Gol Supermokh Buat England Terduduk


MOKHTAR DAHARI membawa bola dari tengah padang. Sambil berlari lincah – dengan liuk tubuh mengelirukan – beliau pantas menggelecek dua pemain England.
Sebaik sahaja melepasi Alan Kennedy dan David Needham, dua pemain England bertaraf bintang, Mokhtar melepaskan rembatan kencang sebaik sahaja memasuki petak penalti.
Bekas pemain kebangsaan, Reduan Abdullah masih ingat. Tendangan itu menerjah ke bucu kanan gawang pada minit ke-34. Penjaga gol Joe Corrigan, pemenang Piala Eropah bersama Manchester City pada 1970, terduduk dibuatnya.
Jaringan Supermokh menghapuskan kelebihan gol yang dihasilkan Alan, pemain yang digeleceknya sebelum menjaringkan gol penyamaan. Alan sebenarnya pemain pertahanan paling mahal di England pada tahun berkenaan.
Namun, larian ‘lipas kudung’ Mokhtar membantunya melepasi Alan, yang tiga tahun kemudian menyumbat gol kemenangan Liverpool ketika menewaskan Real Madrid dalam kejohanan Piala Eropah.
“Perlawanan itu adalah salah satu aksi terbaik kami dan Mokhtar menjaringkan gol yang cukup memukau, dia terlalu bagus untuk disekat pemain England,” kata Reduan kepada SelangorKini ketika mengimbau perlawanan pada 1978 di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur.
Sebenarnya, Reduan mengakui kehadiran skuad England mengerunkan pemain negara. Masing-masing terbayang mereka bakal dibelasah skuad bimbingan Bobby Robson. Sebaliknya, keputusan berkesudahan seri 1-1.
“Waktu main lawan England B, kami fikir akan dibelasah teruk. Tetapi sebaliknya berlaku, walhal yang datang pemain-pemain hebat,” kata pemain tengah negara antara 1973 hingga 1981.
Selain mereka, pasukan kebangsaan dibarisi antaranya Rashid Hassan, Jamal Nasir, Yahya Jusoh, Soh Chin Aun, Santokh Singh, Abdah Alif dan Shukor Salleh.
Menewaskan Arsenal
Sebelum perlawanan itu pun, Mokhtar sudah mempamer kehebatannya. Dua jaringannya pada 1975 pernah menumbangkan Arsenal, sebuah kelab ternama divisyen satu (ketika itu) Liga Inggeris.
Setahun kemudian, majalah World Star Soccer menamakan beliau sebagai penyerang terbaik Asia.
Mokhtar dianggap pemain bola sepak sempurna pada era itu, malah pemuda kelahiran Setapak dianggap lebih handal daripada pemain legenda Korea Selatan dan kelab Bayer Leverkusen, Cha Bum-kun.
“Orang Korea suka Mokhtar, dan setiap kali kami ke sana, mereka selalu membincangkan tentang dia,” kata Reduan, naib presiden Persatuan Bekas Pemain Bolasepak Kuala Lumpur, kini berusia 68 tahun.
Mokhtar menjaringkan 125 gol bersama Harimau Malaya dan 177 gol untuk Selangor. Beliau juga beraksi dalam Jemputan Selangor menentang juara 20 kali Liga Argentina, Boca Juniors yang diketuai Diego Maradona pada 1982.
Siang kerja bank
Bagi Reduan, pemain tempatan masa kini – walaupun memasuki era profesional – belum ada setaraf Mokhtar. Antara 70-an hingga 80-an, Mokhtar bukan sahaja digeruni pada peringkat Asia, bahkan sebahagian pemain Eropah juga kagum kepadanya.
“Bayangkanlah, zaman itu masih amatur, bukan semi profesional mahupun profesional, siang hari ada yang kerja bank, tapi kita khususnya Mokhtar mampu menakutkan lawan dengan aksi atas padang,” katanya.
Abd Mohd Khalid Mohd Ali, pemain skuad Olimpik Moscow pada 1980, pula percaya formula kehebatan Mokhtar adalah rajin berlatih dan berdisiplin tinggi setiap masa – itu sahaja.
Beliau juga mendapati tiada pemain selepas era itu setanding dengan Mokhtar. Dalam tempoh mutakhir, hanya bekas jaguh Selangor, Safee Sali memiliki sekelumit iras gaya legenda itu.
“Cumanya pada saya Safee agak lemah dari segi tenaga dan stamina,” katanya sambil berharap Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) berusaha mencari bakat muda bagi mengisi keunggulan yang ditinggalkan Mokhtar.
Sekalipun sudah 29 tahun pemergian Mokhtar genap pada 11 Julai, kelibat beliau masih diingati ramai. Kehilangan terus dirasai, tiada galang gantinya. Bak kata Reduan:
“Hanya ada satu Mokhtar, tiada dua atau tiga, tidak ada penganti, Mokhtar tetap Mokhtar.”

Free IPTV @5tr0kk +500 Channel


Tonton TV online secara percuma dari handfon atau android box anda!


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ohsemput.blogspot.com/2020/07/gol-supermokh-buat-england-terduduk.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Iphone 11 Pro Max Dijambret Bule Rusia Nangis Sampai Terduduk Di Depan Warung

Iphone 11 Pro Max Dijambret Bule Rusia Nangis Sampai Terduduk Di Depan Warung

papar berkaitan - pada 9/7/2020 - jumlah : 157 hits
Peristiwa itu berawal saat korban berjalan kaki dari Villa Subali menuju tempat makan yang berlokasi di jalan Beraban atau TKP
Gara Gara Drhaka Dgan Mak Masa Mengerjakan Umrah Terduduk Gadis Ini Bila Dapat Balasan Dia Tanah Suci Buat Dia Menyesal

Gara Gara Drhaka Dgan Mak Masa Mengerjakan Umrah Terduduk Gadis Ini Bila Dapat Balasan Dia Tanah Suci Buat Dia Menyesal

papar berkaitan - pada 1/7/2020 - jumlah : 239 hits
Nama aku Zatul Ringkas tapi mendalam Aku bersyukur tak terhingga diberi kesempatan mengerjakan umrah bersama mak ayah Tapi ini apa yg jadi Gara gara drhaka dgan mak masa mengerjakan umrah Terduduk gadis ini bila dapat balasan dia tanah suci...
4 Gergasi England Ke Separuh Akhir Piala Fa

4 Gergasi England Ke Separuh Akhir Piala Fa

papar berkaitan - pada 29/6/2020 - jumlah : 229 hits
Saingan Piala FA di England kini telah memasuki peringkat separuh akhir di mana 4 kelab gergasi telah mengesahkan tempat mereka iaitu Manchester City Arsenal Manchester United dan Chelsea Perlawanan separuh akhir akan berlangsung di Stadium...
England Isytihar Malaysia Negara Berisiko Rendah

England Isytihar Malaysia Negara Berisiko Rendah

papar berkaitan - pada 5/7/2020 - jumlah : 337 hits
Malaysia Thailand Singapura dan Vietnam merupakan antara negara negara Asia Pasifik yang dibenarkan kembali atau melawat England tanpa perlu menjalani proses kuarantin 14 hari Kementerian Pengangkutan negara itu pada Jumaat mendedahkan lebi...
Epl Gol Minit Akhir Yarmolenko Buat Chelsea Ternganga

Epl Gol Minit Akhir Yarmolenko Buat Chelsea Ternganga

papar berkaitan - pada 2/7/2020 - jumlah : 160 hits
Penyerang Ukraine Andriy Yarmolenko menjadi pemusnah buat Chelsea selepas jaringan dramatiknya pada minit minit akhir memberikan kemenangan berharga 3 2 buat West Ham United dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris di Stadium London pada awal...
Gol Minit Terakhir Michael Obefami Bikin Mu Kekal Di Tangga Kelima

Gol Minit Terakhir Michael Obefami Bikin Mu Kekal Di Tangga Kelima

papar berkaitan - pada 14/7/2020 - jumlah : 158 hits
Hasrat Manchester United untuk naik ke tangga ketiga liga tidak kesampaian selepas terikat 2 2 dengan Southampton Beraksi di Stadium Old Trafford pasti memberi sedikit kelebihan buat MU yang ingin mendapatkan 3 mata penuh bagi mencerahkan p...
Malaysia Weighs Casino Licence To Revive Forest City

High Court Fixes 3 Additional Trial Dates To Complete 1mdb Case

Of Second Rate White People And Malaysia Pushing For Genocide

Sabah Peroleh Rm580 Juta Hasil Jualan Minyak Mentah

Since Mic Pointless Pn Confident Of Marginalised Indian Votes

Norjuma Didakwa Lima Pertuduhan Mencederakan Tiga Individu Lakukan Khianat

Ministers Hit Out At Us Academic S Safety Claim

Berjalan Bersama Pengguna Inovasi Pengalaman Interaktif Zuhyx



5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan

Biodata Aizat Saha Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3 Personaliti TikTok


Masdo Perih Jerih Chord

Apabila Sang Profesor Datang Melawat

Work Harder At Communicating Achievements On Reforms Govt Told

Isn T Akmal S Call To Reject Passport Renewal Based On Bm Fluency A Disservice Amid Looming Kkb Polls

Saat Jenazah Berada Di Liang Lahad

The Evolution Of Adult Entertainment