Gobind Bangkit Atas Faktor Merit Legasi


Dalam pemilihan CEC pada Ahad, ia bukan kali pertama Gobind Singh Deo mendapat undi teratas dengan prestasi sama dilihat pada pemilihan 2022.
PETALING JAYA: Kebangkitan semula Gobind Singh Deo dalam DAP beberapa bulan selepas gagal pemilihan Selangor, didorong gabungan merit dan legasi oleh pemerhati.

Tiga penganalisis politik menekankan apa yang berlaku pada Ahad lalu, bukan kali pertama Gobind mendahului pemilihan Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC), memandangkan pernah meraih tempat teratas pada pemilihan 2022.
Ahmad Fauzi Abdul Hamid dari Universiti Sains Malaysia (USM), berkata Gobind memaparkan keteguhan luar biasa sebagai pemimpin, dengan popularitinya di peringkat kebangsaan seolah-olah tidak terkesan walaupun kalah di Selangor.
“Prestasinya dalam pemilihan DAP Selangor boleh dianggap satu kemerosotan yang mungkin telah diperbaiki atau tidak.
“Pada usia 52, Gobind telah mencapai kemuncak kepimpinan di peringkat kebangsaan. Beliau mempunyai latar belakang keluarga setia DAP dan pencapaian di peringkat menteri untuk menyokong kepimpinannya,” katanya kepada FMT.
Gobind kini adalah menteri digital dan pernah menjadi menteri komunikasi dan multimedia ketika pentadbiran Pakatan Harapan di bawah Dr Mahathir Mohamad.
Fauzi menjangkakan Gobind akan lebih terkenal, sambil menyatakan pengerusi DAP baru itu akan menempa haluan sendiri dan tidak lagi dilihat seakan Lim Guan Eng.
Saintis politik Wong Chin Huat dari Sunway University, bersetuju keputusan undi CEC menunjukkan Gobind bukannya “orang Guan Eng”, tetapi pemimpin diterima menerusi merit sendiri melangkaui pelbagai puak DAP.
“Tidak wujud apa disebut bayang-bayang Lim (selepas keputusan pada Ahad). Era itu telah berakhir,” katanya.
P Sivamurugan juga dari USM, berkata Gobind digemari semua kem DAP kerana dilihat mengikuti jejak legasi mendiang bapanya, Karpal Singh.
“Kedua-duanya daripada masa berbeza, namun sesuai pada era masing-masing,” katanya. “Walaupun pada pemilihan CEC lalu, Gobind berjaya mendapat kedudukan teratas, menjadi cerminan kepada legasi bapa dan pengalamannya dalam dan luar parti.”
Gobind mengambil alih jawatan pengerusi kebangsaan DAP pada Ahad lalu, selepas meraih undi CEC tertinggi, 2,785.
Anak kedua kepada bekas pengerusi DAP, Karpal, Gobind mengejutkan ramai pihak selepas gagal pada pemilihan pimpinan 15 tertinggi DAP Selangor, pada November.
Bekas ketua DAP Selangor itu sekadar berada pada kedudukan ke-16.
Sebelum ini, timbul juga spekulasi sama ada beliau akan terjejas oleh kempen menggulingkan Lim, di mana Gobind telah menjadi penyokong setia selama bertahun-tahun.
Wong berkata, prestasi memberangsangkan Gobing pada pemilihan CEC tidak mengejutkan, mengambil kira pemilih di peringkat kebangsaan dan negeri sangat berbeza.
“Ini kerana perwakilan dalam DAP negeri di kongres kebangsaan mungkin berbeza dengan mereka yang mengundi di peringkat negeri,” katanya.
Fauzi berkata, Gobind sentiasa mempunyai personaliti disenangi, manakala warisan keluarganya memberikan kelebihan tambahan kepada DAP dan landskap politik negara. - FMT


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2025/03/a_354.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
After Selangor Dap Loss Gobind S Resurgence Credited To Merit Legacy

After Selangor Dap Loss Gobind S Resurgence Credited To Merit Legacy

papar berkaitan - pada 18/3/2025 - jumlah : 163 hits
The party polls on Sunday was not the first time the newly appointed chaiman Gobind Singh Deo had topped DAP s central executive committee elections He achieved the same in 2022 PETALING JAYA Gobind Singh Deo s resurgence in DAP just months...
Haram Bukan Sahaja Bina Atas Tanah Orang

Haram Bukan Sahaja Bina Atas Tanah Orang

papar berkaitan - pada 23/3/2025 - jumlah : 120 hits
Aman MohamadHaram bukan sahaja bina atas tanah orang Haram juga meliputi tiada lesen tiada permit tiada pendaftaran beroperasi tanpa kebenaran bangunan tiada CF tidak selamat untuk diduduki juga adalah Haram Apatah lagi premis premis haram ...
Pasaran As Dalam Fasa Pengukuhan Trump Cari Sokongan Senat Untuk Serangan Ke Atas Iran

Pasaran As Dalam Fasa Pengukuhan Trump Cari Sokongan Senat Untuk Serangan Ke Atas Iran

papar berkaitan - pada 24/3/2025 - jumlah : 295 hits
S P 500 Gambaran untuk 21 Mac Pasaran AS memasuki fasa pengukuhan pada hari Khamis kerana sukar untuk menentukan arah tuju seterusnya Indeks utama AS pada hari Khamis Dow 0 1 NASDAQ 0 3 S P 500 0 2 S P 500 5 662 julat dagangan 5 500 6 000 K...
Buat Apa Pun Atas Tanah Orang Tanpa Kebenaran Tidak Boleh

Buat Apa Pun Atas Tanah Orang Tanpa Kebenaran Tidak Boleh

papar berkaitan - pada 22/3/2025 - jumlah : 123 hits
Lagi isu kuil Dewi Sri Pathrakaliamman Menurut peguam Dr Shamsher Singh Thind Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan berkaitan kebebasan beragama tidak mengatasi Perkara 13 Perlembagaan Persekutuan iaitu berkenaan hak terhadap harta
Arwah Jatuh Atas Tanah Bukan Batu Ridzokumura Tampil Beri Penjelasan Kematian Isteri

Arwah Jatuh Atas Tanah Bukan Batu Ridzokumura Tampil Beri Penjelasan Kematian Isteri

papar berkaitan - pada 5/3/2025 - jumlah : 163 hits
Berita kematian seorang wanita warga Jepun dipercayai terjatuh daripada tingkat empat sebuah kondominium di SS16 Subang Jaya Jumaat lepas yang juga merupakan isteri usahawan dan pempengaruh media sosial Abd Ridzuan Abdul Mutalib atau lebih ...
Makan Di Nasi Lemak Atas Bukit

Makan Di Nasi Lemak Atas Bukit

papar berkaitan - pada 5/3/2025 - jumlah : 187 hits
Assalamualaikum WBT SEMASA sabtu lepas pada mulanya Sk nak makan malam di yang dekat dengan hotel tapi PI ajak makan jauh sikit Eh bukan jauh sikit ya jauh banyak di Taman Tanjung Puteri Resort Pasir Gudang Layankan ajelah sebab kalau dari ...
Fandi Akui Tugas Sukar Melayan Kunjungan Kuching City Fc Esok Baki 60 Minit Untuk Sri Pahang Fc Bangkit

Fandi Akui Tugas Sukar Melayan Kunjungan Kuching City Fc Esok Baki 60 Minit Untuk Sri Pahang Fc Bangkit

papar berkaitan - pada 4/3/2025 - jumlah : 165 hits
KUANTAN Pengendali Sri Pahang FC Fandi Ahmad mengakui tugas sukar menanti skuad itu apabila melayan kunjungan Kuching City FC pada aksi tertunda Liga Super di Stadium Majlis Perbandaran Temerloh malam esok Legenda bola sepak Singapura itu b...
Act Swiftly To Send Strong Message Against Hatred Gobind Tells Cops Ag

Act Swiftly To Send Strong Message Against Hatred Gobind Tells Cops Ag

papar berkaitan - pada 11/3/2025 - jumlah : 257 hits
Digital Minister Gobind Singh Deo has urged the police and the attorney general to act swiftly against those who incite religious and racial hatred We cannot and must not allow statements which are insulting to religion to remain without pr...
Gobind Tops Dap Polls Teresa And Rayer Lose Out

Gobind Tops Dap Polls Teresa And Rayer Lose Out

papar berkaitan - pada 17/3/2025 - jumlah : 140 hits
Gobind Singh Deo secured the highest number of votes but Teresa Kok and RSN Rayer were surprise losers PETALING JAYA Damansara MP Gobind Singh Deo secured the top spot in the election of DAP s 2025 2028 central executive committee today wit...
The Hidden Light Bioluminescence In Deep Sea Ecosystems

Bersarapan Di Warung Santai Santai Padu Ahak

Kes Tuntutan Palsu Rm450 Juta Datuk Dicekup Lagi

Mma No May 6 Symbolic Walk Of Healthcare Practitioners Just Peaceful Gathering Of Mostly Gps

Xiaomi Dilapor Akan Bekerjasama Dengan Huawei Dan Bbk Lancar Os Bebas Google

Suplemen Pesakit Ckd Dan Ihd

Ketua Polis Pahang Nasihat Orang Ramai Agar Hormati Undang Undang Jangan Ceroboh Tanah Kerajaan

Continuous Learning In Business


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Kedah Tiga Penjenayah Mati Ditembak Polis Di Sik

Bersatu Atau Pas Tinggalkan Pn Dulu

Tak Perlu Besarkan Isu Cuti Panjang Rafizi Kata Nik Nazmi

Ada Tak Orang Menyesal Lepas Berdoa

Saya Cuba Jadi Morning Person Tapi Terjaga Pukul 3 Petang Kisah Sedih Seorang Pejuang Snooze

Ical Mosh Bintang Tidak Bersinar Chord