Glc Pbt Digesa Perbanyak Penggunaan Tulisan Jawi


KUALA LUMPUR: Syarikat-syarikat korporat terutamanya syarikat milik kerajaan (GLC), agensi-agensi kerajaan, pihak berkuasa tempatan (PBT) serta kerajaan negeri diseru untuk memperbanyakkan penggunaan tulisan jawi.

Penggunaan tulisan berkenaan termasuklah dalam segmen-segmen seperti papan tanda, acara festival dan sebagainya.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin antara lain berkata, agensi kerajaan seperti Kementerian Pendidikan, Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan, Kerajaan-kerajaan Negeri dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) perlu bersama-sama mempromosikan aspek budaya dan warisan melalui tulisan jawi.

“Tentunya sebagai sebuah negara bangsa, kita tidak mahu kehilangan identiti. Dalam hal ini, semangat, roh serta perkembangan tulisan jawi ini mesti sentiasa dihidupkan,” katanya semasa ucapan Majlis Perasmian Buku Budi Asas Tamadun dan Pameran Jawi Jiwa Bangsa, Seni Tonggak Budaya di Pusat Pelancongan Malaysia (MaTiC), di sini hari ini.
Pameran Jawi Jiwa Bangsa, Seni Tonggak Budaya yang diadakan serentak dengan pelancaran Buku Budi Asas Tamadun merupakan anjuran bersama Yayasan Budi dan Yayasan Al-Bukhary.

Ia merupakan cetusan idea oleh Yang di-Pertua Dewan Negara, Tan Sri Rais Yatim bersama 13 penulis sahabat beliau.

Ia dijayakan dengan kerjasama Jabatan Perdana Menteri, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya seperti Jabatan Kebudayaan Kesenian Negara, Jabatan Warisan Negara, Arkib Negara, Muzium Negara, Muzium Kesenian Islam, Balai Seni Negara, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka, Persatuan Seni Kebangsaan serta Persatuan Seni Persembahan Neotrik, Budaya dan Warisan.

Mengulas berkenaan pameran itu, Muhyiddin berkata, ia merupakan suatu langkah yang tepat dan perlu diperluaskan ke seluruh negara.

Menurutnya, ia bertepatan dengan Perkara 160 (2) Perlembagaan Persekutuan yang mentakrifkan Melayu hendaklah beragama Islam, bertutur secara lazim dalam bahasa Melayu dan mengamalkan adat istiadat Melayu.

Kata Muhyiddin, beliau yakin apabila dan usaha-usaha promosi lain digembeling di kawasan-kawasan negeri di Semenanjung, Sabah dan Sarawak, potensi untuk memupuk skrip jawi ke tahap dan penerimaan semula masyarakat amat diyakini sifat positifnya.

“Jawi adalah sebahagian daripada identiti negara yang bukan sahaja perlu dipertahankan, tetapi diperkasakan kembali sebagai pemangkin kepada perpaduan melalui seni dan warisan.

“Usaha panganjur pada hari ini merupakan langkah mulia dalam memperjuangkan hak-hak asasi budaya dan warisan Melayu sebagai jati diri dan warisan nasional,” katanya. - UTUSAN ONLINE

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://tungkaranhati.blogspot.com/2021/04/glc-pbt-digesa-perbanyak-penggunaan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pm Seru Hidupkan Semula Tulisan Jawi

Pm Seru Hidupkan Semula Tulisan Jawi

papar berkaitan - pada 13/4/2021 - jumlah : 160 hits
Perdana Menteri Muhyiddin Yassin mengharapkan agar pelbagai pihak dapat memainkan peranan untuk menghidupkan semula penggunaan tulisan Jawi termasuk pihak swasta seperti syarikat korporat dan syarikat berkaitan kerajaan Katanya penggunaan t...
Alkisah Tulisan Jawi Dan Tulisan Melayu Purba

Alkisah Tulisan Jawi Dan Tulisan Melayu Purba

papar berkaitan - pada 16/4/2021 - jumlah : 850 hits
Kelihatan seorang pemuda Melayu sedang memandu kereta untuk menuju ke sebuah tempat bersama seorang rakannya yang berbangsa Cina Lama lagi ke nak sampai kampung tu soal Lim Rasanya dah nak sampai dah ni balas Fazli Tiba tiba Lim ternampak s...
Jawi Pantau Individu Islam Tidak Hormati Bulan Ramadan

Jawi Pantau Individu Islam Tidak Hormati Bulan Ramadan

papar berkaitan - pada 14/4/2021 - jumlah : 289 hits
Penguatkuasaan operasi akan dibuat pada bila bila masa PUTRAJAYA Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan akan tetap menjalankan pemantauan dan penguatkuasaan terhadap umat Islam yang tidak menghormati bulan Ramadan termasuk makan di tempat ...
Jawi Lelaki Didakwa Kemuka Maklumat Palsu Dalam Kad Pengenalan

Jawi Lelaki Didakwa Kemuka Maklumat Palsu Dalam Kad Pengenalan

papar berkaitan - pada 15/4/2021 - jumlah : 242 hits
BERITA PENGUATKUASAAN PADAH KEMUKAKAN MAKLUMAT TIDAK TERATUR DAN PALSU15 April 2021 Pasukan penguatkuasa Jabatan Pendaftaran Negara terus bertindak dengan memastikan setiap pesalah yang telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 25 Peratura...
Tulisan Raja Petra Tidak Lebih Dari Satu Andaian Dan Teori Beliau Sendiri Annuar Musa

Tulisan Raja Petra Tidak Lebih Dari Satu Andaian Dan Teori Beliau Sendiri Annuar Musa

papar berkaitan - pada 7/4/2021 - jumlah : 272 hits
Annuar Musa Blogger tersohor RAJA PETRA menulis kononnya Presiden UMNO masuk dalam perangkap ANWAR sebagai strategi mempastikan PN pecah Saya tidak bersetuju Setakat ini tuduhan DSZH berkerjasama DSAI masih samar Lagi pun Presiden UMNO dlm ...
Hadiah Tulisan Cantik

Hadiah Tulisan Cantik

papar berkaitan - pada 16/4/2021 - jumlah : 267 hits
AssalamualaikumHadiah Tulisan Cantik Belek belek galeri handphone tempoh hari Terpandang gambar hamper ni Baru teringat hamper ni masih cantik berbungkus di atas rak Kak Aisyah memenangi pertandingan tulisan cantik Tahap 1 tahun lepas Meman...
Jawi To Monitor Muslims Who Don T Respect Ramadan

Jawi To Monitor Muslims Who Don T Respect Ramadan

papar berkaitan - pada 14/4/2021 - jumlah : 253 hits
The Federal Territory Islamic Religious Department will continue to monitor and carry out enforcement on Muslims who do not respect the Ramadan month including eating in public places although the three federal territories are currently und...
Dap Accuses Mca Of Organising Protests Against Jawi Lesson In 2019

Dap Accuses Mca Of Organising Protests Against Jawi Lesson In 2019

papar berkaitan - pada 14/4/2021 - jumlah : 258 hits
The DAP has accused MCA of manipulating the issue over the introduction of Jawi script lesson in vernacular schools in 2019 when Pakatan Harapan was the ruling government Its organising secretary Anthony Loke claimed the MCA action had spar...
Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst

Who Else Nazri Backs Anwar For Second Term As Pm

Sprm Reman 4 Pegawai Ismail Sabri Kes Keluarga Malaysia

Punca Nahas Maut Isteri Tentera Menurut Polis

Macc Arrests Ismail Sabri S Officers

Sambut Raya Dengan Gaya Di Melawati Mall

Siti Kasim Schools Living Under Coconut Shell Muslim Preachers I Owe It To Kafir Britain For Who I M Today

25 Orang Penting Yang Wajib Diketahui


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Kenapa Kita Diuji Hikmah Ujian Dalam Surah Al Ankabut Ayat 2 3

Gula Punca Kulit Cepat Tua Betul Ke

Pea Puffer Fish Facts Carinotetraodon Travancoricus Az Animals

It S My Life I M Taking It Back

Advertise Up To 200 Million Emails

Burung Jatuhkan Tangan Manusia Di Halaman Sekolah