Guan Eng Sindir Mahathir




Dengan pantas Ketua Penerangan Bersatu, Dr. Radzi Jidin mengeluarkan kenyataan media membantah cadangan Lim Guan Eng agar soal pengganti Dr. Mazlee Malik sebagai Menteri Pendidikan dibincangkan dalam PH.

Kata beliau, memilih pengganti Dr. Mazlee  adalah hak dan kuasa Perdana Menteri menentukannya kerana kerusi itu merupakan kouta Bersatu.

Sehubungan itu, katanya, tidak perlu sama sekali perkara itu dibincangkan dalam PH.

Kepantasan Dr. Radzi mengeluarkan kenyataan media berkaitan perkara ini agak memeranjatkan kerana sejak dilantik selaku Ketua Penerangan Bersatu pada September 2018 lalu, beliau dilihat agak pasif dan seolah-olah tidak berfungsi.

Bukan saja jentera Penerangan Bersatu bagaikan tidak bergerak di bawahnya, terutama dalam beberapa PRK yang diadakan, bahkan meski banyak isu politik yang berlaku dalam negara, beliau juga tidak pernah bersuara atau mengeluarkan apa-apa kenyataan media.

Kalau tak silap, ini adalah kenyataan media yang pertama kali pernah dikeluarkan oleh Dr. Radzi atas nama Ketua Penerangan Bersatu. 
Bahkan, ada pemimpin Bersatu sendiri tidak lama sebelum ini pernah menyebut, beliau sendiri tidak pasti sama ada Biro Penerangan di bawah Dr. Radzi pernah mengadakan mesyuarat atau pun tidak.

Tetapi, mengapa bila Guan Eng bersuara tentang pengganti Dr. Mazlee, tiba-tiba Dr. Radzi begitu cepat memberi reaksinya?

Apakah beliau sedang cuba menonjolkan diri bagi menarik perhatian Perdana Menteri agar dirinya dilantik sebagai Menteri Pendidikan yang baru?

Dalam soal kenyataan Guan Eng yang mencadangkan pengganti Dr. Mazlee dibincangkan dalam PH, Menteri Kewangan itu sebenarnya bukan tidak faham tentang hak dan kuasa Perdana Menteri.

Sebagai orang lama dalam politik dan pernah menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang sejak 2008, mustahil Guan Eng tidak arif membezakan mana satu kuasa mutlak Perdana Menteri dan mana satu perlu dibawa dalam mesyuarat PH.

Apabila beliau menyarankan agar soal pengganti Dr. Mazlee dibincangkan dalam PH, sedangkan ia merupakan sesuatu yang difahami umum sebagai hak mutlak Perdana Menteri memilihnya kerana dibawah kouta Bersatu, Menteri Kewangan itu sebetulnya sedang menyindir Tun Mahathir.

Ini kerana, memandangkan Tun Mahathir masih berdolak-dalik untuk menentukan tarikh peralihan kuasa kepada Anwar Ibrahim dan seolah-olah ingin memilih sendiri penggantinya mengikut kehendak hatinya, maka itulah tujuan sebenar Guan Eng menyentul soal pengganti Dr. Mazlee itu.

Ia bertujuan untuk mengingatkan Tun Mahathir bahawa kuasa memilih pengganti selepasnya iaitu sebagai PM8 adalah hak dan kuasa PH, bukan hak serta kuasa Perdana Menteri secara sendirian.

Berikutan Dr. Radzi dengan pantas memberi reaksi kepada saranan Guan Eng itu, bermakna umpan kail yang dipasangnya sudah mengena.

Bermakna, kalau diakui bahawa kuasa memilih pengganti Dr. Mazlee adalah hak dan kuasa Perdana Menteri, maka mestilah juga diakui hak serta kuasa PH dalam menentukan kedudukan bakal Perdana Menteri seterusnya.

Selepas ini dengan sendirinya Tun Mahathir tidak boleh berdolak-dalik lagi tentang kedudukan Anwar sebagai bakal penggantinya serta tidak sepatutnya terus cuba-cuba mahu menonjolkan calon lain atau ingin menubuhkan kerajaan baru melalui pintu belakang.

Bijak tak Guan Eng? (ShahbudinHusin 04/01/2020)



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2020/01/guan-eng-sindir-mahathir.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kegunaan Vellfire Untuk Menteri Tunggu Keputusan Mesyuarat Kabinet Kata Guan Eng

Kegunaan Vellfire Untuk Menteri Tunggu Keputusan Mesyuarat Kabinet Kata Guan Eng

papar berkaitan - pada 1/1/2020 - jumlah : 312 hits
Gambar sumber The Sun DailySebelum ini ada artikel yang mendedahkan bahawa kerajaan menggunakan Vellfire dan Camry untuk kegunaan menteri dan pegawai tinggi kerajaan secara kontrak Bagaimanapun hari ini Menteri Kewangan Lim Guan Eng mnegelu...
32 Toyota Vellfires For Ministers 3 000 Honda Accords For Senior Officials Cabinet To Make Final Decision Says Guan Eng

32 Toyota Vellfires For Ministers 3 000 Honda Accords For Senior Officials Cabinet To Make Final Decision Says Guan Eng

papar berkaitan - pada 2/1/2020 - jumlah : 263 hits
THE cabinet will decide which company gets to supply vehicles for the official use of ministers and senior government officials said Lim Guan Eng The Finance Minister said although such matters fall under the purview of his ministry the cab...
The Promise Of Low Petrol Prices In Ge14 Will Burden The Taxpayers Guan Eng Admits

The Promise Of Low Petrol Prices In Ge14 Will Burden The Taxpayers Guan Eng Admits

papar berkaitan - pada 2/1/2020 - jumlah : 215 hits
The promise of low petrol prices in the GE14 election manifesto will burden the taxpayers Pakatan now admits Lim Guan Eng today explained the government decided to postpone rolling out its Petrol Subsidy Programme out of concern an abrupt f...
Lim Guan Eng Whacks Muafakat Nasional In New Year Message

Lim Guan Eng Whacks Muafakat Nasional In New Year Message

papar berkaitan - pada 31/12/2019 - jumlah : 327 hits
DAP 2020 New Year Message By DAP Secretary General And MP For Bagan Lim Guan Eng Dec 31 2020 is pivotal to determine whether Malaysia Baru belongs to all Malaysians whether in the urban or rural areas young or old male or female and ensure ...
Guan Eng Sokong Elaun Menteri Dipotong Tapi Biar Kabinet Putuskan

Guan Eng Sokong Elaun Menteri Dipotong Tapi Biar Kabinet Putuskan

papar berkaitan - pada 30/12/2019 - jumlah : 345 hits
Diterbitkan Hari ini 3 35 petangBERITAMenteri Kewangan Lim Guan Eng menyambut baik cadangan oleh rakannya dalam kabinet untuk mengurangkan elaun menteri dan ahli politik Sebagai menteri kewangan apa apa penjimatan adalah suatu yang baik ker...
Malaysia S Economy To Do Better In 2020 Says Guan Eng

Malaysia S Economy To Do Better In 2020 Says Guan Eng

papar berkaitan - pada 12/1/2020 - jumlah : 376 hits
Malaysia s economy is expected to do better in 2020 as the manufacturing purchasing managers index for December 2019 rose to a 15 month high says Finance Minister Lim Guan Eng In a statement today Lim said in addition the government is boos...
Ph Perlu Kerja Lebih Keras Demi Rakyat Guan Eng

Ph Perlu Kerja Lebih Keras Demi Rakyat Guan Eng

papar berkaitan - pada 2/1/2020 - jumlah : 257 hits
Pada 2 Januari 2020oleh Pentadbir Kerajaan Pakatan Harapan perlu menumpukan usaha menunaikan janji manifesto pilihan raya umum yang lalu kata Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dalam mesej Tahun Baru 2020 hari ini Menurut beliau ia adalah sa...
Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik