Gotong Royong Madani
Kelmarin, 13.8.2023,sekolah anak ada buat gotong royong madani.Bersihkan beberapa kawasan sekitar sekolah...Tapi kami masing masing datang lenggang kangkung.kahkahkah.Patutnya dari awal dah bahagikan kumpulan dengan cikgu cikgu pembimbing.Bahagikan dari awal nak bawa apa..nak beli apa...Sudahnya..Kebanyakan ibu ibu yang datang dalam 15 orang tu,pakat bawa makanan potluck aje.lebih makan dari buat kerja nampaknya..kihkihkih
nak bersihkan kolam ikan ni.asalnya kolam ni penuh lumut,batu dan sampah.ikan puyu sekor.tapi masing masing tak bawa berus lantai.
waterjet ada sebiji je..tempat lain pun nak pakai juga.pastu,lepas dah keluarkan air,tuang sabun..sental..Adoii... nak bilas semula dari air sabun tu...memang buang karan, air dan masa.padahal tak perlu sabun pun..itu lumut..bukannya minyak enjin.
tengok masing masing blur sotong,MY pun balik kejap.Ambil berus lantai,ambil tong cat kosong,ambil pokok, tanah, sudip.Kalau dah plan dari awal, senang la sikit
Pokok ni Mama Yan yang tanam.Ambil dari rumah sebab kat rumah banyak sangat.Dah beranak pinak sampai dah malas nak layan.hari tu baru je buang berpasu pasu..Ni dah membiak semula.Bawa sekolah je lah tanam dalam tayar tu.Sebab pokok dalam tayar ni dah arwah
Pokok bunga banyak,tapi tak diselenggara dengan baik.Tukang kebunnya sorang je rasanya.dialah pungut sampah dari setiap kelas,dia siram pokok,dia potong rumput,sapu daun kering,manalah sempat nak repot pokok la..baja pokok la...kerja seharian pun dah sedia banyak.
Budak budak darjah 6 yang memang penyibuk..acah acah dah senior la katakan...tapi landskap kat sekolah ni memang cantik idea asalnya,Cuma kurang dijaga aje la..Lepas tu kat kawasan depan tu pulak,ada buat taman mini yang banyak nak kena cat baru.Cikgu takde pulak cakap nak kena mengecat.Hmm..sudahnya lagi ramai mandur dari yang buat kerja.dah berus cat ada 4 ke 5 je.kerjanya ada banyak.Kalau bagitahu awal awal,mohon ibu bapa membawa berus cat bersama,boleh la MY selongkar stor cari berus cat.Cat lebih lebih projek pun banyak.Tapi tak sampai satu tong penuh.tinggal sikit sikit.Nak buang sayang,Simpan semak pulak.
Sesi bergambar sebelum bersurai.Kaum bapak adalah dalam 10 orang, tapi sorang pun tak mahu bergambar.Selain ibu bapa,Kami juga dibantu oleh pelajar pelajar Giat Mara cawangan Tanjung Piai.
Tak kisah orang lain,yang penting MY nampak macam comel je...hahaha
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.aziankhalil.com/2023/08/gotong-royong-madani.html