Golongan Antivaksin Wajar Dikenakan Tindakan Undang Undang Pppkam


KUALA LUMPUR, 23 Jan (Bernama) — Persatuan Pakar Perubatan Kesihatan Awam Malaysia (PPPKAM) menggesa agar golongan antivaksin yang menyebarkan maklumat salah mengenai suntikan vaksin dikenakan tindakan undang-undang.
Presidennya Datuk Dr Zainal Ariffin Omar berkata sekiranya tindakan undang-undang diambil, sudah tentu ia dapat mengurangkan penyebaran fakta salah mengenai aktiviti vaksinasi yang menimbulkan ketakutan dan kebimbangan orang ramai.
“Saya setuju golongan antivaksin ini didakwa …mereka sering menyebarkan fakta-fakta salah, biasanya di media sosial mengenai keburukan vaksin serta menyalahkan kerajaan (kerana mengadakan Program Imunisasi Kebangsaan atau NIP), ini merupakan hasutan jahat kepada masyarakat.
“Sekiranya Kementerian Kesihatan kata tindakan golongan ini salah dan membahayakan masyarakat (kerana menyebarkan fakta salah mengenai vaksin), polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) boleh lakukan tugas mereka mengikut peruntukan akta  terhadap golongan antivaksin,” katanya kepada Bernama selepas majlis Resolusi Perbincangan Meja Bulat Berkaitan Vaksinasi: ‘Wajarkah Imunisasi Kanak-kanak Dijadikan Undang-undang Mandatori?’ hari ini.
Beliau berkata sedemikian ketika diminta mengulas mengenai resolusi ke-5 persidangan itu yang mencadangkan kerajaan mengambil tindakan tegas berdasarkan undang-undang dan dasar sedia ada terhadap golongan antivaksin.
Dalam pada itu, Dr Zainal turut menyarankan kerajaan terutamanya KKM untuk mencipta dan menghasilkan vaksin sendiri untuk mengurangkan kebergantungan terhadap produk luar negara.
“Sebenarnya kita ada kepakaran itu (menghasilkan produk vaksin sendiri), contohnya kita ada Institut Penyelidikan Perubatan. Sudah tentu ini lebih bagus dan jimat untuk kita hasilkan sendiri di sini,” katanya.
Melalui sidang meja bulat yang disertai 22 pertubuhan bukan kerajaan kesihatan itu, 10 resolusi dikeluarkan, antaranya menggesa kerajaan mewajibkan imunisasi kepada kanak-kanak di seluruh negara melalui undang-undang mandatori yang khusus.
Menurut Dr Zainal resolusi itu akan diserah kepada perdana menteri untuk tindakan susulan oleh pihak kerajaan.
Sumber: Bernama
The post Golongan Antivaksin Wajar Dikenakan Tindakan Undang-Undang – PPPKAM appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2020/01/23/golongan-antivaksin-wajar-dikenakan-tindakan-undang-undang-pppkam/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pm Vs Tindakan Undang Undang

Pm Vs Tindakan Undang Undang

papar berkaitan - pada 14/1/2020 - jumlah : 462 hits
Sekarang ni dah kecoh kata dah tak boleh komen PM Jika masih gunakan maka penjual atau seller boleh akan dikenakan tindakan undang undang dan didenda sebanyak RM50 000 00BETUL KE Jika betul maka di sini anime4nz cadangkan beberapa perkataan...
Anwar Tindakan Undang Undang Pada Yusuff Tetap Diteruskan

Anwar Tindakan Undang Undang Pada Yusuff Tetap Diteruskan

papar berkaitan - pada 15/1/2020 - jumlah : 211 hits
BERITAPresiden PKR Anwar Ibrahim berkata beliau tetap akan meneruskan tindakan undang undang terhadap Muhammed Yusoff Rawther Beliau berkata demikian susulan keputusan Pejabat Peguam Negara tidak akan membuat pendakwaan terhadapnya atas dak...
Kerajaan Bincang Perketat Undang Undang Kesalahan Pemandu Mabuk Kaji Semula Hukuman

Kerajaan Bincang Perketat Undang Undang Kesalahan Pemandu Mabuk Kaji Semula Hukuman

papar berkaitan - pada 29/1/2020 - jumlah : 379 hits
Kuala Lumpur 29 Jan Kerajaan akan mengetatkan hukuman ke atas pemandu yang memandu di bawah pengaruh alkohol dan dadah kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook Menurutnya kementerian sedang menunggu pandangan dari pelbagai pihak ter...
Dah Tiga Hari Najib Masih Terkial Kial Belum Buat Apa Tindakan Ke Atas Latheefa

Dah Tiga Hari Najib Masih Terkial Kial Belum Buat Apa Tindakan Ke Atas Latheefa

papar berkaitan - pada 11/1/2020 - jumlah : 448 hits
Siapa yang rakam Cuba toleh kiri dan toleh kanan Budak tadika pun tahu ini siapa punya kerja Bagaimana yang lain TAKKANLAH dengan pompuan pun kau orang Tak berani keroyok dia Jangan jadi darai lah kalau sekadar gesa latheefa letak jawatan
Apakah Tindakan Sprm Mendedahkan Audio Tersebut Sebagai Suatu Yang Beretika

Apakah Tindakan Sprm Mendedahkan Audio Tersebut Sebagai Suatu Yang Beretika

papar berkaitan - pada 10/1/2020 - jumlah : 370 hits
Apakah tindakan SPRM mendedahkan audio tersebut sebagai suatu yang beretika Samada ianya beretika atau tidak bergantung kepada pelbagai pandangan Ianya subjektif Negara ditadbir secara perundangan Sekiranya tindakan SPRM itu dilihat bercang...
Tindakan Sprm Dedah Bukti Kepada Awam Jadi Perdebatan Umum

Tindakan Sprm Dedah Bukti Kepada Awam Jadi Perdebatan Umum

papar berkaitan - pada 10/1/2020 - jumlah : 276 hits
Sumber gambar dari AwaniBaru baru ini SPRM telah mendedahkan perbualan antara Dato Seri Najib dengan isterinya Datin Seri Rosmah yang mengandungi beberapa maklumat penting mengenai kes 1MDB yang masih dalam siasatan Dalam rakaman berkenaan ...
Tindakan Latheefa Koya Subjudis Menghina Mahkamah Dan Melanggar Akta Rahsia Rasmi Kata Majlis Peguam

Tindakan Latheefa Koya Subjudis Menghina Mahkamah Dan Melanggar Akta Rahsia Rasmi Kata Majlis Peguam

papar berkaitan - pada 11/1/2020 - jumlah : 311 hits
Rakaman audio membabitkan individu kenamaan termasuk perbualan antara Datuk Seri Najib Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor perlu terus diserahkan kepada pihak berkuasa berkaitan untuk menjalankan siasatan Presiden Majlis Peguam Abd...
Tindakan Disiplin Jika Polis Arah Sekolah Puchong Turunkan Hiasan Tahun Baru Cina

Tindakan Disiplin Jika Polis Arah Sekolah Puchong Turunkan Hiasan Tahun Baru Cina

papar berkaitan - pada 10/1/2020 - jumlah : 1241 hits
Hiasan bagi meraikan sambutan Tahun Baru Cina itu di SMK Pusat Bandar Puchong I yang didakwa Putra bersifat keagamaan PETALING JAYA Polis sudah memanggil beberapa individu untuk membantu siasatan berhubung sepucuk surat mengkritik hiasan sa...
Kita Memberi Sebab Kita Pernah Rasa Tak Ada Tindakan Terpuji Brader Ini Patut Dicontohi Meskipun Berlainan Etnik

Kita Memberi Sebab Kita Pernah Rasa Tak Ada Tindakan Terpuji Brader Ini Patut Dicontohi Meskipun Berlainan Etnik

papar berkaitan - pada 12/1/2020 - jumlah : 276 hits
Tidak semua manusia dilahirkan bernasib baik Ada yang dilahirkan terus kaya dan dilimpahi dengan kesenangan dan ada juga yang miskin diberikan kesempitan Namun itu bukan penghalang bagi kita untuk menjadikan dunia ini menjadi lebih baik Kal...
New Ai And Accessibility Updates Across Android Chrome And More

Pizza Time

Aktiviti Serahan Memorandum Bantahan Perjanjian Pandemik Dasar Digital Negara Kepada Suhakam Ppim 16 05 2025

Media Sosial Makin Toksik Apa Jadi Macam Mana Nak Handle

Akmal To Anwar We Are Not Obsessed With Najib Just Want Fair Treatment

Perkara Yang Jangan Di Lakukan Ketika Bercuti Di China

Malaysia Committed To Petrol Subsidy Cuts In Second Half Of 2025 Says Mof

Rumor Transfer Persib Bandung 10 Nama Pemain Top Masuk Dalam Radar


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Ya Allah Permudahkanlah Urusan Jodohku

Buat Lelaki Di Luar Sana Fikir Fikirlah Sebelum Kahwin Lagi

Tahniah Anakanda Nur Aina Insyirah Binti Suhaimi

Keratan Anak Pokok Rose Jepun Dah Sampai

Mengapa Folder Hadiah Perpisahan Penting Untuk Acara Rasmi

Terengganu Satu Dari Tiga Remaja Alami Obesiti