Gta Gerak Berasingan Pada Pru15



(Bernama) – Gerakan Tanah Air (GTA) akan bergerak berasingan pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), kata Pengerusi Penaja GTA, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Beliau berkata, GTA juga tidak akan bekerjasama dengan mana-mana parti yang terlibat rasuah ataupun terlibat mendirikan kerajaan melalui pintu belakang.
“Kita berasingan. Kita telah ada satu gerakan dinamakan Gerakan Tanah Air yang mencantumi parti politik Melayu, beberapa pertubuhan bukan kerajaan dan orang perseorangan daripada ahli akademik dan profesional yang cinta kepada negara.
“…dan mereka ingin berjuang dalam politik untuk kembalikan negara kepada dahulunya yang dikenali sebagai Asian Tiger yang bersih, cekap dan amanah,” katanya pada sidang media semasa hadir di Konvensyen Pejuanita Malaysia di Seri Kembangan, dekat sini pada Jumaat.
Dr Mahathir yang juga Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) berkata demikian ketika ditanya sama ada GTA akan menjalin kerjasama dengan Perikatan Nasional (PN) atau Pakatan Harapan (PH) pada PRU15 nanti.
Pada 30 Ogos lepas, Dr Mahathir berkata, GTA terbuka untuk berbincang dengan Perikatan Nasional (PN) mengenai kerjasama menghadapi PRU15.
Mengenai status pendaftaran GTA kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS), beliau berkata, perkara itu dijangka diketahui bulan hadapan.
“Kita menunggu bulan depan baru pihak RoS akan putuskan sama ada GTA akan didaftar. Jadi saya harap janganlah didaftarkan sehari sebelum bubar kerajaan supaya kita ada masa untuk menyiapkan GTA untuk PRU15,” katanya.
GTA telah menghantar permohonan logo dan pendaftaran parti itu kepada RoS pada 6 September lepas dengan empat parti gabungan di bawahnya iaitu Pejuang, Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (Berjasa), Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra) dan Parti Perikatan India Muslim Nasional (IMAN).
Ditanya sama ada beliau bersedia untuk menjadi Perdana Menteri sekiranya GTA menang PRU15, Dr Mahathir berkata, setakat ini beliau belum membuat sebarang keputusan namun katanya banyak pihak menggesanya memegang jawatan itu.
Mengulas mengenai Belanjawan 2023, Ahli Parlimen Langkawi itu berkata, ia perlu diluluskan sebelum PRU15 diadakan bagi mengelakkan timbul permasalahan pada masa hadapan kerana kebarangkalian berlaku perubahan dalam dasar belanjawan tersebut jika kerajaan kini tewas PRU15.
“Kita berhadapan kemungkinan PRU15 diadakan maka terpulang kepada pihak kerajaan putuskan sama ada mereka akan meluluskan bajet dahulu sebelum adakan PRU15 atau adakan PRU15 sebelum (meluluskan) bajet. Kalau adakan PRU15 sebelum bajet maka akan timbul banyak masalah pada masa hadapan,” katanya.
 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysia-today.net/2022/09/16/gta-gerak-berasingan-pada-pru15/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tun Mahathir Gerakan Tanah Air Akan Bergerak Berasingan Pada Pru15

Tun Mahathir Gerakan Tanah Air Akan Bergerak Berasingan Pada Pru15

papar berkaitan - pada 17/9/2022 - jumlah : 210 hits
SERDANG Gerakan Tanah Air akan bergerak berasingan pada Pilihan Raya Umum ke 15 kata Pengerusi Penaja GTA Tun Dr Mahathir Mohamad Beliau berkata GTA juga tidak akan bekerjasama dengan mana mana parti yang terlibat rasuah ataupun terlibat me...
Gta Bergerak Solo Hadapi Pru15 Kerana Semua Pihak Tolak Mahathir

Gta Bergerak Solo Hadapi Pru15 Kerana Semua Pihak Tolak Mahathir

papar berkaitan - pada 19/9/2022 - jumlah : 207 hits
Oleh Adam MalikSebenarnya Mahathir alami Trust deficit tiada parti mahu bersama GTA kerana ada Mahathir Beberapa hari lalu Mahathir sebagai Poster boy tertua dalam negara mewakili Gerakan Tanah Air telah mengumumkan bahawa GTA akan bergerak...
Ismail Sabri Masih Ada Masa Pru15 Tahun Ini

Ismail Sabri Masih Ada Masa Pru15 Tahun Ini

papar berkaitan - pada 14/9/2022 - jumlah : 240 hits
Predeep NambiarGEORGE TOWN Masih ada masa untuk pilihan raya umum ke 15 diadakan tahun ini kata Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob Bagaimanapun Ismail berkata keputusan mengenai bila PRU akan diadakan kekal di tangan pucuk pimpinan Umno Ya...
Pas Terdesak Guna Momokan 13 Mei Menjelang Pru15

Pas Terdesak Guna Momokan 13 Mei Menjelang Pru15

papar berkaitan - pada 14/9/2022 - jumlah : 221 hits
K ParkaranPETALING JAYA Tindakan PAS memomok momokkan kemungkinan berulangnya kejadian 13 Mei 1969 jika parti Melayu tidak menjadi tonggak dalam kerajaan menunjukkan keterdesakannya kata penganalisis Awang Azman Pawi daripada Universiti Mal...
Kerajaan Campuran Pasca Pru15

Kerajaan Campuran Pasca Pru15

papar berkaitan - pada 11/9/2022 - jumlah : 196 hits
Saya percaya parti parti politik yang bakal merebut kepercayaan pengundi ketika pilihan raya umum ke 15 sudah perlu menyiapkan pengikut tegar dan ahli politik setia mereka agar berhenti taksub keterlaluan Jangan mengada ada berpura pura men...
Pru15 Pas Tak Boleh Tumpang Umno Di Perak Umno Reject Pas Di Perak

Pru15 Pas Tak Boleh Tumpang Umno Di Perak Umno Reject Pas Di Perak

papar berkaitan - pada 11/9/2022 - jumlah : 283 hits
PRU15 Umno reject Pas di PerakSeptember 10 2022 UMNO Perak memuktamadkan tiada kerjasama akan dijalinkan dengan Pas dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke 15 akan datang Pengerusinya Datuk Seri Saarani Mohamad berkata UMNO akan bergerak send...
Pru15 Pm Yakin Bn Mampu Rampas Pulau Pinang

Pru15 Pm Yakin Bn Mampu Rampas Pulau Pinang

papar berkaitan - pada 14/9/2022 - jumlah : 284 hits
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menjangkakan Barisan Nasional bersedia menawan semula Pulau Pinang daripada pemerintahan pembangkang Keyakinan Perdana Menteri itu hadir apabila beliau berkunjung ke Pulau Mutiara kelmarin dan ...
R4su4h Rm1 4 Juta Setel Kes Sarawak Report Umno Pkr Amanah Dap Refomasi Pru15 Bn Ph Anuar Tun Rosmah Najib 1mdb Pas

R4su4h Rm1 4 Juta Setel Kes Sarawak Report Umno Pkr Amanah Dap Refomasi Pru15 Bn Ph Anuar Tun Rosmah Najib 1mdb Pas

papar berkaitan - pada 17/9/2022 - jumlah : 241 hits
CONTOH MACAM NI LA GAMAKNYA DIBAYAR INI CONTOH YA BUKAN BETUL BETUL SUMBER KAMSIAH HAIDER TIADA KAITAN PUN INI SURAT CONTOH SAJA YA BUKAN BETUL MISALNYA LAH KALAU TERIMA SUMBER KAMSIAH HAIDER
Amir Given Economy Minister S Duties To Overhaul 13th Malaysia Plan

More Action Needed To Combat Vaping By Students

The Rise Of Film To Tv Adaptations Why Hollywood Keeps Revisiting The Big Screen

Koenigsegg Lancar Sadair S Spear Hypercar 1 625 Hp Dengan Bahan Api Mesra Alam

Petua Nenek Tentang Aloe Vera Yang Masih Relevan Sampai Hari Ini

An Inspirational Birthday Wish That Has A Lasting Impression

Cakap Benci Rasuah Tapi Berdiam Diri Apabila Tindakan Antirasuah Diambil Pm Anwar

Kenapa Pilih Mosumart Design Untuk Semua Keperluan Cetakan Anda


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Cara Kesan Phone Kena Hack Kod Rahsia Elak Kena Intip

Pgzeus88 13 July Pgzeus88 Top 66 By Zack

Lionth 10 Lionth Top 5 By Amelie

Berdengkur Kuat Bukan Perkara Biasa

Selamat Pagi Sabtu 28 Jun 2025

Yasser Atak Wanie Sidik Teruna Dara Idaman Chord