Guan Eng Kata Sudah Cukup Bosan Dan Letih Dengan Isu 1mdb



DAP mengucapkan tahniah kepada rakyat Malaysia kerana telah menjadikan 9 Mei tahun lalu sebagai tarikh bersejarah dengan mengubah kerajaan untuk kali pertama dalam 61 tahun bagi mewujudkan Malaysia Baharu.

Dari perspektif kementerian kewangan, antara pencapaian utama ulang tahun pertama termasuklah:

Transformasi Malaysia daripada sebuah kleptokrasi kepada sebuah negara bersih yang berkongsi kemakmuran bersama rakyat.

Loading...

Membayar RM37 bilion untuk bayaran-balik GST dan cukai pendapatan
Pengurangan RON95 daripada RM2.20 kepada RM2.08 seliter; penjimatan RM24.65 billion daripada pengurangan kos ratusan projek kerajaan termasuk LRT3 dan MRT2

Juga penyelamatan Felda dan Tabung Haji yang menelan belanja RM24 bilion.
Reformasi institusi, pelaksanaan sistem tender terbuka dan pendirian anti-rasuah yang kukuh telah berjaya mengubah reputasi Malaysia daripada sebuah “kleptokrasi global terparah” kepada sebuah negara bersih yang kita dibanggakan.

Penjimatan daripada usaha membanteras rasuah akan segera dikongsikan dengan rakyat Malaysia. Pengurangan harga RON95 daripada RM2.20 seliter kepada RM2.08 seliter membuktikan bahawa kerajaan PH memegang kepada janjinya untuk mengurangkan harga petrol.
Dasar penstabilan harga petrol ini memerlukan kerajaan PH berbelanja RM2 bilion sebagai subsidi petrol tambahan.


Rasionalisasi kos ke atas ratusan projek kerajaan yang dipersetujui oleh pentadbiran terdahulu telah memberikan penjimatan RM24.65 bilion tanpa memberi kesan besar terhadap skop kerja dan kualiti kerja yang dilakukan, dan akan memanfaatkan rakyat sepanjang tempoh 10 tahun.

Ini adalah sebelum mengambil kira penjimatan RM21.5 bilion yang diperoleh apabila kos projek East Coast Rail Link (ECRL) dikurangkan daripada RM65.6 bilion kepada RM44 bilion.

Kejayaan ini menunjukkan bahawa perubahan kerajaan telah membenarkan rakyat Malaysia berjimat sebanyak RM46.15 bilion dalam kos pembinaan dengan begitu sahaja.
Penjimatan RM46.15 bilion ini tidak termasuk pembatalan projek yang tujuannya diragui seperti projek saluran paip pelbagai-produk dan gas bernilai RM9.4 bilion, di mana 88 peratus daripada kos projek atau RM8.3 bilion telah dibayar walaupun hanya 13 peratus kerja telah dilaksanakan.

Lebih parah lagi, 13 peratus kerja yang dikatakan siap tersebut masih tidak dapat disahkan dan tidak dapat dikesan.

Pembayaran balik tunggakan GST dan cukai pendapatan sebanyak RM37 bilion yang telah digunakan oleh kerajaan terdahulu tanpa kebenaran hampir 1.65 juta pembayar cukai pendapatan dan 121,000 pembayar GST sedang berlangsung dan ia akan dibayar sepenuhnya pada Oktober tahun ini.

Kerajaan juga telah memperoleh dana sebanyak RM24 bilion untuk menyelamatkan Tabung Haji dan Felda yang sebelum ini mengalami kerugian besar akibat salah urus kewangan dan penipuan secara terang-terangan.
PH menghadapi cabaran daripada pelampau kaum dan agama yang ingin memecah-belahkan negara kita dan mengganggu keharmonian agama dengan mengadu domba antara rakyat Malaysia, agar mereka dapat kekal relevan.

Misalnya, Tabung Haji telah dijadikan sebuah isu perkauman oleh kumpulan tertentu dengan menyalahkan DAP, sambil melepaskan pihak yang merosakkan institusi tersebut meskipun DAP yang membantu mendapatkan RM17.8 bilion dana untuk menyelamatkan Tabung Haji.


Begitu juga dengan peruntukan untuk sekolah jenis Cina dan Tamil yang telah dijadikan isu perkauman terhadap DAP oleh kumpulan yang sama yang melupakan fakta bahawa peruntukan untuk sekolah-sekolah agama telah meningkat.

Pemulangan semula dana 1MDB berjumlah hampir RM1.5 bilion daripada Amerika Syarikat dan Singapura, yang akan membantu pembayaran balik hutang 1MDB sebanyak hampir RM51 bilion, adalah sebuah bukti jelas bahawa skandal 1MDB ini wujud, dan bukannya suatu fitnah seperti dakwaan parti-parti pembangkang.

Jujur saya nyatakan, saya sudah cukup bosan dan letih dengan isu 1MDB yang memakan begitu banyak masa dan perhatian saya. Moga-moga kita akan dapat menumpukan lebih perhatian kepada rakyat Malaysia biasa bermula dari sekarang, dan bukannya kepada projek-projek mega atau skandal kewangan yang lalu.

Fokus utama kita ialah untuk mencipta peluang pekerjaan, membantu perniagaan tingkatkan pertumbuhan ekonomi ke arah mewujudkan negara keusahawanan.

Walaupun PH telah berjaya mengurangkan kadar inflasi secara signifikan daripada 3 peratus pada 2017 ke hanya 1 peratus pada 2018, kos sara hidup belum turun seiringan dengan kadar inflasi.


PH komited untuk menjalankan lebih banyak projek kecil untuk rakyat biasa, dan ini berbeza daripada ketaasuban pentadbiran terdahulu terhadap projek mega yang hanya menguntungkan kroni-kroni mereka.

Selamat ulang tahun pertama Malaysia baharu!

LIM GUAN ENG adalah menteri kewangan dan setiausaha agung DAP. Tulisan ini pandangan peribadi beliau dan tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi kami di Malaysian Update.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysianupdate.com/2019/05/guan-eng-kata-sudah-cukup-bosan-dan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pemulangan Aset 1mdb Akan Digunakan Untuk Bayar Hutang Guan Eng

Pemulangan Aset 1mdb Akan Digunakan Untuk Bayar Hutang Guan Eng

papar berkaitan - pada 9/5/2019 - jumlah : 357 hits
KUALA LUMPUR Dana daripada pemulangan aset 1Malaysia Development Bhd akan digunakan untuk membayar semula hutang sebanyak RM51 bilion termasuk faedah berjumlah RM10 8 bilion dan pinjaman yang telah diberikan oleh Kementerian Kewangan bagi m...
Rm1 5bil Recovered Will Pay For 1mdb S Rm51bil Debt And Interest Guan Eng

Rm1 5bil Recovered Will Pay For 1mdb S Rm51bil Debt And Interest Guan Eng

papar berkaitan - pada 8/5/2019 - jumlah : 281 hits
Finance Minister Lim Guan Eng hailed the recovery of RM1 5 billion from assets allegedly acquired using stolen 1MDB funds as an early step to resolving the scandal He added that the money will go towards repaying RM40 2 billion in 1MDB s de...
Malaysia Akan Jadi Harimau Asia Semula Kata Guan Eng

Malaysia Akan Jadi Harimau Asia Semula Kata Guan Eng

papar berkaitan - pada 5/5/2019 - jumlah : 280 hits
Malaysia akan jadi Harimau Asia semula kata Guan Eng Dikemas kini 46 minit yang lalu Diterbitkan pada 5 May 2019 8 16PM
Ipcmc Bukan Untuk Kenakan Mana Mana Pihak Kata Guan Eng

Ipcmc Bukan Untuk Kenakan Mana Mana Pihak Kata Guan Eng

papar berkaitan - pada 5/5/2019 - jumlah : 245 hits
IPCMC bukan untuk kenakan mana mana pihak kata Guan Eng Dikemas kini 37 minit yang lalu Diterbitkan pada 5 May 2019 6 25PM
Kerajaan Ph Bersih Kata Guan Eng

Kerajaan Ph Bersih Kata Guan Eng

papar berkaitan - pada 28/4/2019 - jumlah : 344 hits
Gambar Lim Guan Eng ditangkap kerana rasuah Kerajaan Pakatan Harapan adalah sebuah kerajaan bersih yang akan memastikan setiap ringgit dibelanjakan dapat dilihat hasilnya oleh rakyat tanpa berlaku ketirisan penyelewengan salah laku dan amal...
Lim Guan Eng Perlu Menjelaskan Persoalan Serius Ini

Lim Guan Eng Perlu Menjelaskan Persoalan Serius Ini

papar berkaitan - pada 27/4/2019 - jumlah : 258 hits
Wee Ka Siong Semalam di China Perdana Menteri Tun Dr Mahathir telah menyaksikan tiga memorandum persefahaman dimeterai Salah satu MOU tersebut ialah antara agensi kerajaan MIDA dan CCCC bagi pembangunan taman perindustrian infrastruktur hab...
Guan Eng Credits Sabah Bossku For Sandakan Win

Guan Eng Credits Sabah Bossku For Sandakan Win

papar berkaitan - pada 13/5/2019 - jumlah : 370 hits
DAP secretary general Lim Guan Eng today credited Sabah Chief Minister Mohd Shafie Apdal as a key factor in his party s victory in yesterday s by election Sandakan voters gave their full confidence and support for the Sabah Bossku Shafie wh...
Kerana Prk Sandakan Protes Pekebun Kecil Sabah Lim Guan Eng U Turn

Kerana Prk Sandakan Protes Pekebun Kecil Sabah Lim Guan Eng U Turn

papar berkaitan - pada 27/4/2019 - jumlah : 381 hits
Sebelum ini Guan Eng bertegas tidak mahu meluluskan BMT dari LIGS Namun kerana PRK dan protes rakyat Lim Guan Eng terpaksa akur luluskan peruntukan tambahanPRK Sandakan telah menyelamatkan Junz Wong Junz Wong Menteri Pertanian dan Industri ...
Mengapa Sholat Sebaiknya Dilakukan Di Awal Waktu

Siti Mastura Pays Rm830k Pending Appeal In Dap Leaders Defamation Case

All The Android Updates Coming To The Samsung Galaxy S25 Series And More

Ringgit Strengthens After Bnm Maintains Opr At 3

Buffet Ramadan 2025 Bangi Golf Resort

Nasi Kandar Kayu Di Kl Sentral Kuala Lumpur

Wordless Wodnesday Nasi Daun Jeruk By Sheila Rusly

Siti Kasim Enraged At Money Play To Lure Conversion Forced Islamisation In Malaysia


echo '';
4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3


Boy Cipta Kejutan Sambar Emas Di Acara Keirin

Resipi Mudah Dan Sedap Masak Pucuk Paku Lemak Tempoyak Dengan Udang

Pemimpin Pemuda Umno Sokong Hak Rakyat Berhimpun Sabtu Ini

Rekod Tiga Kerajaan Lalu Jaga Kebebasan Kehakiman Lebih Baik

Mondy Diarah Bayar Rm20 000 Kepada Ebit Lew

Featured In Rent Com How To Connect With Your Inner Child Through Decor