Gkb Kids Probiotic Vitamin C Probiotik Kegemaran Kanak Kanak Untuk Kesihatan Usus
Anda mungkin pernah mendengar tentang probiotik dan bagaimana ia bermanfaat bagi kesihatan kita secara keseluruhan, dan jika belum, baca artikel ini mengenai 10 Produk Probiotik Pilihan Malaysia untuk mengetahui lebih lanjut mengenai probiotik. Ini pastinya makanan tambahan terbaik kerana probiotik bukan sahaja untuk meningkatkan tetapi mengimbangi, dan dalam kes ini usus kita. Pastikan usus yang lebih sihat melalui mikrobiota yang seimbang supaya usus kita dapat membantu pencernaan, membina sistem imun yang lebih bagus dan menjaga usus kita dengan kuat
Bagaimana dengan kanak – kanak? Ramai ibu bapa di luar sana mungkin terfikir, jika saya memerlukan probiotik untuk menjaga kesihatan usus, adakah anak – anak saya juga memerlukannya? Jawapannya adalah ya! Walaupun kanak – kanak mempunyai kesihatan yang terbaik ketika mereka dilahirkan, namun ia tetap diperlukan terutamanya usus mereka bagi terus mengekalkan kesihatan mereka
GKB Kids Probiotic + Vitamin C adalah makanan tambahan probiotik terbaik untuk anak – anak anda. Kenapa? Baiklah, kepada semua ibu bapa di luar sana yang sentiasa risau akan kesihatan anak – anak mereka dan dengan berlakunya pandemik Covid-19 sekarang, anda pasti mahu menjaga anak – anak anda dengan baik untuk memastikan kesihatan mereka terutamanya dengan Vitamin C untuk meningkatkan sistem imun. GKB Kids Probiotic + Vitamin C mempunyai Vitamin C untuk meningkatkan sistem imun anak – anak anda dan tahukah anda kesihatan usus membantu dalam meningkat sistem imun yang lebih baik
Anak buah saya sangat menyukai GKB Kids Probiotic + Vitamin C sejak saya memperkenalkannya. Produk ini dalam bentuk serbuk, hanya campurkan dengan air dan minum atau boleh makan terus dari sachet. Sangat mudah, enak dan apa yang saya gemar mengenai produk ini adalah ia mempunyai Vitamin C di dalamnya menjadikannya lebih mudah, jadi saya tidak perlu memberikan makanan tambahan Vitamin C yang lain
Di dalam kotak, ia terdiri daripada 30 sachet harian untuk dimakan selama 30 hari. Sangatlah mudah dan apa yang anda perlukan hanyalah carik, campurkan dan minum atau makan terus! Arahan penuh adalah mengambil 1 sachet 2g serbuk, sekali sehari atau seperti yang disyorkan oleh doktor atau ahli farmasi, sebaiknya sebelum makan dengan mencampurkan 1 sachet ke dalam 100ml air, pastikan serbuk larut dan minum. Mudah bukan
Gabungan probiotik dan Vitamin C, GKB Kids Probiotic + Vitamin C meningkatkan aktiviti sel pembunuh semula jadi, percambahan limfosit, dan pengeluaran antibodi untuk menjaga kesihatan anak – anak anda. Seperti yang kita ketahui, probiotik membantu melancarkan pencernaan dan meningkatkan fungsi gastrointestinal iaitu pencernaan, mengimbangkan sistem imun, membantu pembentukan kolagen, bertindak sebagai makanan tambahan untuk mencegah atau menyembuhkan kudis (akibat kekurangan Vitamin C), membantu masalah kulit kering dan mengurangkan gejala alahan dan menyokong penyerapan mineral seperti kalsium, fosforus, zat besi, dll
GKB Kids Probiotic + Vitamin C mengandungi Lactobacillus Paracasei spp. Paracasei - 33.4mg yang merupakan salah satu bakteria baik, dan Ascorbic Acid (Vitamin C) – 100 mg yang merupakan jumlah Vitamin C yang sempurna seperti yang disyorkan untuk kanak – kanak. Paling penting produk ini diluluskan oleh KKM
Sumber: https://www.npra.gov.my/index.php/en/consumers/information/products-search
GKB ataupun Grape King Bio merupakan salah satu pengeluar makanan kesihatan terbaik di Industri Bioteknologi sejak tahun 1969. GKB telah dianugerahkan sebagai pengeluar produk probiotik dan prebiotik no.7 terbaik dunia pada tahun 2018. GKB juga sentiasa memastikan produk mereka diluluskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia
GKB Kids Probiotic + Vitamin C boleh didapati di Lazada, Shopee, Alpro Pharmacy & Constant Pharmacy. Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman sesawang GKB di sini.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.zulyusmar.com/2020/09/gkb-kids-probiotic-vitamin-c-probiotik.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+ZulyusmarcomMalaysianLifestyleFoodBeveragesTravelTechnologyAndN