Golongan Marhaen Pun Sama Sahaja Rakyatgagal


“AKU sudah pernah merasakan semua kepahitan dalam hidup dan yang paling pahit ialah berharap kepada manusia.” – Saidina Ali Abi Talib

Tular di media sosial untuk kesekian lama slogan #KerajaanGagal tetapi kini penggunaan #RakyatGagal juga semakin meningkat bagi menggambarkan kecaman menyeluruh masyarakat kepada sesiapa yang tidak segan melanggar pematuhan undang-undang. Masyarakat saling menyalahkan sesama sendiri dan tidak lagi hanya menuding jari kepada kelas kayangan yang pada mulanya hanya digunakan untuk merujuk kepada mereka yang berduit, berkuasa atau berpengaruh.

Realiti semasa, bukan hanya kelas kayangan yang culas mengikut prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Bahkan rakyat marhaen yang tidak berduit, tidak punya kuasa dan tanpa pengaruh juga sudah jemu menurut arahan kerajaan bagi membendung kemaraan pandemik Covid-19 dalam negara. Nilai taruhan bagi rakyat marhaen hanyalah nyawa yang dikandung badan tetapi nilai inilah yang tidak takut dipertaruhkan setiap orang dek kerana sudah terasa patah semangat meneruskan peperangan ini.

Maka kluster keagamaan mencanak naik kerana berbanding tahun lalu, semakin ramai yang enggan mengutamakan perjuangan menentang Covid-19 berbanding mengejar amalan di bulan Ramadan. Jika nyawa menjadi galang ganti buat ibadah yang dikerjakan, ramai yang sanggup mengambil risiko ini. Sangat berbeza dengan keadaan semasa dalam tempoh PKP fasa pertama, bila mana rakyat sama-sama berganding bahu dengan kerajaan dan agensi penguat kuasa mematuhi SOP yang ditetapkan. Sebarang keingkaran yang ternampak di khalayak ramai akan ditelanjangkan di media sosial sehinggakan negara berjaya mencapai rekod harian kes positif Covid-19 satu angka.

Sayangnya hal ini hanya terkubur dalam lipatan sejarah saat kerajaan mengambil langkah yang merugikan seantero negara demi memelihara kepentingan politik. Kini dengan jumlah aktif kes positif Covid-19 menjangkau 82,000 kes, keadaan semasa di Malaysia hampir mengatasi kerapuhan institusi kesihatan di India. Dengan varian

Covid-19 yang semakin mengganas, kenaikan angka korban malangnya langsung tidak menakutkan masyarakat daripada mengingkari SOP. Seolah-olah sentimen rakyat rata-rata sudah lelah untuk terus berjuang.

PAK MENTERI
Pemakaian undang-undang dan peraturan di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) dilihat berbolak-balik mengikut siapa yang menguatkuasakan akta ini dan ke atas siapa peruntukan akta ini terpakai. Jika pak menteri melanggar SOP yang digubal di bawah kuasa Akta 342, maka sudah tentu pelbagai alasan diberikan sehinggalah rakyat akhirnya terdiam dan terlupa keingkaran mereka. Kalau yang melanggar SOP itu artis jutawan atau jelitawan yang melanggar SOP pula, berminggu-minggu masa dihabiskan untuk siasatan dimuktamadkan. Namun, jika rakyat marhaen yang terlanggar SOP, tanpa perlu berdolak-dalik kompaun terus dikenakan.

Saya sudah kerap kali menegaskan, setiap undang-undang itu hanya berdiri dengan takzim apabila peruntukan perundangan terpakai secara sama rata ke atas setiap orang. Natijah apabila undang-undang dilihat tidak adil dan membeza-bezakan pemakaiannya adalah rakyat tidak lagi merasakan perlu untuk mematuhi undang-undang itu. Kesan ini adalah sesuatu yang terlalu mahal untuk dibayar walaupun dengan nyawa setiap rakyat.

Harus diingatkan, generasi demi generasi silih berganti dan yang tinggal mewarisi hanyalah institusi yang didirikan atas naungan kontrak sosial nan dipersetujui bagi rakyat dilindungi dan kerajaan melindungi. Apabila kehalusan prinsip ini dicemari secara terbuka oleh kerajaan, sudah tentu kesan jangka panjang adalah buruk sekali.

Malah, kegagalan untuk memulihkan kepercayaan masyarakat kepada institusi perundangan sudah pun melihatkan betapa banyak negara kecundang atas nama revolusi dan reformasi. Seharusnya setiap warga Malaysia mengambil iktibar dan hikmah daripada lipatan sejarah.

MAHAL
Tuntutan agar kerajaan lebih bertanggungjawab dalam memperkemaskan dasar negara adalah peringatan rakyat tentang amanah mereka yang diangkat sebagai wakil negara. Pada masa sama, rakyat jelata juga perlu kembali kepada amanah dalam persaudaraan sesama ahli masyarakat. Pematuhan SOP membanteras Covid-19 bukanlah untuk kita menjadi pak turut kepada kerajaan tetapi adalah bagi memastikan keselamatan dan kesejahteraan kita terpelihara bersama. Amatlah membebankan sesalan yang terpaksa kita tanggung kalau-kalau perbuatan kita yang mencemar amanah ini akhirnya mengorbankan nyawa ahli komuniti kita.

Memang benar harga perang Covid-19 adalah sungguh mahal. Kita sedang membiarkan anak-anak ketandusan sentuhan pendidikan dalam pada ekonomi semakin meruncing, kadar kemiskinan semakin meninggi dan masalah sosial terus menjepit.

Beringatlah, harga ini masih dikira kecil nilainya berbanding pertaruhan nyawa insan-insan yang kita sayang.

Oleh: Fatihah Jamhari


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://tungkaranhati.blogspot.com/2021/06/golongan-marhaen-pun-sama.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hidup Di Dunia Ini Singkat Kita Dipinjamkan Hanya 1 5 Jam Sahaja Ke Dunia

Hidup Di Dunia Ini Singkat Kita Dipinjamkan Hanya 1 5 Jam Sahaja Ke Dunia

papar berkaitan - pada 9/6/2021 - jumlah : 405 hits
Satu hari di Akhirat bersamaan dengan 1 000 tahun dimensi dunia ini Mari kita lihat perkiraan dengan penjelasan hadis dan Al Quran Saya harap perkongsian ini dapat berikan manfaat buat saya terutamanya serta pembaca sekalian insyaAllah Saya...
Jet Pejuang Yak 130 Berharga Rm62 Juta Sahaja

Jet Pejuang Yak 130 Berharga Rm62 Juta Sahaja

papar berkaitan - pada 11/6/2021 - jumlah : 467 hits
The Yakovlev Yak 130 was initially developed by Yakovlev and Aermacchi with the designation Yakovlev Aermacchi Yak 130 AEM 130 an advanced jet trainer and lightweight fighter capable of subsonic flights Aircraft development started in 1991 ...
Hanya 2 Menu Sahaja Hari Ini

Hanya 2 Menu Sahaja Hari Ini

papar berkaitan - pada 9/6/2021 - jumlah : 249 hits
Assalamualaikum Hi korang Hari ni SA x masak tapi mak SA dan Abah yang masak berdua kat dapur Suriaamanda tu ha sebabnya SA sibuk dengan kerja Hari ni SA banyak sangat kerja nak kena execute letter apa segala kejap2 kawan2 opis call so mema...
Biar Angka Kes Sahaja Yang Menurun Jangan Semangat Kita Yang Menurun

Biar Angka Kes Sahaja Yang Menurun Jangan Semangat Kita Yang Menurun

papar berkaitan - pada 9/6/2021 - jumlah : 240 hits
BIAR ANGKA KES SAHAJA YANG MENURUN JANGAN SEMANGAT KITA YANG MENURUN Assalammualaikum wbt Haaa kan bukan main tajuk berjela sampai terlajak masuk rumah jiran sebelah Hehehe Apa khabar semua sahabat sahabat blogger Alhamdulillah diperhatikan...
Hiburan Pandai Dia Jaga Hati Dapat Hadiah Lilin Sahaja Sikap Yusuf Iskandar Tidak Mengeluh Dipuji Netizen

Hiburan Pandai Dia Jaga Hati Dapat Hadiah Lilin Sahaja Sikap Yusuf Iskandar Tidak Mengeluh Dipuji Netizen

papar berkaitan - pada 7/6/2021 - jumlah : 281 hits
Anak sulung kepada selebriti terkenal Hairul Azreen dan Hanis Zalikha Yusuf Iskandar mencuri perhatian netizen apabila dia menerima kejutan yang tidak disangka sempena ulang tahun kelahirannya yang ke 5 tahun pada 3 Jun yang lalu Yusuf atau...
Hanya 10 Jenis Surat Kebenaran Sahaja Diterima Ketika Sjr

Hanya 10 Jenis Surat Kebenaran Sahaja Diterima Ketika Sjr

papar berkaitan - pada 8/6/2021 - jumlah : 357 hits
Terkini hanya 10 jenis surat yang diterima pakai Polis ketika melalui sekatan jalan raya Polis telah menyenaraikan 10 surat kebenaran dari agensi dan kementerian termasuk Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri yang diterima
Bapa Tidak Tahan Sebak Apabila Sampai Sahaja Di Rumahnya Rupanya Ini Yang Berlaku Pada Keluarga Mereka

Bapa Tidak Tahan Sebak Apabila Sampai Sahaja Di Rumahnya Rupanya Ini Yang Berlaku Pada Keluarga Mereka

papar berkaitan - pada 8/6/2021 - jumlah : 199 hits
Bapa Siti Raudhah Hj Md Yatim tidak mampu menahan sebak sebaik sahaja tiba di rumahnya selepas tamat menjalani kuarantin kerana terlalu sedih mengenangkan kehilangan isteri
Laaaa Jangan Gelabah Bro Agong Yang Nak Jumpa Kah Kah Kah Tak Tukar Kerajaan Pun Bincang Biasa Sahaja Kan

Laaaa Jangan Gelabah Bro Agong Yang Nak Jumpa Kah Kah Kah Tak Tukar Kerajaan Pun Bincang Biasa Sahaja Kan

papar berkaitan - pada 12/6/2021 - jumlah : 214 hits
Sabar untuk 3 bulan lagi Hamzah beritahu ahli politik beria jadi PM June 11 2021 Hamzah Zainudin berkata kerajaan Perikatan Nasional tidak takut dengan pembukaan semula Parlimen PETALING JAYA Semua pihak yang menggesa supaya Parlimen dibuka...
Malaysia Airlines A330 300 Takes To The Skies In Manchester United Livery

Send Unlimited Emails With 100 Delivery

Timbul Dakwaan Zahnita Bagi Lelaki Masuk Rumah Suami Akui Terkejut Bila Ada Orang Lain Anak Anak Pun Mengeluh

Senarai Universiti Luar Negara Kampus Malaysia Bidang Perubatan

Terrazza Aperol In Milan Reopens With A Bold New Identity By Vudafieri Saverino Partners

Cara Buat Bayaran Semula Yayasan Bank Rakyat Secara Online Menggunakan Jompay

Hp Elitebook 840 G5 Randomly Disconnecting From Wi Fi

Pelancaran Galeri Keratan Akhbar Muka Hadapan Di Pejabat Ppim Kaca Tv 17 04 2025


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Keberkatan Tadarus Surah Al Kahfi Setiap Jumaat

What The Jalur Gemilang Truly Means To Me

Don T Give Ex Army Cops Unrestricted Powers As Mrsm Wardens Says Criminologist

World S First Tri Fold The Huawei Mate Xt Ultimate Design Was Gifted For Official State Visit To Malaysia

Shandy Pagalla Aku Ikhlas Melepaskanmu Chord

Ipank Mutiara Chord