Gigi Tumbuh Dalam Lubang Hidung Fenomena Hyperdontia
Gigi Tumbuh Dalam Lubang Hidung: Fenomena Hyperdontia | Semalam ada berita tentang seorang doktor di Copenhagen yang terkejut apabila menemui pesakitnya seorang lelaki warga emas yang tumbuh gigi dalam bahagian hidung setelah pesakit mengadu tentang masalah pernafasan. Kedengaran memang pelik kerana jarang perkara begitu berlaku. Namun ia bukanlah kes pertama yang pernah terjadi kerana sebelum ini terdapat juga laporan perubatan di China yang merekod kes aneh yang sama berlaku pada tahun 2017, dan di Arab Saudi pada tahun 2014. Fenomena perubatan abnormal ini dikenali sebagai hyperdontia iaitu keadaan di mana gigi akan tumbuh di tempat-tempat anatomi lain selain daripada tempat yang sepatutnya dalam gusi
Apa Itu Hyperdontia?
Hyperdontia atau nama lainnya mesiodens ialah keadaan bila seseorang ada gigi ekstra yang tumbuh di tempat yang tak sepatutnya. Kes hyperdontia terbahagi kepada dua jenis, yang biasa ditemui dan jarang ditemui (kes unik). Dalam hyperdontia biasa gigi akan tumbuh di luar barisan gigi biasa dalam gusi, manakala dalam hyperdontia unik gigi akan tumbuh dalam bahagian badan lain.
Kes hyperdontia yang biasa ni kadang-kadang kita boleh nampak dalam mulut orang yang ada gigi berlapis. Malah penyanyi utama kumpulan Queen, Freddie Mercury juga dikatakan mempunyai hyperdontia di bahagian rahang gigi bawah. Ayuni juga salah seorang yang memiliki kes hyperdontia sebab ada gigi taring ekstra tumbuh di belakang barisan gigi biasa. Selain daripada itu, Ayuni juga ada dua set gigi geraham bongsu yang tumbuh pada usia 12 tahun, awal daripada usia normal iaitu 21 tahun.
Tanda awal seseorang mempunyai hyperdontia apabila gigi tumbuh di tempat yang tak sepatutnya
Rupa kes hyperdontia yang mirip dengan kes Ayuni, cuma taring orang ni terletak di bahagian tengah mulut. Taring Ayuni terletak lebih jauh sedikit ke bahagian hujung tepi, dekat bahagian dia letak jari tu.
Jika diperhatikan klip video lagu "We Will Rock You" oleh kumpulan Queen secara teliti, akan nampak barisan bawah gigi Freddie Mercury berlapis. Mungkinkah dia ada hyperdontia?
Tapi lebih malang bagi pesakit yang ada kes hyperdontia unik sebab adakalanya tak nampak gigi yang tumbuh sehingga pesakit mengalami kesakitan atau pendarahan akibat bahagian dalaman dicucuk gigi tersebut. Biasanya simptom luaran kelihatan seperti tumor. Ada kes ekstrem yang mana pesakit tumbuh gigi dalam mata, otak, kaki dan hidung. Ada juga kes di mana gigi tumbuh lebih daripada puluhan batang gigi dan berlapis-lapis dalam gusi lelangit sehingga menolak baris susunan asal gigi normal.
Foto-Foto Kes Hyperdontia Unik Yang Pernah Berlaku Sekitar Dunia
Gigi tumbuh secara berlapis dalam gusi dan lelangit
Imbasan MRI menunjukkan sebatang gigi tumbuh dalam otak seorang bayi berusia 4 bulan di Maryland, USA
Wanita ini mengalami tumor yang membengkak pada sebelah wajah akibat ada gigi yang tumbuh dalam matanya.
Lelaki ini menunjukkan punca yang telah menyebabkan dia mengalami sakit telinga selama 33 tahun sehingga mengganggu keselesaan hidupnya. Akhirnya doktor berjaya mengeluarkan sebatang gigi yang tumbuh di dalam telinganya.
Remaja ini terpaksa melalui pembedahan selama 7 jam bagi mengeluarkan 232 batang gigi daripada gusinya.
Foto yang menunjukkan pembedahan untuk mengeluarkan gigi dalam lubang hidung pesakit
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.yunfila.com/2019/02/gigi-tumbuh-dalam-lubang-hidung.html