Greta Thunberg Biodata Aktivis Global Sumud Flotilla


Greta Thunberg ialah aktivis alam sekitar Sweden yang menubuhkan gerakan Fridays for Future pada 2018. Pengaruhnya dalam meningkatkan kesedaran tentang perubahan iklim dikenali sebagai “Greta Effect.
Artikel pada kali ini, kami akan membawa anda mengenali dengan lebih rapat dengan sosok individu cukup dikenali ramai dalam gerakan Global Sumud Flotilla, Greta Thunberg.
Latar Belakang Kredit: Instagram @gretathunberg NamaGreta Tintin Eleonora Ernman ThunbergNama PanggilanGreta ThunbergTarikh Lahir3 January 2003Tempat LahirStockholm, SwedenPekerjaanAktivis alam sekitar & kemanusiaanAkaun Media SosialInstagram @gretathunberg
Facebook @gretathunbergsweden
X @gretathunberg Kehidupan Peribadi Greta Thunberg dilahirkan dalam sebuah keluarga seni. Ibunya merupakan seorang penyanyi opera terkenal manakala bapanya seorang pelakon.
Persekitaran keluarga yang terlibat dalam bidang seni menjadikan Greta seorang yang berkeyakinan tinggi dan berani menyuarakan pendapatnya sejak kecil.
Minatnya terhadap isu perubahan iklim bermula seawal usia lapan tahun apabila dia pertama kali mengetahui tentang krisis tersebut di sekolah. Sejak itu, Greta mula mengambil langkah peribadi untuk mengurangkan kesan terhadap alam sekitar.
Beliau bertukar kepada gaya hidup vegan, tidak memakan sebarang produk haiwan dan menolak untuk menaiki kapal terbang kerana kedua-duanya menyumbang kepada pelepasan gas rumah hijau yang mempercepatkan pemanasan global.
Kredit: Facebook @gretathunbergsweden Namun, kesedaran ini juga memberi kesan besar kepada kesihatan mentalnya. Pada usia 11 tahun, Greta mengalami kemurungan yang mendalam apabila menyedari betapa sedikit tindakan diambil oleh pihak berkuasa dunia untuk menangani perubahan iklim.
Dalam tempoh ini, dia jarang bercakap, kurang makan dan menarik diri daripada aktiviti sosial. Tidak lama kemudian, Greta didiagnosis dengan Sindrom Asperger, yang kini dikategorikan sebagai ‘neurodivergent’ dalam spektrum autisme (ASD), termasuk OCD (Obsessive-Compulsive Disorder) dan selective mutism.
Keadaan ini biasanya melibatkan cabaran dalam interaksi sosial, namun penghidapnya mempunyai tahap kecerdasan dan perkembangan bahasa yang normal.
Individu dengan Asperger juga sering memberi tumpuan mendalam terhadap satu idea atau minat tertentu dalam kes Greta, minat itu adalah perjuangan menentang perubahan iklim.
Walau bagaimanapun, beliau menganggap kondisi itu sebagai “superpower” yang membantunya fokus dan berpegang teguh pada perjuangan alam sekitar
Baca juga: Global Sumud Flotilla – Misi Kemanusiaan ke Palestin
Kerjaya & Profesional Kredit: Facebook @gretathunbergsweden 1. Permulaan Aktivisme: “School Strike for Climate”
Perjalanan profesional Greta Thunberg sebagai aktivis bermula pada tahun 2018 apabila beliau membuat keputusan berani untuk memboikot sekolah demi menyedarkan masyarakat tentang bahaya perubahan iklim.
Menjelang pilihan raya Sweden pada bulan September tahun itu, Greta duduk di luar Parlimen Sweden selama hampir tiga minggu dengan membawa papan tanda bertulis “Skolstrejk för Klimatet” (School Strike for Climate).
Walaupun bermula secara bersendirian, protesnya menarik perhatian orang ramai dan jumlah penyokong meningkat setiap hari.
Selepas pilihan raya, Greta kembali ke sekolah tetapi meneruskan protesnya setiap hari Jumaat.
Tindakan ini berkembang menjadi gerakan global yang dikenali sebagai Fridays for Future, yang menginspirasikan pelajar di seluruh dunia untuk melakukan mogok sekolah demi menuntut tindakan terhadap perubahan iklim.
Protes serupa turut berlangsung di negara-negara seperti Belgium, Kanada, Amerika Syarikat, United Kingdom, Finland, Denmark, Perancis dan Belanda.
2. Pengaruh Global dan “Greta Effect”
Keberanian Greta membuka peluang besar untuk beliau menyampaikan mesejnya di peringkat antarabangsa.
Beliau dijemput berucap di pelbagai pentas penting termasuk World Economic Forum di Davos, Parlimen Eropah, serta di hadapan badan perundangan Itali, Perancis, United Kingdom dan Amerika Syarikat.
Momen penting dalam kerjayanya berlaku pada September 2019 apabila Greta menghadiri Sidang Kemuncak Iklim PBB di New York dengan menaiki kapal layar bebas pelepasan karbon.
Dalam ucapannya yang lantang, beliau mengkritik para pemimpin dunia kerana kegagalan mereka menangani krisis iklim dengan kata-kata:
“You have stolen my dreams and my childhood with your empty words… We are in the beginning of a mass extinction, and all you can talk about is money, and fairy tales of eternal economic growth. How dare you!”
@wateraid “How dare you.” Watch as Greta Thunberg calls out world leaders at the UN climate action summit in 2019. #ClimateChange #OurClimateFight
♬ original sound – WaterAid UK | charity 💧 – WaterAid💧
Ucapan ini mencetuskan gelombang protes global, dengan berjuta-juta orang di lebih 163 negara menyertai perarakan menuntut tindakan terhadap perubahan iklim.
Pengaruh besar Greta dalam mengubah cara masyarakat berfikir dan bertindak terhadap isu ini kemudian dikenali sebagai “Greta Effect.”
Walaupun menerima pujian global, beliau turut menerima kritikan, termasuk daripada Presiden Brazil, Jair Bolsonaro, yang pernah memanggilnya “brat” pada tahun 2019.
Greta menamatkan pengajian sekolah menengahnya pada tahun 2023, namun menegaskan bahawa protes setiap Jumaat akan terus dijalankan sebagai sebahagian daripada perjuangannya.
Kredit: Facebook @gretathunbergsweden 3. Perjuangan Isu Kemanusiaan dan Konflik Dunia
Selain perubahan iklim, Greta juga terlibat dalam pelbagai isu kemanusiaan. Beliau lantang bersuara menentang pencerobohan Rusia ke atas Ukraine (2022) dan menyatakan sokongan terhadap Palestin dalam konflik Israel-Hamas (2023).
Fokusnya tertumpu kepada kesan kemanusiaan dan alam sekitar yang disebabkan oleh peperangan.
Pada Jun 2025, Greta menyertai kumpulan aktivis dalam misi kapal bantuan ke Gaza yang dikendalikan oleh Freedom Flotilla Coalition. Namun, kapal tersebut telah dirampas oleh Israel dan Greta ditahan sebelum akhirnya diusir.
Beberapa bulan kemudian, beliau sekali lagi menyertai flotila lain, namun usaha itu juga gagal menembusi sekatan Israel yang dikenakan ke atas Gaza sejak tahun 2007.
@cnn Swedish climate activist Greta Thunberg has released a pre-recorded video calling for the release of her and the others who were captured. Israeli forces have intercepted boats in the Global Sumud Flotilla which aimed to deliver aid to Gaza. Flotilla organizers labeled Israel’s interception of the ships “an illegal attack” on humanitarians, while Israel said the activists were “not interested in aid, but in provocation.”
♬ original sound – CNN 4. Sumbangan Sosial dan Kesedaran Asperger
Di samping aktivismenya, Greta turut memainkan peranan penting dalam meningkatkan kesedaran tentang Sindrom Asperger, yang dimilikinya sendiri. Beliau menganggap keadaan tersebut sebagai satu kekuatan, dengan pernah menulis:
“I have Aspergers and that means I’m sometimes a bit different from the norm. And—given the right circumstances—being different is a superpower.”
Sikap terbukanya mengenai Asperger telah memberi inspirasi kepada ramai individu yang mengalami gangguan spektrum autisme di seluruh dunia.
5. Penulisan, Buku & Dokumentari
Greta turut menyumbang kepada dunia literatur dengan menerbitkan dua buah buku penting:
“No One Is Too Small to Make a Difference” (2019) – Koleksi ucapan beliau mengenai perubahan iklim. “The Climate Book: The Facts and the Solutions” (2023) – Buku yang mengupas fakta saintifik dan penyelesaian terhadap krisis iklim. Selain itu, kisah hidup dan perjuangannya telah didokumentasikan dalam filem dokumentari “I Am Greta” (2020), yang memaparkan perjalanan hidupnya dari seorang pelajar biasa kepada ikon global dalam gerakan alam sekitar.
Kredit: Instagram @gretathunberg Baca juga: Tracker Sumud Flotilla – [LIVE] Penjejak Kapal ke Gaza
Pencapaian Greta Thunberg Berikut adalah pencapaian terbaik Greta Thunberg di dalam dan luar negara:
Pengasas Fridays for Future – Memulakan School Strike for Climate pada usia 15 tahun yang berkembang menjadi gerakan global, menarik penyertaan lebih 4 juta orang di 128 negara. Person of the Year TIME – Pada 2019, menjadi individu termuda menerima gelaran ini kerana keberaniannya menyuarakan kebenaran kepada pemimpin dunia. Pencalonan Nobel Keamanan – Dicalonkan lebih daripada sekali atas sumbangannya dalam perjuangan alam sekitar. Suara Global – Menyampaikan ucapan di PBB, Kongres AS dan forum antarabangsa, mendesak tindakan segera terhadap krisis iklim. Inspirasi Autisme – Secara terbuka berkongsi tentang Sindrom Asperger dan melihatnya sebagai “superpower”, memberi inspirasi kepada komuniti autisme. Pengaruh Politik – Gerakannya membantu kebangkitan parti hijau, seperti kejayaan Parti Hijau Jerman yang meraih 20.5% undi pada 2019. Mobilisasi Besar-Besaran – Mendorong jutaan pelajar dan masyarakat menyertai protes iklim, termasuk 7.6 juta peserta pada September 2019. Ketabahan Menghadapi Kritikan – Tetap konsisten memperjuangkan isu alam sekitar walaupun sering menerima serangan peribadi dan politik. Pencapaian Luar Biasa di Usia Muda – Pada usia 18 tahun, Greta telah menjadi simbol global perubahan iklim, mempengaruhi dasar, gaya hidup dan kesedaran dunia terhadap kelestarian bumi. Fakta Menarik Tentang Greta Thunberg Pada usia 11 tahun, Greta pernah berhenti bercakap sementara waktu kerana terlalu sedih memikirkan masa depan bumi. Beliau menghidap Sindrom Asperger yang dianggapnya sebagai “kuasa super”, kerana membantunya melihat isu iklim dengan jelas dan tegas.
Inspirasi perjuangannya datang daripada aktivis remaja di Florida yang menentang keganasan senjata api.
Pada Ogos 2019, Greta mencipta sejarah apabila belayar ke New York selama 15 hari menggunakan kapal tenaga angin dan suria untuk menghadiri Sidang Kemuncak Iklim PBB.
Selain itu, beliau turut menjadikan Rosa Parks sebagai sumber inspirasinya dalam memperjuangkan keadilan dan perubahan.
Kredit: Facebook @gretathunbergsweden Greta Thunberg melambangkan keberanian, keteguhan dan kekuatan suara anak muda dalam membawa perubahan besar kepada dunia.
Perjuangannya bukan sekadar untuk bumi, tetapi juga mencerminkan kepedulian terhadap isu kemanusiaan seperti di Gaza, membuktikan bahawa satu suara mampu memberi kesan besar kepada keadilan sejagat.
Terima kasih, Greta, kerana menjadi inspirasi kepada dunia. Semangat dan keberanianmu menyuarakan kebenaran memberi harapan kepada generasi kini dan akan datang untuk terus mempertahankan bumi serta berdiri bersama mereka yang tertindas!
Sumber:
Greta Thunberg Facts. National Geographic Kids Greta Thunberg. Britannica 5 of Greta Thunberg’s Greatest Accomplishments to Date. Green Matters

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/greta-thunberg/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=greta-thunberg

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
All Eyes On Global Sumud Flotilla

All Eyes On Global Sumud Flotilla

papar berkaitan - pada 4/10/2025 - jumlah : 230 hits
If you feel pain you are alive But if you feel the pain of others you re human So continue to pray for the Sumud Flotilla Speak about them even if you are the only one doing so Like the buzz of a mosquito near the ear your persistent voice ...
Sembilan Kapal Baharu Global Sumud Flotilla Berlayar Ke Gaza

Sembilan Kapal Baharu Global Sumud Flotilla Berlayar Ke Gaza

papar berkaitan - pada 4/10/2025 - jumlah : 264 hits
Sembilan Kapal Baharu Global Sumud Flotilla Berlayar Ke Gaza ANKARA 3 Okt Pertubuhan antarabangsa Global Sumud Flotilla pada Jumaat memaklumkan bahawa sembilan kapal baharu telah tiba di pesisir utara Marsa Matruh Mesir dan meneruskan pelay...
Global Sumud Flotilla Dan Sumud Nusantara

Global Sumud Flotilla Dan Sumud Nusantara

papar berkaitan - pada 3/10/2025 - jumlah : 229 hits
AssalamualaikumGlobal Sumud Flotilla Dan Sumud Nusantara Kalau sebelum nie aku kongsikan tentang sejarah flotilla kali ini aku nak kongsikan peristiwa yang menggegarkan dunia sehingga seluruh dunia bangkit melawan Allahuakhbar Baca Asal Glo...
Pm S Aide In Istanbul Ensuring Safe Return Of Malaysian Global Sumud Flotilla Activists

Pm S Aide In Istanbul Ensuring Safe Return Of Malaysian Global Sumud Flotilla Activists

papar berkaitan - pada 7/10/2025 - jumlah : 159 hits
Datuk Ahmad Farhan Fauzi the prime minister s political secretary is in Istanbul to coordinate the safe return of 23 Malaysians detained by Israeli forces during the Global Sumud Flotilla mission Picture via Facebook Ahmad Farhan FauziKUALA...
Wan Rosdy Perjuangan Sukarelawan Global Sumud Flotilla Yang Ditahan Rejim Israel Jadi Pembakar Semangat Rakyat

Wan Rosdy Perjuangan Sukarelawan Global Sumud Flotilla Yang Ditahan Rejim Israel Jadi Pembakar Semangat Rakyat

papar berkaitan - pada 7/10/2025 - jumlah : 138 hits
KUANTAN Perjuangan sukarelawan Global Sumud Flotilla yang ditahan rejim Israel menjadi pembakar semangat kepada seluruh rakyat untuk terus bersatu kata Wan RosdyMenurutnya kesemua 23 sukarelawan GSF dari Malaysia yang ditahan tentera Israel...
Selangor Sultan Thankful As 23 Malaysian Global Sumud Flotilla Activists Return Safely From Gaza Mission

Selangor Sultan Thankful As 23 Malaysian Global Sumud Flotilla Activists Return Safely From Gaza Mission

papar berkaitan - pada 9/10/2025 - jumlah : 134 hits
According to a statement uploaded on the Selangor Royal Office Facebook page today the Sultan of Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah had been closely following developments of the GSF mission and was concerned about the plight of the act...
Plane Carrying 23 Malaysians From Global Sumud Flotilla Touches Down At Klia

Plane Carrying 23 Malaysians From Global Sumud Flotilla Touches Down At Klia

papar berkaitan - pada 8/10/2025 - jumlah : 203 hits
Hundreds of supporters at KLIA waiting to welcome the Malaysian heroes home IZZRAFIQ ALIAS The StarSEPANG The plane carrying the 23 Malaysians who were part of the Global Sumud Flotilla has touched down at the Kuala Lumpur International Air...
Conditional Vs Obligatory Perlis Ft Muftis Divided Over Female Crew On Board Global Sumud Flotilla

Conditional Vs Obligatory Perlis Ft Muftis Divided Over Female Crew On Board Global Sumud Flotilla

papar berkaitan - pada 3/10/2025 - jumlah : 163 hits
AS Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim condemned the Israeli interception of the Global Sumud Flotilla vessels yesterday Muslim scholars are seemingly at odds over the participation of women activists and volunteers alongside their male...
Global Sumud Flotilla Rezeki Tak Disangka Buat Rakyat Gaza

Global Sumud Flotilla Rezeki Tak Disangka Buat Rakyat Gaza

papar berkaitan - pada 3/10/2025 - jumlah : 214 hits
GAZA Menerusi satu perkongsian di laman Threads walaupun Global Sumud Flotilla tidak berjaya berlabuh di Gaza ia tetap memberi makna tersendiri buat penduduk tempatan Kehadiran kapal tersebut dilihat menjadi pengalihan tumpuan sekali gus me...
Kerajaan Pahang Otimis Mampu Capai Kutipan Hasil Lebih Rm1 Bilion Tahun Ini Kutipan Setakat Ini Telah Cecah Rm950 Juta

Pas Leader Warns Anwar Of Historic Mistake Downfall With Trump Meet

Guan Eng Has Last Laugh As Pmx Turns Villain After Chinese School Halls Exempted From Alcohol Ban

Pelik Ramai Muslim Luar Negara Datang Malaysia Lelaki Kongsi Sebab Buat Dia Sedar

Sprm Siasat Harta Harta Datuk Seri Adlan Berhan Di Luar Negara

2 Beranak Dibunuh Suspek Utama Warga Nepal Direman

7 Tip Pandu Kereta Ketika Jalan Raya Sesak

Cara Gen Z Dapat Income Digital Dari Ai Freelance


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Masak Lemak Ikan Siakap

Simple Yummy Beef Meatball Recipe

Alpha Bujang Chord

Bila Perut Tak Tenang

Cotton Candy Dreams A 1977 Harley Shovelhead Chopper From Wales

Perdana Menteri Disenangi