Guan Eng Leiking Tipu Berhubung Biaya Kereta Nasional Ke 3 Kata Wee


Presiden MCA Wee Ka Siong.PETALING JAYA: Presiden MCA Wee Ka Siong menyelar kenyataan Lim Guan Eng dan Darell Leiking berhubung pembiayaan projek kereta nasional ke-3
Ia selepas DreamEDGE Sdn Bhd, syarikat yang mengepalai projek itu, mengesahkan terdapat pelaburan daripada kerajaan dalam syarikat tersebut
Lim, yang merupakan menteri kewangan sebelum ini berkata tidak ada dana awam akan digunakan untuk projek tersebut manakala Leiking, menteri perdagangan antarabangsa dan industri, semalam berkata syarikat yang dianugerahkan projek kereta nasional ke-3 adalah 100% milik swasta
“Adalah mengecewakan untuk melihat menteri-menteri ini yang membuat dakwaan dan janji palsu dan enggan memberi komen dan membiarkan syarikat yang diberi projek tersebut mengeluarkan kenyataan,” kata Wee kepada FMT
“Kami tidak mempersoalkan syarikat anda dan kami mengucapkan selamat berjaya kepada anda
“Tetapi kita mempersoalkan janji yang dibuat oleh Lim Guan Eng,” katanya
Malam tadi, Ketua Pegawai Eksekutif DreamEDGE, Khairil Adri Adnan menolak dakwaan Wee bahawa kerajaan persekutuan merupakan pemegang saham terbesar dalam DreamEDGE melalui syarikat bernama VentureTECH Sdn Bhd, yang dikatakan 100% dimiliki Kumpulan Industri-Kerajaan bagi Tekologi Tinggi (Might)
“Might pula dimiliki 100% milik kerajaan Malaysia,” kata Wee di Facebook
Memetik fakta bahawa modal berbayar DreamEDGE adalah sebanyak RM12.4 juta sehingga 2018 dan mengalami kerugian pada tahun lepas, Wee menyuarakan keraguannya sama ada syarikat berpangkalan di Cyberjaya itu mempunyai kekuatan kewangan untuk membiayai pelaburan besar dalam projek kereta nasional ke-3 itu
“Berbilion ringgit akan diperlukan. Syarikat itu pasti memerlukan suntikan dana yang besar. Saya pasti suntikan dana ini akan datang daripada pemilik saham terbesar syarikat itu, iaitu kerajaan Pakatan Harapan (PH).”Khairil berkata VentureTECH, dahulunya dikenali sebagai A-Bio Sdn Bhd, hanya mempunyai pegangan 10% daripada DreamEDGE. Ini berlaku sejak 2017, sambil menambah ia tidak mempunyai wakil lembaga yang dilantik
“150 rakyat Malaysia yang bekerja di DreamEDGE mempunyai tugas besar di hadapan
“Tolong jangan musnahkan kerja keras kami dengan mempolitikkan isu ini berdasarkan maklumat yang tidak lengkap,” katanya kepada Wee dalam satu kenyataan
Wee berkata dakwaan Khairil bahawa dokumen terkini SSM (Suruhanjaya Syarikat Malaysia) menunjukkan pemilikan sahamnya tidak tepat dan kerajaan tidak memiliki 53% syarikatnya tetapi hanya mempunyai 10% sahaja dengan pelaburan seterusnya menjadi saham keutamaan boleh tukar boleh tebus (RCPS)
Wee berkata sama ada kerajaan memiliki 53% atau 10% saham dalam syarikat itu bukanlah isu
Isu utama di sini adalah para menteri berbohong kepada orang ramai apabila mereka berjanji tiada dana awam akan digunakan dan mendakwa syarikat itu 100% milik swasta,” katanya
Wee juga berkata Khairil tidak mendedahkan nisbah penukaran bagi RCPS kepada saham biasa
“Nisbah penukaran adalah penting kerana ia bermakna kerajaan akhirnya boleh memiliki lebih 53% saham syarikat,” katanya
Ahli Parlimen Ayer Hitam itu menggesa kerajaan telus dan berkata berapa banyak jumlah yang dilaburkan di DreamEDGE setakat ini dan apakah jumlah peratusan pemilikan bagi kerajaan jika RCPS ditukar sepenuhnya
“Darell juga berkata syarikat itu layak memohon geran kerajaan,” tambah Wee
“Oleh itu, kerajaan, dan bukan syarikat, harus memberitahu kita berapa banyak geran kerajaan akan diberikan kepada syarikat untuk projek ini.” - FMT

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2019/08/guan-eng-leiking-tipu-berhubung-biaya.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+MalaysiansMustKnowTheTruth+%28Malaysians+Mu

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kereta Nasional Ke 3 Guan Eng Tipu Lagi

Kereta Nasional Ke 3 Guan Eng Tipu Lagi

papar berkaitan - pada 10/8/2019 - jumlah : 373 hits
Berkali kali Guan Eng berjanji projek kereta nasional ke 3 tidak akan guna duit Rakyat Dia jamin hanya akan guna duit swasta sahaja Tetapi hari ini kerajaan PH telah mengumumkan bahawa projek kereta nasional ke 3 telah dianugerahkan kepada ...
Guan Eng Leiking Lied About Funding For 3rd National Car Says Wee

Guan Eng Leiking Lied About Funding For 3rd National Car Says Wee

papar berkaitan - pada 11/8/2019 - jumlah : 371 hits
MCA president Wee Ka Siong has trained his guns on ministers Lim Guan Eng and Darell Leiking over the funding for the third national car This comes after DreamEDGE Sdn Bhd the company driving the project confirmed there is investment from t...
Kerajaan Bukan Pemilik Utama Projek Kereta Nasional Ketiga Kata Syarikat

Kerajaan Bukan Pemilik Utama Projek Kereta Nasional Ketiga Kata Syarikat

papar berkaitan - pada 10/8/2019 - jumlah : 276 hits
Kerajaan bukan pemilik utama projek kereta nasional ketiga kata syarikat Dikemas kini 14 minit yang lalu Diterbitkan pada 10
Janji Mungkir 6 Dekad Punca Orang Cina Marah Isu Khat Kata Guan Eng

Janji Mungkir 6 Dekad Punca Orang Cina Marah Isu Khat Kata Guan Eng

papar berkaitan - pada 10/8/2019 - jumlah : 351 hits
Setiausaha agung DAP Lim Guan Eng PETALING JAYA Setiausaha agung DAP Lim Guan Eng hari ini berkata kemarahan orang bukan Melayu terhadap langkah Kementerian Pendidikan memperkenalkan khat jawi kepada murid Tahun 4 di sekolah vernakular menu...
Bukan Saya Lulus Syarikat Kereta Nasional Ke 3 Kata Dr M

Bukan Saya Lulus Syarikat Kereta Nasional Ke 3 Kata Dr M

papar berkaitan - pada 14/8/2019 - jumlah : 262 hits
SEPANG Dr Mahathir Mohamad hari ini berkata bukan dia yang meluluskan keputusan melantik DreamEDGE Sdn Bhd untuk membangunkan projek kereta nasional ke 3 Bukan saya luluskan tetapi ia sudah dilakukan Jadi tidak ada apa apa yang saya boleh k...
Najib Nafi Lulus Glc Beli Saham Projek Kereta Nasional Ke 3

Najib Nafi Lulus Glc Beli Saham Projek Kereta Nasional Ke 3

papar berkaitan - pada 16/8/2019 - jumlah : 294 hits
Najib Razak menolak dakwaan kerajaan Barisan Nasional di bawah pimpinannya meluluskan sebuah syarikat berkaitan kerajaan untuk membeli saham dalam DreamEDGE Sdn Bhd syarikat yang bertanggungjawab membangunkan kereta nasional ke 3 pada 2017 ...
12 Menteri Tandatangan Aku Janji Batal Lynas Kata Wee

12 Menteri Tandatangan Aku Janji Batal Lynas Kata Wee

papar berkaitan - pada 17/8/2019 - jumlah : 376 hits
August 16 2019 9 58 PMPETALING JAYA Wee Ka Siong berkongsi gambar pemimpin Pakatan Harapan menandatangani apa yang dikatakan Aku Janji membatalkan Lynas disebalik bantahan kumpulan wakil rakyat Pakatan Harapan dan persatuan alam sekitar ter...
Mana Lagi Rm70 Juta Mic Gesa Guan Eng Waytha Buka Mulut

Mana Lagi Rm70 Juta Mic Gesa Guan Eng Waytha Buka Mulut

papar berkaitan - pada 31/7/2019 - jumlah : 328 hits
Masyarakat India mungkin kehilangan sebahagian besar dana daripada RM100 juta yang diperuntukkan kepada mereka dalam Bajet 2019 oleh kerajaan Pakatan Harapan selepas hanya RM31 5 juta diagihkan setakat ini Senator MIC S Ananthan berkata kem...
Noose Tightening Around Guan Eng S Neck

Noose Tightening Around Guan Eng S Neck

papar berkaitan - pada 31/7/2019 - jumlah : 365 hits
On a recent weekend trip to Penang we got invited for seafood dinner at Pantai Acheh near Nibung Tebal Penang The same Chinese businessman that gave us the family background of Jho Low and the information he borrowed money from his father s...
1 Ringgit Berapa Rupiah Faktor Yang Mempengaruhi Implikasinya

Bagaimana Ketidakpastian Mega Cap Mempengaruhi Penurunan S P Dan Nasdaq

Wanda Hara Hadiri Kajian Hanan Attaki Pakai Cadar Berbuntut Panjang Kasusnya Dibawa Ke Jalur Hukum

Mengopi Tepi Pantai Di Kopi Penunjuk Kijal Terengganu

Melaka Ke Muzium Kapal Selam Sekali Lagi

Transform Your Home With Art Placement That Speaks Volumes

Peniaga Pisang Goreng Mengaku Culik Dua Kanak Kanak Sebab Teringin Nak Ada Anak Perempuan

Kronologi Kes Zulfarhan Osman Zulkarnain



Kenapa Kita Gelarkan Masa Guna Istilah Second Minute Hour Day Week and Year

Biodata Ikhmal Nour Personaliti TikTok Terkenal

Apakah Fatwa Berkenaan Menanam Jambang dan Rambut Bagi Lelaki

Info Dan Sinopsis Drama Tonton Berepisod SeOfis Slot Samarinda TV3

Biodata Mek Yun Mek Kelate Personaliti TikTok Terkenal


Graduan Kejuruteraan Usahawan Sambal Acar Ikan Masin

Aktiviti Dengan Anak 003

Rasa Risau Dan Takut Terhadap Perkara Yang Masih Belum Berlaku Selalunya Adalah Berlebihan

Memahami Inflasi Dan Indikator Tren Dalam Pasar Keuangan

Lagu Tiktok Yang Viral Pada Bulan Julai 2024

Resepi Sotong Sumbat Telur