10 Sebab Mengapa Lim Guan Eng Mesti Letak Jawatan Menteri Kewangan



1. YB Lim Guan Eng bertanggungjawab sepenuhnya dengan sandiwara yang dimainkan beliau bahawa negara bakal bankrap kerana hutang negara sudah melangkaui RM1 trilion hanya untuk mengaburi mata rakyat atas kegagalan PH menunaikan janji manifesto. Ini memberi kesan besar kepada keyakinan pelabur asing yang selama ini bergantung kepada maklumat rasmi Laporan Bank Negara Malaysia, Bank Dunia dan IMF yang semuanya melaporkan secara konsisten bahawa hutang negara tidakpun mencecah RM686 bilion bersamaan 50.7% daripada KDNK ketika BN memerintah. 


2. YB Lim Guan Eng bertanggungjawab sepenuhnya kepada pemansuhan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dan memperkenalkan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) sehingga menyebabkan Kerajaan menghadapi kelompongan purata hasil sebanyak RM20 - 30 bilion setahun. Kelompongan ini juga menyebabkan Kerajaan PH terpaksa memperkenalkan cukai dan levi baru yang lebih membebankan sehingga menjadikan Malaysia dirasai pelabur sebagai tidak lagi kondusif untuk perniagaan. Kerajaan juga dipaksa menjual aset-aset bernilai tinggi negara sehingga RM20 billion dalam tempoh masa 400 hari pemerintahan PH.
3. Penipuan YB Lim Guan Eng sewaktu menjawab di satu sidang Parlimen dengan mendakwa Wang Kutipan Hasil GST telah dirompak oleh Kerajaan BN terdahulu telah menyebabkan pelabur-pelabur hilang kepercayaan berkenaan tahap tadbir urus negara. Bursa Malaysia menyaksikan aliran keluar dana asing berterusan sehingga pernah mencecah RM38 billion dalam tempoh sehari, bahkan Bursa Malaysia pernah mencatatkan kejatuhan teruk 270 mata dari 1864 hingga hari ini 1574 yang bersamaan kehilangan nilai aset sebanyak RM270 bilion. 
4. Aliran keluar dana asing yang berterusan lantaran kegagalan Lim Guan Eng yang terus angkuh mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang tidak bertanggungjawab sehingga hari ini juga menyebabkan nilai Ringgit Malaysia terus jatuh berbanding dollar Amerika Syarikat sehingga ke paras RM4.20 bagi setiap 1 dollar berbanding RM3.80 bagi setiap 1 dollar pada sebelum PRU14. 
5. YB Lim Guan Eng telah membentangkan Belanjawan Kerajaan Persekutuan terbesar di dalam sejarah fiskal negara iaitu RM314 bilion, tetapi pada masa yang sama telah memotong dan membatalkan banyak bantuan-bantuan untuk golongan B40 seperti pemansuhan Bantuan Musim Tengkujuh (BMT), bantuan untuk nelayan, pesawah dan pekebun kecil. Beliau dilihat tidak berminat dengan pembangunan ekonomi luar bandar dan penduduknya yang rata-ratanya dari golongan B40.
6. YB Lim Guan Eng pernah mengugut industri dan perniagaan dengan pengenalan cukai-cukai baharu sekiranya kehendaknya tidak dituruti. Gejala ini menakutkan pelabur dan pembiaya. Pernah Lim Guan Eng ditegur Pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan Tun Daim Zainuddin kerana tidak sepatutnya mengugut bank-bank untuk mengenakan cukai baharu jika arahannya untuk dipermudahkan kaedah pembiayaan perniagaan tidak dipenuhi.
7. YB Lim Guan Eng secara angkuh menggunakan kuasa sebagai Menteri Kewangan untuk menfitnah dan merendah-rendahkan Kerajaan-Kerajaan Negeri seperti Kerajaan Negeri Kelantan yang didakwanya tidak mempunyai dana untuk membayar gaji, Kerajaan Negeri Pahang mengalami kedudukan kewangan yang tenat dengan hutang RM3.1 bilion dengan Kerajaan Persekutuan, dan Kerajaan Negeri Sarawak bakal bankrap dalam masa 3 tahun di bawah Gabungan Parti Sarawak (GPS). YB Lim Guan Eng gagal memahami dan sombong untuk menghormati semangat federalisme di antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri.
8. YB Lim Guan Eng bertindak membuli dan mengugut Kerajaan Negeri Sarawak untuk membayar RM350 juta terlebih dahulu kepada Kerajaan Persekutuan sebelum beliau boleh meluluskan dan memulakan projek membaiki dan membina sekolah daif di Sarawak. Namun walaupun YAB Ketua Menteri Sarawak telah membayar RM350 juta sebagaimana yang didesak, ternyata YB Lim Guan Eng menipu dan masih melengahkannya dengan alasan mahu mewujudkan pula jawatankuasa diperingkat Kerajaan Persekutuan.
9. YB Lim Guan Eng telah menjarah dana Petronas dengan memaksa pemberian dividen khas sehingga mencecah RM82 billion dengan alasan untuk membayar kembali tuntutan GST dan Cukai Pendapatan. Ini menjejaskan penarafan kredit Petronas oleh badan penarafan antarabangsa Moody's yang menurunkan penarafan Petronas daripada A1 kepada A2 pada 20 Jun 2019 sehingga menjejaskan prestasi kewangan dan daya saing Petronas.
10. YB Lim Guan Eng jelas tidak berintegriti kerana didedahkan menipu kelayakan profesional yang kononnya seorang Akauntan Bertauliah, sebaliknya hanyalah Akautan Percubaan. Semakan mutakhir pada Badan Akauntan Bertauliah berkenaan mendapati tiada nama Lim Guan Eng disenaraikan.

Dr. Asyraf Wajdi Dusuki Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia
27 Ogos 2019
https://www.facebook.com/116331768396879/posts/2854179474612081?sfns=xmwa

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://thekl-chronicle.blogspot.com/2019/08/10-sebab-mengapa-lim-guan-eng-mesti.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tiada Perbincangan Mengenai Rombakan Kabinet Lim Guan Eng

Tiada Perbincangan Mengenai Rombakan Kabinet Lim Guan Eng

papar berkaitan - pada 23/8/2019 - jumlah : 296 hits
Kabinet tidak dimaklumkan kemungkinan akan berlaku rombakan dalam masa terdekat ini Menteri Kewangan Lim Guan Eng turut menolak laporan beberapa media yang mengatakan bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan industri datuk Seri Mustapa Mo...
Tanya Lim Guan Eng

Tanya Lim Guan Eng

papar berkaitan - pada 29/8/2019 - jumlah : 349 hits
Apabila ditanya mengenai perkembangan bayaran royalti minyak kepada Kelantan Timbalan Menteri Besar Mohd Amar Abdullah berkata perkara itu perlu dirujuk kepada Menteri Kewangan Lim Guan Eng Beliau berkata berdasarkan kenyataan perdana mente...
Pas Menteri Tak Sehaluan Dengan Dr M Perlu Letak Jawatan

Pas Menteri Tak Sehaluan Dengan Dr M Perlu Letak Jawatan

papar berkaitan - pada 17/8/2019 - jumlah : 219 hits
MALAYSIAKINI PAS menggesa mana mana menteri kabinet yang tidak sependapat dengan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad berkaitan dasar negara agar segera meletakkan jawatan masing masing Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan memetik Perkara ...
Lim Guan Eng Tpm Bukan Satu Fantasi

Lim Guan Eng Tpm Bukan Satu Fantasi

papar berkaitan - pada 31/8/2019 - jumlah : 307 hits
Satu perkara yang mamat ini temberang bahawa jika najib umum dan janji wee ka siong akan jadi TPM maka undi cina akan beralih kepada BN Kikikikiki Mungkin satu dua undi akan dapat Jika itU najib umumkan kerusi umno semua tewas pada BERSATU ...
Pas Kawasan Kluang Menyokong Himpunan Mendesak Ahli Parlimen Kluang Letak Jawatan

Pas Kawasan Kluang Menyokong Himpunan Mendesak Ahli Parlimen Kluang Letak Jawatan

papar berkaitan - pada 15/8/2019 - jumlah : 220 hits
PAS KAWASAN KLUANG MENYOKONG HIMPUNAN MENDESAK AHLI PARLIMEN KLUANG LETAK JAWATANAssalamu alaikum dan salam perjuangan 1 PAS Kawasan Kluang akan menyokong Himpunan Mendesak YB Wong Shu Qi Letak Jawatan yang dianjurkan oleh Pergerakan Pemuda...
Guan Eng Lied Nothing Was Used To Pay 1mdb S Debts Says Najib

Guan Eng Lied Nothing Was Used To Pay 1mdb S Debts Says Najib

papar berkaitan - pada 25/8/2019 - jumlah : 277 hits
Najib Razak has cast doubt on Finance Minister Lim Guan Eng s explanation that one of the reasons for the government s borrowing of RM58 1 billion in the first six months of the year is to repay 1MDB debts Speaking to FMT the former prime m...
M Kewngan Gagal Daim Ganti Guan Eng Shahidan Kassim

M Kewngan Gagal Daim Ganti Guan Eng Shahidan Kassim

papar berkaitan - pada 28/8/2019 - jumlah : 211 hits
KANGAR 27 Ogos Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri Datuk Seri Shahidan Kassim menyifatkan Menteri Kewangan Lim Guan Eng gagal menjalankan tugas dengan baik sehingga menyebabkan kelembapan ekonomi negara Sehubungan itu beliau mencadangka...
Gesa Tun M Letak Jawatan Hassan Ada Udang Di Sebalik Batu

Gesa Tun M Letak Jawatan Hassan Ada Udang Di Sebalik Batu

papar berkaitan - pada 16/8/2019 - jumlah : 211 hits
Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia Abu Bakar Yahya menyifatkan gesaan Ahli Parlimen Pasir Gudang Hassan Abdul Karim supaya Tun Dr Mahathir Mohamad meletak jawatan Perdana Menteri disifatkan seolah olah seperti ada...
Melaka Signs Tourism Advertising Deal With Chinese Media Company

Special Zones Can Help Johor Surpass Other States Economically Says Pm

Ringgit Closes Higher As Us Dollar Index Declines

Anak Batuk Lama Sangat Jangan Biarkan Kesan Pada Anak Ni Mak Ayah Kena Tahu

Ultimate Guide To Ghibli Park

Reforms Not A Panacea For Weak Ringgit Says Economist

Will The Middle East Conflict Derail Our Economy

Tanding Pakaian Janda Kerja Gila 1 Mei Tuntut Naik Gaji



Info Sinopsis Kutipan Sheriff Narko Integriti Filem Malaysia 2024

Info Dan Sinopsis Dough Doh Filem Malaysia 2023 Lakonan Syafiq Kyle Kini Di Netflix

Info Dan Sinopsis The Djinn s Curse Khong Khaek Filem Seram Thailand 2023 Kini Di Netflix Malaysia

10 Filem Seram Thailand Berhantu Terbaru Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Drama Thailand Thai Drama Terbaru Best Juga Tersedia Online


Kuih Lopes

Filem Mustaqim

8 Kelebihan Daun Pudina Untuk Kesihatan Dalaman Dan Luaran

Panduan Menjalankan Sujud Sahwi Dalam Solat Dan Sebab Sebab Perlu Sujud Sahwi

April 18 2024 Pesan Orang Alim

La Dolce Vita Cranking The Vespa Gt 200 Up To Eleven