Golongan Yang Telah Hilang


Sebelum PRU14, saya mempunyai ramai rakan-rakan yang tanpa segan silu, mengutuk kerajaan Barisan Nasional di media sosial ataupun di dunia sebenar. Katanya, kehidupan mereka susah kerana BN. BN dikatakan sebagai korup, salah guna kuasa, kuat rasuah, serta terlalu lama memerintah. Dikatakan juga BN sebagai punca harga barang naik, ekonomi merudum, ringgit jatuh harga dan dituduh menjual negara kepada China.
Tidak dinafikan, itulah yang sering mereka laung-laungkan sebagai alasan untuk menukar kerajaan. Disebut-sebut berulang kali sehinggalah mereka berjaya mempengaruhi pengundi-pengundi terutamanya orang muda untuk mengundi Pakatan Harapan. Dengan Harapan, mereka akan mendapat kerajaan yang sempurna yang akan memberikan mereka kehidupan yang umpama syurga.
Siapa yang tidak mahu? Pendidikan percuma, hutang PTPTN akan dihapuskan. Selepas ini tol sudah tidak perlu dibayar, semua dihapuskan. Ringgit pula akan kembali kukuh sehingga duit Singapura sama tara dengan duit kita (saya pernah dengar rakan saya berbangga cakap begini), tiada lagi barangan mahal dan para Menteri dan Ahli Politik mereka tidak lagi rasuah dan bijak-bijak belaka, tak macam Menteri BN, kata mereka.
Tetapi hairan sekali, kini golongan tersebut hilang dari radar. Apakah telah meninggal dunia? Tidak juga, saya melihat mereka masih berada di bangsal itu, masih hidup dan asap rokoknya masih berkepul ke udara. Tetapi apabila menyemak FB mereka, cerita politik sudah bertukar ke cerita lain, cerita tentang motor, berkongsi resepi masak memasak di FB yang sebenarnya dapur di rumah tidak berasap sudah begitu lama. Kehidupan mereka masih tidak berubah, walaupun kerajaan sudah bertukar dan para Menteri Baru sudah bertambah kaya dengan hasil gaji yang mereka terima beberapa bulan ini.
Kasihan saya melihatnya. Sedangkan sebelum ini sudah saya katakan kepada mereka, kehidupan kita bukan semata-mata bergantung kepada kerajaan, tetapi atas usaha kita mencari rezeki. Tidak kemana, tukarlah beribu kali kerajaan sekalipun, tetapi jika kita masih di situ tidak mengubah kehidupan sendiri, kita tidak akan berubah apa-apa, apatah lagi bertambah kaya. Mungkin barangkali mereka berasa malu kerana apa yang diharapkan tidak kesampaian, lalu mereka masuk ke gua beramai-ramai. Tak mengapalah.
Golongan tadi masih boleh diterima oleh saya, tetapi ada satu lagi golongan yang menyebabkan saya berasa terlalu sakit hati. Golongannya seperti ini. Sebelum PRU14, dia menyokong PH kerana katanya, jika PH menang, maka tiada lagi lantikan politik yang akan dilantik ke jawatan-jawatan agensi kerajaan seperti MARA, LKIM, LPP dan macam-macam lagi jawatan Pengerusi Agensi akan dilantik orang yang layak dan profesional. Selepas PRU14, PH mungkir janji dengan selamba badak melantik orang politik ke jawatan-jawatan itu. Dia masih menyokong PH.
Sebelum PRU14, dia menyokong PH kerana katanya PH akan memulangkan semula projek-projek ‘jual negara’ yang telah BN berikan China, dipulangkan kepada kontraktor Malaysia sebagai menjaga kedaulatan negara. Selepas sahaja PH menang, PH kata “Pelaburan China ke Malaysia satu keperluan”. Dia masih menyokong PH walaupun telah ditipu soal ‘jual negara’.
Sebelum PRU14, dia menyokong PH kerana tidak menyokong tindakan kerajaan BN yang menggunakan aset kerajaan semasa berkempen dalam PRU dan PRK. Selepas PH menang, Pak Menteri semua guna aset kerajaan turun kempen, dia kata “Menteri pergi Cameron Highland kerana tugas, bukan untuk berkempen”. Dia tetap sokong PH walaupun telah memutar belit rakyat.
Sebelum PRU14, dia sokong PH kerana katanya BN membuatkan harga barang naik. Selepas PH berkuasa, harga barang naik jauh lebih banyak dari BN dahulu. Dia kata, harga barang naik masih tidak membebankan rakyat. Rakyat pemalas dan kena cari punca pendapatan lain untuk tampung keperluan hidup. Pandai dia bercakap dan dia masih sokong PH.
Sebelum PRU14, dia sokong PH sebab katanya mahu terima duit BN dan menolak budaya wang upah jentera. Selepas PH menang, kantoi gambar PH bagi duit dekat orang ramai, dia kata “Itu duit minyak untuk jentera”. Boleh pula ya? Dia masih sokong PH walaupun telah menipu.
Senang cerita, golongan ini kononnya mahu membawa budaya baru. Ya, bagi saya mereka telah bawa budaya baru tetapi begitu negatif kepada Malaysia Baru kita ini. Iaitu budaya putar belit, penafian dan penipuan. Setiap tindak tanduk mereka akan diperbolehkan dengan permainan kata yang nampak rasional tetapi jahat. Contohnya, kalau BN bagi sumbangan berbentuk wang, dikatakan Cash Is King, rasuah ataupun dedak. Jika mereka beri sumbangan serupa akan dikatakan Kerajaan Prihatin. Tidakkah perkara ini adalah satu penipuan minda kepada masyarakat? Di mana keadilannya?
Begitulah yang berlaku kepada Malaysia Baru kita ini. Saya tidak lihat ia membawa ke arah Malaysia yang lebih baik. Saya berdoa, sekiranya kita mahu jadi lebih maju, buangkan sikap dan budaya “Holier Than Thou” itu.
Hj. Jamal Rafaie
Birmingham, UK
13 Januari 2019



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://jamalrafaie.com/2019/01/golongan-yang-telah-hilang/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dia Cakap Mau Keluar Isap Rokok Tengok Tengok Terus Hilang Peniaga Dianiaya Pelanggan

Dia Cakap Mau Keluar Isap Rokok Tengok Tengok Terus Hilang Peniaga Dianiaya Pelanggan

papar berkaitan - pada 9/1/2019 - jumlah : 426 hits
Dia cakap mau keluar isap rokok tengok tengok terus hilang Peniaga dianiaya pelangganPengusaha kedai makan terpaksa berputih mata apabila ada pelanggan yang mengambil kesempatan menggunakan alasan keluar dari premis untuk merokok seketika r...
Jerman Investigasi Kasus Dua Warganya Hilang Di Mesir

Jerman Investigasi Kasus Dua Warganya Hilang Di Mesir

papar berkaitan - pada 9/1/2019 - jumlah : 163 hits
Dua warga Jerman dikabarkan hilang di Mesir Salah seorang warga dilaporkan hilang setelah menemui pihak otoritas di Bandara Kairo Pemerintah Jerman saat ini tengah melakukan investigasi atas kasus ini
Dia Terus Terjun Ke Dalam Tasik Untuk Mengambil Bola Tidak Sempat Pegang Bola Lagi Dia Hilang Dari Pandangan

Dia Terus Terjun Ke Dalam Tasik Untuk Mengambil Bola Tidak Sempat Pegang Bola Lagi Dia Hilang Dari Pandangan

papar berkaitan - pada 9/1/2019 - jumlah : 354 hits
Dia Terus Terjun Ke Dalam Tasik Untuk Mengambil Bola Tidak Sempat Pegang Bola lagi Dia Hilang Dari Pandangan Seorang pemain kelab bola sepak amatur lemas ketika mangsa cuba mengambil bola di dalam Tasik Eco Ardence Setia Alam di sini malam ...
Kesan Tampar Di Pipi Anak Boleh Hilang Tetapi Kesannya Pada Emosi Mungkin Berkekalan Sampai Dewasa

Kesan Tampar Di Pipi Anak Boleh Hilang Tetapi Kesannya Pada Emosi Mungkin Berkekalan Sampai Dewasa

papar berkaitan - pada 9/1/2019 - jumlah : 324 hits
The ReporterKadangkala kita berasa pelik bagaimana anak anak yang masih kecil sudah pandai berkelakuan seperti seorang dewasa Sudah pastinya kelakuan tersebut kerana terikut ikut dengan perwatakan ibu dan bapanya Sebab itu dikatakan jika ma...
Kucing Rita Rudaini Hilang Di Semenyih

Kucing Rita Rudaini Hilang Di Semenyih

papar berkaitan - pada 8/1/2019 - jumlah : 740 hits
Kucing Rita Rudaini Hilang Di Semenyih Pekan nama kucing kepada aktres Rita Rudaini Mengikut perkongsian menerusi instagram beliau kucing peliharaan kesayangan beliau tersebut hilang sejak 2 Januari 2019 yang lalu Kucing Rita Rudaini Hilang...
Rakyat Akan Hilang Percaya Kepada Bersatu Dan Ph Presiden Ti M

Rakyat Akan Hilang Percaya Kepada Bersatu Dan Ph Presiden Ti M

papar berkaitan - pada 8/1/2019 - jumlah : 354 hits
Rakyat pilih PH kerana mahu hapus rasuah jangan sampai mereka pangkah yang lain bila tiba Pilihan Raya nanti kata Akhbar Gambar failKUALA LUMPUR Pendedahan yang dibuat bekas setiausaha Parti Pribumi Bersatu Malaysia Perlis Wan Saiful Wan Ja...
Kalau Nampak Orang Nak Makan Janganlah Ditegur Sebegitu Rupa Elizad Luah Hilang Selera Makan Sebab

Kalau Nampak Orang Nak Makan Janganlah Ditegur Sebegitu Rupa Elizad Luah Hilang Selera Makan Sebab

papar berkaitan - pada 7/1/2019 - jumlah : 356 hits
Kalau Nampak Orang Nak Makan Janganlah Ditegur Sebegitu Rupa Elizad Luah Hilang Selera Makan Sebab Pelakon Siti Elizad semalam berkongsi pengalaman hiba yang membuatkan dia hilang selera makan Kisahnya pelakon drama Teman Lelaki Upahan itu ...
Nelayan Hilang Di Laut Bontang Saat Cek Bagang Ikan Ditemukan Tewas

Nelayan Hilang Di Laut Bontang Saat Cek Bagang Ikan Ditemukan Tewas

papar berkaitan - pada 8/1/2019 - jumlah : 323 hits
Jasad nelayan Bontang itu ditemukan tidak jauh dari bagang ikan dan posisi terakhir korban terlihat yang memang masuk dalam area penyisiran tim SAR gabungan
Ratusan Relawan Cari Pendaki Asal Magelang Yang Hilang 6 Hari Di Gunung Lawu

Ratusan Relawan Cari Pendaki Asal Magelang Yang Hilang 6 Hari Di Gunung Lawu

papar berkaitan - pada 8/1/2019 - jumlah : 295 hits
Humas Basarnas Pos Surakarta Yohan Tri Anggoro mengatakan hingga hari keenam pencarian belum ada tanda tanda dan titik terang keberadaan Alvi Meskipun ratusan relawan telah dikerahkan untuk menyisir setiap titik pendakian
Backstabbing Drama In The Opposition Pas Sabotaging Bersatu By Attacking Chinese Vernacular Schools

Calon Bersatu Prk Kkb Tidak Dapat Sokongan Parti Pas

Pas Anggap Terlalu Awal Bincang Pertukaran Mb Perlis

Umno Explores Every Means Possible To Free Najib

Calon Bersatu Prk Kkb Tunggang Isu Kematian Teoh Beng Hock

Perasaan Bila Orang Namakan Kucing Mereka Dgn Nama Anda

100 Cawangan Kfc Tutup Dan Akur Kuasa Boikot

Bonus R 5000 Jogue Ca A T Queis Onlin



Biodata Dan Latar Belakang Adam Shamil Personaliti TikTok Terkenal

5 Negara Yang Memilih Untuk Tidak Menggunakan Matawang Sendiri

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria

5 Amalan Muslim Yang Sering Dijadikan Bahan Lawak di Malaysia


Jkt48 Heavy Rotation Chord

Dap S Dilemma Red Lines And Kuala Kubu Baharu

Macc Nabs Three Senior Govt Agency Officers In Kelantan

Th Jamin 31 600 Jemaah Haji Berpeluang Ziarah Raudah

Memang Sibuk Wehh

Nak Tau 5 Langkah Menjadi Insan Hebat