Glomac 121 Residences Ciri Rumah Impian Yang Menarik Untuk Dimiliki
hai assalammualaikum
Glomac 121 Residences, Ciri Rumah Impia Yang Menarik Untuk Dimiliki - Semua orang inginkan rumah sendiri, begitu juga dengan nad. Memang plan nak cari rumah sebiji. Rumah ni satu aset penting tau untuk kita sebagai pelaburan untuk jangka masa panjang. Ciri yang nad selalu tengok untuk beli sesebuah rumah ialah selesa, dekorasi menarik dan paling penting lokasi yang strategik. Salah satu rumah yang menarik bagi nad untuk dijadikan rumah impian ialah Glomac 121 Residences.
Jadi sebelum nak beli tu, nad usha dulu pameran rumah yang ada. Biasalah, kita nak tengok berapa anggaran, macam mana luas rumah tu, sesuai ke tidak. Baru-baru ni nad pergi ke Menara Glomac, untuk melihat sendiri projek perumahan yang mereka sedang jalankan. Ada dua projek mereka jalankan iaitu 121 Residences dan Plaza Kelana Jaya. Yang menarik perhatian nad ialah 121 Residences ni.
Glomac 121 Residences, Ciri Rumah Impian Yang Menarik Untuk Dimiliki
Glomac 121 Residences merupakan SOHO service apartment, mempunyai dua Tower iaitu tower A dan Tower B, memiliki 34 tingkat dan 834 unit rumah. Apartment ni bakal siap pada 2023. Lokasi apartment di Kayu Ara Petaling Jaya. Misi mencari rumah impian, masa ni la nad kene survey semua. Apartment ni jenis leasehold.
Rumah ni ada dua pilihan, rumah memiliki
- 2 bilik dan 1 bilik mandi
- 3 bilik dan 2 bilik mandi
Hah jom kita tengok contoh dalam rumah 121 Residences ni. Part ni la nad paling suka. Boleh bayanngkan macam mana bila dah masuk rumah.. Hehee.. Tengok dekorasi semua.
Yang nad tengok ni untuk 3 bilik dan 2 bilik mandi. Rumah ni luasa takde la luas sangat dan takde kecil sangat. Sesuai untuk mereka yang baru mendirikan rumah tangga atau mempunyai keluarga kecil macam nad la. Ok sangat dapat rumah macam ni.
Untuk rumah 3 bilik dan dua bilik air ni ia berkeluasan 750sgft, harga bermula dari RM450k. Manakala untuk 2 bilik luasnya 450sqft dan harga bermula RM318k.
Untuk fee penyelenggaraan hanya RM0.38sqft.
Nad tertarik dengan rumah ni sebab ia lokasi yang strategik mempunyai pelbagai kelengkapan dan kemudahan yang ada di sini.
Dengan menggunakan konsep 3 " CO " iaitu Comfort, Commmunity dan Connect.
COMFORT - digunakan untuk menggambarkan bahagian dalam pembangunan
CONNECT - merujuk kepada sambungan luaran - mudah ke bandar
COMMUNITY - merujuk kepada ruang dan kemudahan bersama yang akan menggalakkan interaksi dan kedekatan sosial dalam 121 Residences.
Kawasan rumah ada swimming pool, taman yang cantik, gym dan macam-macam lagi.
Kemudahan yang ada banyak betul, hanya 400meter sahaja dengan stesen LRT Kayu Ara. Lagi berdekatan dengan pusat beli belah utama seperti 1Utama, Centrepoint, Glo Damansara dan juga The Curve. Nak pergi shopping senang la.. Hahaha. Tak perlu jalan jauh. Selain itu, berhampiran dengan hospital dan sekolah seperti Hospital Pakar KPJ Damansara dan Thomson Hospital Kota Damansara. Manakala institut pendidik yang berhampiran seperti Sekolah Antarabangsa British Kuala Lumpur dan Kolej Universiti First City.
Nampak tak.. Banyak kan kemudahan yang ada. Hah, kalau korang berminat boleh buat tempahan sekarang serendah RM5000 sahaja. Kemudian dapat lagi MOT, Stamp Duty serta Yuran Pengeluaran Undang-undang SPA secara PERCUMA. Tengah bincang dengan suami ni.. Hehehe..
Plaza Kelana Jaya
Oh, ada satu tempat lagi yang mereka tengah jalankan iaitu Plaza Kelana Jaya, merupakan pejabat dan serviced apartment. Banyak pilihan korang boleh pilih. Plaza Kelana Jaya terletak di SS7, Kelana Jaya, Petaling Jaya, Selangor
Untuk ini dijangka siap pada 2022
Yang ni pun 2 bangunan, mempunyai 31 tingkat dan 696 unit rumah. Ada dua pilihan juga 2 bilik dan 1 bilik mandi dengan keluasan 450 kaki persegi, harga dari 380k, manakala 3 bilik dengan 2 bilik mandi dengan keuasan 750 kaki persegi, harga dari RM580k. Untuk maintenance Fees RM0.40 per sqft
Bila korang buat tempahan akan dapat- HOC 2019 (Free MOT & Loan Stamp Duty)- Free SPA Legal Fees & Disbursements- RM1000 booking fee (bumi-lot) RM5000 booking fee (non bumi-lot)
Hah bolehla tambah aset untuk jangka masa panjang ni bagi yang berkemampuan. Tengok fee dia pun murah juga.
Jom ke Triple Boost Year-End Bonanza
Hah, nak lagi meriah, apa kata korang pergi ke Triple Boost Year-End Bonanza Glomac Anniversary pada 8 December di Main Councourse Manara Glomac. Banyak aktiviti menarik yang dijalankan dan pelbagai hadiah untuk dimenangi.
Antara aktiviti waktu itua) Jadilah antara yang pertama memiliki 121 Residences dan Pelancaran New Tower Bb) Peluang Terakhir untuk menikmati faedah HOC2019c) Jangan lepaskan Diskaun Istimewa, Pulangan & Pemberian Hadiah Ulang Tahun ke-30 Glomacd) Kerjasama dengan BOOST e-wallet, RM50 cashback segera semasa membuat tempahan dengan menggunakan e-wallet
Ada juga penceramah yang akan datang bagi berkongsi ilmu iaitu- Khalil Adis, Perunding Harta Antarabangsa @ 12noon- Jason Lu, Ketua Strategi - The Makeover Guys @ 3pm
Selain itu Refreshments Light, Teh Bubble Percuma, Ais Krim Percuma, Permainan & Aktiviti dengan Banyak Hadiah yang akan dimenangi. Kalau korang berminat nak datang, korang boleh klik link https://bit.ly/33ymw7N.
Untuk lebih lanjut boleh layari http://www.glomac.com.my
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.miszrockers.com/2019/12/glomac-121-residences-ciri-rumah-impian.html