Gingko Lancarkan Pengaliran Darah Badan Lebih Sihat
Gingko biloba atau ada juga menyebutnya ginkgo biloba adalah sejenis tumbuhan yang didapati daripada pokok gingko.
Dalam ginkgo dua unsur kimia yang bertindak sebagai ubat iaitu flavonoid dan terpenoid. KLIK DI SINIKLIK DI SINIKLIK DI SINI
Flavonoid adalah antioksidan berasaskan tumbuhan. Kajian haiwan menunjukkan bahawa flavonoid melindungi saraf, otot jantung, saluran darah dan retina daripada kerosakan.
Terpenoid pula memperbaiki aliran darah dengan mengembangkan saluran darah dan mengurangkan kelekitan platlet.
Oleh itu ramai yang mengambil produk gingko percaya bahawa ia boleh meningkatkan daya ingatan, menajamkan pemikiran dan juga mengatasi masalah peredaran darah.
Meningkatkan daya ingatan. Ginkgo juga dikenali sebagai "herba otak". Gingko meningkatkan aliran darah ke otak dan bertindak sebagai antioksida. Gingko membantu meningkatkan ingatan dan pemikiran dalam kalangan orang muda dan pertengahan umur yang sihat.
Gingko boleh membantu mencegah perkembangan gejala demensia, terutamanya jika demensia tersebut dianggap sebagai hasil daripada penyakit salur darah.
Didapati gingko memberi kesan positif kepada memori dan pemikiran serta memudahkan pengidap alzheimer atau demensia melakukan tugas seharian.
Membaiki pengaliran darah. Kajian telah dilakukan kepada pesakit yang mempunyai masalah kurang aliran darah ke kaki. Mereka yang mempunyai masalah ini menghadapi kesukaran untuk berjalan dan berasa sakit ketika berjalan. Analisa menunjukkan bahawa individu yang mengambil gingko berjalan lebih jauh berbanding sebelumnya.
Degenerasi makula. Flavonoid yang dijumpai dalam ginkgo juga dipercayai boleh membantu memberhentikan atau mengurangkan beberapa masalah berkaitan retina, iaitu bahagian belakang mata.
Degenerasi makula yang berkaitan dengan faktor usia adalah penyakit mata yang memberi kesan kepada retina dan boleh menyebabkan buta. Terdapat beberapa kajian yang mencadangkan bahawa gingko boleh membantu mengekalkan penglihatan bagi mereka yang mempunyai masalah degenerasi makula ini.
Melihat kepada hasil beberapa kajian, kegunaan gingko memberi harapan baharu bagi individu yang mempunyai masalah degenerasi makula untuk mengatasi masalah penglihatan mereka.
Kebaikan Gingko Biloba:- Memperbaiki pengaliran darah.- Meningkatkan prestasi otak.- Mengubati sakit kepala dan migrain.- Mengubati masalah kemurungan.- Merawat penyakit asma.- Merawat tinitus (masalah pendengaran).- Merawat glaucoma (masalah penglihatan).- Membaiki peredaran darah.- Meningkatkan kesihatan jantung.- Memberi perlindungan kepada pusat memori.- Anti kanser
Dapatkan produk berasaskan gingko biloba secara dalam talian. Mudah, murah dan cepat.KLIK DI SINIKLIK DI SINIKLIK DI SINI
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://hwaliman.blogspot.com/2021/09/dew.html