Guan Eng Masih Takut Kah Berdebat Dengan Wee Ka Siong




Guan Eng tidak dapat elak berdebat dengan saya sekarang, kata Wee
Presiden MCA Wee Ka Siong sekali lagi mengulangi cabaran debatnya mengenai isu berkaitan terowong Pulau Pinang dengan Menteri Kewangan Lim Guan Eng.
Bercakap dengan FMT, Wee berkata, alasan Lim menolak cabaran debat itu ketika ia pertama kali dibuat tidak lagi relevan kerana beliau kini adalah presiden MCA.
Mac lepas, Lim berkata, protokol politik menetapkan bahawa beliau hanya boleh berdebat dengan presiden MCA, yang pada masa itu dijawat oleh Liow Tiong Lai.
“Sekarang saya presiden MCA, dan mengikut Lim, beliau kini boleh berdebat dengan saya,” kata Wee.
“Bagaimanapun jika Lim terus bersikap pengecut dengan memberi alasan lain, saya bersedia berdebat dengan Chow Kon Yeow atas kedudukannya sebagai ketua menteri Pulau Pinang.”
Wee kemudian menghalakan kritikannya kepada Chow yang berkata semalam bahawa kos projek terowong bawah laut dan 3 jalan raya lain kekal pada RM6.3 bilion, bukannya mencecah “RM20 bilion” seperti dianggarkan oleh presiden MCA itu.
Wee mempersoalkan bagaimana seseorang boleh mempercayai bahawa projek yang berharga RM6.3 bilion 6 tahun lepas tidak mengalami kenaikan kos sehingga sekarang dan akan kekal pada kos yang sama, hatta pada 2026 apabila kerja pembinaannya dijadualkan bermula.
Beliau berkata, ia seolah-olah menunjukkan kadar inflasi dan harga tanah di Pulau Pinang tidak berubah sejak 2013 dan akan “kekal 0 sehingga tahun 2026”.
Terdahulu kerajaan Pulau Pinang berkata, kerja pembinaan bahagian terowong akan bermula pada 2023, tetapi menurut laporan terbaru, kerja berkenaan hanya akan dimulakan pada 2026.
Wee menyebut bagaimana timbalan Chow, P Ramasamy cuba membuktikan bahawa anggaran kos RM20 bilion yang beliau nyatakan itu sebagai salah.
Ramasamy berkata, harga tanah adalah RM475 satu kaki persegi, bukannya RM1,300 seperti yang diandaikan oleh Wee dalam pengiraannya.
Wee merujuk laporan The Edge Rabu lepas yang menyebut bahawa Maybank membantu menjual tanah terbabit pada harga RM1,300 satu kaki persegi.
“Ini membuktikan saya betul dan Ramasamy salah.”
Katanya beliau mahu debat diadakan, bukannya “bertengkar kosong” melalui media.
Pembinaan terowong dan 3 jalan raya terbabit akan dibayar melalui pemberian hak ke atas 110 ekar tanah di Seri Tanjung Pinang 2, yang masih ditebus guna.
FMT



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2019/08/30/guan-eng-masih-takut-kah-berdebat-dengan-wee-ka-siong/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mari Berdebat Jangan Lari Ka Siong Cabar Guan Eng Dan Km Pulau Pinang

Mari Berdebat Jangan Lari Ka Siong Cabar Guan Eng Dan Km Pulau Pinang

papar berkaitan - pada 6/9/2019 - jumlah : 236 hits
Terus siasat skandal terowong dasar laut Polis Diraja Malaysia dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia sekali lagi digesa menyiasat skandal terowong dasar laut Pulau Pinang Gesaan itu dibuat oleh Presiden MCA Datuk Seri Dr Wee Ka Siong y...
Dr Wee To Guan Eng Now That I M Mca President Let S Debate On The Undersea Tunnel Project

Dr Wee To Guan Eng Now That I M Mca President Let S Debate On The Undersea Tunnel Project

papar berkaitan - pada 31/8/2019 - jumlah : 268 hits
MCA president Datuk Seri Dr Wee Ka Siong once again challenged Finance Minister Lim Guan Eng to debate the Penang undersea tunnel project He said Lim previously rejected the challenge to hold a debate about the matter as Dr Wee was not the ...
I M Mca Chief Guan Eng Can T Avoid Debating Me Now Says Wee

I M Mca Chief Guan Eng Can T Avoid Debating Me Now Says Wee

papar berkaitan - pada 31/8/2019 - jumlah : 343 hits
Wee then trained his guns on Chow who said yesterday that the cost of the undersea tunnel and three roads project would remain at RM6 3 billion and not shoot to over RM20 billion as Wee had estimated MCA president Wee Ka Siong has renewed h...
10 Sebab Mengapa Lim Guan Eng Mesti Letak Jawatan Menteri Kewangan

10 Sebab Mengapa Lim Guan Eng Mesti Letak Jawatan Menteri Kewangan

papar berkaitan - pada 28/8/2019 - jumlah : 279 hits
1 YB Lim Guan Eng bertanggungjawab sepenuhnya dengan sandiwara yang dimainkan beliau bahawa negara bakal bankrap kerana hutang negara sudah melangkaui RM1 trilion hanya untuk mengaburi mata rakyat atas kegagalan PH menunaikan janji manifest...
M Kewngan Gagal Daim Ganti Guan Eng Shahidan Kassim

M Kewngan Gagal Daim Ganti Guan Eng Shahidan Kassim

papar berkaitan - pada 28/8/2019 - jumlah : 211 hits
KANGAR 27 Ogos Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri Datuk Seri Shahidan Kassim menyifatkan Menteri Kewangan Lim Guan Eng gagal menjalankan tugas dengan baik sehingga menyebabkan kelembapan ekonomi negara Sehubungan itu beliau mencadangka...
Guan Eng Lied Nothing Was Used To Pay 1mdb S Debts Says Najib

Guan Eng Lied Nothing Was Used To Pay 1mdb S Debts Says Najib

papar berkaitan - pada 25/8/2019 - jumlah : 277 hits
Najib Razak has cast doubt on Finance Minister Lim Guan Eng s explanation that one of the reasons for the government s borrowing of RM58 1 billion in the first six months of the year is to repay 1MDB debts Speaking to FMT the former prime m...
Guan Eng Expect 20 Rise In Housing Loan Approvals With Bank Negara S New Requirements

Guan Eng Expect 20 Rise In Housing Loan Approvals With Bank Negara S New Requirements

papar berkaitan - pada 23/8/2019 - jumlah : 245 hits
Finance Minister Lim Guan Eng said Bank Negara Malaysia s easing of eligibility requirements for its RM1 billion Fund for Affordable Homes should lead to at least a 20 increase in home loan approvals for first time homebuyers Lim said that ...
Masih Kah Ada Berahi

Masih Kah Ada Berahi

papar berkaitan - pada 4/9/2019 - jumlah : 310 hits
Dulu pun bukan kerana rakyat terlalu sayang PH Tapi kerana kebencian kepada pemimpin UMNO dan BN yang semakin hari semakin membara menyebabkan rakyat menukar selera Ditambah pula dengan janji janji pelesu Siakap senohong gelama ikan duri ca...
Anak Orang Berada Pun Dapat Sarapan Percuma Wee Ka Siong

Anak Orang Berada Pun Dapat Sarapan Percuma Wee Ka Siong

papar berkaitan - pada 28/8/2019 - jumlah : 315 hits
Wee Ka Siong mempersoalkan Program Sarapan Percuma yang akan dilaksanakan di sekolah rendah tahun depan bertanyakan adakah kerajaan berhajat untuk memberikan makanan percuma kepada pelajar dari keluarga berada Presiden MCA itu berkata bukan...
Jenis Pelaburan Terbaik Di Malaysia

Kenaikkan Harga Hotel Bajet Bakal Jejaskan Industri Pelancongan Negara

Datin Thalia Terkilan Dengan Sikap Buruk Pembantu Rumahnya

Pm Political Stability Making Malaysia Valued Investment Destination

Honor Lancar Empat Peranti Baharu Honor Pad 9 5g Honor X7b 5g Honor Magicbook X 16 Honor Band 9

Either You Are For The Working Class Or Against It Anwar You Can T Both Run With The Foxes And Hunt With The Hounds

Persatuan Hotel Bajet Sarankan Penggunaan Pekerja Asing Untuk Industri Perhotelan

Kkb Polls Respect Mca S Decision To Boycott Campaign



8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan

Biodata Aizat Saha Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3 Personaliti TikTok

Kenapa Platipus Haiwan Yang Membuatkan Saintis Merasa Hairan

Biodata Qistina Rania Pelakon Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Astro Ria Peserta Hero Dewi Remaja 2023

Biodata Dan Umur Adik Tantari Penyanyi Lagu Viral Rindu Hatiku Rindu Pesilat Cilik


Masverse Unveils Groundbreaking Blockchain Platform

Update Daftar Link 50 Anggota Aktif Komunitas Blogger Pontianak

Time Crunched Car Care How Mobile Washes Save The Day

Semakin Ramai Kanak Kanak Masuk Hospital Akibat Vape E Rokok

Home Detention Najib Keputusan Lembaga Pengampunan Atau Bukan

Mainkan Peranan Anda Dan Gunakan Semangat Pasukan Untuk Menaikkan Piala Thomas