweet KUALA LUMPUR Bekas Menteri Kewangan Lim Guan Eng mendakwa hanya 70 daripada 101 projek rundingan terus diluluskan sep...
Show Evidence If You Have It Guan Eng Tells Zuraida Over Direct Deals

Show Evidence If You Have It Guan Eng Tells Zuraida Over Direct Deals

papar berkaitan - pada 4/9/2020 - jumlah : 297 hits
Former finance minister Lim Guan Eng urged Housing and Local Government Minister Zuraida Kamaruddin today to reveal documents on two directly negotiated projects involving her ministry This comes after Zuraida said she was prepared to hand ...
Najib Dedah Dokumen Bukti Kait Phang Dengan Guan Eng Dan Betty

Najib Dedah Dokumen Bukti Kait Phang Dengan Guan Eng Dan Betty

papar berkaitan - pada 17/8/2020 - jumlah : 292 hits
Syarikat yang baru ditubuh milik Phang Li Koon dengan pendapatan amat rendah membayar kononnya yuran guaman RM372 000 kepada isteri Guan Eng Kenapa dan untuk khidmat apa syarikat baru ditubuh perlu bayar yuran guaman mahal giler tidak pula ...
Show All Letters On Direct Award In 2018 Guan Eng Challenges Zuraida

Show All Letters On Direct Award In 2018 Guan Eng Challenges Zuraida

papar berkaitan - pada 30/8/2020 - jumlah : 328 hits
Former finance minister Lim Guan Eng has challenged Housing and Local Government Minister Zuraida Kamaruddin to publicly disclosed the letters involved in the RM170 3 million direct award granted by her ministry when Pakatan Harapan was in ...
Najib Cabar Lim Guan Eng Saman Beliau Ada Berani Ke

Najib Cabar Lim Guan Eng Saman Beliau Ada Berani Ke

papar berkaitan - pada 23/8/2020 - jumlah : 412 hits
Timbalan Speaker Melaka cuma buat satu posting FB berhubung Guan Eng terus dia keluarkan surat tuntutan mahu saman Saya yang berulang kali buat posting tentang skandal songlap terowong sejak tahun lepas siap minta dia saman saya jika saya f...
Lupa Kata Laluan Sarawak Pay Username Ini Cara Reset Semula

Reset Sarawak Id Kemaskini No Tel Password Username Baru

This Is The Easiest Way To Teach Your Kids Problem Solving Skills

Kemaskini S Pay Global Tukar Telefon Username Password Baru

Benarkah Panglima Awang Orang Pertama Mengelilingi Dunia

Cucur Nasi Pedas Sedap Rangup Dan Mengenyangkan

Teman Ummi Beli Barang

Create Buzz And Attract Investors


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 8 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 7 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Antara Dua Syurga Slot Lestary TV3

Resepi Makaroni Cheese Goreng Paling Mudah dan Cepat

Biodata Zarif Ghazzi Pelakon Drama Berepisod Antara Dua Syurga TV3 Berbahagi Suami Astro


Let S Get Gym Shirt From Ironpanda

Belanja Makan Hujung Tahun Di Damas Arabic Restaurant Penang

Kelantan Trekking Ke Air Terjun Mawar Mawo Di Jeli

Man With Flail Right Arm Awarded Rm850 000 For Medical Negligence

Importance Of Good Manners In Life

Cerita Makan Kedai Tomyam Hujung Minggu Di Melaka