Giatmara


Assalamualaikum & Selamat sejahtera...


Alhamdulillah, dah hampir 6 bulan pun saya mengikuti pembelajaran di giatmara dalam bidang jahitan. Dulu, time mula-mula masuk kelam kabut je sbb tiba-tiba dapat call dari kawan ajak masuk, susah jugak nak buat keputusan time tu sbb dah ada rancangan nak sambung belajar. Tapi, fikir punye fikir..apa salahnya sebab kemahiran saya boleh guna sampai bila-bila.




Dan akhirnya apa yang saya dapat, bessstttt sangat !!

Dapat belajar jahit baju sendiri, mmg best sbb kalau saya sendiri-sendiri belajar mmg kelaut la agaknya. Then dapat cikgu-cikgu yang tak kedekut ilmu...habis je satu modul, kitorang dapat buat kerja haram..contohnya belajar buat blouse, jubah & lain-lain yang tak ada dalam modul..

Lagi yang best kawan-kawan, mmg happening habisss, masuk kelas tak pernah senyap kecuali bila nak start siapkan modul, bagus dorang ni time kerja suma fokus siapkan kerja, time siap kerja masing-masing mulot macam ributt petir...lagi-lagi kalau bab keluar perangai pelik-pelik . 




Best jugak dorang ni sbb masing-masing boleh diharap & bekerjasama, biar orang mengata, mencemuh, kedengki dgn kami semua, kami tau apa kami buat ... zaman sekarang ni ada jugak org pandang serong budak-budak giatmara ni tempat budak-budak taknak belajar je, sangat la small minded. Ade ke fikir macam tu tahu tak siapa je yang masuk giatmara ni, selain budak lepasan spm, budak yang pilih jurusan menjahit, ade jugak yang ada diploma, degree dan banyak lagi, ada jugak yang mmg usahawan yang nak menajamkan skill-skill mereka, selain tu warga-warga pencen boleh jugak nak join, kalau dok umah bosan, atleast belajar jahit ada jugak kerja nak buat kan..

Kenapa giatmara?

Pernah tak korang pergi kursus menjahit yang berbayar, biasanya berapa korang kena bayar?
 beratus kan, itupun untuk sepasang baju, tak tentu korang dapat..lagi-lagi yang langsung takde basic menjahit. Kalau giatmara pulak berapa kena bayar, dalam seratus lebih sekali waktu daftar je, itu pun duit tu untuk baju and urusan file-file korang, dan selama 6 bulan takyah bayar apa-apa dan pulak korang akan diberi duit elaun setiap bulan sebanyak RM200. 




Sangat berbaloikan ! dah habis 6 bulan nanti bukan je korang dah dapat pelbagai ilmu, korang jugak akan dihantar ke kursus usahawan, bagi yang nak mulakan terus berniaga, boleh terus masuk kursus inkubator. Apa itu inkubator? inkubator ni sebagai langkah permulaan usahawan, korang boleh ambil tempahan selama 6 bulan di bawah bimbingan cikgu, boleh jugak daftar inkubator buat berniaga sendiri dirumah, tetapi dengan syarat sediakan report pada waktu yang ditentukan. Atau boleh buat practical di mana-mana butik.

Kursus inkubator,
Daftar je selepas tamat belajar 6 bulan, peserta akan dihantar sikit-sikit dan sesiapa yang terpilih akan dihantar kursus selama 10 hari, peserta yang dah tamatkan kursus ini akan diberi RM10000+- oleh mara, dgn duit ini peserta dikehendaki membeli barang-barang untuk mula berniaga, cth kalau pelajar jahitan, mesin jahit lurus, mesin jahit tepi, cth pelajar masakan oven dan sebagainya. (saya masih kurang jelas hal ni,tapi lebih kurang)




Sebab tu sesiapa yang mmg berminat serius nak mulakan bidang perniagaan,  masuk giatmara ni pun sangat-sangat berbaloi tau, dan mmg dah banyak pun pelajar-pelajar giatmara yang dah mengharumkan nama giatmara. Antaranya sebulan lepas atau dua bulan lepas, pelajar giatmara sarawak dapat pingat emas dalam pertandingan kemahiran asia di hanoi, vietnam dan tahun hadapan pulak mereka akan dihantar di pertandingan kemahiran dunia di Sao Paolo, Brazil . Hebat dok!!

Kesimpulannya, dekat mana pun kita belajar, yang penting ada minat dan bersungguh-sunguh..insyaAllah usaha tu akan terbalas, kalau betul nak belajar dekat mana-mana pun boleh belajar, kalau taknak belajar hantarlah, bayarlah dekat university terkenal dunia mana pun, hasilnya hambar jugak.

Dan giatmara ni bagi saya adalah salah satu alternatif permulaan keusahawanan  untuk warga bumiputra malaysia yang tidak patut diabaikan, jadi gunalah peluang yang ada sebaiknya.

Untuk masuk giatmara boleh search di laman web giatmara, bidang yang anda minat dan kawasan yang berhampiran, pendaftaran giatmara ialah sebanyak dua sesi setahun, bulan 1 dan 7 , kalau minat daftar awal-awal sebab ada tempat yang cepat penuh, kemudian perlu hadiri sesi temuduga ringkas.


Itu sahaja buat kali ini, semoga kamu semua dapat maklumat yang manfaat & berguna dari saya.


(^^)







Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://sebukumemori.blogspot.com/2014/09/giatmara.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Apa Itu Wang What Is Money

Transit Aliran Automatik Di Putrajaya Percuma Selama Tiga Bulan

Rumah Terbuka Wld Raya 2024

Pramugari Malaysia Airlines Meninggal Dunia Tak Sempat Pulang Ke Tanah Air

Doubletree By Hilton Presents Signatures Across The State A Makan Kitchen Showcase

Beyond Lettuce Wraps Unleash The Power Of Low Carb Bread

Buasir Otak Tv Telefon Apa Kuat Mencarut Be Like

Masa Depan Pas Bukan Dalam Pn



10 Fakta Biodata MK K Clique Pelakon Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah TV3 Gandingan Erysha Emyra Yang Beristerikan Siti Hajaar Syeikh Nordin

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bunga Salju Slot Tiara Astro Ria

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Anggun Mikayla Viu Malaysia

Keputusan Markah Mingguan Senarai Lagu Tugasan The Hardest Singing Show Astro Malaysia

Biodata Syad Mutalib Pelakon Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah TV3 Bunga Salju Astro Ria


Flanders House By Saota In Belgium

Kad Bank Malaysia Support Apple Pay Google Pay

Geran Voc Jpj No

Dr M Claims Lawyers Barred From Secretive Batu Puteh Rci

Melaka Terima 2 Keris Dipercayai Peninggalan Hang Tuah

Pm Vows Strong Response After Recent Terror Attack