Graduan Malaysia Jadi Pengutip Sampah Di Singapura Curi Tumpuan Media Sosial


Warganegara Malaysia, Muhammad Khidir Samsudin bersama rakan sekerjanya, Mohd Yuamirul Che Yusoff menjadi tumpuan media sosial baru-baru ini kerana memulangkan peranti iPad Pro milik seorang wanita Singapura yang dijumpai dalam tong kitar semula.
Pada 2 Dis lalu, Michelle Lim merakam penghargaannya di Facebook kepada mereka berdua dan melampirkan mesej daripada pemuda itu untuk memaklumkan penemuan peranti itu yang hilang setahun lalu.
Apa yang menarik perhatian Bernama selain sifat baiknya ialah, pemuda lebih selesa dipanggil Eday, 25, memperkenalkan dirinya sebagai “pengutip sampah” kepada wanita itu dalam mesej tersebut.
Pemegang Ijazah Pembangunan Sains dari Universiti Kebangsaan Malaysia yang berasal dari Batu Pahat, Johor itu ketika dihubungi Bernama berkata, tidak salah menimba pengalaman dari bawah dalam sektor pengurusan sisa.
“Ini menjadikan saya lebih memahami proses kerja dan lebih menghargai orang bawahan saya satu hari nanti,” katanya yang berhasrat menimba pengalaman di republik ini selama 3 tahun dan bersyukur kerana mendapat restu ibu bapanya.
Ditanya mengapa tidak melakukan kerja sama di Malaysia, Eday mengakui pendekatan serampang dua mata itu juga mengambil kira kelebihan mata wang Singapura yang lebih kukuh ketika ini.
“Apa yang saya dapat di sini setiap hujung bulan melebihi gaji eksekutif muda di Malaysia. Lagipun, untuk menjadi eksekutif di Malaysia, ia memerlukan pengalaman kerja sekurang-kurangnya 3 tahun.
“Sekiranya saya kembali ke Malaysia satu hari nanti, saya boleh menceritakan saya mempunyai pengalaman bekerja dalam syarikat asing juga,” katanya yang kini bekerja di SembWaste Pte Ltd, sebahagian daripada Sembcorp Group, sebuah kumpulan tenaga, pembangunan bandar dan marin terkemuka.
Eday berkata, SembWaste bukan majikan pertamanya kerana di Malaysia, beliau membuat banyak kerja sambilan, termasuk guru sementara di Batu Pahat sambil berniaga kecil-kecilan berkaitan pakaian maskot.
Sementara itu, Lim yang merasakan Eday dan Yuamirul, 26, berhak mendapat “pekerjaan lebih memuaskan” juga menitip nota tambahan dalam catatannya di media sosial.
“Mereka muda, rajin dan paling penting, jujur dan rendah hati. Saya juga mengetahui mereka pemegang ijazah, boleh bertutur dan menulis dengan baik. Kedua-dua pemuda ini boleh melakukan sesuatu yang sesuai dengan kebolehan mereka, sila kongsi (hantaran ini),” tulisnya.
Bernama
The post Graduan Malaysia jadi pengutip sampah di Singapura curi tumpuan media sosial appeared first on MYKMU.NET.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2020/12/05/graduan-malaysia-jadi-pengutip-sampah-di-singapura-curi-tumpuan-media-sosial/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tekanan Jiwa Melanda Hatiku Susah Nak Keluar Kwsp Ku Lagu Coverosak Azman Kini Trending Di Media Sosial

Tekanan Jiwa Melanda Hatiku Susah Nak Keluar Kwsp Ku Lagu Coverosak Azman Kini Trending Di Media Sosial

papar berkaitan - pada 3/12/2020 - jumlah : 422 hits
Tidak dinafikan sejak pandemik Covid 19 ramai yang terkesan terutamanya golongan B40 M40 dan T40 Ada yang hilang pekerjaan terpaksa direhatkan sementara dan sekali gus hilang punca pendapatan menyebabkan mereka terpaksa mencari jalan lain u...
Pembukaan Semula Sempadan Malaysia Singapura Tertangguh Akibat Covid 19

Pembukaan Semula Sempadan Malaysia Singapura Tertangguh Akibat Covid 19

papar berkaitan - pada 28/11/2020 - jumlah : 288 hits
BernamaPenutupan sempadan Malaysia Singapura bermula sejak 18 Mac lepas apabila kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bernama PONTIAN Kerajaan negeri Johor mengakui peningkatan kes COVID 19 di negara ini sejak kebelakangan ini t...
Hasil Lukisan Stensil Gadis Ini Di Media Sosial Buat Netizen Tergamam

Hasil Lukisan Stensil Gadis Ini Di Media Sosial Buat Netizen Tergamam

papar berkaitan - pada 30/11/2020 - jumlah : 354 hits
Segalanya bermula dengan permintaan daripada pengikutnya untuk beliau menghasilkan stencil art menggunakan potret penyanyi Datuk Siti Nurhaliza atau lebih mesra dikenali sebagai Tok Ti di TikTok Video pendek yang dihasilkan untuk menunjukka...
Berhati Hati Ketika Membeli Dari Penjual Dari Media Sosial Seperti Twitter Facebook Instagram Dan Whatsapp

Berhati Hati Ketika Membeli Dari Penjual Dari Media Sosial Seperti Twitter Facebook Instagram Dan Whatsapp

papar berkaitan - pada 29/11/2020 - jumlah : 290 hits
Pada hari ini ramai yang melakukan pembelian secara atas talian 8211 apatah lagi disebabkan oleh Perintah Kawalan Pergerakan masa kini Apa pun perkara ini juga secara tidak langsung membuatkan pengguna tertipu atau tidak menerima barangan s...
Tajuk 5 Tips Dapatkan Engagement Media Sosial Tahap Maksimum

Tajuk 5 Tips Dapatkan Engagement Media Sosial Tahap Maksimum

papar berkaitan - pada 9/12/2020 - jumlah : 303 hits
Apa 1 Sentiasa berkongsi info menarik dan kisah kisah yang dekat dengan kehidupan sekelilingIni yang aku sentiasa cuba praktikkan bila menaip sesuatu di media sosialku Sama ada di blog mahupun di Instagram atau Facebook Ada orang memang suk...
Aubameyang Didenda Rm40 000 Kerana Kutuk Caf Di Media Sosial

Aubameyang Didenda Rm40 000 Kerana Kutuk Caf Di Media Sosial

papar berkaitan - pada 10/12/2020 - jumlah : 292 hits
Penyerang Arsenal Pierre Emerick Aubameyang telah didenda oleh Konfederasi Bola Sepak Afrika sebanyak 10 000 kerana memuatnaik satu hantaran di media sosial yang dianggap mencemarkan imej dan reputasi organisasi tersebut Ia berikutan t
Risiko Kwsp10k Ke Gembar Gembur Investment Di Media Sosial

Risiko Kwsp10k Ke Gembar Gembur Investment Di Media Sosial

papar berkaitan - pada 11/12/2020 - jumlah : 237 hits
Aku dah invest lebih kurang dua tahun setengah dengan sykt luar negara brokernya di Malaysia duit direct bank in ke broker dah balik modal dah untung 400 so far so goodAda juga invest dengan yg scam masih ada untung sebab itu bergantung kpd...
Hadapi Dugaan Dengan Tenang Gelagar Syahmi Sazli Mengadap Banjir Di Rumah Curi Tumpuan

Hadapi Dugaan Dengan Tenang Gelagar Syahmi Sazli Mengadap Banjir Di Rumah Curi Tumpuan

papar berkaitan - pada 25/11/2020 - jumlah : 387 hits
loading Pengarah filem Mael Totey Syahmi Sazli baru baru ini mencuri tumpuan netizen apabila kelihatan tenang menghadapi dugaan banjir di rumahnya yang bertempat di Kelantan
The Right Types Of Bets For Beginners On Slot Deposit Qris Sites

Lirik Lagu Aku Penat Alita Nidya

Bufet Ramadan 2025 Tradisi Warisan Di Four Points By Sheraton Puchong

Wan Fayhsal Soundly Defeated In Race For Machang Bersatu Chief S Post

Trump Revives Probe Over Digital Taxes

Tiada Syarat Sokong Pm Untuk Dapat Peruntukan Anwar Beritahu Pn

Lirik Lagu Suara Rindu Khalis Real Spin

Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst


echo '';
10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria

Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton


A Guide To Caring For The Borneo Redline Halfbeak Practical Fishkeeping

Punca Nahas Maut Isteri Tentera Menurut Polis

Sprm Reman 4 Pegawai Ismail Sabri Kes Keluarga Malaysia

Kuih Cucur Topi Kelantan Bukan Cucur Jawa Ya

Tindakan Cpr Ketika Terjadi Kecemasan Jantung Terhenti

Makin Bersemut Netizen Dakwa Dengar Bella Astillah Panggil Syed Saddiq Baby Tolonglah Kahwin